Suami Beri Senaskhah Al-Quran Sebagai Hadiah Mas Kahwin Pada Emma Maembong Di Majlis Pernikahan. So Sweet!

Share

Manisnya tarikh hari ini 20.02.2020 dan menjadi ramai antara kita memasang impian mengabadikan sesuatu yang manis untuk dikenang.

Salah seorang adalah pelakon Emma Maembong yang mengambil kesempatan mengambil tarikh cantik ini untuk bergelar isteri kepada pilihan hatinya.

Pagi tadi Emma Maebong sah diakadnikahkan bersama pasangannya, Muhammad Shazli Azhar dengan berwalikan ayahnya sendiri.

Hanya sekali lafaz sahaja pelakon cantik manis ini sah menjadi isteri kepada seorang juruterbang.

Dalam majlis berkenaan, Emma juga turut menerima wang mas kahwin sebanyak RM2 ribu bersama senaskhah Al-Quran daripada suami tersayang.

Biarpun bergelar selebriti namun Emma mengambil langkah mengadakan majlis secara sederhana dan tertutup di Bukit Damansara dengan hanya dihadiri keluarga kedua belah pihak.

Ketika menceritakan detik perkenalan mereka, Emma memberitahu mereka saling mengenali sejak beberapa tahun lalu ketika hadir di majlis Uqasha Senrose.

Namun hubungan sekadar bertanya khabar dan menyepi sebelum masing-masing serius selepas berhubungan semula di laman Instagram.

Menerusi artikel Berita Harian, Emma mengaku sikap, kesungguhan dan keberanian Muhammad Shazli antara yang memikat hatinya.

“Dia tak mahu membuang masa dalam hubungan ini. Saya juga mahu perkara sama. Semuanya bagai tersusun cantik. Dia lelaki yang mementingkan keluarga, agama dan matang.

“Selepas dua bulan mengenali diri masing-masing, kami sepakat menghalalkan hubungan ini. Pada 11 Oktober lalu, keluarganya datang merisik di rumah,” katanya.

Ramai memuji penampilan Emma yang sangat manis menggayakan kurung moden dengan selendang menghiasi kepalanya.

Terserlah seri pengantin di wajah comelnya. Sebaik mengetahui majlis pernikahannya, rata-rata warganet mengucapkan tahniah dan mendoakan pasangan ini kekal bahagia hingga ke jannah.

ssufizain Alhamdulillah.. semoga diberkati Allah..
IKLAN