--:--
--
--

Imsak

--:--

Subuh

--:--

Zohor

--:--

Asar

--:--

Maghrib

--:--

Isyak

--:--
Waktu Solat di:
--
[ramadan_schedule]
Ads

Boleh Ke Ucapkan Alhamdulillah dan Jawab Salam Di Dalam Tandas? Ini Penjelasannya

Sedang berada di dalam tandas, tiba-tiba kita terbersin lalu spontan mengucapkan “Alhamdulillah”. Begitu juga apabila menerima panggilan telefon, tanpa sedar kita menjawab salam seperti kebiasaan.

Persoalannya, adakah dibolehkan menyebut kalimah yang mengandungi nama Allah ketika berada di dalam tandas?

Tandas merupakan tempat untuk membuang hajat dan lazimnya terdapat najis serta kekotoran. Justeru, Islam mengajar umatnya supaya menjaga adab ketika berada di tempat tersebut, termasuk dalam perkara yang melibatkan penyebutan nama Allah SWT.

Konsep Ta’zim Hurumatillah, iaitu mengagungkan syiar dan segala perkara yang dimuliakan Allah, menuntut kita menjaga lisan daripada menyebut nama Allah di tempat yang tidak sesuai.

BACA JUGA: Boleh Ke Ucap Insya-Allah Kalau Dah Tahu Tak Dapat Hadir Majlis? Ini Penjelasannya

Allah SWT berfirman dalam Surah al-Hajj ayat 32:

Ads

Maksudnya: “Demikianlah (perintah Allah). Dan sesiapa yang memuliakan syiar-syiar Allah, maka sesungguhnya ia adalah daripada ketakwaan hati.”

Secara umumnya, para ulama menyatakan bahawa makruh menyebut nama Allah atau berzikir dengan lisan ketika sedang berada di dalam tandas, khususnya ketika membuang hajat.

Oleh itu, sekiranya terbersin ketika berada di dalam tandas, memadai mengucapkan “Alhamdulillah” di dalam hati tanpa melafazkannya dengan lidah. Selepas keluar daripada tandas, barulah kita kembali berzikir dan menyebut nama Allah seperti biasa.

Begitu juga jika menerima panggilan telefon ketika berada di dalam tandas. Sebaiknya selesaikan terlebih dahulu urusan dan sambung perbualan selepas keluar, lebih-lebih lagi jika perbualan itu melibatkan ucapan salam atau kalimah-kalimah yang menyebut nama Allah.

Ads

Selain menjaga adab, tindakan ini juga lebih sopan dan tidak mengganggu pengguna tandas yang lain.

Terdapat hadis yang menunjukkan bahawa Rasulullah SAW tidak membalas salam ketika sedang membuang air kecil.

Daripada Ibn Umar RA, bahawa seorang lelaki melalui kawasan berhampiran Rasulullah SAW ketika Baginda sedang membuang air kecil. Lelaki tersebut memberi salam kepada Baginda, namun Rasulullah SAW tidak membalas salam tersebut.

Ads

(Riwayat Muslim, no. 370)

Hadis ini menjadi antara sandaran mengenai adab menjaga lisan dan tidak menyebut nama Allah ketika sedang menunaikan hajat.

Larangan atau batasan ini bukanlah bermaksud Islam menyusahkan umatnya. Sebaliknya, ia mengajar kita supaya sentiasa memelihara kemuliaan nama Allah SWT serta menjaga adab mengikut keadaan dan tempat.

Jika terlanjur menyebut “Alhamdulillah” secara spontan kerana terlupa, tidak perlulah terlalu risau. Namun apabila mengingatinya, sebaiknya cukup sekadar memuji Allah di dalam hati sepanjang berada di dalam tandas.

++Untuk berita dan artikel terkini. Jangan lupa ikuti kami di media sosial rasmi kashoorga, InstagramFacebook & TikTok

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download sekarang ya?

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Inspirasi Lain

Hukum Membuka Aib Pasangan Ketika Bergaduh: Bahaya Besar Yang Perlu Dijaga

Hukum membuka aib pasangan ketika bergaduh perlu difahami. Ketahui bila masalah rumah tangga boleh diceritakan kepada keluarga untuk mendapatkan bantuan.