Betapa sempurnanya Ramadan, dibukakan pintu-pintu syurga, digandakan segala amalan pahala, terbukanya rahmat Allah SWT, tertutup segala pintu neraka dan terbelenggulah syaitan-syaitan daripada mengganggu manusia dan banyak lagi hingga tidak tergambar. Tetapi sempurnanya Ramadan itu, adakah puasa kita juga sempurna? Cukupkah dengan hanya berpuasa selama sebulan di bulan Ramadan ini?
Beramal dengan Al-Quran
Tidak lengkap jika berpuasa tanpa beramal ibadah. Sesungguhnya kita akan berada di dalam golongan orang yang kerugian. Untuk itu, ringankanlah diri untuk beramal soleh. Manfaatkan bulan Ramadan dengan membaca Al-Quran.
Kitab suci ini diturunkan untuk dibaca oleh setiap muslim, direnungkan dan difahami segala makna yang tersirat kemudian diamalkannya. Allah SWT telah menjamin bagi sesiapa yang membaca Al-Quran dan mengamalkan isi kandungannya tidak tersesat di dunia dan selamat di akhirat. Firman Allah SWT:
“..Maka barangsiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, ia tidak akan sesat dan tidak akan celaka.”
Ads
Rasulullah SWT bersabda:
“Barangsiapa membaca satu huruf dari kitab Allah maka baginya satu kebaikan, dan satu kebaikan itu dibalas sepuluh kali lipatnya. Aku tidak mengatakan alif lam mim itu satu huruf; tetapi alif satu huruf; lam satu huruf dan mim satu huruf. ” (HR. At-Tirmidzi, katanya: hadits hasan shahih).
Dengan hanya satu huruf kita diberi ganjaran sebanyak itu, bayangkan jika dengan hanya membaca beberapa surah pendek atau semuka ayat suci Al-Quran. Masya-Allah, sungguh banyak tidak ternilai ganjaran yang bakal kita peroleh. Maka, carilah masa dalam setiap hari untuk kita meluangkan sedikit dengan kitab suci Al-Quran ini.
Ads
Lapangkan hati dengan bertaubat
Jika terasa menyesal apabila melakukan satu kesalahan, itu bermaksud iman masih ada di dalam dada. Sebaliknya jika dosa yang dilakukan itu tidak memberi sebarang kesan kepada diri, malah kita berasa bangga dengan perbuatan tersebut, awas! Itu petanda buruk. Iman masih berada di tahap yang lemah.
Jadi mari kita ambil sedikit masa untuk bertanyakan kepada diri sendiri, sudah cukupkah amalan kita di dunia ini?
Ads
Rasulullah S.A.W bersabda :
“Malaikat Jibril datang kepadaku dan berkata : “Rugilah (kecewa) orang yang bila namamu disebut dia tidak mengucapkan selawat atasmu”. Aku mengucap : “Amin”. “Rugi orang yang berkesempatan hidup bersama kedua orang tuanya tetapi dia tidak sampai bisa masuk ke Syurga”.
Aku berkata : “Amin”. Jibril berkata lagi : “Rugi orang yang berkesempatan hidup pada bulan Ramadan, tetapi tidak sampai terampuni dosa-dosanya”. Lalu aku mengucapkan : “Amin”. [HR. Ahmad]
Tidak tersentuhkah kita apabila membaca hadis di atas? Ruginya jika kita tidak mengambil peluang keemasan ini. Manfaatkanlah masa yang diberi ini. Latihlah diri dengan ibadat sunat seperti berzikir, bersedekah dan melakukan solat-solat sunat. Semoga Allah mengizinkan kita dan memberi kemudahan untuk melakukan ibadah puasa kali ini dengan sesempurnanya.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Love Lock atau turut disebut Love Padlock adalah mangga yang ditulis nama pasangan, kemudian diletakkan di tempat-tempat tertentu seperti jambatan, pagar, monumen atau tempat yang dikatakan menjadi simbol cinta. Kebiasaanya ditulis nama pasangan sebagai harapan cinta mereka akan kekal.
Dalam menjawab persoalan ini, marilah kita mentadabbur ayat yang sering kita bacakan di dalam solat lima waktu setiap hari. Selain membacanya, marilah kita memahami inti patinya:
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
Maksudnya: Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. (Surah al-Fatihah: 5)
Imam Ibn Kathir menerangkan bahawa lafaz “iyyaka” diletakkan di permulaan ayat dan diulang penggunaanya untuk menekankan bahawa hanya kepada Allah SWT kami menyembah, hanya kepada Allah kami bertawakkal menyerahkan segala urusan, dan tidak akan sesekali kami bertawakkal melainkan kepada Allah SWT.
Maka, jelaslah dalam kehidupan kita seharian, kita diajar untuk sentiasa memohon segalanya kepada Allah SWT dan bertawakkal dalam setiap urusan. Selain itu, terdapat begitu banyak dalil daripada al-Quran yang menunjukkan rahmat Allah SWT kepada hambanya yang memohon doa daripadanya, antaranya:
Maksudnya: (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. (Surah al-Nisa’: 32)
Maksudnya: (Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada tuhan kamu, lalu Ia perkenankan permohonan kamu (dengan firmanNya): “Sesungguhnya Aku akan membantu kamu dengan seribu (bala tentera) dari malaikat yang datang berturut-turut.
Imam al-Qurtubi dalam menafsirkan ayat ini, mengatakan bahawa ayat ini turun selepas Rasulullah SAW berdoa kepada Allah untuk membantu tentera Islam ketika peperangan badar. Keresahan Rasulullah SAW tampak apabila Baginda melihat bilangan tentera musyrik berjumlah seribu orang, sementara tentera Islam hanya 315 orang sahaja. Selesai doa Baginda, lalu diturunkan ayat ini.
Maksudnya: Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.
Jelaslah berdasarkan ayat-ayat di atas, bahawa Allah SWT Maha kaya, lagi Maha luas rahmatnya. Tidak ada yang lebih layak untuk diminta pertolongan, rezeki atau memohon untuk diselamatkan melainkan daripada Allah SWT. Hal ini sebagaimana yang diajarkan oleh Baginda Nabi SAW di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibn ‘Abbas RA:
Maksudnya: Apabila kamu meminta, maka minta kepada Allah, dan apabila kamu memohon pertolongan, mohonlah pertolongan daripada Allah. Riwayat al-Tarmizi (2516)
Selain itu, dalam membahaskan persoalan ini, perlu untuk kita berhati-hati agar tidak menjadi orang yang melakukan perbuatan khurafat.
Sesungguhnya, Allah SWT Maha berkuasa dalam menentukan segalanya. Tidak ada yang mampu menjamin kebahagiaan atau dapat lari daripada kesengsaraan melainkan semuanya dengan kehedendak Allah SWT.
Maksudnya: Dan jika Allah mengenakan engkau dengan sesuatu yang membahayakan, maka tiada sesiapa pun yang akan dapat menghapuskannya melainkan Dia; dan jika Ia menghendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada sesiapapun yang akan dapat menghalangi limpah kurniaNya. Allah melimpahkan kurniaNya itu kepada sesiapa yang dikendakiNya dari hamba-hambaNya, dan Dia lah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. (Surah Yunus: 107)
Umat Islam juga hendaklah menjauhi semua amalan khurafat, yang menyatakan apabila meletakkan kunci di pagar atau tempat-tempat tertentu akan mengekalkan perhubungan dan cinta. Ini jelas seperti mana yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud R.A,
Maksudnya: “Al-Tiyarah adalah syirik, al-Tiyarah adalah syirik (Baginda menyebutnya tiga kali) dan setiap orang pasti (pernah terlintas dalam hatinya sesuatu dari hal ini). Hanya sahaja Allah SWT menghilangkannya dengan tawakkal.” Riwayat Abu Daud (3910), Ibn Majah (3538) dan al-Tirmizi (1614)
Istilah tatayyur atau tiyarah berasal daripada perkataan al-tayr (الطير) iaitu bermakna burung. Dalam kepercayaan masyarakat Arab Jahiliyah, apabila mereka akan mengadakan perjalanan, mereka akan terlebih dahulu melepaskan burung. Sekiranya burung itu terbang ke kanan, maka ia dikenali sebagai sa’ih, mereka akan gembira dan perjalanan dibolehkan. Sebaliknya, jika ke kiri barih, ia bermakna sial dan mereka akan bersedih kerana ia memberi petanda musibah akan menimpa lantas mereka akan menangguhkan pemergian. (Lihat Miftah Dar al-Sa’adah, m. 584-585)
Begitulah juga, apabila seseorang meletakkan harapan dan kepercayaan ke atas sesuatu yang sebenarnya tidak mampu memberi apa-apa jaminan untuk kebahagiaan.
KESIMPULANNYA
Berdasarkan nas dan hujah di atas, kami berpendapat bahawa Love Lock apabila diletakkan untuk tujuan mengharapkan jodoh, atau minta dikekalkan jodoh dengan mengunci mangga, adalah haram.
Ini kerana kami berpendapat konsepnya hampir sama dengan al-Tiyarah yang mengharap dan meletakkan kepercayaan ke atas sesuatu perkara yang hakikatnya tidak dapat memberi manfaat. Selain itu, sudah jelas daripada dalil-dalil di atas bahawa untuk meminta sesuatu hanyalah kepada Allah SWT.
Semoga Allah memberi kita taufiq untuk memahami dan mempratikkan syariat Islam. Aamiin.
Sumber kredit: Mufti Wilayah Persekutuan. Sahibus Samahah Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Senda gurau membangkitkan gelak ketawa. Suami isteri digalakkan bergurau supaya sentiasa gembira dan perhubungan tidak terlalu serius. Gurauan suami isteri memberikan ketenangan dan mencetuskan suasana harmoni dalam rumahtangga. Tidak salah bergurau sesuatu yang melucukan seperti ketika memasak, mengemas rumah atau ketika hendak melelapkan mata.
Bersenda gurau antara suami isteri sebenarnya elok jika dimulakan sejak dari awal usia perkahwinan. Namun jika tidak biasa, tiada salahnya anda cuba untuk bergurau mulai sekarang. Biarlah nampak pelik pada awalnya namun jika dicuba setiap hari lama kelamaan akan menjadi biasa. Bergurau berkait rapat dengan menimbulkan perkara-perkara lucu yang boleh mendatangkan ketawa.
Baca nukilan Zureiny Zulkafly ini.
Bila jadi isteri ni kan, time paling gempak nak sakat suami bila dia ada wuduk.
Best giler masa tu. Macam mak sakat anak-anak hehe
Suami ni memang akan usaha sedaya upaya mengelak. Si isteri pulak gigih cari jalan nak mengusik.
Bukan niat pesongkan suami daripada amal ibadat dia tapi masa tu la si isteri ni boleh nampak macam mana teguhnya si suami ni tadi pertahankan wuduk ni sebab nak solat.
Si suami ni tak akan marah. Paling jauh dia akan cakap, “Abang nak solatlah.” Yang si isteri ni duk tersengih-sengih.
Tapi siaplah. Lepas dia selesai solat, memang dia akan balas dendam. Memang terjerit-jerit si isteri tu tadi sebab kena sakat balik.
Dapat suami macam tu, jaga dia baik-baik.
Macam mana dia jaga wuduk, dia jaga solat In shaa Allah dia akan jaga isteri dan keluarganya dengan sebaik cara.
Saya dah tak merasa semua tu. Rindu nak sakat arwah suami lagi. Dah lama tak ketawa sebab seronok usik dia. Sesekali datang kenangan tu, hanya air mata menemani saya.
Semoga Allah sentiasa jaga cinta dan rindu saya pada dia.
Kenangan-kenangan beginilah yang meninggalkan memori terakam kemas dalam kotak fikiran.
Sumber kredit: Zureiny Zulkafly
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Hati ibu mana yang tidak sedih apabila anak yang selama ini membesar depan mana akhirnya pergi menemui Ilahi.
Belum sempat mencurahkan sepenuh kasih sayang, ternyata Tuhan lebih menyayangi dirinya.
Inilah yang dilalui oleh penyanyi era 80-an, Dayangku Intan apabila menerima berita anak perempuannya Wanku Intan Sfarafana Rosman, 23 tahun meninggal dunia akibat komplikasi selepas melakukan pembedahan hati.
Dalam artikel di Mstar Online pada 23 Januari lalu, Dayangku Intan memberitahu anaknya terkena jangkitan bakteria yang berkemungkinan daripada kucing peliharaannya.
“Anak saya lahir tanpa hempedu (biliary atresia baby) penyakit ini sesuatu yang kami sudah jangka dariapad dia kecil lagi.
“Tapi dia berjaya survive sampai umurnya 23 tahun..pemindahan hati itu dibuat selepas ada gangguan bakteria. Adik dia akan bertindak sebagai penderma hati,” katanya yang dulu popular dengan lagu Kita Insan Biasa.
Terdahulu, Dayangku Intan menerusi posting di laman Instagram miliknya menyatakan Wanku Intan Syarafana tenat sekitar 13 jam lalu.
Sebelum itu penyanyi ini juga sering memberitahu perkembangan anaknya sebelum dan selepas melakukan pembedahan hati berkenaan hinggalah akhirnya Allah lebih menyayangi anak ketiganya ini.
Dayangku Intan memaklumkan pemergian anaknya ini di media sosial dan minta segala urusan dipemermudakan.
Difahamkan jenazah Wanku Intan Syarafana akan disempurnakan di Masjid Wilayah di Jalan Duta dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara di ibu negara selepas solat Jumaat.
Hong Leong Islamic Bank memperkenalkan halatuju baharu berasaskan prinsip Syariah, memfokuskan pengurusan kekayaan holistik dan nilai berteraskan amanah. Ketahui lima tonggak utama dan inisiatif terkini HLISB.