‘Kakak rayu pulangkan duit hasil titik peluh adik.’ Ini hukum ambil wang yang dijumpai di tepi jalan. Bayangkan hilang RM100 pun sudah susah hati, inikan pula RM 30, 000.

Malah wang tersebut adalah hasil titik peluhnya bekerja keras selama ini. Mahu tak terduduk, duit yang bakal digunakan untuk mengembangkan bisnes hilang sekelip mata. Allahuakbar berat sungguh ujian.

Artikel Berkaitan:

PU Amin Hilang Dompet Berisi Duit Belanja dan Wang Sedekah Fakir Miskin Anggap Ujian Dari Allah

Kakak Rayu Pulangkan

Terbaru, keluarga kepada mangsa yang kehilangan wang akibat terjatuh dari kereta dan bertaburan di Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu dekat Kampung Lak Lok di sini menawarkan bayaran saguhati kepada mana-mana pihak yang memulangkan kembali wang tersebut.

Sebenarnya dalam agama Islam sendiri ada menggariskan hukum mengambil wang yang kita terjumpa di tepi jalan iya. Bukan sewenang-wenangnya kita jadikan wang yang dijumpai sebagai hak milik sendiri tidak kiralah jumlah kecil atau besar.

Memetik laporan Sinar Harian, Wan Mastura Wan Leh, 26, yang merupakan kakak kepada Wan Ibrahim Wan Leh, 24, turut merayu pihak yang mengambil duit hasil titik peluh adiknya itu dapat mengembalikan wang berkenaan.

‘Kakak Rayu Pulangkan Duit Hasil Titik Peluh Adik.’ Ini Hukum Ambil Wang Yang Dijumpai Di Tepi Jalan
Wan Mastura (kakak) bersama ibunya, Che Safiah Abdullah..

Duit Hasil Titik Peluh Adik

“Kami berharap dengan pemberian saguhati itu membolehkan lebih ramai lagi dapat memulangkan semula wang yang mereka kutip pada tempoh hari.

IKLAN

“Kami sekeluarga merayu untuk pulangkan kembali duit tersebut sebab ia merupakan duit hasil titik peluh adik selama ini dengan menjalankan perniagaan kedai gunting rambut.

“Duit itu sebenarnya digunakan untuk kembangkan perniagaan kedai gunting rambut adik saya selain hendak beli kereta sendiri. Namun disebabkan kejadian itu, dia terpaksa menangguhkan hasratnya buat sementara waktu ini,” katanya.

‘Kakak Rayu Pulangkan Duit Hasil Titik Peluh Adik.’ Ini Hukum Ambil Wang Yang Dijumpai Di Tepi Jalan
Inilah kedai gunting pertama dibuka oleh Wan Ibrahim untuk mencari rezeki dan mula mengumpul duit selama ini.

Pada Jumaat, seorang lelaki mendakwa kehilangan kira-kira RM30,000 apabila wang tunai berjumlah lebih RM60,000 yang diletakkan atas but keretanya, terjatuh dan bertaburan di Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu dekat Kampung Lak Lok di sini, pada jam 11 pagi Khamis.

Ini Hukum Ambil Wang

Manakala menurut ibu lelaki itu, Che Safiah Abdullah, 63, anaknya Wan Ibrahim Wan Leh, 24, terlupa yang dia telah meletakkan beg kain berisi wang tunai di atas but kereta jenis Honda Civic, sebelum bergerak dari rumah ke sebuah bank untuk menyimpan wang tersebut.

Mengulas lanjut, Wan Mastura juga mendedahkan Wan Ibrahim kini sudah berada dalam keadaan baik dan semangatnya kembali pulih memandangkan sebelum ini dia mengalami kemurungan dan hanya berkurung di dalam bilik akibat kejadian tersebut.

IKLAN

“Dia senyap dan tak lalu nak makan selain hanya berkurung dalam bilik masa kejadian tempoh hari. Alhamdulillah, keadaan adik kini kembali pulih dan dia sudah mahu berbual dengan ahli keluarga lain.

“Kami cuma berdoa dan berharap baki duit lain itu dapat ditemui dengan segera malah lebih ramai tampil selepas ini untuk kembalikan semula wang berkenaan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Wan Mastura jelaskan jika mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat mengenai perkara itu boleh hubunginya di talian 013-5395538.

Yang Dijumpai Di Tepi Jalan

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, sekiranya anda menemui wang di tepi jalan, anda dinasihati:

1. Mestilah berazam untuk menjaga dan memulangkan semula wang yang dijumpai tersebut sekiranya dituntut.
2. Membuat hebahan kepada orang ramai di kawasan yang dijumpai selama mana anggaran bahawa pemiliknya tidak akan mencarinya lagi. Kemungkinan selama 3 hari atau kurang mengikut anggaran nilai barang tersebut.
3. Sekiranya di dalam jangka waktu itu tidak ada orang yang menuntut maka ia dibenarkan untuk menggunakannya dan sanggup untuk membayarnya kembali sekiranya ia dituntut.
4. Sebaiknya duit yang dijumpai dihebahkan melalui media sosial seperti facebook dan whatsapp. Setelah itu sekiranya masih belum dijumpai pemiliknya dalam tempoh yang tertentu duit itu boleh disedekahkan kepada masjid atau rumah anak yatim.

IKLAN

Namun sekiranya nilai yang besar dan berharga diwajibkan untuk mengiklankannya selama satu tahun atau boleh diserahkan kepada pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan badan yang berautoriti bagi menguruskan harta itu.

Baca Di Sini:

‘NIAT Pewakaf Derma Untuk Bina Masjid, NGO Wajib Salur Wang Ikut Akad.’ HARAM Agih Saluran Kebajikan Lain

Kashoorga: Duit milik orang lain sebaiknya pulangkanlah.

Sumber: Sinar Harian, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI