Macam mana nak tahu dalam solat Istikharah itu ialah petunjuk untuk kita ya? Solat Istikharah dilakukan apabila seseorang itu ingin melakukan sesuatu perkara tetapi dia tidak pasti apakah perbuatan atau tindakannya itu membawa kebaikan ataupun tidak kepada dirinya.
Maka untuk itu bagi memohon petunjuk dan keredaan adalah dituntut baginya supaya melakukan solat sunat istikharah. Pelaksanaannya sama dengan solat-solat sunat yang lain.
InsyaAllah kita akan mendapat jawapan atau tanda-tanda alamat melalui mimpi atau gerak rasa. Jika anda rasa tidak sedap hati, maknanya jika anda teruskan juga untuk melakukan nya, ia akan jadi musibah.
Jika kita rasa tenteram dan tenang, maka kita sudah tahu jawapannya. Dan teruskan niat tersebut. Solat istikharah sangat digalakkan untuk mereka yang mahu mendapat jalan keluar terbaik kerana keputusan yang dibantu hidayah selalunya akan membawa hasil diharapkan.
Da’i Wan berkongsi tentang ‘hikmat’ solat Istikharah.
KASHOORGA: Bila disebut sahaja Solat Istikharah kebanyakan di kalangan hanya terkenangkan ketika hendak memilih jodoh. Solat Sunat Istikharah ini skopnya lebih luas dan sangat digalakkan oleh Rasulullah SAW.
Sumber kredit: Da’i Wan
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Tidak dinafikan memang ada suami yang berkira dengan isteri. Dia merasakan tidak perlu memberi wang lebih kepada isteri terutama bagi isteri yang ada duit sendiri kerana isterinya bekerja.
Justeru wang gajinya tidak banyak yang diberikan kepada isteri melainkan untuk membeli barang keperluan dapur. Ingat ya wahai suami, jika anda tidak kedekut kepada isteri maka rezeki anda akan jadi lebih murah.
Sebagai seorang suami, anda perlu menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin kepada isteri. Perkara yang selalu ditekankan ialah mengenai nafkah.
Tidak kiralah sama ada sikit atau banyak, setiap hari anda perlu beri nafkah kepada isteri semampu yang anda boleh. Lazimnya seorang suami akan memberi sejumlah wang misalnya RM500 sebulan kepada isteri.
Suami perlu ingat, wang itu ialah nafkah peribadi untuk kegunaan isteri. Wang itu bukanlah untuk membeli makanan bagi kegunaan seisi keluarga. Ingin diingatkan di sini, seorang suami usahlah kedekut terhadap isteri. Jangan berkira untuk membahagiakan isteri.
Jika isteri suka memasak, belikanlah dia peralatan memasak yang terkini bagi memudahkan dia ‘bersilat’ di dapur. Tak perlulah dia bersusah payah menggunakan kudrat untuk memasak.
Jika dia suka menanam pokok bunga, belikanlah dia benih pokok bunga yang cantik-cantik supaya dia gembira. Tak perlulah dia menebalkan muka meminta benih anak pokok di rumah jiran. Itu sebahagiaan contoh sahaja.
RAIKAN ISTERI
Meraikan isteri bukanlah sekadar pada hari istimewa seperti hari jadi. Sebaliknya raikan isteri pada setiap masa. Misalnya jadilah pendengar yang baik kepada setiap apa yang isteri katakan.
Jangan kedekut untuk jadi pendengar yang baik kepada isteri. Hanya dengan mendengar kata-kata isteri sudah cukup membuat isteri gembira.
BELANJA ISTERI
Sesekali apabila anda ada wang lebih, belikanlah isteri sesuatu yang baru. Lagi-lagi jika isteri anda surirumah. Lihatlah bila kali terakhir dia beli baju baru. Lihatlah bila kali terakhir dia beli kasut baru.
Ada kala isteri tidak suka meminta-minta. Nak beli baju atau kasut baru, isteri tiada gaji sendiri. Nak beli berkira-kira mana nak beli keperluan keluarga. Justeru jika ada wang lebih, belikanlah.
HARGAI ISTERI
Menghargai isteri bukanlah hanya dengan wang ringgit. Melayani isteri dengan baik juga dilihat sebagai penghargaan. Jangan kedekut untuk hargai isteri.
Berikan sedikit masa dan tenaga anda untuknya. Sesekali masakkan isteri juadah kegemarannya. Sesekali tolong isteri buat kerja rumah hingga siap. Lihatlah betapa gembiranya isteri anda. Tidak percaya? Cuba buat.
VIDEO KASHOORGA:
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Segala urusan rezeki, ajal maut dan jodoh itu adalah urusan Allah. Siapalah kita sebagai hamba-Nya untuk menidakkan kekuasaan Allah. Jika itu yang telah tertulis di lukh mahfuz, kita perlu reda dan menerimanya dengan reda.
Seperti juga kita selebriti Ardell Aryana yang sebelum ini dikatakan tidak sihat yang kemudiannya melakukan penghijrahan dalam hidupnya apabila selesa memilih pakaian longgar serta mengenakan hijab labuh dan sesekali berniqab dalam penampilan sehariannya.
Dia yang juga sebelum ini rapat dengan seorang selebriti lelaki, Nadzmi Adhwa Nor Adzmi hingga dianggap sebagai friendzone akhirnya memilih untuk menamatkan zaman bujangnya.
Pasangan ini sudah saling mengenali sejak 8 tahun lalu dan hubungan mereka sebelum ini atas kapasiti kawan baik sahaja.
Walaupun Nadzmi dilihat sering berada di samping Ardell untuk menjaga sahabatnya yang dikatakan tidak sihat, namun pelakon kecil molek ini lebih selesa berkawan saja.
Namun akhirnya kedua akur dengan jodoh yang telah diatur oleh Allah. Pada 1 September lalu menyaksikan keduanya disatukan dalam satu majlis pernikahan cukup ringkas.
Hanya sekali lafaz Ardell atau nama penuhnya Nurul Hidayah Mohd Amin sah menjadi isteri dengan pemberian wang mas kahwin RM300 serta senaskhah al-Quran daripada suami tercinta.
Majlis dilakukan di rumah pengantin perempuan di Seri Kembangan dengan dihadiri sanak saudara serta sahabat terdekat pasangan ini.
Ardell dan Nadzmi yang bersahabat baik ini turut menyifatkan penyatuan mereka adalah atas doa orang ramai.
Mengenai Ardell, Nadzmi memberitahu isterinya itu sebagai insan yang sangat istimewa.
“Pada saya, dia insan terbaik pernah hadir dalam hidup. Dia sangat luar biasa. Saya belajar banyak benda dengannya.
“Daripada dia tak bertudung, hinggalah sekarang kami kongsi banyak benda dan masalah. Kami juga berkongsi minat sama bermain bola sepak dan futsal.
“Cara dia menunaikan tanggungjawab dengan menyara keluarga juga membuatkan saya kagum. Ardell kerja kuat untuk memberi kesenangan kepada keluarga.
“Malah, keserasian kami mencetus idea untuk menjalankan perniagaan tudung Alwadellhijab,” katanya yang pernah muncul dengan single Wanitaku berkisar perhubungan mereka kepada Berita Harian Online.
Walaupun tiada majlis pertunangan, tetapi keluarga Nadzmi ada mengadakan majlis khatam Quran pada Jumaat lepas.
Dalam satu foto dimuat naik juga menyaksikan Ardell begitu manis duduk di pelamin ditemani ibunya yang juga merupakan seorang Cina mualaf memeluk Islam.
Islam telah menggariskan panduan dalam pemilihan jodoh bagi kaum wanita dan juga lelaki.
Ianya juga sudah tertulis di dalam hadis. Berikut adalah ciri-ciri jodoh dalam Islam bagi kaum lelaki dan juga wanita.
LELAKI
Bagi golongan lelaki, “Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.”
Hadis ini telah direkodkan oleh kedua-dua Imam Bukhari dan Imam Muslim di dalam kitab sahih mereka serta imam hadis yang lain.
Di sini kita sudah dapat lihat di mana Rasulullah SAW telah mengarahkan agar seorang lelaki memilih wanita yang beragama sebagai isteri serta menjanjikan kebahagiaan ke atas pilihan yang berasaskan agama.
WANITA
Bagi golongan wanita pula, Rasulullah telah mengenakan 2 syarat pilihan iaitu hanya menerima lelaki yang beragama dan berakhlak sebagai suami. Ini menunjukkan Islam amat menjaga kebajikan wanita.
Rasulullah SAW pernah bersabda, “Apabila orang yang engkau reda agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia, jika tidak kamu lakukan demikian akan berlaku fitnah di bumi dan kerosakkan yang besar.”
Manakala di dalam riwayat yang lain, selepas Rasulullah SAW bersabda seperti di atas, lalu para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah! Walaupun dia telah mempunyai isteri?” Lalu Rasulullah SAW mengulangi, “Apabila orang yang engkau reda agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia!” sebanyak 3 kali – Abu Hatim Al-Muzani r.a.
PANDUAN MEMILIH JODOH
Dalam membina ikatan perkahwinan yang harmoni dan diberkati oleh Allah SWT, mereka disarankan supaya mengambil kira panduan Syara’ dan saranan Nabi. Ianya di mana, bakal suami digalakkan supaya mengutamakan perempuan yang solehah (beragama) serta dapat melahirkan zuriat disamping memiliki ciri-ciri keistimewaan yang lain.
Sabda Rasulullah SAW:
“Janganlah kamu kahwini wanita kerana kecantikan mereka, kerana kemungkinan kecantikan itu akan menghancurkan mereka sendiri. Dan janganlah kamu kahwini kerana harta mereka, kerana mungkin harta itu menyebabkan mereka derhaka. Tetapi kahwinilah mereka atas dasar agama. Sesungguhnya hamba yang berkulit hitam, tetapi beragama adalah lebih baik” – Riwayat Ibnu Majah.
Oleh itu, bagi kaum lelaki, carilah isteri yang beragama, ini adalah kerana apabila seseorang lelaki memilih bakal isteri yang solehah dan baik, nescaya mereka akan mendapat jaminan kebahagiaan rumah tangga.
Sumber Kredit: Baitulmuslim.com
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Akhlak Rasulullah SAW adalah bukti cinta sebenar kepada Baginda. Jadikan Rabiulawal titik permulaan memperbaiki diri dan menghidupkan sunnah setiap hari.