Kita perlu menitikberatkan beberapa kriteria apabila memilih jodoh. Antara ciri paling utama ialah tahap agama dan tanggungjawabnya. Ini kerana dengan adanya iman di dada dan tanggungjawab yang bagus, maka dia akan jadi pasangan terbaik buat anda.
Dalam memilih jodoh, ada kala kita disulitkan apabila mempunyai lebih daripada satu pilihan. Justeru bagaimanakah cara untuk kita memilih calon jodoh yang sesuai dengan diri kita?
TELITI KEBAIKAN IKUT KRITERIA YANG ANDA MAHU
Buka hati anda untuk melihat kebaikan antara calon. Lain orang pasti lain sikap dan perangainya. Pasti ada kebaikan antara mereka yang mencuri hati anda. Namun hati-hati. Jangan tertipu dengan kebaikan yang palsu. Selidiki tahap agamanya, solatnya, puasanya dan amal jariahnya. Bukanlah bermaksud perlu mencari ustaz atau ustazah. Namun carilah pasangan yang ada pegangan agama yang kukuh demi masa depan yang lebih baik.
Ads
DAPATKAN NASIHAT SUPAYA LEBIH JELAS
Dapatkan nasihat daripada individu lebih berpengalaman. Paling dekat ialah daripada ibu bapa. Tiada salahnya jika anda mahu mendapatkan pandangan daripada sahabat baik. Rangkumkan semua pendapat dan buatlah pilihan yang dekat dengan hati anda. Hal ini supaya anda lebih jelas dan boleh membuat pilihan yang lebih tepat.
Ads
Ads
SOLAT HAJAT DAN ISTIKHARAH
Jangan lupa dirikan solat istikharah supaya ALLAH membantu anda dalam proses membuat pilihan. Petunjuk daripada-Nya pasti membantu anda membuat pilihan yang betul. Petunjuk selalunya diberikan melalui mimpi dan gerak hati. Mudah-mudahan anda dapat petunjuk yang mudah dikenal pasti.
Dalam soal memilih jodoh, usah terburu-buru. Jangan terdesak untuk berkahwin semata-mata bila melihat rakan-rakan lain berumah tangga. Berdoalah kepada Allah moga-moga diberikan jodoh yang baik.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Ramai pasangan kekasih muda-mudi pada hari ini menggunakan perkataan ‘till jannah’ untuk merujuk kepada pengharapan perhubungan mereka. Apabila bergambar berdua dan kemudian memuat naik ke laman sosial, ramai yang mendoakan supaya hubungan mereka kekal hingga ke syurga.
Memang betul kita perlu mendoakan yang baik-baik untuk orang lain. Semoga dengan doa kita itu nanti dapat mendorong perhubungan pasangan itu ke peringkat seterusnya. Pun begitu, untuk mendapat hubungan ‘till jannah’ ini perlulah diambil kira beberapa perkara.
1)FAHAMI TANGGUNGJAWAB
Sebelum menjadi suami isteri, fahami tanggungjawab anda. Ambil tahu apa tanggungjawab suami. Ambil tahu juga tanggungjawab isteri. Jika masing-masing faham tanggungjawab sendiri maka pasti tidak akan timbul masalah kemudian hari. Barulah boleh menuju ke syurga bersama pasangan.
2)KUATKAN IMAN
Anda perlu kuatkan iman. Dugaan dalam rumahtangga bukanlah semudah yang disangka. Apabila sudah berkahwin pasti ada hasutan syaitan. Melihat orang lain lebih segalanya daripada pasangan sendiri. Anda perlu memupuk iman supaya tebal di dada. Insya-ALLAH terhindar daripada cela dan noda.
3)DIDIK PASANGAN
Untuk mendorong ke syurga, didiklah pasangan anda. Ajari dia menutup aurat dengan sempurna. Perbetul bacaan dalam solat. Jadilah pasangan yang baik. Sama-sama belajar untuk jadi Muslim sejati.
4)DOA ZURIAT YANG BAIK
Zuriat ialah pewaris generasi kita pada hari akan datang. Justeru perlu kita didik zuriat menjadi manusia berguna. Zuriat ialah amanah daripada ALLAH. Semoga kita sekeluarga dapat menjadi ahli syurga.
5)AMAL JARIAH
Amal jariah ialah amalan yang banyak membantu kita di akhirat kelak. Perbanyakkan bersedekah. Kuasa sedekah amat kuat kerana itu Islam menggalakkan umatnya membantu antara satu sama lain.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Jodoh adalah topik yang selalu ditanya dan diperkatakan. Dan jika seseorang bertanya tentang jodoh kepada seseorang yang lain maka akan terciptalah berbagai jawapan yang berbeza daripada mereka. Ya! Soal jodoh memang satu yang universal dan sukar untuk diungkapkan.
Di dalam agama Islam, jodoh itu bererti seseorang yang telah tertulis namanya di Luh Mahfuz. Bahkan jauh sebelum kita manusia diciptakan ke dunia di mana dia akan ditakdirkan untuk menjadi pendamping hidup kita di dunia ini. Tidak dapat dinafikan ada orang jodohnya cepat dan ada yang lambat.
Berikut catatan dari Amir Syahir tentang perihal jodoh.
Masa aku belum kahwin, soalan yang selalu aku fikir ialah, “Macam mana nak kenal tu jodoh aku?”.
Rupa-rupanya jodoh tiba dengan cara yang mudah. Kalau betul dia jodoh kau, Tuhan akan gerakkan hati kedua-duanya, bukan salah seorang sahaja.
PERBAIKI DIRI JADI LEBIH BAIK
Jodoh pertemuan itu di tangan Tuhan. Kita hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukan segala-galanya. Setiap orang pasti inginkan jodoh yang terbaik. Dalam pencarian mencari yang terbaik, perbaiki juga diri untuk menjadi seorang yang baik.
Taaruf merupakan salah satu cara untuk mengenali calon pilihan kau. Dalam peringkat ini, kau akan mula nampak kelemahan masing-masing. Antara calon yang baik ialah apabila dia sudi menerima kekurangan kau. Kau pun mesti lah nak buat perkara yang sama kepada dia.
Carilah keserasian. Dalam Islam tetapkan proses pencarian dengan empat faktor iaitu agama, harta, paras rupa dan keturunan. Agama menjadi faktor yang utama.
Keserasian bermaksud semua persamaan yang ada itu saling mendekatkan, semua perbezaan yang ada itu pula saling melengkapkan. Kau sendiri dapat rasa perasaan tu.
Jika dalam proses taaruf/mengenali dia kau merasakan 10 perkara ini, mungkin dia jodoh kau. Antaranya:
1. Kau rasa telah lama mengenali si dia.
2. Kau rasa rindu ketika berjauhan dengan si dia.
3. Ada ikatan yang kuat. Apa yang dia rasa kau pun rasa sama.
4. Kau rasa selesa di samping si dia.
5. Senang berkongsi cerita dan hal peribadi dengan si dia.
6. Sesibuk mana pun kau, kau akan cipta waktu untuknya.
7. Setiap perbualan dan perbincangan selalu dapat difahami dan masing-masing puas hati dengan keputusan yang dibuat.
8. Selalu jujur, ikhlas dan percaya pada si dia.
9. Tidak mempedulikan masa lalu masing-masing dan menerima apa adanya. Mula merancang untuk masa depan.
10. Kau sentiasa sabar dengan segala kerenah si dia.
Lakukanlah istikharah. Mohon petunjuk Allah. Jika yakin si dia pilihan terbaik, jadikanlah si dia halal untukmu. Jika sebaliknya, tolaklah si dia dengan sebaiknya.
Hebatnya cara dididikan ibu ini. Enam orang anaknya berjaya bergelar hafiz 30 juzuk al-Quran. Nor Latifah Abdul Rahman, 50 dari Telok Kalong, Kemaman berkata selain menjadikan al-Quran amalan harian, pemakanan anak-anaknya juga sentiasa dijaga rapi.
Lamaran bukan paksaan. Ianya satu perkara besar dan perlu difikirkan sedalam-dalamnya. Apabila kau nak terima, terima dengan fikiran semasak-masaknya, juga kalau nak tolak, tolak setelah fikir sehabis baik.
JIKA MENOLAK CINTA BIARLAH DENGAN BERHEMAH
Sekiranya nak menolak cinta dia, ingat lima perkara ini.
1. Berterus Terang
Kau berterus teranglah kalau kau rasa tak serasi dengan dia. Jangan hati kau tak suka tapi kau nak teruskan juga sebab kesiankan dia.
2. Hormati Si Dia
Kalau kau nak tolak dia, tolak baik-baik. Jangan kau nak malukan dia depan orang ramai. Jangan nak maki dia bagai. Respect dia yang selalu caring dekat kau.
3. Jangan Sesekali Gunakan Personaliti Untuk Menolak
Kau dah bercinta dengan si dia 3-4 tahun. Alih-alih tak suka sebab dirinya. Apa yang dia ada. Logik ke? Contohnya;
“Awak ni gemuklah. Saya tak suka orang gemuk.”
“Awak muka gelap la.”
“Awak terlalu baik untuk saya.”
“Keluarga saya tak suka orang Kelantan.”
Jadi, jangan gunakan personaliti atau perihal peribadi untuk menolak si dia.
4. Jangan Gunakan Dia
Kau tak cintakan dan sayangkan dia. Tapi kau gunakan dia. Bila rasa down kau cari dia. Kau nak pergi sana sini suruh dia teman. Dah taknak guna dia kau buang macam plastik sampah. Pedih hati dia kalau tahu kau hanya gunakan dia. Cuba bayangkan orang buat macam tu kat kau. Apa kau rasa?
5. Doakan Kebahagiaan Dia
Doakan agar si dia berjumpa dengan seseorang yang terbaik untuk dirinya. Doakan agar dipermudahkan segala urusan dia.
***
Masa bercinta tu jangan asyik nak relationship goals je. Bercinta sampai 3-4 tahun, 700 kali makan tempat hipster, & kedai kopi mahal, 70 kali pergi travel sana sini tapi bab kumpul duit belanja kahwin langsung tak buat.
Kau jangan acah-acah berkasih sayang, caring bagai, bercinta bagaikan nak rak tapi tak de niat nak kahwin dengan dia sebenarnya. Kesian anak dara orang woi. Kah!
Berkahwin adalah sunah yang disukai nabi SAW dan baginda berbangga dengan umatnya yang ramai di mahsyar kelak. Baru nak hidup berumah tangga usahlah anggap terus senang. Tidak mengapa hidup ala kadar asalkan ada usaha untuk mengubah taraf kehidupan.
Tersebut kisah pada zaman Rasulullah tentang seorang pemuda yang tidak kaya, maharnya dalam bentuk menghafaz Al-Quran.
Ada hadis dari Nabi Muhammad SAW bahawa ada pemuda pada masa itu yang sangat miskin. Sehingga Rasulullah bertanya apa mas kahwin yang akan diberikan, dia menjawab bahawa tiada apa-apa di rumahnya. Nabi Muhammad bersabda, yang dia dibenarkan memberikan mas kahwin dalam bentuk ayat-ayat Al-Quran yang telah dihafal. Tentu sahaja, para sahabat Nabi tidak hanya menghafal tetapi mengamalkannya.
TIDAK ADA KEPERLUAN DALAM ISLAM UNTUK KAYA SEBELUM BERKAHWIN
Dalam cerita lain pada zaman hari ini. Masih ramai orang muda yang menunggu kaya untuk berkahwin. Mereka masih takut berurusan dengan ibu bapa wanita yang ingin dikahwini. Hakikatnya, ibu bapa wanita hari ini juga tidak lepas pandangan atas harta milik seseorang lelaki itu. Walaupun tidak ada keperluan dalam Islam untuk kaya sebelum berkahwin.
Bahkan dalam hadis lain, Rasulullah memberikan penjelasan bahawa jika anda ingin menjadi kaya, berkahwinlah. Ia tidak boleh dilihat dalam kekayaannya tetapi dalam keupayaan lelaki itu untuk menyediakan kepadanya. Walaupun tidak mempunyai pendapatan yang stabil, ini tidak mengapa selagi masih ada punca pendapatan atau cuba menghasilkan wang.
Sumber kredit: Artikel ini diolah dari laman dakwah.blogspot.com
VIDEO KASHOORGA:
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Dalam Islam, hubungan antara seorang anak dan ibu bapanya bukan sekadar ikatan kekeluargaan, tetapi satu amanah besar yang berkait rapat dengan keimanan kepada Allah...