Surah al-Waqiah terdiri daripada 97 ayat. Kandungan surah al-Waqiah ialah mengenai hari kiamat selaras dengan maksud perkataan al-Waqiah itu sendiri yang bermaksud hari kiamat.

BEBERAPA KEISTIMEWAAN SURAH AL-WAQIAH

Dalam kitab Mausu’ah Fadha’il Suar wa Ayatil Quran diterangkan beberapa keistimewaan al-Quran. Di antaranya:

1.Surah al-Waqiah adalah surah yang menarik perhatian Rasulullah

Diriwayatkan daripada Abu Ahwas, bahawa Abu Bakar as-Shiddiq pernah bertanya kepada Rasulullah, “Surah apa yang membuat engkau menjadi tua?” Rasulullah menjawab, “Surat Hud, al-Waqiah, al-Mursalat dan amma yatasa’alun (an-Naba’) serta idza as-syamsu kuwwirot (at-Takwir)”

Pertanyaan “membuat engkau menjadi tua” jika dilihat secara luaran seolah-olah mengandungi maksud negatif. Namun tentu bukan itu yang dimaksudkan oleh Abu Bakar as-Shiddiq.

DALAM KITAB FAIDH AL-QADIR, AL-MUNAWY MENJELASKAN BAHAWA MAKSUD MENJADI TUA ADALAH KIASAN RASULULLAH YANG MENUNJUKKAN PERHATIAN BESAR BELIAU TERHADAP SURAT AL-WAQIAH YANG MEMANG MEMBICARAKAN MENGENAI KEADAAN YANG SANGAT PENTING IAITU KEADAAN MANUSIA PADA HARI AKHIR NANTI.

IKLAN

Ini menunjukkan betapa rasulullah mendekati masa kiamat tersebut. Berdasarkan hal ini, maka menjadi sebahagian daripada sunah nabi untuk menghayati kandungan surah al-Waqiah, sebagaimana Rasulullah s.a.w.

2. Surah al-Waqiah adalah surah yang sering dibaca rasulullah pada waktu solat malam

Dalam sebuah riwayat dari Ibnu Mas’ud bahawa rasulullah sering menggabungkan dua surah dalam satu rakaat solat. Penggabungan dua surah ini disebut surah an-Nazhair. Di antara surah tersebut adalah surah al-Waqiah. Lebih terperinci lagi, Iqlimah meriwayatkan bahawa rasulullah biasanya membaca surat al-Waqiah dan nun (al-Qalam) dalam satu rakaat.

Sentiasa Amal Surah Al-Waqiah, Untuk Elak Diri Jadi Fakir

IKLAN

3. Membaca surat al-Waqiah akan menghindarkan seseorang daripada menjadi fakir

Diriwayatkan oleh az-Zaila’iy, dalam kitab Tarikh al-Kasysyaf, daripada Abdullah bin Mas’ud (3/412):

مَنْ قَرَأَ سُورَةَ الْوَاقِعَةِ فِي كُلِّ لَيْلَةٍ لَمْ تُصِبْهُ فَاقَةٌ أَبَدًا فَكَانَ ابْنُ مَسْعُودٍ يَأْمُرُ بَنَاتَهُ بِقِرَاءَتِهَا كُلَّ لَيْلَةٍ

IKLAN

Barang siapa yang membaca surah al-Waqiah pada setiap malam, maka tidak akan tertimpa padanya kemiskinan. Berdasarkan hadis ini, Ibnu mas’ud menyuruh puterinya untuk membaca surat al-Waqiah pada setiap malam.

Hadis ini juga terdapat dalam Bagiyyah al-Bahits ‘an Zawa’id Musnad al-Harits. Secara jelas, hadis ini menerangkan bahawa salah satu keistimewaan yang Allah letakkan pada al-Waqiah adalah sebagai penghalang kemiskinan bagi siapa saja yang rajin membacanya tiap malam.

“Kemiskinan” di sini memiliki pengertian umum. Bukan hanya berkaitan dengan harta secara material tetapi juga secara spritual seperti kemiskinan hati atau akhlak budi.

VIDEO KASHOORGA:

 

Sentiasa Amal Surah Al-Waqiah, Untuk Elak Diri Jadi Fakir

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI