Perkahwinan adalah sebahagian daripada liku-liku kehidupan yang dilalui oleh kebanyakan umat manusia. Dalam perkahwinan juga terdapat makna tersirat, kebaikan, faedah dan hikmah yang ditentukan oleh Allah SWT.
Demi menjaga keharmonian dalam rumah tangga sikap tolak ansur itu amat penting. Tidak akan bahagia rumah tangga bika salah seorang mementingkan diri sendiri sehingga akhirnya menjadi pencetus hambarnya hubungan suami isteri.
Agar kebahagiaan dalam rumah tangga terus subur dan mekar, sama ada suami atau pun isteri, masing-masing mesti selalu ‘memberi.’
Sesungguhnya tangan yang memberi, lebih baik dari yang menerima. Baca perkongsian dari Ustaz Pahrol Mohamad Juoi.
Demi keharmonian dalam sebuah rumah tangga, suami isteri hendaklah berfikir bagaimana untuk “memberi” bukan “menerima”. Kedua-dua belah pihak perlulah melentur ego masing-masing untuk memulakan memberi kebaikan.
Ads
Jangan sekali-kali menanti, sebaliknya carilah peluang untuk berbuat kebaikan. Ingatlah pesan orang yang arif tentang cinta. Kata mereka, “Siapa yang lebih cinta, dialah yang lebih banyak memberi!”
PEMBERI AKAN RASA LEBIH BAHAGIA
Ads
Ingatlah juga pesan hukama bahawa orang pertama mendapat manfaat daripada sesuatu kebaikan ialah orang yang melakukannya. Memberi ertinya kita melakukan kebaikan dan sebelum orang yang kita berikan kebaikan itu gembira dengan kebaikan yang kita berikan kepadanya, kitalah yang lebih dahulu akan berasa gembira. Percayalah, suami atau isteri yang “memberi” terlebih dahulu akan dapat merasakan kebahagiaannya.
Peribahasa Cina ada menyebutkan, tangan yang menghulurkan bunga mawar, pasti berbau harum. Oleh itu, carilah pasangan kita dan berilah sebarang bentuk kebaikan kepadanya.
Ads
Boleh jadi dalam bentuk senyuman, kata-kata yang baik, hadiah, belaian atau sekadar sebuah doa, insya-Allah kita akan berasa gembira ketika melakukannya. Kasih sayang antara suami isteri akan bertambah erat bila setiap kita memikirkan untuk memberi (menjalankan peranan) bukan untuk menerima (menuntut hak).
PENUHI HAK MASING-MASING
Apabila suami berperanan, hak isteri akan dipenuhi. Bila isteri berperanan, hak suami akan dipenuhi. Sebaliknya apabila masing-masing menuntut hak dan mula melupakan peranan, tiada siapa yang untung.
Bila kita memikirkan keadaan win-lose – kita menang, dia kalah, maka semuanya akan berakhir dengan keadaan lose-lose – kita kalah, dia kalah.
Siapa tidak mengenali Pendakwah Bebas, Ebit Lew yang berdakwah dengan cara tersendiri. Menggunakan medium sosial, pendakwah ini kerap berkongsi pengalaman kisah membabitkan hubungan suami isteri.
Turut diselitkan beberapa nasihat berguna untuk dijadikan panduan buat setiap pasangan mengukuhkan hubungan sedia ada.
Menurut Ustaz Ebit Lew, beliau sangat menyarankan agar setiap suami itu supaya menghargai isteri tidak kira sewaktu senang atau susah hidup bersama. Isteri yang dipanggil bidadari ini perlu dilayan sebaiknya dan dicintai hingga ke syurga.
Berkongsi satu kisah di mana seorang suami bertemu dengannya memberitahu marahkan isteri kerana mempunyai dua anak kecil dan kedaan rumah tidak terrurus serta bersepah. Suami itu pula pantang melihat kedaan itu dan nekad tidak mahu balik ke rumah selagi isterinya tidak berubah.
Menasihat suam itu, Ustaz Ebit Lew menasihati agar dia melihat kepayahan seorang isteri yang sembilan bilan membawa satu nyawa dan kemudian bila tiba masanya pula perlu bertarung nyawa melahirkan zuriat.
Dan kemudian terpaksa pula berjaga malam untuk menyusukan bayi dalam kedaaan diri yang tidak cukup tidur dan rehat.
Namun bagi seorang isteri, semua itu dilakukan demi cinta dan kasihnya pada suami. Semuanya dilakukan ikhlas demi kerana Allah dan suaminyalah jadi sumber kekuatannya. Inilah sifat mulia wanita yang Alah hadiahkan.
Disebabkan itu para suami wajid memudahkan segala urusan mereka dengan bersama-sama membantu meringankan beban kerja.
Pesannya lagi hidup ini bukan apa kita suka atau tidak, tetapi apa yang Allah mahu dari kita. Perlu bertolak ansur dan perlunya hargai seorang isteri, barulah rumahtangga boleh kekal bahagia hingga ke jannah.
Seorang suami jumpa saya dan tengah marahkan isterinya kerana anak kecil baru 2 orang tapi rumah dah tak terurus. Bersepah, rumah dan diri isteri serta anak-anak dah tak terurus. Beliau pantang tengok benda macam tu katanya. Dia dah nekad takkan balik selagi isterinya tak berubah.
Saya kata padanya saya lihat seorang ibu di hospital buat fisioterapi kerana tangan dan bahunya sakit dan ada masalah kerana lama dukung anak..Terkesan dan termenung berfikir pengorbanan seorang wanita dan ibu. Ya Allah…
Penat dan kesabaran teramat tetapi ikhlas kerana Allah dan suamilah kekuatannya.. Kerana itu ringankanlah tugas isteri dan ibu anak-anak kita…menangis lihat ibu tersengguk menyusukan anak kerana kepenatan. Masa bila mereka tidur. Masa bila mereka berehat. Saya terus terang katakan saya memang tiada kesabaran dan ketabahan seperti itu.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Mana-mana wanita, pasti mereka bercita-cita untuk menjadi isteri solehah yang menjadi penyejuk hati dan mata bagi si suami. Kedudukan suami bagi seorang isteri itu begitu tinggi sehingga Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang bermaksud:
“Sekiranya aku boleh menyuruh seseorang sujud kepada seseorang manusia, nescaya aku akan suruh perempuan sujud kepada suaminya.” (HR. Imam Tirmizi)
Hadis Nabi Muhammad SAW sendiri menyebut yang bermaksud, “Sesungguhnya dunia itu adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita (isteri) solehah.” (HR. Muslim)
Berikut perkongsian Abby Abadi tentang eksklusifnya seorang suami kepada isteri.
S U A M I kita Hak exclusif kita Itu mahalnya bila dah sah Segalanya H A L A L ? Jangan bagi perempuan lain pegang suami kita Jangan bagi suami peluk perempuan lain Jangan bagi suami dukung perempuan lain Jangan bagi perempuan lain Pakaikan baju, makeup suami kita Jangan jangan jangan Itu ‘mengundang namanya ?
Walaupun sekadar lakonan Atau sewaktu persembahan nyanyian Atau waktu bekerja Dipejabat outstation & sebagainya Syaiton tetap sukaaaaaa Nampak mcm2 takde pape Tapi sebenarnya sebesar2 maksiat Yg buat ALLAH murka Beringat sentiasa ☺️
Isteri itu amanah Allah kepada seorang suami. Ini menunjukkan bahawa suami wajib menjaga amanah yang telah diberikan oleh Allah kepadanya. Si suami juga hendaklah memberi nafkah zahir dan batin kepada isterinya mengikut kemampuannya. Namun apabila seorang suami culas menjalankan tanggungjawabnya kepada isterinya maka akan goyahlah sesebuah rumah tangga.
SOALAN:
Seorang wanita berkahwin dengan seorang lelaki. Kemudian rumahtangga menjadi kacau bilau sehingga si isteri yang terpaksa menjaga suami tersebut dengan menanggung nafkah keluarga. Tidak berapa lama kemudian, suami tersebut mula menjalankan perniagaan. Akhirnya dia berjaya dalam perniagaan tersebut dan menjadi kaya. Namun isteri masih tetap menanggung nafkah keluarga tanpa suami berusaha mengubah sistem tersebut.
JAWAPAN:
Jawapan
Firman Allah SWT:
وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ
Maksudnya: Dan bergaullah dengan mereka (golongan wanita) dengan cara yang makruf. Surah al-Nisa’ (19)
Imam al-Qurtubi ketika menafsirkan ayat ini berkata: (Iaitu) dengan cara yang Allah perintahkan daripada pergaulan yang baik. Dan seruan ini adalah kepada semua, kerana setiap seorang itu mempunyai pergaulan sama ada seorang suami atau seorang wali. Akan tetapi yang dimaksudkan dengan perintah ini secara kebiasaannya adalah para suami. (Lihat al-Jami’ li Ahkam al-Quran, 5/84)
Syeikh al-Maraghi berkata: “Para suami diwajibkan bergaul dengan isteri-isterinya secara baik. Oleh itu, bergaullah dengan mereka secara yang dapat menyenangkan tabiat mereka. Tetapi tidak pula bertentangan dengan syariat dan adat. Janganlah kamu bersikap bakhil dalam menafkahi mereka dan jangan pula kamu sakiti mereka dengan ucapan dan perbuatan atau kamu menghadapi mereka dengan wajah muram dan kening berkerut.
Kalimah mu’asyarah (bergaul) di sini menunjukkan pengertian kebersamaan dan perkongsian iaitu layanilah mereka dengan cara yang baik dan para isteri perlu melayani kamu seperti itu juga. Jadi, suami dan isteri diseru agar saling memberikan kebahagiaan serta menjadi sumber ketenangan dan kebahagiaan dalam melayari rumahtangga. (Lihat Tafsir al-Maraghi, 2/1128)
NAFKAH BAPA KEPADA KELUARGA
Pengarang kitab al-Fiqh al-Manhaji (4/170-179) menyebut: Bapa dan datuk ke atas, wajib memberi nafkah anaknya, cucu dan ke bawah. Oleh itu, bapa bertanggungjawab memberi semua jenis nafkah kepada anak-anaknya sama ada lelaki atau perempuan. Jika mereka tidak mempunyai bapa, maka datuk wajib mengambil alih tanggungjawab tersebut dan begitulah seterusnya. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT:
فَإِنْ أَرْضَعْنَ لَكُمْ فَآتُوهُنَّ أُجُورَهُنَّ
Maksudnya: …jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka upahnya; Surah al-Talaq (6)
Ayat ini menjelaskan bahawa perempuan yang menyusukan anak orang lain wajib diberi upah oleh bapa kepada anak tersebut. Ini bermakna kewajipan memberi nafkah kepada anak lebih utama dilaksanakan oleh bapa.
Maksudnya: “Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya.” Surah al-Baqarah (233)
Dalam ayat ini, menisbahkan anak kepada bapanya yang menggunakan huruf lam ikhtisas membawa makna bapa dikhususkan bertanggungjawab memberi nafkah kepada anak-anaknya. Oleh itu, kewajipan bapa memberi nafkah kepada ibu yang menyusukan anaknya menunjukkan bahawa kewajipannya memberi nafkah kepada anak-anak adalah lebih utama. (Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 4/170-179)
Imam Ibn Kathir berkata ketika menafsirkan ayat di atas bahawa wajib ke atas ayah untuk memberi nafkah dari sudut pakaiannya dengan cara yang sepatutnya iaitu apa-apa pakaian yang diterima oleh adat atau seumpama dengannya di negara tersebut tanpa berlaku pembaziran dan tidak menyusahkan. Ia sekadar apa yang termampu ketika dia (ayah atau suami) dalam keadaan senang dan bersederhana serta apa yang melaziminya. (Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim, 1/479)
Para ulama menetapkan bahawa nafkah yang wajib diberikan kepada sesiapa yang berada di bawah tanggungannya itu ialah seperti:
Makanan Barang-barang dapur Pakaian Tempat tinggal Alat-alat untuk membersihkan diri Pembantu bagi isteri jika sekiranya kebiasaan isteri mempunyai pembantu (bagi suami yang mampu sahaja).
Imam al-Syaukani menyebut: Rasulullah SAW memberi nafkah dan keperluan secukupnya kepada ahli keluarganya mengikut kemampuan Baginda SAW. Rasulullah SAW menyediakan untuk isteri-isteri Baginda SAW tempat tinggal, makanan, pakaian dan semua keperluan dengan mencukupi dengan tidak berlebihan. Ini bersesuaian dengan kehidupan Rasulullah SAW yang memilih zuhud dan tidak bermewah-mewah. Dalam pemberian nafkah, Rasulullah SAW memberikan 20 wasaq gandum dan 80 wasaq kurma kepada isteri-isterinya pada setiap tahun. (Lihat Nail al-Autar, 5/221)
UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM
Undang-undang keluarga adalah termaktub di bawah undang-undang negeri. Jika di Wilayah Persekutuan, Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 pada Seksyen 72 memperuntukkan:
“…adalah menjadi kewajipan seseorang lelaki menanggung nafkah anaknya, sama ada anak itu berada dalam jagaannya atau dalam jagaan seseorang lain, sama ada dengan mengadakan bagi mereka tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan, dan pelajaran sebagaimana yang munasabah memandang kepada kemampuan dan taraf kehidupannya atau dengan membayar kosnya.”[1]
Begitu juga pada Seksyen 73 antara lain menyebut:
Mahkamah boleh pada bila-bila masa memerintahkan seorang lelaki membayar nafkah untuk faedah mana-mana anaknya—
(a) jika dia telah enggan atau cuai mengadakan peruntukan dengan munasabah bagi anaknya itu;
(b) jika dia telah meninggalkan langsung isterinya dan anaknya itu adalah dalam jagaan isterinya;[2]
KESIMPULAN:
Sebagai kesimpulan, kami nyatakan seperti berikut:
*Menurut kitab-kitab fiqh, semua tanggungan nafkah adalah di bawah tanggungjawab suami. Walaupun berlaku keredhaan dari pihak isteri, tetapi untuk menenangkan hati, berilah ganjaran yang setimpal kepada isteri yang telah memulakan rumahtangga dengan berjaya.
*Alangkah baik sekiranya suami tersebut memberikan kredit dan penghargaan di atas pengorbanan isteri yang besar selama ini. Sifat isteri yang sentiasa membantu suami adalah sangat terpuji. Berilah hadiah kepada isteri tersebut.
*Suami janganlah mengambil kesempatan sehingga tugas hakiki beralih kepada si isteri sedangkan ia pada hakikatnya adalah berada pada tangan suami.
*Tanggungjawab yang sebenarnya tidak berpindah kepada isteri. Isteri hanya bersifat menolong dan membantu. Jika isteri tidak mahu membantu pun tidak mengapa.
*Suami wajib mengambil alih tanggungjawab tersebut daripada isteri dan inilah yang sebenarnya.
Semoga rumahtangga kita menjadi seperti apa yang disebut Baiti Jannati dan marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah SWT agar kehidupan kita diberkati dan dikurniakan kebahagiaan.
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.” Surah al-Furqan (74)
Dalam kesibukan kehidupan seharian yang sering menuntut tenaga fizikal dan emosi, waktu sebelum tidur menjadi detik paling sesuai untuk seorang Muslim kembali menenangkan jiwa...