Kita memang sangat digalakkan untuk membaca Al-Quran dan paling bagus sekiranya memahami maksud dan terjemahan dalam kitab suci ini.
Jadi untuk memastikan pembacaan atau cara mengaji Al-Quran ini lebih menyeronokkan, apa kata anda melakukan coding pada kitab suci ini agar lebih memahami satu-satu maksud ayatnya
Malah jika ada kemusykilan atau persoalan, seseorang itu boleh merujuknya. Bukan itu sahaja, doa juga boleh dirujuk dengan mencarinya melalui coding.
Cara ini memang sangat menyeronokkan dan membuatkan seseotang itu lebih tertarik untuk terus membaca quran dengan penuh minat.
Perkongsian dari wanita ini Aisya Humaira Harun yang membuat coding menggunakan sticker berwarna dan nota bagi memudahkan dirinya untuk merujuk bacaan tertentu.
Coding Terjemahan Al Quran ———————————————-
Sebelum ini sticker berbeza warna saja yang digunakan dan kini saya upgrade sedikit. Sticker berwarna dan ditanda sekali dengan ‘nota’.
Idea untuk coding terjemahan Al Quran sebegini saya peroleh daripada Puan Ayesha melalui perkongsian beliau dalam rancangan Nona di TV 3 beberapa bulan lalu.
IKLAN
Menjadikan aktiviti mengaji jadi menyeronokkan.
Saya ambil sedikit masa untuk ‘transform’ terjemahan ini dan MasyaAllah hasilnya membuatkan saya rasa lebih ‘attach’ dengan ayat ayat cinta ini. Suka tengok warna warni. Ditambah pula lebih mudah untuk dirujuk kembali. Alhamdulillah
Ini cara saya coding. Sticker berwarna beserta ‘nota’ dibahagikan kepada ;
+ Hijau untuk ayat ayat yang memberi peringatan. Peringatan untuk melakukan kebaikan dan larangan melakukan keburukan serta azab pedih untuk hambaNya yang ingkar.
+ Pink untuk ayat ayat yang memberi motivasi, semangat, khabar gembira serta nikmat nikmat yang Allah telah janjikan.
IKLAN
+ Biru untuk ayat ayat pilihan saya iaitu ayat yang saya rasa sangat suka dibaca berulang ulang kalau boleh setiap hari.
+ Kuning untuk ayat ayat yang menunjukkan hukum hakam dalam Islam.
+ Oren untuk doa doa pilihan. Terlalu banyak doa doa yang terdapat di dalam Al Quran dan semestinya untuk kita amalkan dalam kehidupan kita.
+ Kuning gelap untuk ayat ayat yang menceritakan tentang sirah, kisah kisah para Nabi dan Rasul.
IKLAN
… dan senarai ini akan terus bertambah dari semasa ke semasa, InsyaAllah.
Coding dibuat memudahkan pembacaan.
Alhamdulillah
Selain daripada bacaan sendiri, input yang ditanda di dalam terjemahan ini banyak diperoleh dengan hadir ke seminar atau program program ibrah Al Quran.
Sungguh, kembara mendalami Al Quran ini sangat indah. Boleh jadi tak sedar masa yang berlalu apabila kita mula membelek Al Quran beserta dengan terjemahan ini. Bila sudah mula menanda, lagi lah lemas dalam lautan ayat ayat yang sangat istimewa itu.
Kalian cubalah ya, ambil sedikit masa untuknya.
Moga kita semua terus dipilih Allah untuk merasa nikmat dalam menghayati Al Quran. Diberi peluang untuk mentadabbur setiap ayat seterusnya mengamalkanya dalam kehidupan kita, InsyaAllah.
Aisya Harun Masih berusaha untuk bercinta dengan Al Quran
Isu tak letak ‘bin’ dan ‘binti’ pada nama anak. ‘Boleh ke kita gugurkan pada sijil kelahiran?’. Selama ini, boleh dikatakan setiap daripada kita yang beragama Islam meletakkan nama berserta ‘bin’ bagi lelaki, manakala ‘binti’ bagi perempuan.
Namun baru-baru ini tular tentang isu ini dan golongan ini dikatakan lebih selesa untuk tidak meletakkan ‘bin’ dan ‘binti’ bagi memudahkan urusan keti travel di luar negara.
Ikuti perkongsian Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan berkaitan isu ini:
Maksudnya:
“Sesungguhnya kamu semua akan diseru pada hari kiamat kelak dengan nama kamu dan nama bapa-bapa kamu. Maka perelokkanlah nama kamu.”
Riwayat Abu Daud
‘Bin’ & ‘Binti’
Tular di media sosial trend ibu bapa muda pada hari ini yang tidak meletakkan ‘bin’ atau ‘binti’ pada nama anak ketika mendaftarkan kelahiran.
Jika dilihat kepada syarat permohonan kelahiran di Jabatan Pendaftaran Negara pun maka tidak akan ditemui syarat yang mewajibkan untuk meletakkan ‘bin’ atau ‘binti’ dalam nama anak.
Meskipun begitu jika penjaga mahu menggugurkan perkataan ‘bin’ atau ‘binti’ pada nama anak mereka maka mereka perlu mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan Pendaftaran Negara.
Mengikut ‘Uruf (Adat Setempat)
Dari aspek ‘uruf (adat setempat) pula memang semenjak dahulu di Malaysia setiap nama bagi individu muslim akan diletakkan ‘bin’ atau ‘binti’.
Perkara ini berpandukan kepada tradisi perletakan nama dan nasab para Rasul AS, Sahabat RA, Tabiin, Tabi Tabiin dan seluruh ulama Islam. Sebagai contoh, nama Rasulullah SAW iaitu Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib.
Oleh itu, tidak benar tanggapan sebahagian masyarakat yang mengatakan bahawa bangsa Arab sendiri pun tiada pemakaian ‘bin’ atau ‘binti’.
Boleh Ke Kita Gugurkan
Sedangkan pemakaian tersebut digunakan sehingga ke hari ini kerana bangsa Arab merupakan bangsa yang amat mementingkan asal usul keturunan mereka.
Amalan dalam masyarakat Islam di Malaysia meletakkan ‘bin’ atau ‘binti’ pada nama anak semenjak dari zaman dahulu adalah selari dengan amalan bangsa Arab ini.
Ia dikira sebahagian daripada ʻuruf (adat setempat) yang diiktiraf pada syarak sebagaimana kaedah yang menyebut:
العادة محكمة
Maksudnya:
“Adat setempat yang dijadikan sebagai hukum.”
Kepentingan Nasab dalam Islam
Dalam konteks Islam, nasab dan keturunan merupakan perkara penting yang perlu dipelihara dengan baik demi menjaga sistem sosial dalam masyarakat.
Jika tidak ia boleh menyebabkan kerosakan terhadap institusi kekeluargaan seperti mengelirukan susur galur keturunan, menimbulkan fitnah dan masalah terhadap pembahagian harta pusaka.
Meskipun tanpa perletakkan ‘bin’ atau ‘binti’ tidak merosakkan institusi kekeluargaan dan tidak menjejaskan nasab seseorang, namun akibat normalisasi amalan ini akan mengakibatkan penyalahgunaan sebahagian individu yang tidak bertanggungjawab.
Sebagai contoh tanpa ‘bin’ atau ‘binti’ seseorang mampu membuat helah untuk menyembunyikan status anak angkatnya. Sedangkan sebagai seorang muslim wajib menisbahkan anak angkat itu kepada bapa kandungnya.
Selain itu, nasab merupakan tonggak utama dalam pembentukan sesebuah keluarga. Hal ini kerana setiap ahli keluarga mempunyai pertalian darah yang berhubung antara satu sama lain.
Nikmat keturunan merupakan satu anugerah yang diberikan oleh Allah SWT kepada setiap insan. Justeru, memelihara nasab adalah salah satu daripada maqasid syariah yang lima.
Maksudnya:
“Dan Dia lah Tuhan yang menciptakan manusia dari air, lalu dijadikannya (mempunyai) titisan baka dan penalian keluarga (persemendaan); dan sememangnya tuhanmu berkuasa (menciptakan apa jua yang dikehendakiNya).”
Surah al-Furqan (54)
Pada Sijil Kelahiran?
Perkataan ‘bin’ dan ‘binti’ ini juga mengambil contoh daripada beberapa sunnah Nabi SAW yang memanggil nama ahli keluarganya serta para sahabatnya dengan nama yang ada ‘bin’ dan ‘binti’. Contohnya, Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa:
“Rasulullah SAW berdiri ketika Allah SWT menurunkan ayat: وَأَنْذِرْ عَشِيرَتَكَ الأَقْرَبِينَ (Maksudnya: Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat)[Surah al-Syuʻara’: 214], Baginda SAW bersabda: “Wahai kaum Quraisy belilah diri-diri kamu, aku tidak dapat menghindarkan kamu sedikit pun daripada azab Allah SWT. Wahai Bani ‘Abd Manaf, aku tidak dapat menghindarkan kamu sedikit pun daripada azab Allah SWT. Wahai Abbas bin ‘Abd al-Muttalib, aku tidak dapat menghindarkan engkau sedikit pun daripada azab Allah SWT. Wahai Safiyyah, ibu saudara Rasulullah SAW, aku tidak dapat menghindarkan engkau sedikit pun daripada azab Allah SWT. Wahai Fatimah binti Muhammad, mintalah kepadaku apa yang engkau mahu daripada hartaku dan aku juga tidak dapat menghindarkan engkau sedikit pun daripada azab Allah SWT.”
Riwayat al-Bukhari
Islam begitu menjaga nasab dan keturunan kerana ia merupakan salah satu daripada maqasid syariah yang lima.
Ikut Hukum Tak Salah
Dalam konteks Malaysia, tidak mahu meletakkan ‘bin’ dan ‘binti’ pada nama anak ketika mendaftar di Jabatan Pendafataran Negeri adalah sah di sisi undang-undang dan tidak wajib di sisi hukum taklif. Namun, dalam pandangan syarak meletakkan ‘bin’ dan ‘binti’ pada nama merupakan suatu perkara yang penting.
Hal ini kerana, bagi menjaga institusi kekeluargaan masyarakat Islam daripada sebarang kerosakan seperti mengelirukan susur galur keturunan, menimbulkan fitnah dan menimbulkan konflik dalam isu pembahagian harta pusaka.
Selain itu, telah menjadi kebiasaan amalan masyarakat Islam di Malaysia yang meletakkan ‘bin’ dan ‘binti’ pada nama anak dalam sijil daftar kelahiran.
Kashoorga: Tak salah pun nak letak ‘bin’ atau ‘binti’ kerana bukan sehari, dua orang-orang kita pergi travel. Selama ini tiada masalah berat pun yang timbul.
Tiada siapa pernah terlepas melakukan dosa dan mencipta aib. Baik mendedahkan aib orang atau aib diri sendiri, kita disuruh menyimpannya kemas-kemas dari bercerita kepada orang lain.
Dalam sebuah hadis riwayat Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:-
Maksudnya: Tidaklah seseorang hamba menutup aib hamba yang lain, melainkan Allah tutup aib hamba yang pertama tadi di Hari Kiamat. Hadis riwayat Imam Muslim (2590) dalam Sahih-nya.
Kenapa kita disuruh menutup aib diri sendiri dan menyimpannya kemas-kemas? Terdapat beberapa hikmah perbuatan ini dan kerana itulah kita digalakkan untuk tidak membuka aib diri dan aib orang.
Hikmah pertama, kita memang diperintahkan untuk menutup perbuatan maksiat kita lakukan dan tidak perlu menceritakan kejelikan itu.
“Jauhilah dosa yang telah Allah larang. Siapa saja yang telah terlajur melakukan dosa tersebut, maka tutuplah rapat-rapat dengan apa yang telah Allah tutup.”
Hikmah kedua ialah jangan sampai aib itu terbuka dan diketahui orang lain :-
Adakalanya kita tahu dengan dosa yang kita lakukan dan kita mengharapkan tiada orang tahu. Jika Allah sudah menutupnya, kenapa perlu kita ceritakan kepada orang lain? Tak hairanlah orang-orang soleh selalu berdoa ““Ya Allah, sebagaimana engkau menutupi aib-aibku di dunia, maka janganlah Engkau buka aib-aibku di akhirat.”
Hikmah ketiga menyembunyikan aib atau dosa ialah agar tiada orang lain terikut-ikut melakukan maksiat yang telah kita lakukan dan agar maksiat tesebut tidak tersebar luas di muka bumi ini.
Jangan pernah ada rasa bangga kita pelopor kepada maksiat itu dan ia disebar luas oleh orang lain. Tutuplah maksiat yang terlanjur kita lakukan sepantasnya terutama dari ahli keluarga dan orang terdekat.
Ini kerana lebih mudah kita mendapatkan keampunan dari Allan dan tidak tergolong dari orang-orang yang dicela.
Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Setiap umatku dimaafkan (dosanya) kecuali mereka-mereka yang menunjuk-nunjuknya dan sesungguhnya di antara menunjuk-nunjukkan (dosa) adalah seorang hamba yang melakukan suatu perbuatan di waktu malam.
“Sementara Allah telah menutupinya kemudian di waktu pagi dia berkata: “Wahai fulan semalam aku telah melakukan ini dan itu, pada hal pada malam harinya (dosanya) telah ditutupi oleh Rabbnya. Ia pun bermalam dalam keadaan (dosanya) telah ditutupi oleh Rabbnya dan di pagi harinya ia menyingkap apa yang telah ditutupi oleh Allah” – (Bukhori : 5608).
Hikmah lain ialah agar kita termasuk dalam golongan orang-orang yang memiliki sifat malu
Rasa malu inilah yang akan menghalang seseorang melakukan maksiat. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
الْحَيَاءُ لاَ يَأْتِى إِلاَّ بِخَيْرٍ
“Rasa malu tidaklah datang kecuali membawa kebaikan.”
Dan terakhir kenapa kita dilarang mendedahkan dosa dan aib sendiri kerana tidak mahu ia mendapat ejakkan dan celaan dari manusia lain. Ini kerana celaan kata-kata biasanya amat menusuk di hati sedangkan hukuman yang mungkin kita terima hanya terhad pada kesakitan tubuh badan sahaja. Sumber : Rumaysho
Menjadi tanggungjawab kita terutama yang mempunyai siptom wabak virus COVID-19 ini untuk menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari.
Ini adalah bagi memutuskan rantaian jaringan virus yang sangat merbahaya ini. Terutama bagi mereka yang mempunyai kontak rapat dengan mereka yang telah dijangkiti virus ini.
Seperti perkongsian wanita ini Nur Zuhaini Mohd Fisah di laman sosial Facebook yang telah menjalani proses 14 hari kuarantin oleh kerana dirinya mempunyai kontak rapat dengan ijtimak tabligh sebelum ini.
Menurutnya dia secara sukarela menjalani saringan kesihatan di hospital dan secara sukarela kuarantin diri walaupun tidak ada simptom COVID-19 ini.
Dan siapa sangka dengan izin Allah juga selepas 14 hari dirinya masih kekal sihat. Dia turut meletakkan 80 peratus tawakal dan 20 peratus usaha.
Dan menurutnya ini yang dilakukan sepanjang tempoh 14 hari kuarantin ini. Dia menjaga solat lima waktu dan turut menyempurnakan solat sunat.
Bukan itu sahaja, wanita ini turut membaca Yasin setiap malam dan memastikan dirinya sentiasa berada dalam keadaan berwuduk.
Sentiasa berwuduk untuk memastikan diri bersih.
Ayh, ikuti perkongsiannya yang sangat berguna dan boleh dijadikan panduan.
Alhamdulillah…14hri sya menjalani proses kuarantinkn diri disebabkan sya mempunyai kontak rapat dgn jemaah ijtimak tabligh (Sukarela sya ke hosp utk check dan sukarela sya kuarantinkn diri even sya tak ada sintom2 covid19). Semuanya msih dalam keadaan baik dgn izin Allah s.w.t.. Dalam msa 14hri apa yg sya lakukan utk pastikan sya kekal sihat? Letakkan tawakkal 80%, usaha 20%..
Dlm usaha 20% apa yg sya lakukan? Sya berkgsi bukn krna apa.. Tpi sya doakan moga blh mberi manfaat kpda org lain dgn izin Allah s.w.t..Mudah2han kita semua trus dbri kesihatan yg baik..InsyaAllah..
1)Set dalam hati dan minda kita sihat. Jgn beri sedikit pun ruang utk rsa takut msuk dalam diri kita. Jalani kehidupan mcm biasa. Pegang pda hati, Allah s.w.t ada utk melindungi. Elakkan juga stress tentang apa2 sekalipun. Kalau tak stress imunisasi kita akan lebih kuat, banyakkan usaha utk tenangkan diri walau kita mungkin berdepan dgn karenah anak2 sekalipun 2) Jga solat+Solat sunnat 3) Sentiasa berwudhuk- xkisah time bila kita rsa nk berwudhuk. Kalau 10x kita berwudhuk maknanya 10x kita dh sucikan diri kita. 4) Baca yassin setiap mlm, smpi ayat “Salamun Khaulam mirrabbirrahim…” ulang 21x, niatkan dlm hti utk Allah swt lindung dri sgla musibah 5) Selepas solat Baca alfatihah sekali, ayat kursi 3x, surah alfill 3x.(Amalkan juga sebelum tido dan klu ada anak kecil, hembuskan pda anak dri kepala hgga kaki)-Bila2 msa bca lebih baik 6) Bca bismillah 5 xkira msa, bca jgk 11x selepas solat 7) Keluar rumah bila perlu shja, sebelum keluar bca Bismillahitawakkalualallah 3x, baca alfatihah 1x dan ayat kursi 3x.. Niat Allah s.w.t lindung dri segla bhya. 8) Bila keluar beli brg disupermarket elak belek2 brg, sya hny tuju tmpt brg yg sya nak ambil, ambil brg, byar dan trus balik-Kalau terpksa sangat2 ja baru saya keluar. Ini bukan masa utk kita berseronok. 9) Balik kena trus mandi. Jgn pegang anak2, jgn pegang sesiapa. Bersihkan diri dahulu. Pakaian dri baju stokin semuanya, sya akan basuh. Sya bsuh jgk semua brg yg sya beli. Plastik bag xsmpn. Trus buang. 10) Gunakan hand sanitizer bila diluar rumah 11) Jaga jarak ketika diluar walaupun kita memakai mask 12) Cuci tgan sekerap mgkin, jga kebersihan diri 13) Minum air garam sebelum tido. Baca istighfar 3x, selawat 3x, niatkan dlm hti diberi kesihatan yg baik(Sya guna garam yg warna perang, beli seketul, blik pecahkan jdik bjik kecik2, mbek 3bji msukn dlm air bersih sepruh gelas dan minum)-Garam biasa pun boleh. 14) Bacalah berulang kali DOA ini, “Allahumma Jurni Fimusibati Waakhlifli Khoirun Minha”… Moga Allah s.w.t mnggantikan segala musibah ini dgn sesuatu yg lebih baik.
Gambar sekadar hiasan.
Apa pun, apa shja yg kita buat niatkan kerna Allah s.w.t.. Niatkan nak sihat utk kekal beribadat kpda Allah s.w.t… Nak sihat utk jaga anak2.. nak sihat utk mudah keluar cri rezeki yg halal. Mudah2han dgn izin Allah s.w.t kita selmt semuanya.InsyaAllah.aamiin.. #Sya hnya berkgsi.. Hak Allah s.w.t utk mberi kita sakit dan hak Allah s.w.t jgk nk bgi kita sihat. Apa pun, berbalik pda Allah s.w.t adalah sebaik2 jln yg kita ada..