Suatu ketika dulu, waktu zaman tiada telefon pintar atau gajet lain, diari menjadi teman paling setia. Pada diari inilah kita menulis apa sahaja aktiviti atau curahan hati yang terlintas ketika itu. Diari seolah-olah menjadi peneman tidur yang paling nyaman sekali.
Siapa sangka, impian sejak kecil yang ditulis dalam diari telah berjaya direalisasikan dan menjadi kenyataan.
Seperti perkongsian lelaki ini Amir Faisal M Khairi terbaca diari isterinya Munazieraa Ab Aziz sehari lepas nikah yang memasang impian untuk tinggal di sebuah rumah banglo di atas bukit yang menghadap tasik.
Ads
17 July 2010..
Sehari selepas saya akad nikah, saya terbaca diari zaman kanak2 isteri saya…ditulis masa umur 11 tahun pada 1997..
Diari tu bertulis:
Rumah impian saya…
– bungalow – 3 tingkat – atas bukit – menghadap tasik
saya hanya tersenyum..masa tu, saya masih student, harta saya ada cuma basikal..
saya tutup diari itu..tapi saya tak pernah lupa..
24 Oct 2019…
It tooks me 9 years of hard work..
alhamdulillah..rezeki kami, inilah rumah kami untuk membesarkan anak2..
Jika ditanya saya, apa impian saya..
hanya 1..
iaitu untuk memenuhi impian Munazieraa Ab Aziz
Ads
Impian yang ditulis ketika ketika zaman kanak-kanak isterinya itu disempurnakan oleh suami tersayang dengan menghadiahkan sebuah rumah banglo seperti yang digambarkan dalam diarinya.
Rata-rata netizen yang membaca turut gembira dengan perkongsian ini di laman sosial facebooknya. Masing-masing mendoakan pasangan ini akan kekal bahagia till jannah.
Ramai terpegun melihat kecantikan penyanyi wanita paling popular ABPBH33, Wany Hasrita ketika menghadiri Anugerah Bintang Paling Popular ke 33 yang lalu.
Ini kerana penampilannya menggayakan persalinan ala Barbie Muslimah mendapat perhatian ramai.
wan_and_mary Penyanyi Wanita Paling Popular ABPBH33 @wanyhasrita di Dalam Persalinan Customade Pastel Pink and Purple By @wan_and_mary Bertemakan “Sweet Muslimah Barbie Doll”
Fakta menarik baju rekaannya Wany apabila menggunakan kira-kira 100 meter kain untuk menyiapkan skirt berkenaan.
Boleh ke qada solat fardu pada waktu haram solat sunat? Kadang-kadang disebabkan sebab-sebab tertentu atau kelalaian sendiri, ada di antara kira meninggalkan solat tanpa sengaja.
Solat adalah wajib, jika tertinggal harus ganti atau qada, Tetapi adakah terdapat waktu-waktu tertentu untuk kita qada solat?Ikuti persoalan berkaitan isu ini dan hadam penjelasan Dr Zulkifli Al-Bakri ini.
Bolehkah saya melakukan qada solat fardu pada waktu haram solat sunat iaitu selepas Subuh dan selepas Asar?
Maksudnya:
“Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab (dalam neraka), kecuali orang-orang yang bertaubat dan beriman serta beramal soleh.”
(Surah Maryam: 59-60)
Ibn Abbas RA berkata:
“Pengertian ‘meninggalkan solat’ tersebut bukanlah bererti meninggalkan solat itu sama sekali, malah yang dimaksudkan ialah mengakhirkannya dari waktunya.”
Secara asasnya, solat qada tidak ditegah untuk dilaksanakan pada waktu-waktu yang diharamkan solat.
Walau bagaimanapun, jika seseorang itu sengaja bermaksud untuk melewatkan sesuatu solat yang bukan pada waktunya dalam waktu yang diharamkan solat, maka hukumnya adalah haram dan solat itu tidak sah walaupun ianya merupakan solat qada yang wajib disegerakan (jika ditinggalkan tanpa keuzuran) kerana (alasan) dia telah dikira menentang hukum syarak.
Namun, jika tujuan melewatkan sesuatu solat yang bukan pada waktunya dalam waktu yang diharamkan solat itu kerana kebetulan atau kerana sebab yang tertentu (bukan dengan niat sengaja melakukannya pada waktu tahrim tersebut) seperti mengerjakan solat jenazah selepas sembahyang Asar dengan harapan agar ramai jemaah bersolat, maka hal itu adalah diharuskan.”
Maksudnya: “Janganlah kamu bermaksud (sengaja) melaksanakan solat kamu pada waktu matahari terbit dan juga waktu terbenamnya.”
Riwayat al-Bukhari (3273), Muslim (828), al-Nasa’ie (571) dan Ahmad (4695)
Justeru, kami tegaskan bahawa boleh qadha solat pada bila-bila masa terutamanya waktu yang baru terlepas.
Di sisi mazhab Syafie para ulama’ memperincikan masalah ini seperti berikut:
Sekiranya seseorang meninggalkan solat kerana uzur syarie seperti tertidur atau lupa yang tidak melampaui had, maka sunat baginya untuk segera menqaha’ solatnya, namun sekiranya seseorang meninggalkan solat tanpa uzur syarie maka wajib baginya untuk segera menqada solatnya.
Kashoorga: Setiap solat yang tertinggal perlu diqada.
Tidak dinafikan ada kalanya Tuhan sengaja menduga dengan menguji sejauh mana keikhlasan sebenar diri kita.
Terutamanya dalam bab duit kerana disebabkan itu juga boleh menyebabkan seseorang bersikap tamak tanpa memikirkan kesusahan orang lain.
Namun Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Bijaksana. Tanpa kita sedar dugaan kecil yang datang itu sekadar untuk menguji dan menjadi kemenangan jika kita mampu melawan ujian yang datang.
Seperti perkongsian di laman sosial Facebook Muhammad Ikram Rosdi, di mana dia memberi sedekah jumlah yang sedikit kepada yang memerlukan, tetapi Allah kemudian gandakan dari nilai sebenarnya.
Ikuti perkongsian ini dan fahami apa maksud yang cuba disampaikan.
BAGI RM20, DAPAT RM50
Semalam dapat satu request dari customer minta hantar akok ke Bangi lama, akak tersebut minta tolong sangat hantar sebab anak nak makan. Tapi katanya nak dalam rm5 jer. Terdiam kejap. Dah la jauh, lepas tu Rm5 jer. Kalau ikutkan luar kawasan Bandar Baru Bangi aku ambil minimum order 4set bergantung lokasi. Tapi tergerak juga hati untuk terima.
Hari tu ada 9 tempat nak kena hantar. Jadi aku start dengan hantar yang beliau punya, bermula dari tempat paling hujung. Sampai sahaja dilokasi, aku lihat sebuah rumah yang agak sedikit serba kekurangan dari pandangan mata aku. Kemudian seorang anak kecil keluar.
“Yeeaa, kuih akok kuih akok !”
“Pakcik ni duit”, ditangannya ada segenggam duit syiling yang dihulurkan kepadaku.
Entah kenapa hati aku terkedu. Aku ambil duit darinya. Secara spontan aku terseluk poket seluar. Ada rm20. Lalu aku panggil kembali anak kecil tersebut yang sedang beransur masuk ke dalam rumah.
“Adik! Mari sini kejap”
“Nah duit raya. Nanti boleh belanja family makan-makan”
Mukanya tersenyum gembira. Selepas mengucapkan terima kasih, si kecik tersebut terus meluru masuk dan aku teruskan perjalanan ku ke destinasi lain.
Nak dipendekkan cerita, selepas itu dilokasi penghantaran kedua, keempat, kelima dan ketujuh, aku tidak dibayar cas penghantaran. Tipulah kalau aku katakan tak terdetik langsung rasa kecewa dihati. Yelah. Untung sekeping akok baru berapa sen. Minyak, mantainance motor, penat dan masa tak diambil kira. Setakat seorang dua, mungkin tak rasa ralat sangat. Lagipun, baru tadi buat baik. Rasa ikhlas tadi dah jadi macam tak ikhlas dah.
Apa pun, yang nyata syaitan tetap akan berusaha untuk menghasut hati seorang manusia. Jadi aku cuba untuk tetap bersangka baik. Sebenarnya Aku langsung tak salahkan mereka. Mungkin mereka terlupa, mungkin tidak perasan aku ada mention cas COD. Atau mungkin juga mereka ada kekangan kewangan. Sebab aku sendiri pernah alami situasi sebegini. Lagipun seperti mana yang aku mention cas COD seikhlas hati, sama ada dapat banyak, sedikit atau tak dapat langsung, aku sendiri perlu terima.
Setibanya dilokasi kelapan, aku hulurkan 4set akok yang berharga Rm20 kepada pelanggan setia aku, Puan Halimah. Disusuli dengan bayaran.
“Eh puan terbagi lebih Rm50 ni”, kataku sambil membelek sekeping note Rm20 dan Rm50.
“Tak pe ambil jer.upah delivery…….memang niat nak bagi……….” Ujar beliau. Sebenarnya ucapannya panjang lagi. Tapi aku lupa sebab dalam keadaan terperanjat.
Aku cuba kira kembali upah delivery yang aku perolehi. Rm2,Rm3, Rm50 Dan Rm5. Total Rm60. Alhamdulillah rezeki bergolek
Kesimpulannya 1. Dalam keadaan kita fikir kita susah, sebenarnya lebih ramai lagi yang lebih susah daripada kita 2. Bukan senang nak ikhlaskan hati. Tapi cubalah dan sentiasalah bersangka baik 3. Jangan sesekali mengalah untuk berbuat baik atau berubah jadi baik. Walaupun kita berterusan diuji tapi percayalah, Allah tidak akan kejam pada hambanya. Tapi sebaliknya kitalah yang kejam pada diri sendiri diwaktu lampau kita
#akokpahorbangi
Kashoorga: Segala keperluan untuk menyediakan hidangan keluarga tersedia di sini
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Kirim doa kepada jemaah umrah atau haji merupakan amalan yang harus dalam Islam. Ketahui hukum, dalil hadis serta adab mengirim doa tanpa membebankan para jemaah.