Viral minggu ini gara-gara hantaran di laman sosial twitter daripada Menteri Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyatakan Salah menunjukkan amalan baik dengan membaca Al-Quran dalam kapal terbang.
Yang lucunya ramai salah anggap kerana memperrtikaikan adalah Salah membaca Al-Quran ketika dalam penerbangan.
Sebaik muat naik berkenaan, ramai netizen keliru dan mempertikaikan kenyataan Menteri Agama mengapa membaca kitab suci dalam kapal terbang itu salah sedangkan dituntut oleh agama.
Ads
Namun rupa-rupanya kenyataan itu akhirnya terjawab, apabila lelaki yang dipaparkan membaca Al-Quran itu adalah merupakan bintang Liverpool kelahiran Mesir bernama Mohamed Salah Hamed Mahrous Ghaly atau lebih sinonim dipangil Salah di kalangan peminatnya seluruh dunia.
Bintang Liverpool ini juga menjadi inspirasi dan ikon kerana antara pemain bola sepak Muslim yang terang-terangan menunjukkan identiti agama Islamnya.
Ads
Dalam situas itu, Salah dikatakan dirakamkan oleh lensa kamera bersama senaskhah Al-Quran tergenggam erat di tangan.
Ads
Dalam foto yang lain juga menunjukkan pemain mahal ini juga sambil mengenakan jersey bersama dengan sweater biru, ia tampak berjalan dengan membawa kitab suci Al-Quran.
Kashoorga: Mencari barangan keperluan untuk pasangan di sini
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Sepanjang mengandung, bakal ibu dinasihatkan membaca surah tertentu bagi memudahkan proses bersalin selain mendoakan anak yang dilahirkan nanti sihat dan membesar jadi anak soleh solehah.
Tapi lain ceritanya pada anak kelima yang baru dilahirkan isteri kepada pelakon drama bersiri. Gerek Khas, Mohd Zamri Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Z Zamri.
Menurutnya di laman Instagram bayi kelima dilahirkan seberat 2.8 kg ini begitu mencuri perhatian apabila kedua-dua telinga bayi berkenaan mempunyai tulisan menyerupai kalimah Allah.
Dalam artikel di Harian Metro, Zamri memberitahu perkara unik ini disedari oleh isterinya Fazilawati sehari selepas permata hati ini dilahirkan.
Katanya, bayi perempuan seberat 2.8 kilogram (kg) dilahirkan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) pada 21 Julai lalu dan diberikan nama Faizatul Azwin Mohd Zamri
“Ketika isteri melahirkan anak perempuan kami, saya tidak berada bersamanya kerana berada di luar Kelantan atas beberapa urusan, namun selepas semuanya selesai saya membuat panggilan video melalui WhatsApp untuk iqamatkan bayi kami yang baru dilahirkan,” katanya ketika dihubungi.
Menurut Zamri pada awalnya dia mahupun isteri tidak menyedari tanda istimewa yang ada ada Faizatul Azwin sehinggalah pada keesokan harinya ketika isteri hendak menyusukannya, dia ternampak tulisan menyerupai kalimah Allah SWT di kedua-dua telinga anak mereka.
“Selepas melihat keistimewaan yang dimiliki anak kami, isteri saya kemudian menghantar gambar melalui WhatsApp untuk saya melihatnya sendiri.
“Saya terkejut, namun bersyukur kerana ia adalah kurniaan Allah SWT buat kami kerana memiliki cahaya mata yang kedua-dua telinganya bertanda kalimah Allah SWT.
“Ini adalah kebesaran-Nya dan saya mahu Faizatul Azwin menerima didikan Islam yang sempurna,” katanya.
Z Zamri yang juga pelakon drama bersiri Gerak Khas, berkata, sepanjang tempoh kelahiran, isterinya sentiasa mengamalkan membaca ayat suci al-Quran bagi memudahkan proses bersalin.
“Setiap kali selepas solat, isteri membaca surah Yusuf dan Maryam, malah sebelum tidur dia juga tidak ketinggalan mengaamalkan surah al- Fatihah dan ayat Kursi. Bukan itu saja, sebagai suami saya juga selalu memperdengarkan selawat,” katanya yang berasal dari Pulau Seratus, Tumpat.
Kala ini seluruh umat Islam di dunia bersimpati ke atas Palestin yang terus menjadi mangsa kekejaman Yahudi Laknatullah. Malah kempen Israel koyak bagaikan “tanda kemenangan” bagi kita yang berada di sini.
Bagaimana pun timbul beberapa persoalan adakah benar penggunaan kata Israel itu merujuk kepada Israel yang memerangi Palestin atau kita terkeliru dengan agenda Yahudi?
Dalam satu perkongsian video Tik Tok dari Ustaz Ahmad Adnin Roslan @adninroslan, jelasnya, perkataan Israel, berasal dari gelaran yang diberikan kepada Nabi Yaakub (a.s). Perkataan Israel itu merujuk kepada bangsa tapi orang-orang yang kufur dari Bani Israel itulah digelar Yahudi dan dilaknat Allah.
Dari satu perkongsian lain juga, dinyatakan apa perbezaan Israel dan Yahudi?
1) Israel adalah gelaran kepada nabi Ya’kub alaihissalam. Bani israel pula adalah keturunan nabi Ya’kub. Manakala *Yahudi pula ada golongan yang kafir dan tak beriman pada Allah di kalangan bani Israel*.
2) Dalam Alquran, Allah tak laknat bani Israel, tapi yang Allah laknat ialah Yahudi. Allah gelarkan mereka dengan dua gelaran, iaitu “Yahudi”, dan juga “Mereka yang kafir di kalangan bani Israel”.
“Orang-orang YAHUDI berkata: “Tangan Allah terbelenggu”, sebenarnya tangan merekalah yang dibelenggu dan *merekalah yang diLAKNAT* disebabkan apa yang telah mereka katakan itu.” (Al Ma’idah: 64) . Firman Allah yang lain:
“Telah diLAKNATI ORANG-ORANG KAFIR DIKALANGAN BANI ISRAEL dengan lisan Daud dan ‘Isa putera Maryam. Yang demikian itu, disebabkan mereka durhaka dan selalu melampaui batas.” (Al Maidah: 78)
4) Bahkan, Nabi Ibrahim yang merupakan “bapa” kepada bani Israel pun berlepas diri dengan Yahudi ni.
“Ibrahim *bukan seorang Yahudi* dan bukan (pula) seorang Nasrani, akan tetapi dia adalah seorang yang lurus lagi berserah diri (kepada Allah) dan sekali-kali bukanlah dia termasuk golongan orang-orang musyrik.” (Ali Imran: 67)
Jadi selepas ini, berhati-hati dengan gelaran ini. Jangan cakap Israel laknatullah tetapi *Yahudi laknatullah*.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Pelakon dan pengacara, Diana Amir sudah berhijrah sejak dari tahun 2011 lagi. Sebaik melakukan penghijrahan dia memang mengubah penampilan dan sikapnya menjadi 360 darjah.
Diana Amir yang melakukan penghijrahan turut yang mengakui hidupnya kini semakin mendapat ketenangan.
Walaupun begitu sebagai selebriti, Diana tetap mengutamakan penampilan untuk sentiasa kelihatan cantik. Diana Amir tidak lokek berkongsi cantik cara Islam yang diamalkannya.
Menurut Diana dalam agama Islam sendiri memang amat mementingkan kebersihan. Jadi secara tak langsung kita akan menjaga kebersihan diri. Ini kita boleh lihat apabila perlu mengambil wuduk dahulu sebelum bersembahyang lima kali sehari.
Jika kita mengambil wuduk dengan sempurna memang diri akan bersih. Ini kerana daripada situ (mengambil wuduk) kita membersihkan muka dan kaki dan secara tak langsung itu juga sebahagian daripada menjaga kebersihan.
Dia juga turut memastikan sebelum masuk tidur Diana akan membersihkan wajah terlebih dahulu. Tidak akan sesekali terus tidur tanpa membasuh wajah dengan bersihnya.
Selain itu petua lain diamalkan adalah perlunya menjaga stamina dengan melakukan senaman bagi mengekalkan tubuh supaya kekal sihat dan cergas.
Ibu kepada tiga cahayamata ini juga turut berkongsi amalan kerohanian bagi membuatkan wajah seseorang itu kekal berseri dan bercahaya.
Menurut Diana lagi kecantikan itu penting bermula dari dalaman dengan hati dan jiwa yang tenang. Ketenangan itu akan datang pada seseorang bila kita sentiasa mengingati Allah.
Jangan sesekali fikir perkara yang memeningkan kepala kerana ia boleh membuatkan seseorang itu jadi cepat tua.
“Sentiasa mengingati Pencipta kita tidak kira di mana juga berada. Cara mengingati-Nya adalah dengan berzikir. Sebenarnya banyak zikir boleh diamalkan lebih-lebih diri kita ini adalah pendosa. Jadi kita perlu sentiasa memperbaiki iman dan syahadah.
“Zikir paling mudah untuk diamalkan adalah Istighfar dan Lailahaillah. Sentiasa basahkan mulut dengan zikir mulia dan inysa-Allah segala urusan akan dipermudahkan.
“Kita ingat Dia dan Dia akan mengingati kita dan hati akan memperoleh ketenangan yang paling hakiki, lebih-lebih apabila berada dalam kesusahan,” jelas Diana.