Mengerjakan fardhu haji adalah salah satu rukum Islam yang wajib ke atas kita dilakukan jika berkemampuan.
Jadi kita digalakkaan untuk menyimpan sedikit demi sedikit wang simpanan di Tabung Haji dan bila sampai masanya nanti pasti akan dijemput menjadi tetamu Allah.
Ada cara tertentu yang membolehkan kita pastikan ada simpanan dalam Tabung Haji setiap bulan.
Seperti perkongsian seorang pengguna di laman sosial Facebook Nuraliah Mohd Nor cara pindahkan wang ke tabung haji secara berjadual supaya tidak hilang.
Ni Cara Paling Mudah Nak Transfer Duit Tabung Haji. Wajib Buat Kalau Taknak Hilang RM6000 Duit Simpanan Untuk Masa Depan.
Alhamdulillah. Lia nampak sekarang ni ramai usahawan semua sibuk cipta duit setiap hari dan setiap masa. Bagus dah tu, tapi ada satu yang membuatkan Lia risau dan tertanya-tanya, Lia jadi takut sangat kalau ada usahawan yang abaikan untuk menyimpan duit dalam akaun tabung haji!
Paling mudah Lia bagi contoh di sini simpan di Tabung Haji. Tanya balik pada diri kita sendiri, setiap bulan ada tak kita asingkan duit simpanan ke tabung haji? Sedangkan sebenarnya, setiap kali kita dapat je gaji, perkara pertama kita kena buat adalah dengan membuat simpanan.
Sekarang nak menyimpan ni mudah, semua melalui transfer online je. Tak perlu nak keluarkan duit minyak, tak perlu nak beratur ambil nombor giliran dan tak perlu nak menunggu lama di kaunter. Cuma perlu keluarkan handphone canggih anda itu saja dan mulakan transfer duit ke tabung haji dengan menggunakan CIMBclicks.
Di sini Lia nak ajar step by step cara yang sangat mudah untuk transfer duit ke akaun Tabung Haji secara automatik dan ditolak terus dari akaun bank kita pada setiap bulan. InshaaAllah jika kita consistent menyimpan dengan cara macam ini, yakin dan percayalah suatu hari nanti anda tidak akan menyesal dengan apa yang anda lakukan hari ini.
Bayangkan setiap bulan anda menyimpan RM100, kalau setahun dah jadi RM1,200. Kalau 5 tahun dah naik jadi RM6,000! Ini belum termasuk dividen dan bonus Tabung Haji lagi. Anda sebenarnya akan dapat lebih dari itu. Bestkan. Paling penting juga duit anda selamat. It’s now or never!
Jom ikuti langkah-langkah untuk set pemindahan secara berjadual di bawah ini.
Wajib Login CIMBclicks. Takyah ajar dah ni. Semua mesti tahukan. Kalau tak tahu juga langkah seterusnya mesti blur nanti. Kan.
Untuk awal ni Lia nak ajar cara kita SET FAVOURITE TRANSFER.
1. Pergi ke Pay Bills
Ads
2. Type “enter biller name” itu kepada Lembaga Tabung Haji.
3. Akan keluar macam di gambar ini. Type je okay mesti keluar punya Lembaga Tabung Haji.
4. Masukkan nombor akaun Tabung Haji 5. Masukkan nombor kad pengenalan 6. Letak berapa amount yang anda nak transfer 7. Tick “add this biller to My favourites”.
Kemudian tekan butang “Proceed to Payment”.
8. Tunggu nombor TAC dari handphone anda 9. Tekan “Confirm” lepas dah masukkan nombor TAC
Ads
Dan siap! Nampaknya dah berjaya set favourite akaun Tabung Haji di CIMB clicks.
*Di sini akan dikenakan caj sebanyak RM0.53 untuk CIMBclicks. Kalau Maybank cajnya lain, iaitu RM1.06 saja. Anda nilai sendiri mana yang lebih murah.
Seterusnya ni kita nak setkan autotransfer secara consistent setiap bulan.
11. Pergi ke Settings
12. Click Scheduled Transactions
12. Tekan Select a service 13. Tekan Pay Bills.
Sofar boleh follow? Teruskan. Sikit je lagi ni.
Ads
14. Pilih Savings Account anda 15. Pilih Lembaga Tabung Haji yang kita dah set kan sebagai favourite tadi 16. Lepas itu boleh Click Submit dengan bahagia
Mudah ke mudah?
17. Masukkan nombor akaun Tabung Haji 18. Masukkan nombor IC 19. Masukkan no telefon anda 20. Letak jumlah yang anda ingin simpan 21. Pilih tarikh mula untuk transfer kemudian pilih recur every month, dan pilih berapa bulan nak tolak secara automatik 22. Siap dah? Click je Update!
Wah nampaknya dah sampai ke step yang terakhir ni.
Well done! Tahniah!
Selepas ini, duit anda akan ditolak setiap bulan ke akaun bank Tabung Haji anda.
Masih ingat lagikan kompas kewangan? 30% darinya adalah UNTUNG. Jadi, dah selamat satu simpanan anda ke Tabung Haji.
InshaaAllah selepas ini Lia akan ajar simpan di ASB pula.
Terima kasih kepada semua yang follow step by step ini hingga tamat. Alhamdulillah
Tolong #SHARE dan #SAVE post Lia ini agar lebih ramai orang dapat gunakannya sama-sama. Tag sekali family dan rakan rakan anda ajak mereka simpan duit di Tabung Haji juga yaa.
Nur Aliah Mohd Nor,
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Menjadi hamba pasangan selepas kahwin? Perkahwinan sepatutnya menjadi dunia yang membahagiakan hingga ke hujung nyawa.
Melayari bahtera perkahwinan bukannya mudah dan oleh itu perlu ada komunikasi cekap dan kerjasama padu antara pasangan. Jangan kerana orang nak kahwin, kita pun sibuk nak kahwin.
Melalui petikan dari buku tulisan pakar motivasi terkenal tanahair; Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah iaitu Ingat Syaitan Pernah Ambil MC?, Suami yang baik tidak akan sesekali berlaku buruk terhadap isteri, begitu juga sebaliknya.
Perkahwinan sepatutnya menghalang pasangan daripada melakukan perbuatan kotor dan keji. Perkahwinan perlu dipenuhi dengan limpahan kasih sayang agar mendapat keberkatan daripada Allah SWT.
Mengapa pasangan Berasa Diperhambakan?
1. Jahil tujuan perkahwinan.
Pasangan berkahwin tidak faham tujuan mereka berkahwin sebenarnya adalah untuk mendapat redha Illahi.
Perkahwinan bukan dilihat semata-mata melayan nafsu.
Perkahwinan perlu dihiasi dengan tiga eleman penting iaitu sakinah (ketenangan), rahmah dan mawaddah (kasih sayang) Jika saat bercinta boleh rasa tiga elemen ini, mengapa setelah berkahwin semuanya hilang sekelip mata?
Firman Allah SWT: “Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan berasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagikaum yang berfikir,” ( Surah Ar-Rum:21)
2. Didikan Ibubapa
Anak-anak mengambil contoh apa sahaja akhlak yang ditunjukkan oleh orang tuanya semasa kecil. Daripada pemerhatian mereka, apa sahaja yang dilakukan oleh ibu atau ayah mereka, maka itu lah yang betul.
Mungkin semasa kecil anak-anak ini sering melihat ayahnya suka menyuruh-nyuruh ibu buat itu dan ini. Anak-anak melihat arahan hanya datang daripada ayah.
Anak-anak sebenarnya lebih mudah mengikut perbuatan dan perngai kedua orang tuanya. Mungkin juga pengalaman pernah didera atau diperhambakan oleh ibu dan ayahnya, lalu anak ini menyimpan dendam.Dibimbangi, yang menjadi mangsa nanti ialah bakal pasangannya nanti apabila berkahwin.
3. Rakan-rakan beraura negatif
Rakan-rakan sekeliling boleh mempengaruhi seseorang membuat tindakan seperti mengasari pasangannya. Boleh jadi ada rakan yang cuba meracuni fikiran agar tidak takut bini.
Kata-kata negatif yang digunakan oleh rakan-rakan terutama sekali yang mencabar ego diri, mempunyai potensi dipraktikkan ke atas pasangan.
“Kau takut bini ke? Aku selamba je suruh bini aku buat air jam 3 pagi,” Kata-kata provokasi begini memang biasa kita dengar.
4. Meminggirkan ajaran Islam
Ini sebenarnya punca paling utama pasangan diperhambakan. Orang yang jaga solat tidak akan tergamak memperhambakan pasangannya.
Orang yang menjaga solat tahu apa yang elok dan sebaliknya untuk pasangan masing-masing.
Oleh itu, bagi pasangan yang bakal mendirikan rumahtangga, berbincang terlebih dahulu bagaimana bahtera perkahwinan akan dikemudikan. Cari kata sepakat agar hidup berumahtangga lebih berkat.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Hubungan intim suami isteri yang sah merupakan tuntutan yang wajib ditunaikan oleh kedua-dua pasangan. Ikatan yang sah ini menghalalkan pasangan melakukan hubungan intim tanpa halangan.
Berdosa besar andai salah seorang enggan mengadakan hubungan tanpa sebab yang munasabah seperti ada halangan kesihatan yang akan memudaratkannya. Salah satu punca hilang kebahagiaan berumahtangga ialah kegagalan dalam menunaikan tuntutan nafkah batin menerusi hubungan yang halal ini.
Melakukan hubungan badan suami isteri amat penting kerana ia merupakan tuntutan fitrah manusia dan ia juga baik untuk kesihatan tubuh badan manusia secara biologinya.
Bagaimanapun, tiada dinyatakan dalam Islam berapa kali (kekerapan) yang wajib. Namun bagi pengamal perubatan, sebaiknya pasangan suami isteri melakukannya seminggu dua kali dan ini selari dengan saranan dan pandangan Imam al-Ghazali.
Imam al-Ghazali menjelaskan bahawasanya hubungan suami isteri itu sebaiknya dilakukan setiap empat hari sekali. Menurutnya, dia menghitung waktu ideal itu berdasarkan jumlah wanita yang boleh berpoligami dalam Islam, iaitu empat wanita.
Hal ini berdasarkan bahawa setiap hari suami yang berpoligami itu menggilir isterinya secara bergantian. Malam ini di rumah isteri A, besoknya di rumah isteri B, dan seterusnya.
Selain itu, secara tersirat imam al-Ghazali berpendapat, melakukan hubungan ini secara rutin itu menjaga pasangan agar tidak curang dengan isterinya dengan melakukan hubungan sulit.
Walau bagaimanapun, ini hanyalah saranan dan bukannya kewajipan. Selain itu, tidak dibenarkan memaksakan pasangan anda apabila dia sedang tidak dalam keadaan sihat atau ‘angin’ tidak baik.
Oleh itu, amatlah penting memastikan kedua-duanya dalam keadaan sihat, segar dan ada mood bagi memastikan hubungan ini dapat dilakukan dengan terbaik.
Dan yang paling penting, jangan lupa berdoa saat hendak melakukan hubungan suami isteri.
Doa Semasa Mengadakan Hubungan Suami Isteri:
Semoga bermanfaat dan dapat dipraktikkan. Wallah a’lam.
Hidup tanpa sahabat atau teman dah tentu membosankan. Namun dalam memilih sahabat kita haruslah lebih berhati hati terutama pada zaman sekarang.
Seorang sahabat membawa pengaruh yang besar boleh membawa kita ke jalan kebaikan atau sebaliknya menjurus kita ke neraka jika memberi pengaruh yang buruk.
Dalam satu perkongsian Prof. Dr Ahmad Sanusi Azmi dari Fakulti Pengajian Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia beliau menekankan akan pentingnya memilih sahabat yang mendekat diri kita ke jalan Allah.
Kisah lelaki beriman menjenguk kawan di neraka dalam al-Quran
Allah SWT menceritakan di dalam al-Quran (Surah al-Saffat: 51-60) tentang kisah seorang lelaki yang beriman yang akan menjenguk keadaan kawannya di neraka. Mereka berdua dahulu (di dunia) saling bersahabat, namun sahabatnya dahulu telah kufur dan pernah mengajaknya untuk kufur kepada Allah. Namun lelaki beriman ini berjaya menolak pujukan untuk kufur dan memilih untuk teguh di atas jalan iman.
Ayat al-Quran ini mengingatkan kepada kita tentang kepentingan memilih sahabat yang baik. Sahabat sebenar akan membimbing kita kepada keimanan dan bukan yang mengajak untuk menjauhkan diri daripada Allah.
Atas dasar itulah Rasulullah mengingatkan kita bahawa seorang lelaki itu bergantung kepada pegangan agama sahabatnya juga. Sabda Rasulullah SAW:
“Seorang lelaki itu (bergantung kepada pegangan) agama sahabatnya. Maka perhatikanlah dengan siapa kamu bersahabat.” (HR Ahmad)
Jadilah sahabat soleh
Jadilah seperti Abu Bakar, seorang sahabat yang soleh. Tahukah anda bahawa Abu Bakar berjaya mengislamkan lima sahabat yang dijanjikan syurga. Lihat bagaimana persahabatan Abu Bakar dengan sahabatnya menyebabkan mereka dijamin ke syurga.
Menurut Ibn Ishaq, dalam kalangan 10 orang sahabat yang dijamin akan memasuki syurga, separuh dari mereka (iaitu lima orang) telah beriman atas persahabatan dan usaha dakwah Abu Bakar. Mereka ialah: Uthman ibn Affan, al-Zubair ibn al-Awwam, Abd Rahman Auf, Saad Abi Waqas dan Talhah.
Al-Imam al-Qurtubi ketika menafsirkan sebahagian ayat daripada surah al-Kahfi memetik kata-kata dari Abu al-Fadl al-Jauhari berhubung kewujudan anjing di kalangan pemuda Kahfi yang sebutkan Allah di dalam al-Quran.
Menurut Abu al-Fadl, keberadaan anjing tersebut bersama pemuda Kahfi menjadikan anjing tersebut merasa tempias keberkatan duduk bersama dengan orang-orang yang soleh sehingga Allah menyebutkan tentang anjing tersebut di dalam al-Quran.
Bayangkan bagaimana anjing yang mendampingi dengan manusia yang baik pun telah menerima kesan baik mereka, maka apatah lagi manusia? Sudah pasti berkawan dengan sahabat yang soleh dan muslih akan membantu kita ke syurga. Berdampinglah dengan sahabat yang mengingatkan kita tentang kebaikan. Bukan kawan yang mengingatkan kita untuk melakukan kemungkaran.
Sejak dari awal belajar solat semasa kecil kita sudah dibiasakan dengan satu lafaz zikir sewaktu rukuk dan sujud. Lafaz Subhana Rabbi al-‘Azimi wa Bihamdihi...