Soalan

Bagaimana seorang wanita yang sentiasa terkencing nak solat wajib dan sunat.

Jawapan

Apa yang berlaku kepada saudari ini dinamakan kencing tidak lawas ( سَلِسِ الْبَوْل ). Para fuqaha’ meletakkan hukum bagi mereka yang terkena penyakit kencing tidak lawas ( سَلِسِ الْبَوْل ) ini sama hukumnya dengan perempuan istihadhah terdapat hukum yang khusus buat golongan ini dalam bab taharah.

Para fuqaha’ telah meletakkan beberapa garis panduan buat golongan ini dalam berwudhu’ dan kami nukilkan di sini agar dapat dijadikan pedoman bersama antara yang telah digariskan oleh para fuqaha’:

IKLAN

1. Hukum solat dan juga ibadah lain yang memerlukan wudhu’ tidak tergugur disebabkan penyakit kencing tidak lawas.

2. Perlulah dibersihkan dahulu bahagian kemaluan dan kemudian ikhtiarkan dengan sesuatu yang boleh menutup bahagian kemaluan tersebut seperti membalutnya dengan kapas, ditutup dengan bandage, memakai pampers atau lain-lain agar titisan air kencing itu dapat dihalang daripada tersebar ke tempat lain.

3. Bersegera wudhu’ setelah berhati-hati dengan merasakan tidak lagi menitis air kencing selepas ianya dibalut atau ditutup dan wudhu’ tersebut perlulah diambil selepas masuknya waktu solat.

IKLAN

4. Wajib wudhu’ bagi setiap solat fardhu dan wudhu’ tersebut boleh digunakan untuk beberapa solat sunat selepas solat fardhu.

5. Segera menunaikan solat selepas berwudhu’ untuk mengurangkan hadas namun tidaklah memudaratkan solat jika dilewatkan disebabkan oleh maslahah seperti mendengar azan dan iqamah, menunggu jemaah yang lain bagi yang solat berjemaah, dan mencari kiblat. Kesemua tempoh ini tidak memudaratkan wudhu’ meskipun dalam tempoh tersebut menitis air kencing.

IKLAN

6. Sekiranya dilewatkan solat tanpa adanya maslahah, maka batal wudhu’nya dan wajib ke atasnya untuk mengulangi wudhu’ tersebut sebagai berhati-hati kerana telah berulang hadas serta najis tersebut.

7. Wajib menggantikan balutan/bandage/plaster/pampers dengan yang baru sekiranya memperbaharui wudhu’ dan wudhu’nya itu akan terbatal dengan perkara-perkara lain yang membatalkan wudhu’ seperti keluar angin, gila , dan lain-lain.

والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.

Sumber: Mufti Selangor

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI