Solat tarawih adalah peluang untuk umat menggandakan ibadah dan ganjaran pada bulan Ramadan. Ramai yang bersemangat untuk melakukan solat ini secara berjemaah di masjid termasuklah kaum wanita.
Dalam mencari fadilat sesuatu amalan, wujud persoalan mengenai tempat solat tarawih yang paling afdal bagi wanita.
Jawapan kepada persoalan ini sudah dijelaskan dalam satu hadis Rasulullah SAW:
صلاةُ المرأةِ في بيتها أفضلُ من صلاتها في حُجْرَتِها، وصلاتُها في مخدَعِها أفضلُ من صلاتها في بيتها
Maksudnya: “Solat seorang wanita di rumahnya adalah lebih afdal daripada solat di halaman rumahnya dan solat di bilik tidur / bilik persendirian adalah lebih baik daripada solat di rumahnya.”Riwayat Abu Daud
Imam al-Nawawi menyatakan bahawa yang dimaksudkan dengan larangan tersebut ialah makruh tanzih kerana keadaan wanita pada zaman itu mengamalkan tabarruj dalam berhias, justeru solat di rumah adalah lebih baik bagi wanita bagi mengelak fitnah.[3]
Ads
Islam tidak menghalang wanita ke masjid
Walaupun rumah ialah tempat terbaik bagi seorang wanita melaksanakan solat, namun Islam tidak menghalang wanita untuk pergi ke masjid. Sebagaimana yang disebutkan dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda:
لا تمنعوا إماءَ الله مساجدَ الله، ولكن لِيَخرُجْنَّ وهنَّ تَفِلاتٌ
Maksudnya: “Janganlah kamu melarang hamba-hamba Allah dari kalangan wanita untuk pergi ke masjid, tetapi mereka boleh keluar dalam keadaan tidak memakai wangi-wangian.”
Riwayat Abu Daud[4]
Ads
Melihat kepada keadaan kini, kita dapati wanita keluar solat di masjid lebih selamat daripada fitnah berbanding keluar ke tempat-tempat awam yang lain seperti pusat membeli-belah atau aktiviti sukan di pusat sukan. Fitnah di tempat-tempat tersebut lebih besar dan perlu lebih berjaga-jaga berbanding fitnah bagi wanita ketika solat jemaah di masjid.
Kelebihan melaksanakan ibadah secara berjemaah di masjid turut boleh dinikmati oleh wanita lebih-lebih lagi untuk mengejar fadilat dan pahala solat tarawih berjemaah dan mendengar bacaan imam yang dapat memberikan motivasi dan semangat untuk melaksanakan ibadah pada setiap malam Ramadan.
Ads
Tapi sebelum ke masjid sebaiknya ….
Namun begitu, wanita yang pergi ke masjid perlu mendapat keizinan suami, tidak memakai wangi-wangian, tidak tabarruj serta sentiasa menjaga adab dan kehormatan sebagai seorang Muslimah agar dapat melindungi diri masing-masing daripada sebarang fitnah.
Dalam kemeriahan kita menyambut Syawal, ada juga ali keluarga yang dalam saat berduka. Ini apabila kisah tragis meyaksikan tiga beradik yang meningal dunia disebabkan lemas di Sungai Terengganu, Kampung Kuala Telemong Hulu Terengganu 5 Syawal lalu menarik perhatian ramai.
Malah ketiga-tiga jenazah juga selamat dikebumikan dalam satu liang laad di Tanah Perkuburan Islam, kampung Alor Limbat, Bukit Payung, Marang.
Tenyata kisah sedih ketika bulan Syawal ini mengundang simpati ramai pihak termasuk pendakwah selebriti, PU Azman.
Malah beliau turut menitipkan doa buat tiga anak muda yang telahpun pergi mengadap Illahi.
Sambil memetik sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari Muslim yang dikongsikan di laman Instagramnya.
A post shared by Cik Man (@puazmanofficial) on May 27, 2020 at 11:37pm PDT
Pilu. Doakan mereka dan keluarganya semoga tabah.
Kejadian tiga beradik mati lemas di Sungai Terengganu Kampung Kuala Telemong.
Mereka ialah Khalif Naim, pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Imtiaz, Kuala Berang dan dilaporkan baru sahaja menghafaz 30 juzuk al-Quran pada 10 Mac lepas. Khairil Firdaus pula ialah pelajar tingkatan lima Sekolah Agama Mahmudiah, Kuala Berang manakala Umar Iskandar adalah pelajar Universiti Malaya.
Semoga arwah ketiga-tiga mereka diampuni dan dirahmati Allah.
Takziah buat ibu dan ayah serta seluruh ahli keluarga.
Maksudnya : “Orang yang mati syahid 5 golongan, iaitu mati kerana taun (wabak), mati kerana penyakit perut, mati lemas, mati dtimpa runtuhan dan mati syahid di jalan Allah".
(Bukhari Muslim).
Dikhabarkan juga tiga adik beradik ini baru sahaja selesai afaz 30 juzuk Al-Quran pada Mac lalu sebelum ketiga-tiganya ditemui lemas di sungai berkenaan.
Terdahulu Sinar Harian melaporkan tiga beradik berusa dalam 16 hingga 21 tahun dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus di muera Sungai Terengganu dekat Kampung Kuala Telemong, Hulu Terengganu.
Kejadian yang dioercayai berlaku pada 6,30 petang apabila ketiga-tiga remata ini Khalif Naim, 16, Khairil Firdaus, 17 dan Umar Iskandar 21 tahun dipercayai mandi di lokasi berkenaan.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
‘Wanita Cina terima anugerah maulidur rasul.’ Kasih tidak bersempadan, besarkan anak angkat ikut ajaran Islam dan dirinya sentiasa memastikan anak angkatnya tidak lupa untuk amalkan ajaran Islam sepenuhnya.
Malah kasih sayang yang dicurahkan wanita berbangsa Cina, Chee Hoi Lan kepada Rohana Abdullah menyentuh hati seluruh rakyat Malaysia.
Kesungguhan Hoi Lan yang merupakan pesara guru tadika menjaga dan memelihara gadis itu sebagai Muslim sejak dari usianya dua bulan menarik perhatian ramai.
Segalanya bermula apabila Rohana ditinggalkan oleh ibunya yang merupakan seorang pembantu warga Indonesia tempat Hoi Lan pernah bekerja.
Baru-baru ini Hoi Lan dipilih menjadi penerima Anugerah Maulidur Rasul menerusi kategori ikon ibu sejati-keluarga malaysia.
Wanita berusia 83 tahun dipilih atas jasanya membesarkan Rohana mengikut ajaran Islam.
Menyayangi Rohana sebagai anak sendiri, Hoi Lan berusaha memberikan pendidikan buat anak angkatnya. Wanita berbangsa Tionghua itu berusaha memastikan Rohana itu tidak tercicir dalam mendapatkan pendidikan sebagai orang Islam dengan mendaftarkan Rohana untuk Kelas Asas Fardu Ain (Kafa).
Membesar tanpa taraf kerakyatan bukan mudah. Rohana dilaporkan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia sebagai calon swasta selepas terpaksa meninggalkan bangku persekolahan ketika di tingkatan empat.
Kisah Rohana mendapat perhatian perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Gadis berkenaan tidak memiliki kerakyatan telah menerima taraf kewarganegaraan pada April 2022.
Diasuh dengan penuh kasih sayang, gadis itu kini bergelar mahasiswa Diploma Sains Komputer Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Kos pembiayaan pengajian Rohana ditanggung sepenuhnya oleh Yayasan Tun Canselor universiti berkenaan.
Ketika menjejakkan kaki ke kampus, Rohana berkata ‘laoshi’ (panggilannya untuk Hoi Lan) berpesan agar beliau sentiasa berkelakuan baik, berakhlak murni dan menjaga solat.
“Laoshi pesan jangan lupa pada keluarga, selalu telefon dia dan belajar rajin-rajin dan jangan sia-siakan peluang yang telah diberikan untuk sambung belajar,” katanya ketika selepas mendaftarkan diri di UTeM baru-baru ini.
Tambahnya, ia adalah kali pertama kali mereka berdua berpisah dalam tempoh yang lama dan akan cuba untuk menyesuaikan diri dalam suasana baharu dikelilingi rakan-rakan pengajian.
“Sebelum ini kami pernah berpisah paling lama seminggu dua sahaja. Ketika itu saya mengikuti aktiviti sekolah.
“Untuk jangka masa lama, dan jarak UTeM pula jauh dari Kuala Lumpur, memang agak berat (berpisah) lagipun Laoshi sudah tua, tak ada sapa yang menjaganya,” katanya.
Rohana berharap dapat mencapai cita-citanya dalam bidang yang digemari sekali gus membalas semula jasa serta pengorbanan ibu angkatnya itu.
Kashoorga : Benarlah kasih sayang dan mengenal bangsa dan agama.
Tidak khusyuk solat! Kerap kali dalam solat kita teringat akan sesuatu, tersasul membaca surah, ada juga terjadi kita tak ingat pun kita sepatutnya di rakaat ke berapa. Ini semua disebabkan kita tidak khusyuk dalam mendirikan solat.
Ada yang kata hanya orang betul-betul alim sahaja boleh sampai tahap khusyuk. Benarkah begitu? Sebenarnya kunci utama khusyuk ada pada diri kita.
Khusyuk dalam solat itu merupakan perkara mustahak untuk memberikan kesan yang baik secara efektif kepada kita yang mendirikan solat. Dalam hal ini, Allah Ta‘ala menggelar mereka yang khusyuk dalam solat sebagai orang mukmin yang berjaya.
Allah Ta‘ala berfirman:
“Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya.”
(Surah al-Mukminun, ayat 1-2)
Maksud perkataan ‘Khusyuk’ ialah hati sentiasa hidup; tahu dan sedar apa yang sedang dilakukan. Manakala khusyuk dalam solat bermaksud menghadirkan hati kepada Allah SWT di dalam solat sama ada dari segi penghayatan bacaan dan perbuatan. Kedua-duanya mestilah dilaksanakan dengan sempurna. Untuk mendapatkan sebahagian ilmu agar khusyuk dalam solat, kita boleh praktikkan tip berikut.
Cara Khusyuk Dalam Solat:
Ketelitian dan penghayatan ini merangkumi surah yang dibaca dalam solat dan ayat-ayat al-Quran seperti takbir, tasbih dan doa. Cuba lah hafal dan fahami makna setiap ayat yang dibaca. Perkara ini amat penting untuk menghadirkan hati dalam solat.
Hati mestilah turut mengetahui segala apa yang kita baca. Membaca dengan baik (Khusnul Qori’ah), berusaha untuk memahami dan mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat al-Quran yang dibacakan, terutama sekali al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut difahami oleh kita.
Serahkan seluruh jiwa raga dengan rasa rendah hati dan rendah diri ketika dalam rukuk dan sujud serta dipanjangkan tempoh masa rukuk dan sujud. Rasulullah SAW bersabda: “Seseorang hamba paling dekat dengan Tuhannya sewaktu ia bersujud.” (Hadis riwayat Muslim)
Mengagumi dan mengagungkan kebesaran Allah SWT dalam seluruh jiwa dan raga. Memperakui kebesaran Allah dan kesucianNya ketika bertakbir dan ketika bertasbih pada seluruh gerak-geri dalam solat. Timbulkan rasa malu (Haya’) terhadap Allah SWT dan merasa takut (Khauf) kepada kekuasaanNya.
Sebaik niat untuk bersolat semasa berwuduk lagi, tinggalkan segala fikiran dan lintasan hati yang berkaitan dengan urusan dunia. Hati perlu menghayati solat sepenuhnya, fokus dan mengosongkannya dari segala urusan yang boleh mengganggu dan tidak berkaitan dengan solat.
Perhatian hendaklah sepenuhnya dalam solat, tertumpu hanya kepada mendirikan dan menunaikannya dengan yang terbaik sekali. Rukun-rukun solat perlu dilakukan secara tertib. Berusaha menumpukan perhatian (Khudunul Kolbih). Kita perlu sedar bahawa Allah SWT sentiasa memperhatikan solat kita.
Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga Mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari.
Mata kita mesti sentiasa melihat tempat sujud sekalipun orang itu buta atau bersolat di dalam gelap kecuali ketika membaca perkataan إلاّالله dalam tahiyyat. Pada ketika itu pandangan orang yang solat itu dialihkan ke jari telunjuknya.
Jika memejamkan mata boleh mendatangkan khusyuk dalam solat seseorang itu, maka dibolehkan dia berbuat begitu dan hukumnya tidak makruh sebagaimana yang dijelaskan oleh Imam an-Nawawi.
‘Thuma’ninah’ (ketenangan), maksudnya anggota seseorang itu tetap diam atau berhenti seketika ketika melakukan sesuatu ‘rukun i‘li’ (perbuatan) di dalam solat seperti rukuk, sujud dan sebagainya, sebelum beralih ke rukun fi‘li seterusnya.
Sekurang-kurangnya tetap diam seketika dalam tempoh pada kadar bacaan zikir: “سبحانالله” (SubhanAllah). Maknanya, setiap pergerakan di dalam solat itu tidak dilakukan dengan tergopoh-gapah, cepat-cepat atau dengan kelam-kabut tetapi dilakukan dengan tenang dan relaks.
Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wasallam ada mengajar kita tentang perkara ini di dalam sabda Baginda:
“Apabila kamu berdiri menunaikan solat maka bertakbirlah. Kemudian bacalah ayat al-Quran yang mudah bagi kamu. Kemudian rukuklah sehingga kamu berthuma’ninah dalam keadaan rukuk. Kemudian bangkitlah sehingga kamu berdiri betul. Kemudian sujudlah sehingga kamu berthuma’ninah dalam keadaan sujud. Kemudian bangkitlah sehingga kamu berthuma’ninah dalam keadaan duduk. Kamu buatlah yang demikian itu dalam semua solat kamu.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Kashoorga: Tidak perlu menunggu untuk menjadi alim baharu kita rasa wajar khusyuk dalam solat. Perkara utama yang perlu kita lakukan ialah hafal dan faham setiap perkataan yang kita lafazkan. Hayatinya dengan hati yang fokus. InsyaAllah kita akan temui keindahan bersolat asbab dari khusyuk dalam solat.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?