dai

Bukan saja bijak menjawab pelbagai persoalan berkenaan hukum fiqah dan akidah, kini Penceramah Bebas Da’ Wan Dazrin turut berjinak-jinak dalam bidang perniagaan.

Terkini, beliau mencuba nasib menceburi perniagaan dalam industri pemotoran.

Menurut Da’i Wan, dia kini sibuk mengusahakan perniagaan dengan membangunkan sebuah butik kecantikan kereta dan motosikal di Kangar, Perlis.

Artikel Berkaitan: Da’i Wan Kongsi Ayat Untuk Kawal Diri Dari Hawa Nafsu & Beri Peringatan Elak Keluar Berduaan

“Jangan ingat seorang ustaz muda dan penceramah bertauliah tidak boleh memiliki impian untuk membuka sebuah ‘pusat kecantikan’ kereta dan motor. Kita berimpian, Allah mengizinkannya menjadi kenyataan.

“Doakan, agar ia menjadi salah sebuah hub kecantikan kereta dan motor terbesar di Perlis. Bismillah,” katanya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Da’i Wan (Official) (@wandazrin) on


Katanya, antara perkhidmatan yang disediakan termasuklah ‘detailing’ (kerja-kerja kemasan) dan ‘wrapping’ (pemasangan pelekat balut) bagi kenderaan.

Lebih menarik lagi, Da’i Wan memaklumkan bahawa dia turut menyediakan perkhidmatan mencuci kenderaan kepada mana-mana individu yang bergelar ahli agama tanpa mengenakan sebarang bayaran.

IKLAN

“Saya juga ingin memaklumkan, mana-mana ustazah, ustaz, alim ulama yang hadir ke Perlis untuk berceramah, singgah di kedai saya untuk memberi basuhan kereta secara percuma.

“Saya ingin berbakti kepada asatizah kita dengan apa yang saya mampu sediakan,” kongsinya.

 

View this post on Instagram

 

I have created a dream of mine. This is just the beginning of it. Maaf semua yang bertanya soalan-soalan Fekah di ruangan DM yang tak terjawab. Saya benar-benar kesibukan kini. Nanti bila perniagaan dah berjalan lancar saya akan kembali semula memberi perkongsian di Social Media dan mengikuti segala urusan semasa kita. Now, doakan saya. Biar perniagaan yang datang dari minat seorang pendakwah muda ini menjadi dan mampu membantu menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan pada anak-anak muda Islam yang lain. Jangan ingat seorang Ust muda dan penceramah bertauliah tidak boleh memiliki impian untuk membuka sebuah ‘Pusat kecantikan kereta & motor’. Kita berimpian, Allah swt mengizinkan ia menjadi kenyataan. Doakan, agar ia menjadi salah sebuah hub kecantikan kereta & motor terbesar di Perlis. Bismillah. Let’s us start our journey, team. (@wd_detailing_wrapping). Saya juga ingin memaklumkan, mana-mana Ustazah / Ustaz / ‘Alim ulama’ yang hadir ke Perlis untuk berceramah, singgah di kedai saya untuk memberi basuhan kereta secara percuma. Saya ingin berbakti kepada asatizah kita dengan yang hanya mampu saya sediakan. Barisan Imam Muda kita: @imammudaasyraf / @imammudahassan / @imammuda_megat / @imammudamujahid / @imammudaaran / Team Da’i: @dailuqman , @daifuadmokhtar , @daihamidah , @daiannas92 , @daidanial , @syukriwafi , @izzharnazri , @ammarismail89 , @daiaiman_ , @dainiezal , @azrinmunajat_ , @daiahmed_ , @hilmanfabli , @daiirfan , @daisaiful_ , @daimuhammad_ , @daiahmed_ , @muhammad.aqiem.1 , @azamalkankari !⭐️ Asatizah terkemuka kita: @ustazkazim , @ustazzarifi , @ustazadnin , @ustazroslanmohamed , @ustazahnorhafizahmusa , @ustaznabilahmad , @ustaziqbalzain , @mohdizharariff_official , @ustazhaslinbaharim , @ustazelyasismail , @ustazdondaniyal , @pusalman, @safwanidris_ etc. ‘Dress for success from wheel to wheel’🖤❤️

A post shared by Da’i Wan (Official) (@wandazrin) on

Dalam pada itu, buat masa ini, kata Da’i Wan, dirinya tidak dapat menjawab segala pertanyaan umum mengenai fiqah yang sering diterimanya daripada pengikut di laman sosial.

Artikel Berkaitan: Pesan Da’i Wan, Suami Atau Isteri Jangan Dedah Aib Di Media Sosial

IKLAN

“Saya benar-benar kesibukan kini. Nanti bila perniagaan dah berjalan lancar saya akan kembali semula memberi perkongsian di media sosial dan mengikuti segala urusan semasa kita.

“Sekarang ini, doakan saya. Biar perniagaan yang datang daripada minat seorang pendakwah muda ini menjadi dan mampu membantu menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan pada anak-anak muda Islam yang lain,” katanya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Da’i Wan (Official) (@wandazrin) on


Perkongsiannya ini turut mendapat respon baik dan rata-rata mendoakan kejayaa beliau dalam perniagaan yang baru diceburi ini.

dainiezal Masha Allah, bangga. Hebat sungguh langkah ini. Moga Allah Taala gandakan bonus pahala dan habuanNya. Amin ya rabb. Tahniah Abg

IKLAN

ustazzarifi Tahniah Ustaz Da’i Wan @wandazrin. Tuan sememangnya kuat berusaha mencapai impian. Saya amat kagum dengan usaha Tuan. Teruskan Tuan. Saya mendoakan kejayaan Tuan seisi keluarga. Insyaallah, sampai Perlis, saya singgah Pusat Kecantikan Kereta & Motor WD. Saya amat bangga dengan usaha gigih Tuan, ikon anak muda

mammudaaran Ya Allah…berkati lah perniagaan sahabatku ini @wandazrin , agar ianya bermanfaat buat ummah. Didoakan Da’i Wan terus berjaya, semoga rangkaian perniagaan bertambah dan ada di setiap negeri, 1 hari nti, inSyaAllah. Aameen

lynrahman_ Young and successful. MasyaAllah Tabarakallah. Tahniah Ustaz @wandazrin. May Allah make it easy for you. InsyaAllah @wandazrin

amry_ahm Tahniah dai @wandazrin moge dpermudahkan urusan dan dkurniakan rezki yg berkat melimpah

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Da’i Wan (Official) (@wandazrin) on

Artikel Berkaitan: Perkongsian Bermakna Da’i Wan Tentang ‘Kuasa’ Solat Istikharah Untuk Mohon Petunjuk & Keredaan Allah

Kredit Foto: Instagram Da’i Wan Dazrin

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI