Sempena fenomena Istiwa A’dzam yang akan berlaku petang ini, bagi yang mahu menyemak arah kiblat di kediaman atau premis masing bolehlah berbuat demikian.
Istiwa A’dzam berlaku pada hari ini 15 Julai 2024, Isnin bersamaan 9 Muharram 1446H jam 5:27 PM (waktu Malaysia).
Istiwa A’dzam ialah kedudukan Matahari tepat berada di atas Kaabah. Fenomena ini berlaku dua kali dalam setahun. Oleh itu, seluruh umat islam di Malaysia berpeluang untuk menyemak ketepatan arah kiblat di premis atau kediaman masing-masing.
Panduan semak arah kiblat
“Kita boleh menyemak arah kiblat dengan menggunakan objek-objek tegak dan lurus sebagai alat pengukur bayang-bayang objek.
Ads
“Pastikan cuaca dalam keadaan baik (tidak mendung/hujan) supaya bayang-bayang objek jelas kelihatan dan mudah untuk ditanda.
“Kaedah semakan boleh merujuk kepada infografik yang disediakan dan pastikan waktu yang dirujuk diselaraskan dengan waktu sirim (mst.sirim.my),”demikian penerangan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dalam Facebook mereka.
Ads
Ads
Selesai membuat penandaan arah kiblat, maka bolehlah menyemak semula arah kiblat yang sedia ada atau membuat semakan arah kiblat di aplikasi telefon pintar masing-masing. (tertakluk kepada keadaan fungsi sistem GPS di telefon dan gangguan magnet di sekitarnya).
Dalam satu hadis, Muaz bin Jabal bersama-sama Nabi SAW dalam satu perjalanan.
Pada satu pagi, beliau berada dekat dengan Baginda dan bertanya: “Wahai Rasulullah, khabarkanlah kepadaku amalan yang akan memasukkanku ke dalam syurga dan menjauhkanku dari neraka?”
Baginda menjawab: “Demi sesungguhnya kamu bertanyakan kepadaku sesuatu yang agung padahal sungguh ia adalah perkara mudah bagi orang yang Allah jadikan mudah baginya iaitu: Kamu menyembah Allah dan tidak menyekutukannya dengan sesuatu apa pun, kamu mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa pada bulan Ramadan dan berhaji ke Baitullah.”
Jika mahu kita kena bijak dan pintar – dengan izinNya – dalam mengatur kehidupan siang dan malam. Ahli syurga sangat bijaksana di dalam mengatur amal ibadatnya. Jika sibuk di waktu siang, perbanyakkanlah amalan di waktu malam.
Jika tidak biasa maka bermulalah ketika masih ada tenaga dan sisa waktu. Allah .. Ya Allah … rasailah nikmatnya yang tidak terperi. Namun bangun malam sering terdapat halangan. Hadis sahih Muslim (Jilid 2) ada mencatatkan,
Abu Hurairah r.a. berkata yang Nabi SAW bersabda: “Syaitan membuhul ujung rambutmu tiga buhul. Apabila kamu tidur dengan ketiga buhul itu maka kamu akan tertidur sepanjang malam.”
Jika kamu terbangun lalu kamu menyebut nama Allah, maka terurailah satu buhul. Bila dia berwuduk, terurailah buhul kedua, dan bila dia solat terurailah semua ikatan lalu dia merasa segar dan bersemangat.
Iblis dan syaitan ada mengganggu. Namun mereka tidak pernah berkuasa. Berapa ramai yang tidak mahu begitu walaupun ketika berumrah dan berziarah? Kita lebih suka memilih untuk diikat olehnya.
‘Anak suka merajuk, baca doa Nabi Daud.’ Ibu ini kongsi 8 doa berkesan untuk anak kecil yang kadang-kadang sukar diramal perangai mereka.
Setiap ibu inginkan yang terbaik untuk anak-anak, tidak kiralah dari segi kesihatan, mental dan emosi anak. Seorang ibu sanggup lakukan apa saja.
Jika ada ubat atau petua pasti seorang ibu akan lakukan demi anak tercinta. Begitu juga dalam mengamalkan doa-doa yang baik untuk anak-anak. Seperti mana yang dikongsikan Puan Nur Zaind ini, semoga bermanfaat!
Posting ini bukan bertujuan untuk membandingkan.
Tapi bila jadi ibu ini, kita nampak setiap anak berbeza. Nur dari anak-anak lahir, masa menyusu, masa sebelum tidurkan memang Nur baca Al Fatihah, 3 Qul, Al Qadr, Al Inshirah, doa penerang hati anak soleh, Surah Toha 1 hingga 5 dan zikir Ya Latif.
Oh ya, tidak ketinggalan Nur akan baca juga masa basuh beras sebelum menanak nasi.
Tapi siapa yang follow Nur di sini, Haasya ini lain sangat kan? Merajuk sehari itu tak terkira.. Memang betul, anak nombor dua ini sensitif.
Asyik hendak dibelai serta dimanja. Malah untuk handle dia kena lemah lembut gemalai. Tapi kalau sehari asyik saja nak moody tiba-tiba, sikit-sikit bad mood atau sikit-sikit tarik muka.
Kadang jadi geram juga. Baru-baru ini cakap dengan mak, mak kata sarankan atau minta saya bacakan Do’a Nabi Daud ketika dia ingin lembutkan besi itu pula…
Terus malam tu Nur buat, esok tu memang Haasya tak merajuk.. Terkejut! Video call beritahu mak. Ini sudah masuk beberapa malam Nur buat..
Alhamdullilah nampak perubahan Haasya, nak merajuk pun sikit-sikit saja.. Tak lebih-lebih tarik muka masam dia tu.. Alhamdullilah semua ini Allah punya rahmat.
.
Jadi sekarang senarai rutin doa sudah bertambah.
Malam-malam depa (mereka) kalut pilih tangan Nur yang mana satu nak letak di dada depa masing-masing. #ShareIfCare
Kashoorga: Curi masa dan bacakan doa-doa ringkas ini untuk anak-anak iya!
Selesai hari wukuf, jemaah haji akan mula meninggalkan tanah suci dan pulang ke tempat asal dengan doa beroleh haji yang mabrur.
Lebih kurang sebulan fokus melakukan ibadah sebagai tetamu Allah, tibalah masa untuk menjalani rutin hidup seperti biasa.
Agar terus istiqomah dengan ibadan berikut adalah antara amalan yang perlu dilakukan dan diteruskan oleh para jemaah haji selepas pulang dari Tanah Suci berdasarkan nas dan amalan para salaf.
Maksudnya :” Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan amalan ibadat Haji kamu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebut dan mengingati Allah (dengan membesarkanNya) sebagaimana kamu dahulu menyebut-nyebut (memuji-muji) datuk nenek kamu, bahkan dengan sebutan yang lebih lagi.” (Surah al-Baqarah : 200)
Mafhum daripada ayat tersebut, kita perlu mengisi masa-masa kita dengan zikrullah walaupun setelah selesai menunaikan ibadah haji. Kata Sheikh al-Maraghi :
“Jika telah selesai daripada menunaikan haji, maka perbanyakkan berzikir kepada Allah dengan sebanyak-banyaknya…” Rujuk Tafsir al-Maraghi ( 2/105)
Ini amat sesuai dikekalkan kerana semasa menunaikan haji, para Jemaah haji sentiasa berdoa dari semasa ke semasa. Ini berdasarkan firman Allah :
Maksudnya :” Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.” (Surah Ghafir : 60)
Amalan ini telah dilakukan sebaik mungkin ketika berada di tanah suci melaksanakan ibadah haji. Ini melahirkan suasana harmoni dan masjid-masjid pasti dipenuhi dan sentiasa dimakmurkan.
Terdapat banyak sekali kelebihan solat berjemaah. Antaranya :
Daripada Ibnu Umar bahawa Nabi saw bersabda :
صَلاَةُ الْجَمَاعَةِ أَفْضَلُ مِنْ صَلاَةِ الْفَذِّ بِسَبْعٍ وَعِشْرِينَ دَرَجَةً
Maksudnya :” Solat berjemaah lebih baik daripada solat bersendirian (dan ganjarannya) sebanyak 27 kali darjat.” Riwayat Muslim (1509)
Daripada Uthman Bin Affan. Beliau berkata : Aku mendengar Rasulullah saw bersabda:
مَنْ تَوَضَّأَ لِلصَّلاَةِ فَأَسْبَغَ الْوُضُوءَ ثُمَّ مَشَى إِلَى الصَّلاَةِ الْمَكْتُوبَةِ فَصَلاَّهَا مَعَ النَّاسِ أَوْ مَعَ الْجَمَاعَةِ أَوْ فِى الْمَسْجِدِ غَفَرَ اللَّهُ لَهُ ذُنُوبَهُ
Maksudnya :”Sesiapa yang berwuduk untuk solat dan menyempurnakan wuduknya. Kemudian dia berjalan untuk menunaikan solat fardu serta solat Bersama orang lain secara berjemaah atau solat di masjid. Maka Allah akan ampunkan dosanya.”
Riwayat Muslim ( 571)
Maka jangan ditinggalkan amalan ini setelah pulang dari Tanah Suci.
Saban tahun, puluhan ribu jemaah dari Malaysia pergi menunaikan haji. Bayangkan jika mereka boleh menjadi agen perubah kepada masyarakat sekeliling. Apa yang boleh dilakukan oleh Jemaah haji yang pulang ke tempat asal mereka?.
Mereka semua dapat melaksanakan dakwah kepada keluarga masing-masing dan kepada jiran tetangga. Peringatkan mereka tentang suruhan Allah dan jauhkan mereka dari larangan Allah. Jika ini dilakukan, sudah pasti nanti ramai yang akan taat dan patuh kepada seruan Ilahi.
Jika Jemaah haji yang pulang komited untuk sentiasa memakmurkan masjid , alangkah indahnya. Bukan itu sahaja, bahkan lebih indah jika mereka mampu untuk mengajak orang lain untuk turut sama memakmurkan rumah Allah.
Jika seorang haji boleh mengajak 5 orang untuk memenuhi masjid, sudah pasti setiap qaryah atau taman perumahan akan sentiasa dihiasi dengan orang yang sentiasa melazimi rumah Allah sepertimana suasana di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.
Kalau setiap orang dari kalangan Jemaah haji yang pulang ke tanah air menginfaqkan 100 ringgit sebulan atau mewaqafkan sedikit dari hartanya ke komuniti muslim, maka sudah pasti nilainya akan mencapai jutaan ringit sebulan. Ini boleh menjadi satu sumber bagi menjana aktiviti keagamaan dan ekonomi umat islam.
Konsep baiti jannati (rumahku syurgaku) jika dipasak pada setiap Jemaah haji yang pulang dari tanah suci sudah pasti kita akan melahirkan hampir 30 ribu keluarga muslim yang bahagia dan patuh kepada perintah Allah.
Jemaah haji yang pulang, jika mereka betul-betul mengambil manfaat dan semangat rehlah haji, sudah pasti matlamat لِّيَشْهَدُوا۟ مَنَـٰفِعَ لَهُمْ yang disebutkan oleh Allah akan tersebar ke negeri masing-masing.
Ibadah haji yang dilakukan seharusnya menjadi mengubah keperibadian sehingga boleh mencapai redha Allah serta mampu menjadi qudwah dan suri teladan yang baik kepada anak bangsanya.