Masuk tengah bulan duit gaji yang berbaki tinggal cukup makan saja sehingga akhir bulan. Silap percaturan kena ikat perut sementara menunggu dua tiga hari gaji.
Tapi dalam keadaan diri yang sempit ini datang sahabat yang meminta bantuan kerana di rumahnya kehabisan beras dan anak-anak kelaparan. Dek kasihan walau tahu akan kesempitan kita memberikan jua sahabat itu wang.
Jika berada dalam situasi itu, yakinlah kepada ALLAH SWT dan percayalah ada ganjaran lain menunggu kita. Bahkan, ganjaran itu pastinya berkali ganda jumlahnya.
Dalam sebuah hadis direkodkan daripada Abu Hurairah: “Seorang lelaki menemui Rasulullah SAW lalu bertanya: “Ya Rasulullah, sedekah apakah yang paling besar pahalanya?”
Ads
Rasulullah SAW menjawab: “Sedekah yang engkau berikan semasa engkau dalam keadaan sihat, semasa kamu berasa ragu kerana khuatir menjadi miskin dan mengharapkan kekayaan. Jangan kamu menunda-nunda sedekah sehingga nyawamu sampai di kerongkong. Pada waktu ini, baru engkau mengatakan harta saya nanti sekian untuk waris itu, sekian untuk waris ini, padahal tanpa engkau katakan begitu, hartamu pasti akan menjadi milik warismu.”(Riwayat al-Bukhari)
ALLAH SWT berfirman: “Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat keampunan daripada Tuhan kamu dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa; iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), ALLAH SWT mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.” (Surah Ali ‘Imran, ayat 133-134)
Ads
Dalam hal ini Rasulullah mendidik kita agar sentiasa menyumbang biarpun saat kita memerlukan wang tersebut. Bahkan kesediaan kita menyumbang saat memerlukan menunjukkan kebergantungan jiwa yang tinggi kepada Allah.
Ads
Jadi usah resah meskipun ketika kesempitan kerana bersedekah sewaktu sempit itu adalah sebaik-baik perbuatan dan tentunya akan diberi ganjaran oleh Allah SWT.
Kenapa doa tak dimakbul walaupun kita sudah berusaha, berdoa dengan hati penuh mengharap dan air mata. “Adakah Allah tak dengar?” “Adakah doa aku tak layak diangkat?”
Sebenarnya Nabi Muhammad SAW sudah memberi jawapan kepada persoalan kita ini dengan penuh kasih sayang. Tak semestinya doa yang kita pohon itu dimakbul seperti apa yang kita minta. Allah Maha Mengetahui, pasti jika tidak dimakbul Dia mentakdirkan sesuatu yang lebih baik untuk kita.
Pencerahan tentang perkara ini dikongsi oleh Ustaz Fazrul Ismail satu perkongsian beliau.
Rasulullah SAW bersabda, seperti diriwayatkan oleh Abu Sa’id al-Khudri RA:
“Tiada seorang Muslim pun yang berdoa kepada Allah dengan suatu doa yang tidak mengandungi dosa dan tidak bertujuan memutuskan silaturrahim, melainkan Allah akan memberikannya dengan salah satu daripada tiga bentuk:
Ini luar biasa. Satu doa. Tiga hasil. Dan semuanya untung.
Mari kita bawa ke dalam kehidupan sebenar:
Ini paling ‘straightforward’. Kita doa nak anak sihat, dan anak pun sembuh. Kita doa nak solusi masalah, dan datang solusi yang baik. Kita doa nak cukup duit bayar bil, dan tiba-tiba ada customer masuk. Tapi ini cuma satu daripada tiga.
Kita doa, tapi Allah simpan sebagai pahala. Mungkin dengan sebab doa itu, kita diselamatkan di padang mahsyar. Atau doa itu jadi sebab timbangan kita berat di sisi kanan. Tak nampak sekarang. Tapi akan sangat bersyukur bila kita memerlukan di sana nanti.
Kadang kita tak dapat apa yang kita doa, tapi kita tak perasan kita juga tak dapat musibah yang sepatutnya kena pada kita.
Contoh: Kita doa nak naik gaji, tapi tak dapat. Tapi sebenarnya Allah elak kita dari kena buang kerja.
Atau kita doa anak pandai belajar, tapi anak itu lambat pickup. Rupanya, anak itu diselamatkan daripada circle yang merosakkan.
Beberapa pelajaran :
Doa bukan sekadar permintaan. Ia adalah pelaburan yang Allah urus dengan bijaksana. Setiap lafaz ada balasannya – cuma cara dan masa yang berbeza.
Jadi bila kita berdoa, jangan tengok pada apa yang kita tak dapat. Tapi yakinlah… Allah sedang menyusun untuk kita dengan cara yang jauh lebih halus.
Kalau kita faham hadis ini, kita akan terus berdoa, bukan sebab nak dapat sesuatu — tetapi kerana kita percaya, Allah tak pernah sia-siakan doa hamba-Nya.
Jom banyakkan berdoa sambil berbuat kerja atau dedikasi selepas solat atau masa mustajab.
Jika ada kesempatan menghadiri majlis tahlil atau yang melibatkan zikir, selawat maka pergilah. Ini kerana ganjaran hadir dalam majlis sebegini amatlah besar. Mereka yang hadir ini akan diampunkan termasuklah orang yang fasik.
Demikian penjelasan Ustaz Azhar Idrus dalam menjawab satu persoalan tentang perkara ini.
Selepas sembahyang Maghrib di sebuah surau seorang imam telah memberikan tazkirah. Antara yang beliau sebut ialah siapa yang pergi ke masjlis tahlil walau pun dia orang fasiq akan diampunkan dosanya. Adakah benar apa yang dikatakan oleh imam itu?
Memang benar barang siapa yang hadir ke tempat orang berzikir maka akan diampunkan dosanya sama ada majlis orang berselawat atau bertahlil atau bertasbih atau seumpamanya walau pun orang itu adalah orang yang fasik.
Tahlil ertinya menyebut lafaz لاإله إلا الله maka ialah lafaz zikir yang paling afdhal diantara sekalian lafaz zikir yang ada.
Terlalu banyak dalil daripada Al-Quran dan Sunnah yang menyebut kelebihan orang yang bertahlil. Telah diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi sollallahu alaihi wasallam baginda telah bersabda :
Ertinya : “Sungguhnya bagi Allah Taala itu ada beberapa malaikat yang berjalan di serata bumi mencari akan tempat orang berzikir. Maka apabila mereka bertemu akan satu majlis yang ada berzikir padanya lalu mereka pun duduk bersama orang-orang yang berzikir itu.
Mereka saling meliputi setengah mereka akan setengahnya dengan sayap-sayap mereka sehingga mereka memenuhi dari antara tempat mereka duduk itu sampai ke langit dunia. Maka apabila orang-orang telah selesai dan pulang maka malaikat-malaikat itu semuanya naik semula ke langit dunia.
Allah telah bertanya kepada mereka sedangkan Allah lebih mengetahuinya : Kamu sekelian dari mana? Jawab malaikat : Kami datang dari menghadiri hamba-hamba Mu di bumi. Hamba-hamba Mu itu bertasbih dan bertakbir dan bertahlil dan bertahmid dan berdoa kepada Mu. Firman Allah : Apakah yang mereka minta dari Ku? Jawab malaikat : Mereka meminta syurga Mu. Firman Allah : Adakah mereka telah melihat syurga Ku? Jawab malaikat : Tidak wahai Tuhan. Firman Allah : Bagaimanakah kalau mereka telah melihat syurga Ku? Kata malaikat : Mereka minta berlindung dengan-Mu? Firman Allah : Dari apa yang mereka minta berlindung itu? Jawab malaikat : Dari neraka Mu. Firman Allah : Adakah mereka telah melihat neraka Ku? Jawab malaikat : Tidak. Firman Allah : Bagaimana kalau mereka telah melihat neraka Ku? Kata malaikat : Mereka minta ampun dari Mu. Firman Allah : Sungguh Aku telah ampunkan mereka semua dan Aku telah tunaikan permintaan mereka dan Aku telah pelihara mereka dari apa yang mereka minta peliharakan itu. Kata malaikat : Wahai Tuhan. Dikalangan hamba-hamba Mu itu ada seorang lelaki yang jahat. Dia hanya lalu disitu kemudian dia duduk bersama mereka. Firman Allah : Aku juga telah ampunkan orang itu dan merekalah orang-orang yang tidak akan celaka siapa yang duduk bersama mereka.” (Hadith riwayat Imam Muslim)
Jelas pada hadis ini mereka yang pergi ke tempat orang bertahlil sama ada majlis itu diadakan di masjid atau di pejabat atau di rumah atau tempat lainnya nescaya akan diampunkan dosanya dan diperkenankan doanya dan diberikannya syurga dan dipeliharanya dari neraka sekalipun dia seorang yang jahat.
Ertinya : “Dan pada hadith ini menerangkan tentang kelebihan berzikir dan kelebihan majlis berzikir dan kelebihan duduk bersama orang yang berzikir sekalipun tidak sekumpulan dengan mereka dan kelebihan segala majlis orang soleh dan keberkatan mereka.” (Syarah Sahih Muslim)
Sungguhnya tempat orang bertahlil itu termasuk taman syurga sebagaimana datang dalam hadis.
Daripada Anas bin Malik r.a. Nabi sollallahu alaihi wasallam bersabda :
Ertinya : “Apabila kamu melalui taman-taman syurga maka hendaklah kamu sekelian singgah. Berkata sahabat : Apakah yang dimaksudkan dengan taman syurga itu? Sabda Nabi saw : Tempat orang berzikir.” (Hadith riwayat At-Tirmizi)
Hampir semua di setiap masjid ini mempunyai tabung derma atau menjalankan kutipan derma daripada orang ramai terutamanya semasa sembahyang Jumaat. Selain daripada itu, sebahagian besar masjid juga
menerima sumbangan kewangan daripada beberapa pihak tertentu seperti pihak kerajaan, institusi bukan kerajaan dan orang perseorangan. Malah terdapat juga masjid yang menerima sumbangan harta fizikal dalam pelbagai bentuk termasuklah peralatan hinggalah tanah dan bangunan yang diwakafkan oleh pihak-pihak tertentu.
Dalam sejarah Islam, masjid merupakan satu institusi yang amat penting. Ia bukan sekadar merupakan satu tempat bagi umat Islam melakukan ibadat-ibadat khusus seperti sembahyang, membaca al-Qur’an, berzikir dan seumpamanya, bahkan ia telah dijadikan pusat pembangunan masyarakat Islam yang lebih menyeluruh.
Namun, apa yang tidak enak didengar, duit dari hasil kutipan tabung masjid terlalu banyak. Hakikatnya, masih ramai masyarakat setempat yang hidup dalam kedaifan dan perlu untuk dibantu.
Pandangan yang disuarakan oleh Mohd Fadli Salleh ini melalui laman facebooknya mungkin boleh difikirkan.
Aku pernah menulis hal ini beberapa tahun dulu. Tentang dana masjid yang diperam.
Hari Jumaat hari paling ramai orang suka bersedekah. Maka ada masjid kutipan setiap kali solat Jumaat hingga berbelas-belas ribu ringgit. Setahun lebih setengah juta pun ada.
Pendedahan Sinar Harian mengenai simpanan duit masjid di Perak mencecah 7 juta menimbulkan banyak benda yang boleh kita bincang secara matang dan tenang.
Ada sesetengah orang masjid tak suka bila orang biasa macam aku nak bagi cadangan dan pendapat. Kata mereka,
“Kau seminggu sekali je datang masjid baik duduk diam. Tak payah masuk campur. Ini muka pun payah nak nampak, tiba-tiba nak ajar pihak masjid pula.”
Pemikiran lapuk penuh angkuh begitu kena buang wahai ahli masjid yang dihormati.
Masjid itu bukan masjid kamu. Duit itu bukan duit kamu. Duit kami yang jarang-jarang pergi masjid inilah yang banyaknya kat situ.
Aku pernah berborak dengan seorang imam muda. Katanya dana masjid dia beratus ribu sampai tak tahu nak buat apa. Masjid yang sudah dipenuhi aircond, akhirnya dipasang ‘giant fan’ yang berpuluh ribu harganya.
SAMPAI ADA PEMBAZIRAN
Kerana apa pasang? Apa tidak selesa? Apa belum cukup sejuk?
Bukan, kerana duit dah tak tahu nak buat apa.
Pasang ‘giant fan’ beberapa buah, akhirnya berhabuk macam tu sahaja. Awal-awal pasang sahaja guna, lepas tu tak pasang dah.
Agaknya nak jimat letrik. Lagipun aircond masjid yang baru ditukar itu memang masih sejuk. Tak perlu dah bantuan ‘giant fan’ itu sebenarnya.
Dah jadi satu pembaziran besar kat situ. Belum aku cerita bab masjid beli chandelier berharga lebih RM200k lagi.
CADANGAN TIGA USUL
Jika orang bukan ahli masjid macam aku dibenarkan memberi pendapat, aku nak usulkan 3 pendapat buat masjid yang punya dana tapi tak tahu nak buat apa.
1. Selepas Asar, AJK masjid boleh meronda kariah mereka. Naik motor bagi salam dari rumah ke rumah. Lihat apa keperluan mereka, apa yang pihak masjid boleh bantu.
Walau tidak mampu beri banyak, mungkin boleh beri sekampit beras 5kg yang berharga RM15 cuma. Atau mungkin setin susu untuk anak mereka. Pilih keluarga yang layak dan bantulah sedikit sebanyak.
Baru orang respek dengan geng masjid. Baru mereka yang tak pernah pergi masjid nak dekati masjid.
Banyak aku lihat depat mata, masjidnya nilai berjuta. Duit masjid berpuluh ribu, malah beratus-ratus ribu diperam saja. Sedangkan, ada asnaf sekeliling masjid.
Sedangkan, ada orang miskin terpaksa berhutang beras di kedai India supaya ahli keluarga tidak kelaparan.
Kalau sehari pihak masjid boleh ronda 4-5 buah rumah, sebulan dah 150 buah rumah dah dalam kariah tu mereka ziarahi dan santuni. Kan bagus begitu?
Pasti pandangan ahli kariah pada geng masjid jadi lain macam. Kan?
2. Beri kemudahan untuk fakir miskin dalam kariah mulakan kehidupan. Belikan balang air, meja dan payung untuk mereka mula berniaga.
Ajak mereka berniaga di kawasan masjid terutamanya hari Jumaat. Bagi tempat untuk mereka jual air, kuih, makanan, sayur-sayuran dan apa-apa barang yang mudah dijual.
Modalkan mereka untuk beli barang mentah buat kali pertama. Cari perniagaan yang modalnya sekitar RM1000 atau kurang sahaja.
Jangan bagi mereka duit, sediakan mereka barang asas untuk mulakan jualan dan bahan mentah. Bantu dan ajar mereka berniaga dengan betul.
Kalau sebulan satu keluarga pihak masjid bantu, setahun dah ada 12 keluarga mampu berdikari dan menyara keluarga sendiri.
Pilih mereka yang benar-benar layak, walau orang itu tak pernah ke masjid!
Jangan pilih kroni pula ya.
3. Di bandar sesak seperti Kuala Lumpur ini, banyak budak-budak tercicir kelas prasekolah. Satu prasekolah hanya terima 25 murid, sedangkan kepadatan penduduk setempat mencecah 2000 murid.
Maka keluarga yang miskin tidak mampu hantar anak-anak ke tadika swasta. Anak masuk ke sekolah rendah tanpa tahu baca kira.
Alangkah eloknya jika masjid buka kelas percuma untuk anak-anak tercicir ini. Buka pada hujung minggu pun jadilah.
Ambil saja student Universiti berdekatan atau mereka yang tiada kerja tapi ada bakat mengajar sebagai tenaga pengajar. Student Universiti ni sentiasa mencari kerja part time. Bayar mereka RM50 untuk dua jam pun mereka sangat seronok.
Kalau sehari 2 guru, seminggu baru RM200 (andaikan kelas hanya pada hari Sabtu dan Ahad). Sebulan baru RM800 pihak masjid perlu bayar kepada tenaga pengajar.
Masjid juga makin dikagumi. Orang ramai makin mendekati. Sambil hantar dan ambil anak, mereka pasti turun solat. Dan jika ada seringgit dua dalam kocek, pasti ke tabung masjid juga perginya.
Pandangan ini aku tujukan buat masjid yang kaya raya sampai dana tak tahu nak buat apa. Yang masjid cukup-cukup makan je, teruskan mendekati dan menyantuni ahli kariah masing-masing.
Apa pun, ini sekadar pandangan yang bersifat peribadi. Kalian berhak nak setuju atau tidak. Bebas juga untuk cadangkan aktiviti atau program lain yang lebih bermanfaat.
Cuma aku berharap, tiada lagi dana yang diperam banyak-banyak sampai berpuluh-puluh ribu mahupun beratus-ratus ribu.
Orang bersedekah supaya digunakan untuk memberi manfaat pada masjid mahupun ahli kariah, bukan untuk diperam tunggu dividen mahupun makan bunga sahaja.
Begitulah.
Sumber kredit: FB: Mohd Fadli Salleh & Siakap Keli News
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Tertelan sisa makanan ketika solat adakah membatalkan solat? Ketahui hukum, penjelasan ulama dan cara mengelakkan gangguan ketika solat supaya lebih khusyuk.