Ramai juga pasangan yang telah berkahwin dan lewat dikurniakan zuriat sendiri membuat keputusan untuk mengambil anak angkat. Namun sebelum melakukannya, elok lah kita ambil tahu serba sedikit apakah keperluan utama bagi mengelakkan masalah kelak.
Allah SWT telah merakamkan kisah orang-orang kafir yang berbangga dengan banyak harta benda dan ramai anak pinak. Pada zaman itu mana-mana puak atau kumpulan tidak ramai anak, mereka akan mengambil anak-anak angkat untuk meramaikan bilangan pengikut yang menjadikan mereka kuat. Pada zaman permulaan Islam, berlaku pengambilan anak angkat di mana masyarakat telah tersalah sangka hingga melibatkan Rasulullah SAW sendiri dengan anak angkatnya bernama Zaid Bin Harithah. Peristiwa itu dirakamkan oleh Alquran dalam surah Al Ahzab ayat 4-5.
ANAK ANGKAT DALAM KELUARGA ISLAM Pemeliharaan anak angkat dalam keluarga Islam hendaklah mencerminkan unsur-unsur Islam. Ia sama sekali tidak boleh dirahsiakan kerana langkah itu bertentangan dengan syariat Islam. Perkara-perkara yang wajib diberi perhatian semasa mengambil anak angkat ialah:
1. NASAB atau KETURUNAN Allah SWT menggariskan bahawa taraf anak angkat tidak seimbang dengan anak kandung dan bagi menjaga kesucian keturunannya maka dilarang daripada dinamakan dengan “bin” atau “binti” kepada ayah angkat. Semasa mengiktiraf pengangkatan anak angkat hendaklah dibin atau dibintikan kepada bapa kandung atau kepada asma’ Allah seperti “Abdullah” dan lain-lain (jika bapa kandung tidak diketahui). Anak angkat dianggap hanya sebagai saudara seagama atau “maula” kepada bapa angkat dan boleh juga dipanggil secara ringkas dalam hidup seharian sebagai “maula” (L) atau “maulad” (P) kepada bapa angkat.
Ads
2. WALI Bapa angkat tidak boleh menjadi wali kepada anak angkat perempuan semasa perkahwinan. Walinya yang sah adalah bapa kandung atau ahli keluarganya yang asal mengikut tertib kewalian atau Wali Hakim. Mahkamah Syariah mempunyai prosedur yang tertentu sebelum melantik Wali Hakim.
3. WARISAN HARTA PUSAKA Anak angkat tiada hak mewarisi harta pusaka ibu bapa angkat. Hubungannya dengan ibu bapa kandung tidak boleh diputuskan kerana dia masih berhak mendapatkan bahagiannya daripada kedua ibu bapa kandung. Namun begitu, ibu bapa angkat digalakkan memberi ‘hadiah’ kepada anak angkat semasa hayat sebagai usaha mengelakkan sebarang kesulitan sepeninggalan mereka.
Ads
4. PERGAULAN DALAM KELUARGA Ibu bapa angkat bertanggungjawab memberi kesedaran kepada anak angkat mengenai tarafnya dalam keluarga supaya dia tidak menganggap bapa angkat dan saudara-saudara angkat yang berlainan jantina sebagai mahramnya. Dengan cara itu dapatlah dielakkan pergaulan yang terlalu bebas dalam keluarganya. Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 memberi kemudahan kepada ibu bapa angkat Islam mengesahkan hak jagaan ke atas anak angkat. Melaluinya juga mereka boleh memelihara nasab keturunan dan warisan anak angkat seperti yang ditetapkan dalam Islam. Tetapi akta itu tidak melarang ibu bapa angkat yang hidup membujang memelihara anak angkat yang berlainan jantina daripadanya. Oleh itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat tidak menggalak bakal ibu/bapa angkat berugama Islam yang hidup membujang memelihara anak angkat berlainan jantina kerana keadaan itu menimbulkan kerumitan setelah anak angkat meningkat dewasa.
Ads
Dipetik daripada buku bertajuk: “Pemeliharaan Anak Angkat – Satu Panduan” Oleh Puan Sri Nurzan Mohd Wahie
Sumber : Unit Penyelidikan, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis
Artikel berkaitan:
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Tahi atau najis cicak selalu ada merata-rata di bahagian lantai. Malah di ruang kita solat sendiri.
Namun bagaimana hukumnya jika kita memijaknya tak menyedarinya atau tak sengaja, adakah tahi cicak ini membatalkan wuduk? Ikuti penjelasan Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkaitan kemusykilan agama ini.
Secara umumnya, tahi cicak termasuk dalam kategori najis mutawassitah. Hal ini kerana menurut mazhab al-Syafi‘i tahi, najis dan air kencing termasuk yang datang daripada haiwan adalah dikira sebagai najis.
Sekalipun pada asalnya mazhab Syafi‘i berpendapat tinja, bahan buangan dan kencing itu adalah najis, sama ada daripada sekalian haiwan sekalipun binatang yang dimakan dan tidak dimakan.
Namun ada beberapa keadaan, yakni berlakunya ‘Umum al-Balwa iaitu keadaan apabila keberadaan najis itu susah dikawal dan dielakkan, seperti tahi burung di dalam masjid, tinja ikan di dalam air dan tinja belalang, dan tinja haiwan yang tidak ada darah mengalir di dalam badannya termasuklah cicak mengikut pandangan sebahagian ulama, maka ia dianggap najis juga, tetapi dimaafkan kerana sukar untuk dielakkan. (Lihat al-Majmu‘ Syarh al-Muhazzab, 2/550; Nihayah al-Muhtaj, 1/80).
Seterusnya, berkenaan perkara-perkara yang membatalkan wuduk pula, di dalam al-Fiqh al-Manhaji (1/62-63) disebutkan bahawa perkara yang membatalkan wuduk ada lima, iaitu:
-Keluar sesuatu daripada salah satu saluran qubul dan dubur kencing, tahi, darah, kentut dan lain-lain.
-Tidur yang tidak tetap. Maksud ‘tetap’ di sini ialah duduk dalam keadaan punggung bertaup rapat dengan lantai manakala maksud tidak tetap pula ialah terdapat rongga di antara punggung dan lantai.
-Hilang akal disebabkan sama ada mabuk, pitam, sakit atau gila.
-Seseorang lelaki menyentuh isterinya atau perempuan lain tanpa berlapik dan perbuatan itu membatalkan wuduk kedua-duanya. Maksud perempuan lain ialah perempuan yang halal berkahwin.
-Menyentuh kemaluan manusia, sama ada diri sendiri atau orang lain, sama ada qubul atau dubur dengan tapak tangan dan perut-perut jari tanpa berlapik.
Selain itu, dijelaskan juga bahawa segala sesuatu yang keluar dari saluran selain daripada saluran qubul dan dubur, jika ia bukan najis, maka tidak dianggap sebagai pembatal wuduk menurut kesepakatan para ulama. (Lihat al-Mausu‘ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 17/113).
Justeru, berdasarkan kepada perbahasan dan perbincangan di atas, jelaslah bahawa terkena atau terpijak tahi cicak mahupun najis-najis lain tidak termasuk dalam perkara yang membatalkan wuduk atau air sembahyang.
Oleh itu, wuduk seseorang yang terkena najis masih sah dan tidak terbatal serta dia tidak perlu mengulanginya. Walau bagaimanapun, jika dia ingin mendirikan solat, maka perlulah dipastikan bahawa pakaian atau tempat yang terkena najis itu dibersihkan terlebih dahulu sebelum mendirikan solat.
Hal ini kerana di antara syarat sah solat ialah bersih daripada najis pada badan, pakaian dan tempat solat.
Oleh kerana tahi cicak termasuk dalam kategori najis mutawassitah, maka cara membersihkannya adalah dengan menghilangkan ainnya terlebih dahulu, kemudian mencucinya dengan air sehingga hilang bau, warna dan rasa.
Dalam situasi di dalam ruang solat (surau/masjid) sekiranya tahi cicak itu boleh untuk dielakkan, maka jika terpijak, hendaklah segera dibuang kerana dikhuatiri ia boleh merosakkan solat.
Namun, sekiranya tahi cicak itu sukar untuk dielakkan kerana terlalu banyak, ia tidaklah merosakkan solat kerana najis itu dimaafkan dan termasuk dalam ‘Umum al-Balwa.
Ini kes yang amat berat. Setiap pasangan perlu berhati-hati apabila lafaz cerai atau talak diucapkan. Salah seorang perlu keluar dari rumah serta merta kerana mereka bukan lagi berstatus suami isteri.
Selepas lafaz cerai, pasangan boleh rujuk semula dalam tempoh iddah iaitu tiga kali bekas isteri suci daripada haid. Tiada lagi dibolehkan tinggal sebumbung apatah lagi berbantal kan lengan pasangan.
Tiada istilah lafaz tak sengaja, bergurau atau tak ada niat nak cerai kerana hal talak tidak boleh dibuat main. Kita ikuti penjelasan lanjut oleh SS Mufti Wilayah Persekutuan tentang hal ini kerana ramai juga yang keliru.
Assalamualaikum. Saya dalam proses mendapatkan surat cerai setelah menceraikan isteri saya. Namun dengan nama Allah, hakim atau pendaftar di mahkamah syariah negeri Selangor terbabit menyatakan saya masih boleh bersetubuh dengan bekas isteri saya jika penceraian tidak mendapat pengesahan mahkamah.
Adakah kuasa mahkamah syariah menafikan hukum syarak sedia ada? Adakah jika saya melakukan persetubuhan ia tidak dihukumkan sebagai zina oleh Allah?
Waalaikumussalam. Semoga Allah permudahkan urusan rumah tangga kalian. Apabila berlaku penceraian, setiap pasangan perlu mengambil berat soal hak dan tanggungjawab serta perkara yang boleh dilakukan dan tidak boleh dilakukan agar tidak terjerumus melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan hukum Syarak.
Antara perkara penting yang wajib diketahui ialah berkaitan hukum talak dan rujuk beserta prosedurnya mengikut ketetapan daripada Mahkamah Syariah.
Dalam perkahwinan yang sah, seorang suami mempunyai hak untuk menceraikan isterinya sebanyak tiga kali. Penceraian pertama dan kedua masih boleh dirujuk selagi mana masih dalam tempoh ʿiddah.
Sekiranya tempohʿiddahsudah tamat, suami tidak boleh rujuk isterinya kembali melainkan perlu mengulang semula akad nikah berserta maharnya sekali seperti perkahwinan pertama kali.
Dari segi hukum syarak, sejurus sahaja talak diucapkan maka talak satu akan jatuh serta-merta tidak kira sama ada lafaz talak diucapkan di mahkamah ataupun luar mahkamah.
Kesannya, tidak boleh bagi bekas suami untuk tinggal bersama isteri yang telah diceraikan di dalam satu rumah apatah lagi melakukan persetubuhan, sama ada talak rajʿī[1]atau talak bain[2]. Ini kerana isteri yang sudah ditalakkan adalah wanita ʿajnabi (asing) kepada bekas suami.
Kekeliruan timbul apabila ada pihak mengatakan talak hanya jatuh apabila dilafazkan di depan hakim di mahkamah tidak di luar. Menjawab kekeliruan ini, persoalan di atas boleh dijawab berdasarkan pembahagian wajib.
Ulama’ membahaskan wajib ada tiga jenis; wajib dari segi Syarak (Diyānah), wajib dari segi Undang-undang (Qaḍa’) dan wajib dari segi Syarak dan Undang-undang. Pengertiannya:
Contohnya, suami mentalakkan isteri tanpa saksi. Apabila isteri ingin mengangkat kes talak ini ke mahkamah bagi menuntut hak-hak berkaitan sedangkan suami tidak mahu mengaku sudah melafazkan talak.
Keadaan ini menyebabkan hakim memutuskan perempuan itu masih isteri yang sah atas faktor tidak mempunyai saksi dan pengakuan, si suami tetap tidak boleh menafikan fakta yang dia sudah menceraikan isterinya.
Keputusan hakim berdasarkan apa yang terzahir sahaja, sedangkan Allah Maha Mengetahui segalanya. Mengikut ketetapan Syarak, talak tetap jatuh dan suami wajib melaksanakan segala suruhan dan larangan berkaitan talak dan rujuk walaupun hakim memutuskan sebaliknya.
Contohnya boleh didapati daripada soalan di atas, undang-undang mewajibkan setiap penceraian mestilah didaftarkan dan disahkan di mahkamah.
Sekiranya penceraian tersebut masih belum mendapat pengesahan mahkamah, kesannya mereka berdua masih dianggap suami isteri di sisi undang-undang.
Namun perlu diingatkan, status suami isteri tersebut hanya sah di sisi undang-undang sahaja, tidak di sisi syarak. Hal ini berlaku kerana syarak menetapkan talak tetap jatuh apabila syarat-syaratnya dipenuhi tidak kira mahkamah sudah mengesahkannya atau belum.
Pembahagian wajib di atas menunjukkan bahawa penceraian yang berlaku di luar mahkamah tetap dianggap sah di sisi agama walaupun mahkamah masih belum mengesahkannya.
Walaupun begitu, dinasihatkan kepada semua pasangan untuk mendaftarkan sebarang penceraian dan rujuk yang berlaku di Mahkamah Syariah. Dalam masa yang sama, mematuhi hukum-hakam berkaitan talak dan rujuk. Pengamalan ini lebih baik dan sempurna.
Menurut Akta Undang-undang Keluarga Islam negeri-negeri, lafaz talak perlulah dilakukan di dalam mahkamah sebagaimana yang dinyatakan di dalam seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 bagi tujuan rekod dan memudahkan urusan tuntutan jika terdapat sebarang permasalahan.
Sekiranya lafaz talak tersebut dibuat di luar mahkamah, pihak suami atau isteri hendaklah segera membuat pengesahan di Mahkamah Syariah dalam tempoh 7 hari bagi mengelakkan didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Akta ini diwujudkan demi kebaikan kedua-dua belah pihak. Menyembunyikan lafaz cerai yang dilakukan di luar mahkamah boleh menyebabkan ketiadaan rekod di Pejabat Agama. Akibatnya, akan menyukarkan pihak-pihak berkaitan untuk mengingat kembali butir kejadian sekiranya perkara yang sama berulang kembali di masa hadapan.
Sekiranya lafaz telah berlaku secara kerap pula boleh menyebabkan berlakunya talak tiga tanpa disedari dan menyebabkan suami isteri tidak boleh berkahwin semula.
Lebih dahsyat apabila kedua-dua pasangan sudah melakukan persetubuhan sedangkan proses rujuk tidak dibuat di dalam tempoh ʿiddah sehingga memberi kesan kepada nasab anak yang lahir. Jika berlaku, suami dan isteri terlibat wajib bertaubat kepada Allah kerana terlibat dengan dosa zina.
Berdasarkan keterangan di atas, boleh disimpulkan bahawa haram bagi suami untuk bersetubuh dengan isterinya sepanjang tempoh penceraian walaupun belum mendapat pengesahan mahkamah.
Kuasa mahkamah syariah berperanan sebagai institusi kehakiman dalam melaksanakan dan memelihara hukum syarak sedia ada demi memelihara kebaikan dan kepentingan anggota masyarakat.
Persetubuhan yang terjadi sebelum proses rujuk boleh dianggap sebagai zina. Suami dan isteri yang terlibat wajib bertaubat kepada Allah atas keterlanjuran yang dilakukan.
Akhirnya, apabila suami melafazkan kata-kata yang meragukan segeralah merujuk ke Mahkamah Syariah yang berhampiran untuk penerangan lanjut. Sikap berdiam diri boleh membawa padah di kemudian hari.
[1] Talak rajʿī: Talak yang boleh dirujuk dengan syarat berlaku pada kali pertama dan kedua serta masih dalam tempoh ʿiddah [2] Talak bain: Talak yang tidak boleh dirujuk disebabkan tamat tempoh ʿiddah (ketika talak pertama atau kedua) atau talak berlaku kali ketiga
Kashoorga : Semoga yang tak sedar sudah sedar dan perbetulkan semula keadaan. Ramai juga yang masih tinggal sebumbung kerana keiru dengan status masih suami isteri yang dinyatakan pihak mahkamah. Tetapi di sisi Allah, hubungan mereka bukan lagi suami isteri sah.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Siapalah yang mahukan sebuah perpisahan, lagi-lagi jika rumahtangga dibina sudah bertahun-tahun lamanya. Kalau boleh mahu perkahwinan itu kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
Namun jika sudah ditakdirkan Tuhan jodoh kita tidak berpanjangan, tiada apa boleh dilakukan.
Dan dalam dunia digital hari ini, ada juga yang berpisah hanya dengan menghantar lafaz cerai melalui pesanan ringkas atau WhatsApp. Jadi apakah hukumnya dan adakah lafaz cerai berkenaan sah.
Bagi menjawan persoalan ini, Pendakwah, Ustazah Shadiya Abbas menjelaskan apa hukum menceraikan isteri hanya melalui sistem pesanan WhatsApp ini.
Menurut Ustazah Shadiya, bercerai melalui pesanan WhatsApp ini terdapat keraguan pada lafaz cerai berkenaan.
“Jadi lafaz ini tidak boleh diterima oleh isteri sebagai lafaz cerai yang sah melainkan lafaz ini didengarkan oleh pihak qadi yang berada di pejabat qadi di mana-mana pejabat agama Islam negeri.
“Lafaz berkenaan mesti disahkan oleh pihak qadi. Dan biasanya lafaz seperti ini selain didengari oleh pihak qadi, akan disahkan sama ada jatuh talak atau tidak.
“Sebab kadang-kadang boleh berlaku lafaz syubhah kerana boleh jadi lafaz berkenaan dibuat oleh lelaki berkenaan dalam keadaan tidak sedar.
“Atau kemungkina lafaz berkenaan bukan ditaip oleh lelaki berkenaan. Dan kena sahkan dan pengesahan lafaz cerai ini adalah melalui pihak mahkamah. Ini adalah jalan terbaik,” ujarnya.
Tambah Ustazah Shadiya lagi, pihak mahkamah juga berhak menyatakan lafaz cerai melalui WhatsApp ini tidak sah berdasarkan kepada keraguan yang timbul.
“Dan dalam situasi ini, apa yang boleh si isteri tuntut adalah tuntut suami minta maaf kerana lafaz dibuat di luar mahkamah dan melalui pesanan WhatsApp sahaja.
“Sekiranya lafaz ini sah, suami dikenakan akan denda oleh pihak mahkamah kerana membuat lafaz di luar mahkamah.
“Dan sekirah sah lafaz ini oleh mahkamah pihak isteri pula boleh menuntut harta sepencarian selama bersama suami terhadap harta-harta yang dihimpunkan sepanjang perkahwinan berlaku. Juga boleh tuntut hadanah serta nafkah iddah sepanjang dalam iddah bercerai,” jelasnya lagi.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?