Sejak kebelakangan ini keretakan rumahtangga, pergeseran antara suami isteri, pergaduhan pasangan bercinta, salah faham antara ibu bapa dan anak-anak dipamer dan dipaparkan di media sosial. Tanpa rasa bersalah segala aib ‘disingkap’ tanpa rasa malu dan bersalah.
Dalam satu perkongsian di laman Instagram penceremah bebas, Da’i Wan atau nama sebenarnya Wan Dazrin Wan Din, dia menegaskan bahawa tidak sepatutnya masalah rumah tangga ‘diwar-warkan’ di laman sosial. Sepatutnya ia diselesaikan di belakang tabir demi melindungi hak sebagai suami isteri.
Berikut catatan Da’i Wan.
Biar ilmu mengajarkan kita untuk letakkan emosi pada tempatnya.
“Suami isteri perlu jaga aib sesama mereka, hal bilik tidur khususnya simpan sahaja untuk kebahgaiaan berdua. Hal berantakan pula, luahkan secara berdepan, selesaikan mengikut prosuder dan undang-undang yang ada.”
Ads
TEGURAN SECARA UMUM
Da’i Wan berkata, dia memuat naik status di media sosialnya sebagai teguran secara umum tanpa mengaitkan mana-mana pihak.
Ads
Katanya, pendedahan berkaitan hal rumah tangga di laman sosial semakin berleluasa sejak kebelakangan ini.
“Apa yang saya kongsikan itu secara umum kerana sejak kebelakangan ini banyak yang dedahkan masalah-masalah rumah tangga di media sosial mereka,” ujarnya.
Cinta hingga ke syurga. Inilah perumpamaan paling sesuai buat jemaah suami isteri yang meninggal dunia di tanah suci Makkah. Si Isteri seakan ‘mengiringi’ pemergiannya suaminya apabila dijemput Ilahi hanya sehari selepas suaminya kembali ke negara abadi.
“Makluman kepada semua, isteri kepada jemaah yang dimaklumkan meninggal baru-baru ini, telah meninggal dunia di Jeddah”, tertera mesej ini didalam group whatsapp Pembimbing Umrah Az Zuha.
“إنا لله وإنا إليه راجعون”
Si suami meninggal dunia di Mekah 24 jam sebelum berangkat pulang ke tanah air, sehari sebelum si isteri. Jenazah suami beliau diuruskan oleh petugas Az Zuha Travel and Tours hingga selesai ditanam, manakala beliau pulang sedikit lewat daripada jadual asal berbanding jemaah lain.
SUHU BADAN TINGGI
Ketika mahu berangkat pulang semasa pemeriksaan di lapangan terbang, didapati suhu badannya terlalu tinggi. Maka pada ketika itu, beliau tidak dibenarkan pulang dan dimasukkan ke wad dihospital Jeddah. Berkemungkinan ditahan 2 hingga 3 hari. Beberapa jam selepas ditahan wad, giliran si isteri dijemput “bertemu” Allah mengiringi pemergian suaminya sehari sebelum itu.
Mereka pergi dalam keadaan anak-anak dan ahli keluarga menanti kepulangan mereka ke Malaysia. Paling bongsu belajar di darjah dua.
Kisah ini seperti sebuah drama. Tetapi ianya adalah kisah benar.
Dari raut wajah, kelihatan masih muda kedua-duanya yang berasal dari Negeri Melaka, Bandar Raya bersejarah ini.Itulah hakikat kematian, tidak mengira umur.
KEMATIAN ITU PUNCAK KEBAHAGIAAN
Bagi sesetengah orang, kematian itu adalah suatu yang menakutkan. Takut azab sakaratul maut, takutkan azab siksaan kubur serta takut dan sedih meninggalkan harta dan anak-anak.
Manakala bagi sesetengah orang, kematian itu adalah kemuncak kepada kebahagiaan. Kerana hanya melalui jalan mati sahaja mereka boleh bertemu dengan Baginda Nabi SAW dan bertemu Allah SWT dialam akhirat.
Orang yang tidak takut mati disebabkan mereka tahu ke mana halatuju mereka selepas kematian. Visi dan misi mereka jelas.
Saidina Bilal Bin Rabah seperti dinukilkan di dalam buku Tasawuf Moden Buya Hamka, disaat kematiannya beliau berkata, “Alangkah gembiranya”.
Lalu isterinya bertanya, “Wahai suamiku, mengapa disaat sakaratul maut engkau berkata gembira. Padahal dari tadi saya berkata ‘Aduh dukacitanya hatiku!’”.
Bilal menjawab, “Tidakkah gembira hatiku, bila aku ingat bahawa aku akan meninggalkan dunia yang fana, kembali ke alam baka untuk menemui Rasulullah SAW yang ku cintai”.
MOGA PASANGAN INI DIBERI GANJARAN SEBAIKNYA
Saidina Bilal gembira akan kematian kerana beliau tahu akan hal yang akan ditemuinya selepas kematian.
Semoga Allah mengampuni kedua-dua pasangan ini. Semoga dosa mereka diampuni oleh Allah dan diganjarkan dengan ganjaran sebaiknya.
Semoga Allah kurniakan kesabaran kepada anak-anak dan ahli keluarga mereka.
“Ya Allah kurniakanlah kematian yang baik kepada kami”.
JEMAAH PILIHAN ALLAH SWT
Jemaah azzuha yg saya iringi di jemput allah swt.. Di hari keberangkatan pulang kami suaminya d jemput allah tak kala kami berada di airport untuk terbang pulang… Di temani isteri urusan pengebumian suami… Selesai urusan pengebumian suami… Keesokannya.. Ketua pengawai operasi azzuha menguruskan kepulangan si isteri pulang.. Sesudah sampai di airport, kesihatannya jgk di dapati tidak stabil maka di bawak pulang ke hospital jeddah.. Dan si isteri jugak di jemput allah swt mengiringi arwah suaminya sehari slps kematian suaminya… Allahuakbar… Innalillahiwainnailaihirajiunnn
Gambar bawah depan sekali… Suami dan isteri yg bertuah.. Bersabarlah kelurganya.. Moga mereka di kalangan hamba allah yg terpilih
Sumber kredit: FB: Faisal Mustaffa dan Mohamad Adzim Basri
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Menikahi seseorang wanita bermakna tanggungjawab seorang lelaki sebagai suami dalam menyediakan segala keperluan asas yang wajib ke atas isterinya. Selain tempat tinggal, pakaian, makanan dan keperluan, suami juga ‘wajib’ menggembirakan hati isteri.
Sebenarnya tak susahkan hendak senangkan hati isteri. Kadang-kadang perkara yang ‘simple’ pun boleh memberikan kesan yang sangat baik pada kerukunan rumah tangga. Sesungguhnya menggembirakan hati isteri itu memurahkan lagi rezeki si suami.
Seperti perkongsian Akhtar Syamir ini. Mungkin nampak remeh sahaja bukan? Tapi natijahnya, si isteri akan tersenyum bahagia.
Menunaikan nafkah batin buat isteri. Lagi 45 minit untuk pergi kerja dan saya masih di sini. Di dalam kereta bersama Akbar dan Daisy. Akbar duduk di belakang, bermain dan Daisy yang tadinya tidur, sudah mula tersengih-sengih. Isteri saya Nora Azni sedang berada di dalam Salun sambil ditemani anak sulung kami, Jasmine.
“Nafkah batin apa kau merepek ni?”. Soalan yang bakal terpancar di benak hati lelaki berstatus suami yang hanya ingat nafkah batin itu hanyalah seks semata-mata.
Menunaikan, memberi, merealisasikan, melayan apa yang tersimpan di dalam hati isteri boleh dikatakan amat tepat untuk menghuraikan maksud menunaikan nafkah batin.
KESILAPAN YANG PERLU DIPERBETULKAN
Itu je? Seksnya mana? Seks hanya salah satu dari perasaan di dalam hati isteri. Jangan angkat dia sebagai yang paling utama sedangkan di dalam hati dan perasaan isteri ini ada banyak lagi. Inilah kesilapan yang kita perlu sedar dan betulkan.
Kenapa ke Salun ini menjadi nafkah batin? Kerana sebagai suami, kita harus mendengar hati kecil isteri. Bangun dari tidur tadi isteri saya cakap dia nak gunting rambut. Saya bertanyakan kepastian dia dan dia cakap betul, dia nak gunting rambut. Saya terus setuju dan dalam 30 minit, kami sudah dalam kereta menuju ke Salun.
Kenapa saya tak fikir panjang? Sebab dia dah bagitau banyak kali dah secara tidak langsung. Dari menunjukkan rambut yang gugur, hujung rambut yang rosak dan lain-lain cara lagi. Bermakna, benda ni telah lama bermain di fikirannya. Kita hanya perlu buka mata dan dengar.
Mula-mula dia hanya nak potong dan cuci. Saya minta dia buat treatment sekali. Kena ingat ya, rambut wanita ini terutamanya yang panjang, kena buat treatment. Penjagaan dia tak sama macam rambut lelaki yang pendek. Jadi saya berharap sangat jangan ada orang pandang remeh bab ni.
Tak sempat kot katanya nak buat treatment sekali. Takpelah kalau macam tu. Kami bertiga pun tunggu dalam kereta sambil layan Cocomelon di Youtube. Hampir sejam berlalu, saya pasti yang dia dapat buat treatment sekali. Seketika kemudian, mereka berdua pun keluar dari Salun dengan penuh senyuman.
SENYUM MANIS TANDA ISTERI GEMBIRA
Itu sudah cukup buat saya rasa berbaloi menunaikan nafkah batin buat si dia. Isteri yang senyum manis adalah isteri yang gembira. Dan isteri yang gembira bakal membuatkan keluarga yang gembira. Kena percaya ayat ini.
Alhamdulillah, semasa dalam perjalanan pulang, hampir kesemua lampu isyarat lampunya hijau dan saya pun tidak lewat ke tempat kerja. Sangat dipermudahkan.
Tak sampai seratus pun. Setahun sekali pun takpe. Boleh buat kat Salun mesra Muslimah macam ni. Siap ada bilik yang bertutup khas, buat yang bertudung.
Semoga dapat mendetikkan niat dan memberi manfaat. Silalah berkongsi penulisan ini supaya lebih ramai yang sedar bahawa nafkah batin itu bukan hanya seks semata-mata.
Soalan buat si isteri, bila kali terakhir anda buat treatment? Jika ada, boleh kongsi buat kat mana?
Buat si suami, jika tak pernah dengar pasal treatment rambut, bawa isteri anda ke Salun terus. Mereka amat memerlukannya.
Dalam institusi rumah tangga, faktor agama adalah elemen yang penting. Pegangan agama yang kukuh dalam perkahwinan adalah tonggak kebahagiaan rumah tangga seperti mengamalkan solat berjemaah dapat mengeratkan hubungan suami isteri dengan restu Allah SWT.
Pasangan suami isteri yang gagal mempertahankan keharmonian rumah tangga sehingga berlaku penceraian didapati berpunca daripada sikap keengganan menunaikan solat lima waktu.
Melalui perkongsian Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri di laman Instagramnya, kata beliau kegagalan menjaga rukun Islam kedua itu menyebabkan wujudnya habluminassyaitan iaitu hubungan yang terbina antara manusia dengan syaitan.
Kalau solat ini merupakan hablumminannas (hubungan sesama manusia), bila mana wujudnya habluminnallah (hubungan manusia dengan Allah), hablumminannas akan terwujud.
Bila wujudnya hablumimallah, maknanya tak wujud lagi hablumminasyaitan kerana sifat syaitan akan pisahkan suami isteri, tetapi apabila ini berlaku, dia akan jadi kukuh dan ampuh.
KETUA KELUARGA AJAK SOLAT BERSAMA
Menurut Zulkifli, antara tanggungjawab Nabi Muhammad SAW apabila berada di rumah adalah mengajak keluarganya menunaikan solat.
“Mintalah keluarga kamu untuk solat dan sabar dalam mengerjakannya. Itu tiang agama.
Tuan-tuan minta maaf cakap secara ekstrem sikit, kenapa rumah tangga keluarga bercerai-berai? Minta maaf kita minta berlindung daripada Allah SWT biarlah keluarga kita baik-baik semua.
“Salah satu puncanya tak pernah solat jemaah dan bersama-sama. Sebab itu bila cerita ayat cerai dalam al-Quran seperti surah Al-Baqarah.
Jelasnya, di celah-celah ayat cerai, Allah sengaja menyebut sepotong ayat yang menyuruh umat manusia menjaga solat yang lima waktu dan juga solat pertengahan penuh taat serta patuh.
“Kemudian bincang balik ayat cerai, ulama fikir apa puncanya. Fikir punya fikir, mereka kata apa, siapa yang jaga solat, rumah tangga dia kukuh,” ulasnya.
Hong Leong Islamic Bank memperkenalkan halatuju baharu berasaskan prinsip Syariah, memfokuskan pengurusan kekayaan holistik dan nilai berteraskan amanah. Ketahui lima tonggak utama dan inisiatif terkini HLISB.