Pu Azman : Antara Hantaran Kahwin & Mas Kahwin, Utamakan Yang Wajib

Share

Perkahwinan adalah sunnah Nabi dan merupakan satu ibadah. Ia sepatutnya dilangsungkan dalam suasana meriah, gembira dan penuh kasih sayang kerana ia membuka jalan silaturahim antara dua keluarga.

Hari ini isu hantaran yang terlalu tinggi dan tabiat suka membanding-banding semakin menjadi-jadi. Peranan media dalam menggembar-gemburkan cerita majlis perkahwinan orang tertentu juga antara punca perkara ini berlaku sehingga sukar dikawal.

Hantaran kahwin tak sama dengan hantaran bola. Hantaran kahwin ialah sebuah pemberian yang berbentuk wang tunai kepada pihak perempuan yang muncul daripada budaya masyarakat. Biasanya, wang hantaran digunakan untuk menampung perbelanjaan perkahwinan. Ia tidak wajib dan ia juga tidak haram.

 

Cuma jangan terlalu beban. Sabda Nabi SAW

إِنَّ أَعْظَمَ النِّكَاحِ بَرَكَةً أَيْسَرُهُ مَؤُونَةً.

Maksud :“Sesungguhnya, pernikahan yang paling agung dan berkat ialah yang paling mudah perbelanjaannya”.

(Riwayat Ahmad).

Jadi, kedua-dua belah pihak kena bincang elok-elok supaya tak berlaku pergaduhan atau perasaan tak puas hati.

MAS KAHWIN PEMBERIAN WAJIB

Yang wajib ialah mas kahwin atau mahar. Mas Kahwin ialah pemberian wajib daripada pihak suami untuk isteri. Walaupun wajib, tapi janganlah tinggi sangat. Pihak suami pula mesti besungguh-sungguh menyediakannya.

Sabda Nabi.

Mahar mestilah dengan sesuatu yang bernilai sama ada dalam bentuk material seperti duit atau kereta, dan juga bentuk maknawi seperti mengajarkan sesuatu ilmu kepada isteri.

Maka tetapkanlah nilai mahar dengan perbincangan atau dengan sistem yang telah ada di jabatan agama negeri masing-masing.

Jangan lah disebabkan hantaran, maka perancangan murni dan besar ini hancur ditengah jalan.

Sumber kredit: PU Azman

VIDEO KASHOORGA:

IKLAN