Ramai di antara kita menggemari suasana hijau di dalam rumah. Malah banyak yang menghiasi rumah dengan tanaman hijau. Sebagaimana kita ketahui, bukan hanya manusia tetapi binatang, tumbuhan dan semua makhluk Allah termasuk gunung ganang berzikir kepada Sang Pencipta, Allah yang maha Agung.

Memandangkan tandas antara tempat digemari syaitan kerana keadaannya yang kotor adakah boleh kita meletakkan pokok di dalam tandas kerana pokok juga berzikir. Dari page Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, ini adalah pencerahan mengenai bolehkah kita meletak pokok di dalam tandas.

Ringkasan Jawapan

Larangan berzikir di dalam tandas itu hanya tertakluk kepada manusia yang ditaklifkan mengikut hukum syarak. Manakala, tumbuhan pula tidak menerima beban hukum untuk mengikut hukum syarak sepertimana yang diperintahkan Allah SWT kepada manusia. Oleh itu, jelas bahawa menanam pokok di dalam bilik air adalah diharuskan kerana tumbuhan tidak menerima beban hukum sepertimana manusia. Selain itu, tiada nas atau dalil syarak yang melarangnya.

Huraian Jawapan

Allah SWT telah menciptakan makhluk-Nya tanpa sesuatu yang sia-sia. Penciptaan makhluk seperti tumbuhan, haiwan, langit dan bumi yang sentiasa berzikir memuji-Nya menunjukkan bahawa tanda kebesaran Allah SWT yang tidak dapat diciptakan oleh setiap makhluk. Ini sebagaimana yang diceritakan di dalam al-Quran.

Firman Allah SWT:

سَبِّحُ لَهُ السَّمَاوَاتُ السَّبْعُ وَالْأَرْضُ وَمَن فِيهِنَّ ۚ وَإِن مِّن شَيْءٍ إِلَّا يُسَبِّحُ بِحَمْدِهِ وَلَـٰكِن لَّا تَفْقَهُونَ تَسْبِيحَهُمْ ۗ إِنَّهُ كَانَ حَلِيمًا غَفُورًا

Maksudnya: Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Surah al-Isra’, 44)

Begitu juga, yang digambarkan di dalam hadis ketika mana para sahabat RAnhum dan Baginda Nabi SAW sedang menjamu selera lalu mendengar makanan sedang bertasbih memuji Allah SWT. Ini sepertimana yang disebut di dalam hadis daripada Abdullah RA berkata:

لَقَدْ كُنَّا نَأْكُلُ الطَّعَامَ مَعَ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم وَنَحْنُ نَسْمَعُ تَسْبِيحَ الطَّعَامِ

Maksudnya: Sesungguhnya ketika kami menjamu selera bersama Nabi SAW lalu kami mendengar makanan itu sedang bertasbih (Riwayat al-Tirmizi (3993)
Berbalik kepada persoalan yang diajukan di atas, larangan berzikir di dalam tandas hanya tertakluk kepada manusia, sebagai makhluk yang ditaklifkan dan dipertanggungjawabkan dengan hukum-hakam syarak. Dalam penjelasan istilah hukum itu sendiri memberi maksud perintah dan larangan Allah SWT yang tertakluk kepada perbuatan mukallaf iaitu mereka yang dipertanggungjawabkan sahaja. Ini seperti yang disebut oleh Imam al-Isnawi di dalam kitabnya:

خطاب الله تعالى المتعلق بأفعال المكلفين بالاقتضاء, أو التخيير

Maksudnya: Khitab (kalam) Allah SWT berkenaan dengan perbuatan mukallaf (orang yang dipertanggungjawabkan) di dalam bentuk iqtida’ (perintah atau tuntutan) atau takhyir (pilihan) (Lihat, Nihayah al-Sul Syarh Minhaj al-Wusul, 1/16)

Oleh itu jelaslah, bahawa setiap sesuatu hukum itu hanya tertakluk dengan perbuatan dan tingkahlaku hamba-Nya yang mukallaf dan dipertanggungjawabkan untuk melakukan ibadah, dengan mengikut apa yang diperintah dan meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah SWT dengan berpandukan apa yang ditetapkan syarak. Ini seperti mana yang disebut di dalam al-Quran Firman Allah SWT:

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

Maksudnya: Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (Surah al-Zariyat, 56)
Dalam hal yang lain, hukum seseorang itu berzikir di dalam tandas adalah makruh, ini seperti yang dinyatakan di dalam kitab al-Futuhat al-Rabbaniah bahawa makruh berkata-kata serta berzikir ketika sedang menunaikan hajat sama ada ketika di padang pasir atau di dalam binaan. Ini termasuk juga berkata-kata dalam hal yang lain melainkan dalam keadaan yang darurat sahaja. Selain itu apabila bersin tidak perlu menjawab Alhamdulillah ketika berada di dalam tandas. Juga tidak perlu menjawab salam dan menjawab azan (Lihat Futuhat al-Rabbaniah ala Al-Azkar Al-Nawawiyah: 1/221)

Selain itu, boleh rujuk artikel di laman sesawang PMWP yang bertajuk AL-KAFI #1022 : MENJAWAB AZAN DALAM TANDAS untuk maklumat yang lebih lanjut.

Kesimpulan

Justeru, dalam membincangkan permasalahan ini, dapat disimpulkan bahawa larangan berzikir di dalam tandas itu hanya tertakluk kepada manusia yang ditaklifkan untuk mengikut hukum syarak. Manakala, tumbuhan pula tidak menerima beban hukum untuk mengikut hukum syarak sepertimana yang diperintahkan kepada manusia. Oleh itu, jelas bahawa menanam pokok di dalam bilik air adalah diharuskan kerana tumbuhan tidak menerima beban hukum sepertimana manusia. Selain itu, tiada nas atau dalil syarak yang melarangnya. Ini seperti yang disebut oleh Imam al-Suyuti di dalam kitabnya:

الأَصْلُ فِي الأَشْيَاءِ الإباحَة حَتَّى يَدُل الدَّلِيل عَلَى التَّحْرِيمِ

Maksudnya: Asal bagi sesuatu perkara adalah harus sehinggalah datangnya dalil yang

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI