Terbayang keenakan puding karamel yang biasa kita beli di pasar malam. Tetapi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini agak sukar untuk mendapatkannya.
Namun salah satu cara kita sebenarnya boleh membuatnya sendiri. Menggunakan beberapa bahan asas yang mudah, kita boleh buat sebanyak mana boleh dan disimpan untuk beberapa hari.
Resipi puding karamel ini tidak menggunakan telur terutama bagi mereka yang tidak makan telur atau tak tahan bau telur berkenaan.
Alangkah enak tatkala menikmatinya ketika masih sejuk. Memang lega dapat menelannya lembut-lembut di tekak.
Bahan gula hangus:
Ads
Gula (kuantiti bergantung pada acuan)
Bahan-bahan puding:
Agar-agar tali 1 bungkus
Gula 1/2 cawan
Susu cair 1 tin
Susu pekat 1 cawan
Essen vanila
Tepung kastard 3 sudu
Cara-caranya:
Ads
1)Mula-mula buat gula hangus seperti biasa. Taburkan gula ke dalam loyang, guna api kecil.
2)Masak hingga gula menjadi perang. Kemudian ketepikan.
3)Seterusnya, masak agar-agar hingga hancur. Sukatan air, penuh plastik agar-agar tersebut. Jangan lupa untuk kacau.
Ads
4)Bila agar-agar sudah larut kesemuanya, bolehlah masukkan kesemua bahan untuk puding. Jangan lupa kacau sehingga mendidih dan sedikit pekat.
5)Tutup api dan tuangkan sambil tapis adunan puding ke dalam loyang/acuan gula hangus.
6)Sejukkan sebentar sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk hingga puding mengeras.Terbalikkan dan bolehlah dihidangkan.Puding karamel sedap dimakan bila sejuk.
Tak susah pun nak buat. Bolehlah mencuba resipi puding karamel tanpa telur ini. Sedap, cantik, licin dan tidak berlubang-lubang. Selamat mencuba!
SUMBER: NURUL ADRIANA & FACEBOOK
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Sonny Bill Williams, bekas bintang ragbi New Zealand dan tinju menzahirkan kegembiraan apabila isterinya, Alana Raffie memperbaiki penampilan sebagai Muslim.
Sebagai suami, lelaki itu rasa bertuah apabila melihat isteri mula berhijab tanpa paksaan tetapi melakukannya semata-mata memenuhi seruan Allah.
Williams, 37, memeluk Islam pada tahun 2009 merupakan pemain ragbi Muslim pertama di dalam pasukan All Blacks.
Beliau berkongsi sekeping foto memaparkan mereka sekeluarga yang memaparkan Alana dengan imej baru dengan memakai baju berlengan panjang dan bertudung.
“Isteri saya seorang hijabi! Alhamdullilah isteri saya mengambil keputusan untuk bertudung. Ini adalah detik paling membanggakan dalam hidup saya.
‘Istimewanya beliau telah melakukannya untuk ALLAH SWT dan bukan orang lain. @lanamarieewilli Semoga yang Maha Tinggi sentiasa mengurniakan anda kesihatan yang baik, hikmah dan kebahagiaan,” titip Williams buat isteri tersayang.
Williams dan Alana mendirikan rumah tangga pada tahun 2013 selepas empat minggu mengikat tali pertunangan. Kini selepas sembilan tahun, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Iman, 8, Aisha, 5, Zaid, 4 dan Essa, 2.
Pada tahun 2018, foto Williams menunaikan umrah menarik perhatian ramai.
Beliau melebarkan sayap dalam sukan tinju pada tahun 2009 ketika masih bersama All Blacks dan memenangi gelaran Heavyweight International WBA pada 2013.
Berehat enam tahun dari gelanggang selepas memenangi pertarungan profesional ketujuhnya pada 2015, Williams membuat kemunculan semula pada tahun lepas.
Diam tak diam malam ini sudah bermula solat sunat tarawih. Bagi warga Selangor telah ditetapkan 20 rakaat bagi solat sunat terawih. Solat ini boleh dilakukan 8 rakaat dan jika mampu boleh buat sebanyak 20 rakaat.
Walaupun kita melakukannya di rumah tetapi masih boleh melakukannya secara berjemaah bersama keluarga dan pahalanya tetap sama.
Untuk makluman, solat tarawih boleh dikerjakan sepanjang malam dan bukan pada masa tertentu atau harus selesai dalam sejam atau dua selepas Isyak sahaja. Malah, pukul 12 tengah malam pun masih boleh bertarawih, asalkan ditunaikan sebelum masuk waktu Subuh.
Berikut adalah cara-cara menunaikan solat sunat terawih bersendirian ataupun secara berjemaah di rumah buat yang masih tidak tahu:
Niat
“Sahaja aku solat sunat tarawih 2 rakaat kerana Allah Ta’ala.”
“Sahaja aku solat sunat tarawih 2 rakaat imam/makmum kerana Allah Ta’ala.”
Cara menunaikan solat tarawih sebanyak 8 rakaat
Solat sunat tarawih 8 rakaat boleh dilakukan dengan 4 salam.
Ianya ditunaikan pada dua rakaat pertama dan memberi salam. Seterusnya disambung semula dua rakaat berikutnya sehingga genap jumlah 8 rakaat (2 rakaat x 4 salam).
Bacaan surah solat tarawih 8 rakaat.
Tiada pengkhususan bacaan untuk solat tarawih 8 rakaat. Boleh dibacakan apa sahaja surah dalam al-Qur’an sama ada yang pendek mahupun panjang.
Namun, bagi mereka yang tidak menghafal surah-surah panjang, boleh sahaja membaca surah-surah lazim ini dalam solat tarawih 8 rakaat.
Bacaan surah-surah berikut dilakukan selepas daripada membaca surah al-Fatihah.
Bermula malam ke-16 hingga ke akhir Ramadhan, digalakkan membaca Surah al-Qadr pada rakaat pertama.
Seterusnya pada rakaat kedua, dibacakan Surah al-Takathur hingga Surah al-Fil seperti malam pertama sehingga malam ke-15.
Cara menunaikan solat tarawih sebanyak 20 rakaat
Solat sunat tarawih 10 rakaat boleh dilakukan dengan 10 salam.
Ia ditunaikan pada dua rakaat pertama dan memberi salam. Seterusnya disambung semula dua rakaat berikutnya sehingga genap jumlah 20 rakaat (2 rakaat X 10 salam).
Bermula malam ke-16 hingga akhir Ramadan, digalakkan membaca surah al-Qadr pada rakaat pertama. Pada rakaat kedua adalah surah-surah nombor ganjil dalam gambarajah di atas.
Cara menunaikan solat sunat witir
Solat sunat witir boleh dilakukan sesudah habis solat sunat tarawih dan boleh dilakukan secara berjemaah atau bersendirian.
Solat sunat witir dilakukan dengan 3 rakaat dan 2 salam. Dua rakaat yang pertama dan satu rakaat yang kedua.
“Sahaja aku solat sunat witir dua rakaat imam/mamkum kerana Allah Ta’ala“
“Sahaja aku solat sunat witir satu rakaat imam/mamkum kerana Allah Ta’ala”
Bacaan surah-surah dalam solat witir
Selepas bacaan surah al-Fatihah bagi setiap rakaat, digalakkan membaca surah berikut:
Bermula malam ke-16 hingga ke akhir Ramadan, disunatkan membaca doa qunut untuk rakaat terakhir solat sunat witir.
Bacaan doa qunut sama seperti dalam solat Subuh.
KASHOORGA: Jadi tiada alasan untuk tidak menunaikan solat terawih secara berjemaah di rumah bersama ahli keluarga. Suami perlu main peranan sebagai ketua keluarga dan bertindak menjadi Imam dalam mengeratkan lagi tali silaturrahim dan kasih sayang.
Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan mendirikan solat serta menginfaqkan sebahagian daripada apa yang Kami kurniakan kepada mereka secara sembunyi atau terbuka dengan mengharapkan (daripada amalan yang demikian) sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian”. [Fathir:29]
Maksudnya: “Dan demi sesungguhnya! Kami telah memudahkan al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?”. [al-Qamar:17]
Semalam telah berlangsung Malaysia Prestigious Industri Award yang mana ia mengiktiraf mereka yang cemerlang dalam bidang masing-masing. Dan ia adalah anugerah berprestij diiktiraf seumur hidup. Dan sesuatu yang sangat dibanggakan.
Dalam pada itu, pengasas Adzan Centre yang pakar membantu golongan dewasa yang ada masalah buta quran, merangkak-rangkak , pening dengan tajwid dan lain-lain iaitu Ustazah Aisyah Baaín bersama suami, Ustaz Anas telah menerima pengiktirafan di Malaysia Prestigious Industri Award dalam kategori Islamic Education Industry.
Dari satu perkongsian di instagramnya, @aisyah-baain, Ustazah berkongsi akan keberkatan Al-Quran dan rezeki dari Allah dengan kurniaan diterima mereka.
Kongsinya :-
Segala Puji Bagi Allah! Hak Allah semuanya ini, kejayaan demi kejayaan Allah pinjamkan untuk kita semua bersama
Sebagai kenangan nak share sikit perasaan bila dapat award ni semalam, pertamanya ma shaa Allah subhanAllah! Allahu Akbar, Alhamdulillah!
Saya pejam mata dan rasakan syukur atas segala nikmat dunia ini, paling saya sebak bila anugerah ini kami semua dapat atas sebab KEBERKATAN AL QURAN asbab dari sentiasa BERSAMA Al Quran, Allah bagi rasa nikmat ini.
Bila saya kenang balik, yang datang dan menang majoritinya bisnes produk, servis dan sebagainya, tapi rasa syukur sangat bila boleh bawa martabat orang yang MENGAJAR Al Quran, BERSAMA Al Quran, BELAJAR Al Quran, MENGURUSKAN Pusat Quran dan menjadikan KERJAYA guru Quran sebagai kerjaya utama, Allah! maksudnya rezeki Allah sangat-sangat luas!
Kalau dulu mungkin pernah dengar boleh berjaya ke ngajar ngaji je ? boleh sara anak isteri ke ? anak nak kerja apa belajar agama je ? Saya faham dan sangat faham mindset yang sebegitu, tapi ketahuilah yang Allah berfirman dalam Al Quran, tidak akan fakir orang yang bersama dengan Al Quran maka yakinlah dengan rezeki Allah.
Saya hanya minta 1 dari yang membaca status ini, agar sentiasa mendoakan kami semua, keluarga Azdan, fans Azdan, team Azdan dan semua yang mengenali diri ini dan Azdan agar sentiasa berusaha dan kerja keras untuk bantu jutaan manusia dan ummah untuk boleh baca Al Quran dengan baik. Sesungguhnya ribuan lagi manusia yang tak kenal huruf2 dalam baca Al Quran, apatah lagi membacanya, so itu tugas kita bersama
Kejayaan ini hanya asbab supaya kita semua kena buat yang terbaik sentiasa dapat award, rasakan syukur dan hargai moment ini, hargai penat lelah dan jangan terus hanyut malah terus bangkit berjuang sehingga ke garisan penamat
Jika anugerah ini dapat beri sedikit inspirasi pada anak muda diluar sana, maka ambillah yang baik-baik ye, yang kurang baik kita improve sama-sama.
Akhir sekali, nak bagitau je yang gambar-gambar ni semua diambil lepas award, memang pakai je mask, and buka pakai balik, gituu apa pun in shaa Allah moga Allah lindung kita semua dari segala perkara yang tak baik, Ameen ! Gambar : Instagram/ FB Azdan Centre
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?