Kebahagian rumahtangga diranggut oleh orang ketiga! Ini bukan pelik. Banyak kes perceraian akibat perbuatan curang pasangan dengan pihak ketiga. Malang sekali apabila orang ketiga itu hidup bahagia hasil daripada perbuatan meruntuhkan ‘masjid’ orang lain. Apa nak buat? Boleh samankah pihak ketiga itu?

Benar jodoh dan rezeki di tangan Allah. Namun dalam beberapa situasi, angkara sering disebabkan nafsu manusia; tidak suka melihat orang bahagia, iri, cemburu dan lain-lain. Dalam menangani banyak kes keruntuhan rumahtangga, peguan syarie ini mempunyai sebab munasabah mengapa dia perlu kongsikan panduan cara menyaman pihak ketiga.

Rumahtangga Goyah; Peguam Syarie Jelaskan Cara Saman Pihak Ketiga

Walaupun ia tidak mudah, namun sekurang-kurangnya pasangan yang dicurangi tahu apa nak buat serta pihak ketiga pun tahu perbuatan mereka boleh disaman. Kita ikuti coretan puan Mina Azmina, Peguam Syarie dari Azmina Wardah & Associates menerusi akaun facebooknya.

Lately ini saya sering menerima whatsapp dan inbox daripada kaum wanita yang ingin menyaman pihak ketiga yang menggugat dan kacau ganggu keharmonian rumahtangga mereka.

“Puan, saya nak saman perempuan tu yang ada skandal dengan suami saya. Saya ada baca kat media sosial yang mengatakan isteri boleh saman pihak ketiga di Mahkamah”

Tidak dinafikan peruntukan undang-undang jenayah syariah ada melibatkan tindakan mahkamah syariah terhadap orang ketiga.

IKLAN

Tetapi ada beberapa perkara yang orang awam masih tidak jelas tentang prosedur untuk memulakan saman orang ketiga:

Kuasa untuk memulakan kes melibatkan Undang-Undang Jenayah Syariah adalah pada Pendakwa Syarie. Peguam Syarie atau pihak-pihak yang terlibat tidak boleh failkan sendiri saman terhadap pihak ketiga

  1. Kes jenayah Syariah perlu bermula dengan aduan di Pejabat Agama Daerah oleh orang awam untuk mengisi aduan melibatkan pihak ketiga. Aduan ini memerlukan bukti dan maklumat yang cukup seperti gambar atau dokumen atau mesej di whatsapp atau facebook.
  1. Bukti yang mencukupi membolehkan Pegawai Agama untuk membuka kertas siasatan. Jika bukti dan aduan tidak kukuh, kes berisiko untuk ditutup tanpa sebarang siasatan lanjut oleh Pegawai Penguatkuasa Agama.
  1. Kertas siasatan yang dibuka dan diajukan kepada Pendakwa Syarie untuk diteliti laporan yang disiasat oleh Pegawai Agama. Jika kes tersebut kukuh untuk dibawa ke Mahkamah Syariah, barulah pendakwa akan memfailkan kes jenayah syariah terhadap saman pihak ketiga
  1. Peruntukan undang-undang jenayah syariah terhadap kacau ganggu rumahtangga oleh pihak ketiga ada, tetapi kebanyakan kes sukar untuk dibuktikan dan sukar untuk Pendakwa Syarie meneruskan pendakwaan di Mahkamah Syariah
Rumahtangga Goyah; Peguam Syarie Jelaskan Cara Saman Pihak Ketiga
Nak saman tidak mudah, tapi tidak pula mustahil.
  1. Jika seorang isteri mempunyai bukti yang kukuh melibatkan kecurangan pasangan seperti bukti gambar, video, resit hotel melibatkan perbuatan zina, isteri boleh membuat aduan terhadap kesalahan berkhalwat atau zina.
  1. Ada juga Pejabat Agama Daerah yang mengambil pendekatan melaksanakan khidmat nasihat atau rundingcara oleh Pegawai Tadbir Agama dengan pihak isteri dan suami tersebut namun tidak semuanya berjaya.

Kebanyakan isteri menjadi marah dan dendam apabila melibatkan isu skandal suami dengan wanita lain atau pihak ketiga. Tujuan untuk menyaman pihak ketiga hanyalah untuk membalas dendam.

Nasihat saya, kaum wanita usah membuang masa untuk membalas dendam, biar hukum karma Allah memberikan balasan yang setimpal kepada suami yang curang dan perempuan tersebut.

IKLAN

Allah Maha Adil dan boleh bayar cash hukuman di dunia lagi, tak perlu tunggu kat akhirat. Tunggu dan lihat sahaja mereka jatuh tersungkur bila sampai waktunya. Yakin dengan Allah. Kebergantungan sepenuhnya kepada Allah.

Isteri mempunyai hak untuk memfailkan perceraian sekiranya sudah tidak lagi mahu meneruskan perkahwinan.

Namun ada isteri yang masih memberikan peluang kepada suami untuk berubah dan memperbaiki serta mempertahankan rumahtangga demi anak-anak yang masih kecil.

Pilihan di tangan pihak-pihak terlibat. Isu dalam rumahtangga kebanyakkan melibatkan attitude atau tingkah laku.

IKLAN

Artikel berkaitan: Rumahtangga Lesu. Peluk Pasangan Minimum 5 Kali Sehari Untuk Kembalikan Kemesraan

Artikel berkaitan: Bila Putus Tunang, Boleh Tuntut Gantirugi Tapi Tak Boleh Tuntut Saman Malu Di Mahkamah Syariah

Isteri mahupun suami akan tertekan apabila meletakkan expectation yang tinggi untuk pasangan mereka berubah mengikut kehendak masing-masing.

Ketahuilah bahawa attitude atau tingkah laku manusia sukar untuk berubah memandangkan ianya telah dicorakkan atau diacuankan sejak kecil lagi yang dipengaruhi oleh faktor sekeliling.

Dua pihak yang berbeza corak didikan atau dibesarkan dalam persekitaran yang berbeza hidup bersama dalam perkahwinan memerlukan proses adjustment atau penyesuaian diri masing-masing.

Cinta sahaja tidak mencukupi untuk mengukuhkan kestabilan dan keharmonian rumahtangga.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI