
Kadang-kadang kita berdoa bersungguh-sungguh, tapi terasa seperti lambat benar Allah memakbulkan. Kalau ini yang kita rasakan saat ini, mungkin boleh amalkan lafaz ini sebelum memulakan doa.
Sebenarnya, ada rahsia besar dalam berdoa yang ramai terlepas pandang, iaitu cara kita memulakan doa itu sendiri.
Rasulullah SAW sendiri pernah mengajar satu lafaz doa yang jika dibaca, Allah SWT tidak akan menolak permintaan hamba-Nya. Malah Nabi SAW bersumpah sesiapa yang berdoa dengan lafaz ini, pasti Allah akan makbulkan.
Ini bukan janji kosong, tetapi sandaran daripada hadis sahih yang disampaikan oleh para ulama.
Perkara ini dikongsikan oleh Ustaz Dr Kamilin Jamilin Ahli Majlis Fatwa Wilayah Persekutuan dan Perlis, dan juga ahli hadis tanah air.
Ujarnya dalam satu perkongsian video di akaun media sosial miliknya, Nabi pernah bersumpah sesiapa yang berdoa dengan doa ini nescaya Allah pasti akan makbulkan.
Satu hari Nabi SAW berjalan dan terdengar ada seorang sahabat baginda berdoa dengan lafaz
“اللهم إني أسألك بأني أشهد أنك أنت الله لا إله إلا أنت الأحد الصمد الذي لم يلد ولم يولد ولم يكن له كفوا أحد”
Maksudnya;
“Ya Allah, aku memohon kepadamu dengan persaksianku bahawa tiada Ilah melainkan Engkau yang Maha Esa dan hanyasanya menjadi tempat berdoa dan sembahan yang tidak dilahirkan mahupun melahirkan dan tiada apapun yang setara dengan-Nya.”
Kemudian Nabi SAW mengucapkan:
“لقد سألت الله باسمه الأعظم الذي إذا سئل به أعطى، وإذا دعي به أجاب”
Maksudnya;
“Sesungguhnya sahabat itu tadi telah meminta kepada Allah dengan lafaz ataupun ucapan yang jika seseorang menyebutnya maka Allah tidak akan menolak permintaannya dan jika dia berdoa nescaya Allah tidak akan menolak doanya.”
Rujukan: Hadis Hasan, Riwayat Abu Dawud (1493), At-Tirmizi (3475), Ahmad dan lain-lain.
Jadi setiap kali kita nak berdoa kepada Allah jangan lupa untuk kita mengucapkan lafaz doa ini. InsyaAllah Allah pasti akan makbulkan selagi mana kita tidak melakukan perkara-perkara yang boleh menghalang doa kita.
Waktu afdal berdoa dalam solat
Pilihlah waktu afdal ini untuk berdoa dan mulakan lafaz seperti yang disebutkan di atas.
-Ketika Sujud
Ini adalah waktu paling dekat kita dengan Allah, maka digalakkan berdoa sebanyak mungkin, terutama sujud terakhir. Rasulullah SAW bersabda:

“Paling dekat seorang hamba dengan Tuhannya adalah ketika dia sujud, maka perbanyakkanlah doa.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 482)
-Selepas Tasyahhud Akhir & Sebelum Salam
Daripada Abdullah bin Mas’ud RA:
“Aku bertanya kepada Nabi SAW: Ya Rasulullah, doa apakah yang paling didengari (paling dekat untuk dimakbulkan)? Baginda menjawab: Di penghujung solat sebelum salam.” (Hadis Riwayat At-Tirmizi, no. 593 – dinilai Hasan)
Sumber: Dr Kamilin Jamilin
Baca Lagi: Doa Ini Kita Baca 17 Kali Sehari, Tapi Sayang Ramai Yang Tak Tahu Maksudnya
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI