Putuskan Silaturahim Kerana Dikhianati, Adakah Dibenarkan Dalam Islam

Putuskan silaturahim kerana dikhianati, adakah dibenarkan dalam Islam?

Boleh jadi akibat konflik berat atau  dikhianati ada yang nekad mahu memutuskan silaturahim ahli keluarga dan sahabat baik sendiri.

Sekalipun terlalu kecewa tapi persoalannya dalam Islam adakah kita dibenarkan untuk memutuskan hubungan silaturahim?

Perkara ini mendapat menjelasan daripada Ustaz Azhar Idrus (UAI). Tapi sebelum itu katanya adalah  penting untuk kita fahami terlebih dahulu maksud sebenar silaturahim.

Silaturahim berasal daripada dua perkataan iaitu ‘silah’ yang bermaksud hubungan dan rahim pula membawa maksud perut.

“Adik-beradik seibu sebapa, atau adik-beradik seibu. Itulah silaturahim. Tapi sekarang ni kita dah (beranggapan) lebih dari tu.

Ads

“Kita kawan dekat Facebook pun cakap silaturahim juga. Tak salah tetapi tak tepat,” jelasnya.

Hubungan silaturahim yang sebenar

Kata UAI, hubungan sebenar silaturahim merujuk kepada mereka yang datang dari perut yang sama, iaitu adik-beradik seibu atau seibu sebapa.

Hubungan dengan sepupu juga boleh dianggap silaturahim, tetapi secara teknikalnya ia kurang tepat.

Ads

Sementara itu, hubungan dengan kenalan biasa atau rakan media sosial bukanlah termasuk dalam kategori silaturahim yang wajib dipelihara dari segi hukum, meskipun tidak salah jika dianggap sebagai satu bentuk hubungan.

Putus silaturahim dengan keluarga sendiri

Namun begitu, bagaimana pula jika individu tersebut adalah ahli keluarga tetapi bersikap khianat atau membawa mudarat kepada kita?

Menurut UAI, dalam hal ini niat memainkan peranan penting.

Ads

“Kita niat jauhkan diri supaya menolak mudarat daripada (pengkhianatan) dia kerana kaedah yang kita gunakan adalah kemudaratan haruslah kita jauhkan.

“Kalau kawan kita jahat sangat sampai boleh jatuh atau melakukan perkara yang jahat, maka kita jauhkan diri daripada dia.

“Bukan niat putus silaturahim. Niat menjaga diri kita daripada keburukan. Hukumnya dibolehkan,” katanya.

Kesimpulannya, jika seseorang itu membawa keburukan atau mengkhianati kita, Islam membenarkan kita menjauhkan diri daripadanya demi menjaga keselamatan dan kesejahteraan diri selagi bukan dengan niat memutuskan hubungan sesama Muslim.

Sumber: Ustaz Azhar Idrus

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download sekarang ya?

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads