Pempengaruh media sosial terkenal, Ayana Moon berkongsi khabar gembira apabila diterima melanjutkan pengajian bagi ijazah kedua di Universiti Oxford, United Kingdom dalam bidang Master of Public Policy (MPP). Perkara itu dimaklumkan menerusi satu hantaran di media sosial miliknya selepas beliau terlebih dahulu berkongsi berita tersebut bersama ahli keluarga serta rakan terdekat.
Menurut Ayana, keputusan untuk menyambung pengajian di institusi berprestij dunia itu dibuat selepas melalui tempoh pertimbangan yang panjang. Katanya, beliau sebelum ini meneliti pelbagai pilihan sebelum akhirnya memilih untuk memulakan bab baharu dalam perjalanan hidupnya di universiti tersebut.
“Alhamdulillah, saya diterima masuk ke Universiti Oxford untuk ijazah kedua. Saya sudah berkongsi kegembiraan ini dengan keluarga dan rakan terdekat sebelum memaklumkannya kepada semua,” katanya.
Tambah Ayana, selepas sekian lama bergerak tanpa henti, beliau merasakan sudah tiba masanya untuk membuka lembaran baharu dalam kehidupan dengan memberi tumpuan kepada bidang akademik.
Ads
“Saya sudah lama berlari tanpa henti dan mempertimbangkan pelbagai pilihan. Selepas berfikir panjang, saya akhirnya membuat keputusan untuk memulakan bab baharu di Oxford,” ujarnya.
Ads
Dalam masa sama, beliau berharap langkah tersebut dapat memberi inspirasi serta membuka lebih banyak peluang kepada generasi Muslim untuk mencapai kecemerlangan.
Ads
“Untuk lebih banyak kecemerlangan dan lebih ramai pemimpin Muslim. Insya-Allah, amin,” katanya.
Ayana Moon atau nama penuhnya Ayana Jihye Moon merupakan pempengaruh Muslimah berasal dari Korea Selatan yang dikenali ramai selepas memeluk Islam.
Beliau menjadi popular khususnya di Malaysia dan Indonesia menerusi kandungan media sosial yang memaparkan kehidupan sebagai Muslimah, perkongsian mengenai hijab serta pengalaman menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim di Korea sehingga berjaya meraih jutaan pengikut di platform digital.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Sejak berlakunya wabak pandemik Covid-19, kerajaan Arab Saudi memang menutup sementara kepada semua jemaah untuk menunaikan ibadah umrah kecuali musim haji lalu.
Dan kini setelah keadaan sedikit reda, Tanah Suci Makkah akhirnya dibuka semula untuk umat Islam bagi menunaikan umrah.
Situasi ini memberi kegembiraan kepada semua terutama buat mereka yang dijemput menjadi tetamu Allah untuk menunaikan ibadah berkenaan.
Perkongsian seorang pengguna twitter Ahmad Najhan Hassim menceritakan pengalamannya menunaikan umrah dalam keadaan norma baharu.
Dia meluahkan rasa syukur dan begitu teruja apabila terpilih menjadi insan terawal bagi melakukan umrah bersama jemaah lain.
Memetik laporan Alhijrah Online, dia tidak menyangka permohonannya menunaikan umrah secara suka-suka melayakkannya menjadi antara individu terawal menunaikan ibadah umrah norma baharu yang bermula semalam.
Najhan yang bekerja sebagai jururawat di salah sebuah hospital di Jeddah berkata Prosedur Operasi Standard (SOP) umrah yang dibuat Arab Saudi teratur dan tidak mengganggu pelaksanaan ibadah.
“Bila dah selesai semalam agak teruja apa yang dilakukan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.
“Sangat teratur sangat mengikut SOP penjarakan sosial ketika kita melakukan tawaf dan alhamdulillah jemaah sangat mematuhi SOP ditetapkan,” katanya ketika dihubungi Alhijrah Online.
Sebelum ini dia berpeluang hampir setiap bulan menunaikan umrah sebelum berlakunya pandemik ini setelah hampir tiga tahun menetap di Jeddah.
Pun begitu Najhan memaklumkan, tempoh maksimum tiga jam yang ditetapkan Arab Saudi untuk jemaah menyelesaikan ibadah umrah menyebabkan tempoh masa di dalam Masjidil Haram singkat.
Ternyata perkongsiannya mengundang respon daripada warganet. Rata-rata teruja membaca pengalamannya ini dan turut agar dapat ke sana satu hari nanti.
Najhan juga turut berkongsi pengalamanya itu di laman sosial Facebooknya sepanjang mengerjakan umrah dengan norma baru ini.
Syukur sgt setelah sekian lama umrah ‘direhatkan’..kalini berpeluang menjadi yg terawal since dimulakan semula harini bagi penduduk di dalam saudi.. Nama pn norma baharu..so ada pembaharuan dr segi kedatangan jemaah.
Kalini semua yg niat nk buat umrah perlu ‘online booking’ melalui apps Eatmarna ‘اعتمرنا’..pilih tarikh dan masa yg korang plan. Oh ya perlu daftar juga apps tawakkalna ‘توكلنا’ utk status kesihatan dan utk mendapatkan personal permit yg aktif.
Kali ni kita wajib utk menaiki bas kalo pilih Alshishah Centre.Tapi berbayar msa booking dlm apps Eatmarna tu nnti (SR37.23), harga utk pegi balik.rasanya bg yg drive sndri better pilih Alshishah ni sbb senang parking kereta korg.
Then sama2 naik bas ke masjidil haram. Utk abam punya pilihan (Alshishah Center), turun je bas nnti bjaln sket then akan ada 1 lg kaunter saringan (kawasan lapang berdekatan zamzam Sabe dan tandas bwh tanah).
Kat sini jemaah akan menunggu mutawwif utk bawa masuk ke dalam masjid (As-Salaam Gate), ikot kumpulan dan kita akan dilepaskan di dataran kaabah nanti utk mulakan tawaf..berlainan pulak kalo yg dari Kudai Centre, bkumpul di belakang clock tower then sama2 la bjalan masuk ke masjid menerusi pintu King Abdul Aziz, menurut kata Ustazah Salimah Hasim (SALAM HAJI Travel & Tours Sdn Bhd Makkah Kenangan Terindah)..senang kata, ikot je arahan dan panduan dr staff..
Jika kalian perasan, masa buat tempahan tu ada ruangan masa. Jangan risau, tu sekadar panduan ‘time frame’ utk kita berada dlm Masjidil Haram.xde la kata contoh pukul 9pg, sharp kna masuk waktu tu jgk..then kalo lmbt xdibenarkan masuk ke apa..tak seketat itu pun..jnji dalam lingkungan masa permit yg dikeluarkan selama 3jam tu..
So beribadah la sepuasnya dlm masa 3jam tu sebelum waktu keluar..untuk harini pintu masuk abam melalui jalan ground floor ke dataran Kaabah tu, pintu keluar lps dah selesai Saie, melalui pintu As-Salaam juga di bhgian bukit Marwah sana..ikot la mana laluan kalian masuk, situ jugak la keluar nya arah yg sama..then pegi la ke bus hub yg sama utk balik ke kereta masing2. Oh perkhidmatan skuter utk saie masih ada ya..semua bole didapati di aras yg sama, bukan lg di tingkat atas seperti sebelumnya..
– Abam buat swab test even xde arahan, sbb fikir logik dia link dgn tawakkalna tu utk status kesihatan. Better buat drpd xbuat, buang masa n duit je kalo tiba2 xdibenarkan masuk
– Tak perlu tergesa2 buat tawaf.ambil masa and peluang sebab anda ada 3jam sebelum keluar. Ambil masa utk solat sunat juga lps da selesai tawaf. Dorang akan ‘halau’ jemaah utk terus buat saie kalo kwsn solat nmpk sesak. Tp kalo lengang kwsn solat tu, jemaah nk duduk lama n santai pun boleh
– Begitu juga utk ibadah saie. Ambil masa. Mcm tadi abam siap tahallul semua, saje duduk skejap di kwsn bukit Marwah tu sblm rasa nak keluar dr kwsn masjid utk balik ke bus hub tadi. Yela da keluar xboleh masuk dah
– Bagi yg nak menginap di mekkah boleh je buat tempahan hotel di perkarangan Masjidil Haram, so nanti better pilih Kudai Center sbgai tmpt berkumpul..mudahkan korang RALAT. Yela norma baharu, so ada bberapa bnda yg kta xdpt rasa mcm dlu..
– Kaabah dan hajar aswad xboleh disentuh atau dicium. Ada benteng keliling kaabah dan dijaga..utk elak bersentuhan..SOP kna jaga!
– Kalo dulu ibarat nya percuma utk dtg beribadah. Now dh kna sedikit bayaran utk bas. Xpe niat kn utk sedekah utk pekerja yg memastikan kebersihan segala perkhidmatan yg disediakan.
– Dulu xde had masa. Boleh keluar masuk bnyk kali nk buat umrah ke tawaf ke. Bole stay lama2 dlm Masjidil haram
– Air zamzam akan diberi dlm botol kecil oleh petugas2..dah xde kaunter layan diri tu
– Kesan dr teknologi. Kesian utk warga emas, org kurang kemampuan, atau yg kurang mahir dlm teknologi utk booking permit umrah
Buat yg berada di luar Saudi. Khabarnya mula dibuka buat kalian November nanti. Tu pn bergantung pada keadaan semasa dan status covid negara masing2..Sama2 la kta doa supaya dipermudahkan urusan kalian ke sini.Yang berada di saudi pulak, jarak untuk permohonan seterusnya hanya selepas tempoh 14hari bagi memberi laluan kepada jemaah yg belom berkesempatan untuk melakukan umrah.
Sekian, sedikit perkongsian buat semua. Harap dpt membantu serba sedikit
Perkara pertama yang golongan suami perlu utamakan setiap kali mendapat gaji adalah nafkah isteri. Ini yang selalu suami-suami lupa walaupun bukan semua suami culas memberi nafkah kepada isteri.
Janganlah diabaikan nafkah isteri. Dapat sikit, beri sikit, dapat banyak, beri banyak kerana pentingnya isteri reda dengan pemberian nafkah suami.
Jika isteri tidak reda, bimbang sempit rezeki suami. Semoga perkongsian dari Khairul Johari ini memberi manfaat kepada anda semua.
Perkara yang paling suami terlepas pandang, hutang nafkah. Sebab apa rezeki selalu tak cukup? Sebab apa dapat banyak pun duit tapi masih tak cukup?
Duit habis tetapi tak nampak duit dibelanjakan untuk apa? Hati kusut, tanyalah isteri anda dari hati ke hati. Adakah dia reda untuk segala nafkah suami terhadap isteri?
JANGAN KEDEKUT DENGAN ISTERI
Tanya isteri, adakah dia betul-betul menghalalkan segala hutang nafkah yang suaminya berhutang itu? Percayalah, banyak perkara yang isteri pendamkan dalam hati sebenarnya. Tetapi dia tidak akan meluahkan kerana mahu menjaga hati suami. Keduanya sebab mahu mengelakkan pergaduhan.
Jangan kedekut dengan isteri. Perasan tak pasangan yang bahagia selalunya si suami tidak kedekut dengan isteri. Perasan tak? Makan isteri berkira, sampai isteri kena keluarkan duit sendiri. Dalam tidak sedar, kita suami dah berhutang dengan isteri. Kita tengok isteri nampak seperti tidak kisah, kita tahu ke dalam hati dia?
Mak ayah dia lepaskan dia untuk menjadi isteri kamu, untuk dijaga seperti yang mereka jaga. Bukannya kamu kerahkan tenaga dia seperti babu. Bukan untuk kamu kerahkan kudrat dia siang malam 24 jam tanpa rehat. Bukannya untuk kamu lukakan hati dia sedangkan hati kamu, kamu mahu dia jaga.
KAHWIN BUKAN UNTUK SEDAP SEMATA
Kalau dia tahu layanan kamu terhadap anak dia, agak-agak dia akan berkahwin dengan kamu? Kahwin ini bukan untuk sedap semata-mata tetapi banyak tanggungjawab yang perlu dipikul. Di atas dunia bolehlah kita mengelat, tetapi kita kena ingat Allah Azza Wajalla Maha Melihat.
Kita akan dipersoalkan di akhirat kelak. Jadilah suami yang bertanggungjawab. Sayangilah isteri, jagalah perasaan isteri. Isterilah punca rezeki suami semakin bertambah. Semoga kita terus bahagia dan mendapat keberkatan daripada Allah SWT.
VIDEO KASHOORGA:
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Kuasa Allah, dua hari terperangkap dalam runtuhan, kanak-kanak enam tahun ditemui masih hidup di sisi mayat neneknya yang telah meninggal dunia.
Segala yang berlaku atas kekuasaan Allah. Siapa sangka walaupun selepas dua hari, anak ini ditemui masih hidup dan selamat walaupun neneknya telah pergi dulu.
Seorang kanak-kanak ditarik keluar dari bawah runtuhan sebuah rumah dalam keadaan masih hidup meskipun terperangkap di bawah runtuhan itu selama dua hari, lapor stesen penyiaran CNN semalam.
Situasi itu memberi harapan kepada waris mangsa yang masih mencari orang tersayang selepas gempa bumi cetek menggegarkan rantau Cianjur, wilayah Jawa Barat pada Isnin lalu.
Menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB), anggota penyelamat menyelamatkan kanak-kanak bernama Azka Maulana Malik itu di kampung Nagrak, dalam daerah Cugenang, Indonesia.
Satu rakaman video menunjukkan situasi ketika kanak-kanak tersebut dibawa keluar oleh anggota penyelamat.
Dia ditemui bersebelahan dengan mayat neneknya, demikian menurut BNPB.
Azka kini dirawat di sebuah hospital di Cianjur, lapor media tempatan. Pasukan penyelamat sebelum ini telah membawa keluar mayat ibu bapa kanak-kanak lelaki tersebut.
Gempa bumi berukuran 5.6 pada skala Richter melanda Cianjur sekitar pukul 1.21 petang (waktu tempatan) pada kedalaman 10 kilometer, demikian menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).
“Angka kematian kini meningkat kepada 271 orang,” kata Ketua BNPB, Mejar Jeneral Suharyanto dalam satu sidang akhbar semalam sambil menambah, lebih satu pertiga daripada mangsa yang maut adalah kanak-kanak.
BNPB juga telah mendirikan 14 khemah pelarian dan menyediakan kemudahan-kemudahan untuk penduduk yang hilang tempat tinggal.
Sementelah itu, Suharyanto jelaskan mangsa-mangsa dijangka meninggalkan khemah sementara mereka dan berpindah ke khemah utama. – Agensi
Silent treatment dalam rumah tangga boleh menjadi penderaan emosi yang merosakkan hubungan suami isteri jika tidak dikawal dengan komunikasi yang sihat.