Kebahagiaan seorang anak terletak pada reda ibu bapanya. Anak yang membahagiakan ibu bapanya, nescaya hidupnya lebih diberkati ALLAH SWT.
Justeru, tergamakkah seorang anak meletakkan ibu bapanya di belakang selepas bertemu kekasih hati?
Memang ada ibu bapa yang tidak bersetuju dengan pilihan hati anak. Mereka kurang berkenan dengan calon menantu yang dipilih oleh anaknya.
Sebagai anak, lebih baik berbincang dari hati ke hati dengan ibu bapa. Usahlah menjadikan hal ini sebagai punca terputusnya silaturahim antara anda dengan orang tua.
Ads
1) BINCANG
Semua masalah tentu ada jalan penyelesaiannya. Apabila pilihan hati anda kurang disenangi oleh orang tua, carilah jalan. Seperti menarik rambut dalam tepung. Rambut tidak putus, tepung tidak berselerak. Berbincang adalah jalan terbaik berbanding memendam rasa dan akhirnya mencetuskan rasa marah.
2) ELAK KAHWIN LARI
Kahwin lari perlu dielakkan atas banyak sebab. Antaranya anda berdosa kerana melukakan hati orang tua. Selebihnya banyak manfaat perkahwinan yang terhalang disebabkan tindakan tersebut.
Ads
3) KENALI PUNCA
Jika ibu bapa kurang berkenan dengan pilihan hati anda, carilah puncanya. Kemudian perbaiki punca itu dan mintalah si dia cuba ambil hati ibu bapa anda. Insya-Allah segalanya akan jadi yang baik-baik sahaja.
4) BERDOA
Senjata umat Islam ialah DOA. Percayalah kepada kuasa doa. Justeru berdoalah kepada ALLAH SWT supaya pintu hati orang tua terbuka untuk menerima si dia. Berdoalah supaya si dia kuat untuk berdepan dengan pelbagai kemungkinan kerana perhubungan yang tidak mendapat restu orang tua amat sukar untuk dilalui.
Ads
Ingatlah, restu orang tua amat penting dalam perkahwinan. Jadilah anak yang membahagiakan ibu bapa. Usah dilukai hati mereka.
Ibu bapa juga perlulah reda dengan pilihan hati anak. Cinta bukanlah sesuatu yang dipaksa-paksa namun hadir secara semula jadi. Sudah pasti anak berada dalam dilema jika anda menolak pilihan hati mereka. Sama-samalah saling memahami dan menuju ke arah silaturahim yang erat.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Empat perkara yang dikatakan itu adalah neraka, siksa kubur, fitnah ketika kita masih hidup, cerita-cerita buruk selepas mati dan fitnah dajjal.
Jadi perkara yang baik kenapa tidak kita lakukan. InsyaAllah kita akan jadi umat yang terhindar dari segala yang tidak baik.
As’salamualaikum. Hamba nak kongsi beberapa amalan tambahan dalam solat. Amalan ini dibaca selepas “fil ‘aalamiina innaka hamiidum-majiid..”, biasanya kita terus bagi salam kan? Elok tambah ni.
Allahumma, Wahai Allah
Inni a’uuzubika, Sesungguhnya aku berlindung dengan Mu
Min ‘azaabi jahannam, Dari azab Neraka Jahannam
Wa min ‘azaabil qabr, Dan dari azab siksa kubur
Wa min fitnatil mahyaa wal mamaat, Dan dari fitnah ketika hidup dan sesudah mati
Wa min fitnatil masiihid-dajjaal, Dan dari fitnah Dajjal
Allahumma, Wahai Allah
Ya muqallibal quluub, Wahai yang membolak-balik hati
Thabbit qalbi ‘ala diinik, Tetapkan hatiku atas agamaMu
Wa ‘ala taa’atik, Dan sentiasa taat kepadaMu
Kemudian bagi salam seperti biasa. Ini adalah pesanan Rasulullah SAW, Riwayat Bukhari. Jangan tinggal. Ini penyelamat kita dari 4 perkara yang Rasulullah SAW pesan pada kita untuk beringat m
Neraka, siksa qubur, fitnah masa tengah hidup dan nanti cerita-cerita buruk lepas kita mati, dan fitnah Dajjal al-masiih kalaulah kita ditaqdirkan sempat bersemuka dengan dia. Sebab hakikatnya kita memang takkan tahu kita team mana bila dia tiba. Team Muhammad atau Team Dajjal.
Hafaz doa ni. Semoga kita semua terselamat daripada azab dan fitnah 4 perkara tersebut. Aamiin…
CnP Credit to: IG QowiyyFillah
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Diam tak diam hanya tidak beberapa minggu sahaja lagi akan datangnya bulan Ramadan. Dan kita masih lagi dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April ini.
Adakah kita berpeluang untuk menyambut Ramadan kali ini. Jika tidak, pasitinya berpusu-pusu jemaah yang akan datang menunaikan umrah di awal Ramadan di Tanah Suci Mekah.
Memang tidak terkira rindunya untuk bertawaf, melihat manusia ramai-ramai masuk masjid untuk solat dan rindu dengan wangian Masjidil Haram.
Tetapi kita tidak melihat situasi itu sekarang kerana orang ramai tidak dbenarkan untuk bertawaf di Kabaah yang ditutup sementara akibat penularan wabak COVID-19 ini.
Pencetus Ummah PU Amin meluahkan apa yang tersirat dihatinya melihat situasi ini. Dalam perkongsian itu, dia turut berdoa supaya Allah segera turunkan penawar untuk melawan wabak pandemik ini.
“Rindu tak terkata , rindu bertawaf , rindu melihat manusia beramai ramai masuk ke dalam Masjid tiap kali azan , rindu dengan wangian Tanah Haram . Hari ini semuanya dihentikan . Hari ini semua jalan jalan ke Masjidil Haram ditutup .
“Sunyi sepi Kota Makkah dan Madinah . Besar ujian kali ini buat Ummat Islam . Tapi ada hikmah . Allah Maha Mengetahui..
“Ya Allah aku rindu . Kau angkat musibah ini Ya Allah ! Sedih tak terkata hati ini . Ya Allah segeralah diturunkan penawar buat kami ! Ya Allah cukuplah dengan ujian ini . Ya Allah dengan keberkatan hari jumaat ini kau makbulkan doa doa kami .
“Ya Allah lembutkan hati manusia yang degil yang masih pentingkan diri berjalan dan keluar sesuka hati ketika wabak ini sedang membunuh !
“Ya Allah peliharalah Tanah Haram ini ! Jika diberi peluang sembuh dari wabak ini , kami tak akan sia siakan peluang ibadat yang kau berikan ! Kami janji Ya Allah !..
“Bantulah kami ! Kami merayu , kami merayu Ya Allah ! Kami nak umrah dan haji tahun ini lagi Ya Allah Ampunkan kami ya Allah ! Ampunkan kami ! Kami tak buat jahat lagi , Kami tak lawan kau lagi Ya Allah !
“Kami tak cabaf kau lagi Ya Allah ! Kami nak jadi orang baik dan taat Ya Allah ! Makbulkan doa kami Ya Allah ! ..
“Tuhan Ya Maha Mendegar ! Berilah peluang pada kami untuk buktikan ketaatan dan kebaikan kami sebagai hamba Mu Ya Allah !
Soalan: Adakah kita perlu mengqada’ solat (wajib atau sunat) yang tertinggal dengan sengaja, malas dan cuai? Bagaimana dengan solat yang ditinggalkan semenjak aqil baligh? Apakah kita hanya dituntut supaya bertaubat dan tidak perlu mengqada’nya?
Maksudnya: Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya. (Surah al-Nisa: 103)
Ayat ini menunjukkan bahawa solat fardhu menjadi kewajipan orang Islam dan mempunyai waktunya yang telah ditetapkan. Sebelum saya menjawab permasalahan ini, suka dinyatakan berkenaan dengan hukum meninggalkan solat. Pengarang al-Fiqh al-Manhaji menyebut:
Orang yang meninggalkan kerana mengingkari hukum wajibnya atau sengaja mempersendakannya akan menjadi k4fir dan terkeluar daripada agama Islam. Pihak pemerintah wajib menyuruhnya bertaubat dan tidak boleh membiarkannya demikian sehingga dia bertaubat dan kembali mendirikan solat.
Berkenaan dengan soalan di atas, pendapat yang masyhur dalam Mazhab Syafie hendaklah diqada’kan solat yang telah ditinggalkan walaupun bukan dengan sebab tertidur atau lupa.
Ini kerana hutang Allah SWT lebih utama dibayar. Berkenaan dengan solat yang ditinggalkan semenjak aqil baligh, maka hendaklah diqada’ semampu yang mungkin walaupun secara beransur-ansur sehingga selesai, di samping bertaubat kepada Allah SWT.
Mereka hendaklah menghitung solat yang ditinggalkan dengan ghalib zan atau yakin supaya dapat diqada’kan semua solat yang pernah ditinggalkan. Walaupun begitu kita yakin dengan sifat keampunan Tuhan dan penerimaan taubatnya di samping beriman dengan firman Allah SWT:
لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا
Maksudnya: Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.(Surah al-Baqarah: 286)
Berkenaan dengan qada’ amalan sunat hukumnya sunat, seperti yang pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW. Adapun taubat juga perlu tetapi tidak memadai dengannya sahaja, mesti diqada’ juga berdasarkan arahan Rasulullah SAW.
Ada pendapat yang mengatakan hanya perlu qada solat yang ditinggalkan kerana tidak sengaja terlupa atau tertidur dan tidak perlu qada solat yang sengaja ditinggalkan. Misalnya sembahyang yang ditinggalkan dengan sengaja kerana lalai semasa muda-muda dulu
Mereka mengatakan cukup dengan istighfar dan bertaubat sahaja. Sebenarnya pendapat ini tidak tepat kerana Rasulullah s.a.w. sendiri menqada solat yang ditinggalkan walaupun Baginda tidak tertidur atau terlupa. Tidak ada qada dalam solat bukan bermaksud tidak perlu qada tapi tidak perlu sebut perkataan qadha semasa niat.
Qadha ialah melakukan sesuatu ibadah di luar waktunya dan tunai ialah melakukan sesuatu ibadah di dalam waktunya. Secara mudahnya tunai waktu Allah, qadha waktu kita
Dari ‘Aisyah r.a katanya: Apabila Rasulullah s.a.w. lupa solat malam, umpamanya kerana tertidur dan sebagainya, maka baginda menggantinya pada siang hari dua belas rakaat. (Muslim)
Cara Niat Qada Bagi Solat Fardhu Lima Waktu Pula Ialah
Solat Maghrib
Sahaja aku solat fardu maghrib tiga rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala
Solat Isyak
Sahaja aku solat fardu Isyak empat rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala
Solat Subuh
Sahaja aku Solat Fardu Subuh dua rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala
Solat Zuhur
Sahaja aku solat fardu Zuhur empat rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala
Solat Asar
Sahaja aku solat fardu Asar empat rakaat qadha’ kerana Allah Ta’ala
Ada orang bertanya : Jika kita tertinggal solat (sengaja dan tidak sengaja) sejak akhil baligh sehingga sekarang (20-an banyak waktu), perlukah di qada semua jumlah solat yang tertinggal itu atau cukup dengan melakukan solat taubat?
Jawabnya, Wajib qada solat yang telah tertinggal. Disini ada dua cara untuk qada, pertama jika seseorang yang tahu sebanyak mana dia telah tinggalkan solat fardhunya, maka qadakanlah mengikut bilangan yang telah ditinggalkannya.
Cara kedua adalah bagi yang tidak tahu secara detail berapa banyak yang telah ditinggalkannya, yakni semenjak akil baligh, buatlah anggaran berapa banyak solat yang perlu diqada dan berhentilah jika sudah yakin solat itu sudah diqada kesemuanya.
Cara yang terbaik adalah selepas selesai solat fardhu lakukan solat qada, buatlah berterusan begitu moga-moga diterima Allah.Selain itu ada juga orang bertanya, jika ditakdirkan meninggal sebelum sempat mengqada semua solat itu ( tetapi sudah buat solat taubat ) bagaimana ?
Soal jika meninggal sebelum sempat meng’qada kesemua solat itu, semuanya bergantung pada Allah, akan tetapi jika kita telah benar-benar insaf dan niat untuk qada’ kesemua solat dan telah melakukan solat taubat dengan bersungguh-sungguh dan juga mengikuti segala perintah Allah, insyaAllah akan diampuni dos4-dos4nya.
Untuk pengetahuan semua, qada solat fardhu boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja tiada waktu larangan padanya. Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua dalam mendapat pengampunan daripada Allah SWT.