Rakyat Malaysia, Fawziya Diberi Peluang Tunai Haji Musim COVID-19, Anggap Hadiah Hari Lahir Paling Indah Tahun Ini

Share

Di saat ramai jemaah haji yang tidak dapat menunaikan Rukun Islam ke lima di tanah suci tahun ini akibat wabak pandemik COVID-19, nampaknya tuah jadi sebaliknya pada empunya diri.

Siapa sangka seorang rakyat Malaysia di Arab Saudi, Fawziya Mohamed, 38 tahun tidak menyangka permohonannnya untuk menunaikan ibadah haji tahun ini telah diluluskan.

Dalam laporan Alhijrah News, ketika dihubungi Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, Fawziya seakan tidak percaya dengan rezeki yang diterimanya apabila dimaklumkan beliau terpilih menjadi duyufurrahman tahun ini.

Fawziya menyifatkan rezeki yang diterimanya itu hadiah paling berharga sempena ulangtahun kelahirannya pada 28 Julai ini.

“Ini kali pertama saya akan menunaikan ibadah haji. Alhamdulillah. Saya bersyukur kerana tidak fikir akan terpilih menerima peluang sekali seumur hidup ini,” katanya kepada Kementerian Media Arab Saudi.

Fawziya antara lapan rakyat Malaysia yang terpilih, di mana mereka terdiri daripada pelajar dan pekerja di Jeddah, Madinah dan Riyadh.

Menurut laporan media, Arab Saudi menghadkan bilangan jemaah kepada 1,000 orang tahun ini di mana 70 peratus adalah warga asing yang menetap di negara itu dan baki 30 peratus untuk rakyat tempatan.

Berbeza seperti sebelum ini, jemaah perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang lebih ketat sebagaimana ditetapkan Kementerian Kesihatan Arab Saudi.

Kashoorga:

IKLAN