Walaupun berdepan dugaan hebat kehilangan anak dan menantu serentak dalam kemalangan jalan raya semalam, Zakaria Tajuddin dan isteri, Halimah Mohd Isa, tetap akan berangkat ke Makkah bagi menunaikan haji hari ini.

Malah, menantu pasangan itu, Nur Syuhadah Zaini, 31, sudah mengambil cuti untuk menghantar dan mengucapkan selamat jalan kepada pasangan itu yang kini menginap di Kompleks Tabung Haji di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebagai persediaan untuk berlepas ke Tanah Suci.

Pilunya Hati, ‘Hilang’ Anak & Menantu, Saat Akhir Berangkat Ke Makkah

HASRAT TIDAK KESAMPAIAN

Bagaimanapun, hasrat itu tidak kesampaian apabila Nur Syuhadah dan suaminya yang juga anak Zakaria, Muhammad Hamadi, 31, maut apabila motosikal berkuasa tinggi mereka naiki terbabas ketika cuba mengelak dua motosikal lain dalam kemalangan di Lebuhraya Persekutuan, hala ke ibu negara, jam 8.30 pagi semalam.

Pilunya Hati, ‘Hilang’ Anak & Menantu, Saat Akhir Berangkat Ke Makkah

Pasangan yang tinggal di Seksyen 19, Shah Alam, Selangor itu, meninggal dunia di tempat kejadian. Mereka meninggalkan dua anak, Hani Safina, 2, dan Hanna Safiyyah, 6.

Kemalangan di lorong motosikal lebuh raya itu turut menyebabkan dua lagi penunggang motosikal parah.

Zakaria berkata, beliau reda dengan ketentuan Allah dan tetap akan berangkat ke Makkah bersama isterinya hari ini.

“Penerbangan dijangka jam 4 petang, semua urusan perlu dimulakan 11 pagi…apa yang terjadi ini semua perancangan Allah dan saya terima ketentuan Allah dengan reda,” katanya.

IKLAN

https://www.facebook.com/najwanhalimi/photos/a.344384928999916/2089580584480333/?type=3&theater

SUDAH AMBIL CUTI

Ibu Nur Syuhadah, Fatimah Mohd Yatim, 60, berkata, anaknya itu mahu membawanya bersama bagi mengucapkan selamat jalan kepada Zakaria dan Halimah, yang juga besannya.

“Dia (Nur Syuhadah) memang sudah ambil cuti nak bawa saya bersama pergi hantar besan memandangkan saya tidak pernah ke sana, tempat baharu Tabung Haji itu.

“Semalam kami sarapan sama-sama sebab ibu bapa mentuanya nak tunai haji, maka Nur Syuhadah ajak kami bersarapan bersama dengan besan saya.

“Pagi ini saya dapat berita kami kehilangan mereka buat selama-lamanya,” katanya dalam nada sedih dan berlinangan air mata,” katanya.

IKLAN

GAGAL MENGELAK

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari’at, berkata motosikal jenis Honda ditunggang Muhammad Hamadi dan Nur Syuhadah yang membonceng, dipercayai merempuh sebuah motosikal jenis Suzuki yang sebelum itu terbabit dalam kemalangan di tengah jalan.

Pilunya Hati, ‘Hilang’ Anak & Menantu, Saat Akhir Berangkat Ke Makkah

Beliau berkata, Muhammad Hamadi yang dipercayai tidak sempat mengelak terbabas sebelum merempuh penghadang di kiri jalan.

“Terdahulu, motosikal Suzuki terbabit dikatakan bergesel dengan sebuah motosikal jenis Yamaha lalu terbabas di jalan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

IKLAN

Azman berkata, penunggang motosikal Suzuki dan Yamaha, masing-masing dikenali sebagai Sainuddin Sukkur, 51, dan Mohd Saad Ismail, 45, kini ditempatkan di zon merah PPUM untuk rawatan lanjut.

Jenazah keduanya telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam selepas solat Isyak malam tadi. Kedua-dua mereka dikebumikan bersebelahan di antara satu sama lain, kira-kira 11 malam.

Kira-kira 100 orang termasuk ahli keluarga, saudara mara serta kenalan kedua-dua pasangan berkenaan menghadiri upacara pengebumian itu.

Lebih menyayat hati, kedua-dua cahaya mata pasangan itu, Hana Safiyyah, 6 dan Hana Safina, turut hadir mengiringi jenazah kedua-dua insan tersayang mereka ke tanah perkuburan.

Anak kecil itu dipangku datuk serta ahli keluarga lain dan reaksi wajah mereka seolah-oleh mengerti bahawa tiada lagi tempat mengadu serta bermanja.

KASHOORGA: Sedekahkan Al-Fatihah buat kedua-dua arwah.

Sumber kredit: Berita Harian KPTM Ipoh

VIDEO KASHOORGA:

https://www.youtube.com/watch?v=Mf5Tko1E_4Q

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI