
Pernah atau tidak anda sampai di masjid, imam sudah pun berada di rakaat kedua atau pun sedang sujud?
Saat itu, anda mula rasa serba salah sama ada ingin terus masuk saf atau tunggu sehingga imam selesai.
Jangan bimbang, dalam Islam situasi ini dipanggil makmum masbuk. Islam telah memberikan kemudahan kepada kita, umat-Nya yang sangat memudahkan yang mana ganjaran pahala masih diberikan buat mereka yang berusaha menunaikan solat.
BACA JUGA: Panduan Solat Bagi Wanita Yang Alami Masalah Kencing Tak Lawas
Ikuti panduan lengkap solat masbuk ini untuk memastikan solat anda sah, sempurna dan bebas dari perasaan was was.
Makmum masbuk bermaksud individu yang lewat menyertai solat berjemaah bersama imam, iaitu tidak sempat membaca surah al-Fatihah bersama imam pada rakaat pertama.
Meskipun terlewat, Islam tetap menggalakkan anda untuk terus menyertai jemaah tersebut tanpa perlu menunggu solat lain atau solat bersendirian.
Kesilapan biasa yang dilakukan oleh ramai orang adalah tergesa-gesa untuk menyertai jemaah. Rasulullah SAW melarang perbuatan ini dan menasihati kita agar kita berjalan dengan tenang.
Dalam sebuah hadis bahawa Rasulullah SAW bersabda.
Maksudnya: “Apabila kamu mendengar iqamah, maka berjalanlah menuju ke solat dengan tenang dan berwibawa, dan janganlah tergesa-gesa. Mana-mana rakaat yang kamu sempat, maka solatlah, dan mana-mana yang tertinggal, maka sempurnakanlah.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Kunci utama untuk menentukan sama ada anda perlu menambah rakaat atau tidak bergantung pada perbuatan ruku’.
Anda akan dapat rakaat itu apabila anda sempat ruku’ bersama imam dengan toma’ninah (berhentika seketika) sebelum imam bangkit dari ruku’ (i’tidal). Maka, anda tidak perlu menggantikan rakaat ini jika ini adalah rakaat yang pertama.
Anda tidak akan dapat rakaat apabila anda menyertai imam ketika imam sedang i’tidal, sujud atau duduk antara dua sujud. Walaupun anda masuk dalam jemaah tersebut dan mengikut imam, tetapi rakaat itu tidak dikira. Jadi, anda perlu menggantikan rakaat itu.
Hal ini berdasarkan sebuah hadis bahawa Rasulullah SAW bersabda,
Maksudnya: “Barangsiapa yang sempat ruku’ bersama imam, maka dia telah mendapat rakaat tersebut.”
Setelah mengethui bilangan rakaat yang anda sempat sertai, maka ini adalah langkah dan cara solat masbuk yang betul:
1.Takburatul Ihram dengan sempurna
Berdiri tegak dan niat menunaikan solat secara berjemaah seperti biasa. Pastikan anda takbir dalam keadaan berdiri tegak, bukannya anda membongkok untuk ruku’.
2.Terus ikut perbuatan imam
Selepas mengangkat takbir, teruskan ikut perbuatan imam sama ada ruku’ sujud atau duduk antara dua sujud.
3.Duduk tahiyyat akhir tanpa bacaan
Apabila imam berada di tahiyat terakhir, anda perlu ikut duduk seperti imam. Tetapi apabila imam memberikan salam, jangan ikut kerana anda tidak boleh memberi salam.
4.Bangkut tambah rakaat
Sebaik sahaja imam selesai memberi salam, berdiri semula tanpa mengangkat takbir untuk menggantikan rakaat yang anda terlepas bersama imam tadi.
Walaupun selepas ini anda hanya sertai solat berjemaah ketika tahiyyat akhir bersama imam, jangan pernah rasa rugi. Ganjaran pahala anda masih dikira sebanyak 27 kali ganda berbanding solat bersendirian.
Semoga panduan ini membuatkan anda bersa lebih yakin dan khusyuk untuk menunaikan solat berjemaah selepas ini.
++Untuk berita dan artikel terkini. Jangan lupa ikuti kami di media sosial rasmi kashoorga, Instagram, Facebook & TikTok
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?


