
Umat Islam di negara ini boleh menyemak dan menentukan semula arah kiblat berikutan fenomena Matahari Istiwa’ A’dzham petang ini. Bahagian Falak Jabatan Mufti Negeri Selangor dalam satu kenyataan berkata, matahari akan berada tepat di atas Kaabah pada jam 5.28 petang waktu Malaysia.
Menurutnya, pada waktu tersebut umat Islam berpeluang melakukan semakan arah kiblat bagi mana-mana ruang solat yang didirikan.
“Antara tatacara semakan kiblat termasuk memastikan masa yang tertera pada jam adalah tepat dengan menghubungi talian 1051 untuk mendapatkan waktu sebenar.
OBJEK TIANG, TINGKAP DAN PINTU RUMAH
“Penentuan arah kiblat boleh dilakukan dengan memerhatikan objek tegak seperti tiang, tingkap ataupun pintu rumah yang disinari cahaya matahari dan perhatikan bayang objek tegak terhasil pada jam 5.28 petang,” katanya menerusi kenyataan dimuat naik dalam akaun Facebook Jabatan Mufti Negeri Selangor.
Menurut kenyataan itu lagi, unjuran garisan bayang objek tegak tersebut perlu dibuat menghala ke matahari.
“Garisan tersebut menunjukkan arah kiblat yang sebenar,” katanya.
Sumber kredit: Sinar Harian
VIDEO KASHOORGA:
Usai Menang Pertarungan Melawan Conor McGregor Di Las Vegas, Khabib Nurmagomedov Muat Naik Foto Bersama Ayahnya

Juara dunia kelas ringan UFC Khabib Nurmagomedov memuat naik foto bersama ayahnya Abdulmanap Nurmagomedov usai memenangi pertarungan penuh dramatik melawan Conor McGregor di Las Vegas. Juara dunia sambo dua kali itu berjaya mempertahankan gelarannya selepas menjinakkan Conor McGregor pada aksi UFC 229 di Las Vegas, kelmarin.
https://www.instagram.com/p/Bon6Y-SngU7/?utm_source=ig_web_copy_link
“Ini (melakukan serangan setelah pertandingan) tentu bukan yang ayah ajarkan padaku tapi hanya soal kehormatan. Kemenangan adalah milik kami dan ‘champion belt’ ada di tangan kami,” tulis Khabib di akaun Instagram dengan pose bersama ayahnya.
“Ketika Allah bersamamu, tak ada yang boleh menghancurkanmu. Tak seorang pun. Terima kasih banyak teman-teman atas sokongan yang diberikan,” sambungnya.
Setelah memenangi pertandingan, Khabib telah menyerang penyokong McGregor yang dianggap telah melakukan provokasi menjelang pertandingan. Khabib berang kerana pasukan McGregor telah menghina agama Islam dan ayahnya menjelang pertarungan.
McGregor juga menuduh pengurus Khabib, Ali Abdelaziz, sebagai ‘terrorist.’ Walau bagaimanapun petarung yang berasal dari Rusia itu mengaku perilaku sedemikian bukan didikan ayahnya. Namun, dia terpaksa melakukannya demi kehormatan kerana pasukan McGregor terlalu melampau dalam melakukan provokasi.
https://www.instagram.com/p/Boi2O5HngMO/?utm_source=ig_web_copy_link
Khabib berkata bapanya, Abdulmanap Nurmagomedov pasti tidak gembira dengan tindakannya meluru keluar gelanggang dan menyerang pasukan Conor McGregor pada pertembungan UFC 229 di Las Vegas, semalam.
“Saya tahu dia marah. Dia akan hempuk saya bila kami bertemu di kampung nanti,” katanya.
Tambahnya; “Bapa ajar saya supaya sentiasa menghormati orang lain, tapi mereka (kem McGregor) sudah melampaui batas.”
https://www.instagram.com/p/BolS9svnpyX/?utm_source=ig_web_copy_link
Bagi yang baru mengenali Khabib, petarung Islam ini dilatih bapanya sejak kecil dan Abdulmanap diiktiraf sebagai bapa sukan MMA di Dagestan kerana berjaya melahirkan lapan juara dunia dan Olimpik (gusti roman-greko, sambo dan judo).
Pemuda berusia 30 tahun ini adalah anak kedua dari tiga bersaudara. Kakaknya bernama Magomed dan adik perempuannya bernama Amina. Keluarga ayahnya telah berpindah dari Sildi, Kabupaten Tsumadinsky ke Kirovau. Khabib dibesarkan dengan saudara dan sepupunya. Minatnya dalam seni bela diri bermula ketika melihat siswa mengadakan latihan di ruang olahraga.
Khabib mula berjinak-jinak dengan dunia ‘gelanggang pertarungan ‘seawal’ usia enam tahun di bawah asuhan ayahnya, Abdulmanap Nurmagomedov, seorang atlet dan seorang bekas tentera. Khabib berkahwin pada Jun 2013. Hasil perkahwinan tersebut, Khabib memiliki seorang puteri dan seorang putera.
Sumber: CNN dan Instagram Khabib Nurmagomedov.
Rimas Selalu Ditanya Bila Nak Kahwin, Lelaki Bunuh Jiran

Gara-gara berang dan sakit hati kerana sering ditanya bila hendak berkahwin, seorang lelaki nekad membunuh jirannya yang juga seorang wanita hamil.
Alias Nunur, 28, membunuh Lis Aisyah, 32 di rumah wanita terbabit pada 19 Januari 2018 di Garut di Jawa Barat, lapor Detik.com.
Pesuruhjaya Polis Garut Budi Satria Wiguna berkata, sewaktu kejadian, Nunur sedang duduk termenung di depan rumah sebelum ditegur Lis.
Lis kemudian menasihatkan pemuda terbabit supaya segera berkahwin.
“Suspek menyatakan bahawa wanita itu berkata ‘cepatlah kahwin, yang lain semua sudah menikah, kenapa kau tak kahwin-kahwin?’.
“Ternyata kata-kata itu menyinggung emosi suspek,” kata Budi Satria seperti yang dipetik media tempatan.
Ekoran teguran tersebut Nunur datang ke rumah mangsa dan Lis tanpa sebarang prasangka mempelawa beliau masuk ke ruang tamu.
Menurut polis, sewaktu mangsa hendak menuju ke salah satu bilik di rumah itu, Nunur mengekori dari belakang lalu menolaknya ke atas katil.
Walaupun difahamkan mangsa cuba melawan dengan menggigit jari suspek, wanita itu tidak berupaya melawan dan dia dicekik hingga mati.
“Suspek sempat mencuri wang mangsa berjumlah 800,000 Rupiah (RM230) dan sebuah telefon bimbit,” ujar Budi Satria.
Suspek seterusnya melarikan diri ke Jakarta namun pihak berkuasa berjaya mengesann dan menangkapnya.
Polis turut menyita beberapa barang bukti lain seperti motosikal, bantal, selipar, baju kemeja dan kain.
Bertuahnya Tasha Manshahar, Suami Hadiahkan Surah Al-Fatihah Sebagai Salah Satu Mahar Perkahwinan

Sebaik-baik mahar adalah yang paling mudah.” Penyanyi Youtube, Tasha Manshahar cukup bertuah kerana suaminya, Raqib Majid telah ‘mengalunkan’ bacaan Al-Fatihah sebagai salah satu mahar untuk dirinya.
Raqib Majid:
Antara maharku buatmu @tashamanshahar . Sudah lama ku simpan hasrat untuk menghadiahkan bacaan surah Agung ini utk isteriku. tapi bacaanku td biasa2 saja. tiada yg istimewa. Perasaan berdebar, resah kerana bakal menggalas tanggungjawab baru. Aku membaca tanda syukurku pada DIA menyatukan kita
Kalimat2 inilah yang membesarkan aku & keluarga. Semoga kita terus mencintai Al-Quran sampai syurga
https://www.instagram.com/p/BndGWeiHrWF/?utm_source=ig_web_copy_link
https://www.instagram.com/p/BndJlMuggKZ/?utm_source=ig_web_copy_link
https://www.instagram.com/p/BndEb6JAwcC/?utm_source=ig_web_copy_link
https://www.instagram.com/p/Bnz37l7Ahmj/?utm_source=ig_web_copy_link
Dengan hanya sekali lafaz, majlis pernikahan Raqib dan Tasha berlangsung pada 8 September, di Masjid Jamek, Kajang itu diadakan secara sederhana dan tertutup. Raqib dan Tasha telah dinikahkan oleh bapa Tasha sendiri, iaitu Mohd Manshahar.
Mas kahwin RM300 manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan. Raqib turut menyerahkan sebentuk cincin dan seutas gelang kepada Tasha atau nama sebenarnya Nur Nadia Natasha Manshahar. Namun alunan bacaan Surah Al-Fatihah sebagai salah satu mahar buat Tasha antara yang menarik perhatian ramai.
Dalam riwayat Abu Daud dengan lafaz, “Sebaik-baik nikah adalah yang paling mudah.” Ini menunjukkan bahawa bahawa mahar yang paling bagus dan menjadi mahar terbaik adalah mahar yang paling mudah untuk dipenuhi. Inilah yang perlu dipersiapkan oleh calon suami, hendaklah pihak wanita mudah menerima hal ini. Kalau maharnya itu serba sulit dan memberatkan, itu menyalahi apa yang disarankan oleh Nabi junjungan kita, Nabi Muhammad SAW.
Mudahnya mahar memiliki manfaat yang begitu besar:
1. Mengikuti sunnah (ajaran) Nabi SAW.
2. Memudahkan para pemuda untuk berkahwin.
3. Mudahnya mahar akan menyebabkan cinta dan kukuhnya kasih sayang.
Sumber: Tasha Manshahar