anak angkat

‘Bila dapat baby, keluarga angkat jangan putuskan hubungan dengan ibu kandung.’ Tak perlu tamak, paranoid serta bimbang ibu kandungnya akan bayinya semula.

Sesungguhnya, emosi ibu kandung juga perlu dijaga. Sudah pasti hati sang ibu juga tak rela melepaskan anak jika diberi pilihan, jadi sama-samalah menjaga hati.

Kongsi Baitus Solehah berkaitan penyerahan anak angkat ini bukanlah sesuatu yang mudah kerana perlu menjaga hati banyak pihak terutamanya ibu kandung anak ini.

Artikel Berkaitan: Berhajat Ambil Anak Angkat? No.4 Perkara Yang Ramai Tak Ambil Kisah

Bila Dapat Baby

Kenapa saya emosi menyerahkan anak kepada keluarga angkat?

9 tahun yang lalu, ketika tahun awal penubuhan Baitus Solehah, remaja yang mengandung tanpa suami payah diterima oleh keluarga. Keluarga meletakkan syarat, sekiranya mahu pulang ke rumah dan meneruskan persekolahan, anak tak boleh dibawa balik.

Anak tanpa ayah tidak diterima keluarga. Keluarga mohon saya mencarikan keluarga angkat. Pengalaman saya belum ada di dalam menguruskan hal ini. Saya tidak sempat mengenali keluarga angkat. Hanya kredit kepada kenalan yang tinggal berdekatan.

Keluarga Angkat Jangan Putuskan

Waktu anak mahu diserahkan, saya emosi. Setelah beberapa bulan saya menjaga ibu dari awal kandungan hingga selesai berpantang, pasti saya sayang ibu dan bayinya. Tambahan ibu ini remaja, jadi saya dekat dengan ibu.

Saya yang temankan ibu waktu pergi klinik. Malah, saya yang bawa ibu nak melahirkan anak ke bilik saringan. Saya menunggu di luar dewan bersalin. Dan saya yang jemput ibu dan bayi pulang.

Saya yang ajar ibu memandikan bayi. Saya yang jaga ibu berpantang. Jadi saya memahami perasaan ibu yang terpaksa berpisah dengan anak.

IKLAN

Saya yang menangis bersungguh-sungguh. Terlalu sedih melihat perpisahan ini. Sejak dari tarikh itu, saya tidak menggalakkan penyerahan anak angkat. Saya yakinkan setiap ibu dan keluarga agar menerima bayi dan menjaga sendiri. Saya buat kempen sayangi anak yang dilahirkan, bertanggungjawab atas apa yang telah berlaku.

Baca Juga Di Sini:

“Allah Izin Rezeki Anak Dengan Jalan Berbeza”- Abby & Suami Dipuji Berjaya Serah Bayi Nak Dibuang Pada Keluarga Angkat Lewat Dinihari

Saat Paling Sedih Dalam Hidup Mak Ayah. Di Sebalik Air Mata Mengalir, Anak Sudah Menunggu Di Syurga

Hubungan Dengan Ibu Kandung

Ramai keluarga yang lembut hati dan menerima cucu mereka dan memelihara sendiri. Namun di dalam masa yang sama tetap membantu keluarga yang tidak menerima bayi dan diserahkan kepada keluarga angkat.

Beberapa tahun tidak ada penyerahan anak angkat. Namun di dalam masa yang sama, ada keluarga tidak menerima bayi dan membuat penyerahan senyap-senyap tanpa saya ketahui. Ibu yang saya jaga waktu mengandung, memaklumkan kepada saya kesedihan hati mereka apabila terputus hubungan dengan anak kandung.

IKLAN

Ini kerana keluarga yang menguruskan penyerahan anak angkat, cari keluarga angkat tangkap muat. Asal dapat tanpa membuat sebarang syarat. Kekuarga angkat yang dapat terus diam dan tidak berhubung lagi dengan ibu kandung.

Sebab tu baru-baru ini saya buka semula permohonan anak angkat agar saya boleh menilai siapa yang layak. Saya ubah fikiran untuk bantu memilih keluarga angkat yang layak dengan beberapa syarat yang ditetapkan.

Tak Perlu Tamak

Selepas memohon, perlu bersabar. Ibarat kita mengandung, sebaik tahu diri positif hamil, tempoh mengandung ambik masa paling kurang 9 bulan. Jadi sebaik hantar permohonan, bersabarlah untuk menerima anugerah ini. Kumpul duit untuk terima orang baru. Cepat atau lambat, itu urusan Allah. Anak kan rezeki, maka terus berdoa agar Allah kurniakan rezeki tu.

Saya pun bukan mudah nak serahkan anak begitu saja. Emosi saya perlu kuat saat perpisahan terjadi. Anak diserahkan pada hari ibu cukup tempoh 6 bulan di Baitus Solehah. Hari anak diambil, hari itulah ibu daftar keluar Baitus Solehah.

Ketika penyerahan anak, keluarga angkat akan bertemu dengan keluarga kandung. Berkenalan, bergambar dan saling mengenali antara satu sama lain. Bertukar nombor telefon dan tahu tempat kerja.

Keluarga angkat jangan ada niat mahu memutuskan hubungan dengan berpindah rumah, tempat kerja dan menukar nombor telefon senyap-senyap semata mata tidak mahu keluarga kandung tahu.

IKLAN

Paranoid

Keluarga kandung pun tahu syarat syarat penyerahan anak, mereka tidak boleh menuntut kembali hak penjagaan anak itu. Cuma mereka mahu tahu perkembangan anak setiap bulan.

Jadi tidak salah dan menyusahkan pun keluarga angkat hantar sedikit maklumat dan gambar anak angkat mereka membesar setiap bulan.

Zaman teknologi dan canggih, WhatsApp kan ada. Hantar saja melalui situ. Jangan keluarga angkat lokek dan tamak. Takut dan paranoid anak tu kembali kepada keluarga kandung.

Satu lagi, keluarga angkat takut keluarga kandung buat ancaman dari segi kewangan. Keluarga angkat perlu sedar, keluarga kandung tidak serah anak itu jika fikir anak tu boleh dijadikan sumber kewangan mereka.

Mereka serah anak dengan ikhlas agar keluarga angkat dapat menjaga anak dengan baik. Maka apa salahnya saling berhubung dan berkongsi kasih sayang.

Jadi keluarga angkat tidak usah paranoid kehilangan kasih sayang anak. Keluarga kandung tidak akan tuntut jika penyerahan dilakukan secara harmoni dan telus tanpa agenda tersembunyi.

Opah Cucu Seribu,
Mak Liza

Kashoorga : Bagi suami, isteri yang membuat permohonan untuk mendapatkan anak angkat bersabarlah. Bila tiba masanya, pasti Allah permudahkan segalanya.

Sumber : Baitus Solehah

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI