Sesungguhnya Allah itu Maha Besar Dan Maha Bijaksana. Jika Dia berkehendak begitu, maka akan jadilah apa yang dihajati.
Baru-baru ini viral sebuah naskhah Al-Quran yang ditemui masih dalam keadaan baik, walaupun bas ekspress yang membawa 12 penumpang musnah dalam kebakaran di Hentian Rehat & Rawat (R&R) Sungai Perak.
Dalam laporan Sinat Harian Online, dalam kejadian sekitar jam 1.50 petang itu kelihatan kandungan al-Quran itu masih berkeadaan baik tanpa satu ayat pun terkena api kecuali bahagian kulit muka dan belakang sahaja terdapat kesan terbakar.
Gambar dari ihsan pembaca Sinar Harian.
Pemandunya, Nuzul Hakimi Anuar, 31, berkata, menjadi rutin dia bersama rakan setugas Mohd Tarmizi Mohd Faad, 30, membaca al-Quran di waktu lapang ketika berhenti solat.
Ads
“Kalam itu disimpan elok pada papan pemuka bersama surah Yasin. Sepanjang bertugas, naskhah ini akan dibawa bersama ketika berhenti solat.
“Selepas operasi pemadaman oleh anggota bomba selesai, saya terkejut apabila naskhah ini tidak terjejas sedangkan papan muka bas ini sudah cair,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini.
Menurutnya, dia bersyukur apabila penumpang dan rakannya berjaya menyelamatkan diri tanpa melibatkan sebarang kecederaan.
Ads
“Kejadian itu disedari apabila saya turun bas dan ternampak asap di bahagian belakang. Kami menggunakan lima tong pemadam api namun tidak berjaya.
“Dengan bantuan rakan-rakan pemandu lori dan bas sedia ada, mereka juga dapat selamatkan beg-beg penumpang daripada hangus,” katanya.
Ads
Sumber Foto: Sinar Harian Online.
Nuzul Hakimi berkata, kesemua penumpang telah meneruskan perjalanan ke Kuala Nerang dan Pendang, Kedah.
Dalam kejadian itu, dua pemandu dan 12 penumpang terselamat apabila kebakaran dipercayai bermula di bahagian enjin telah memusnahkan 80 peratus bas dua tingkat itu.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Walaupun pada bulan Ramadan, isteri tidak memasak untuk sarapan dan makan tengah hari, namun tugas isteri yang bergelar suri rumah tidak pernah surut.
Justeru memang sepatutnyalah suami menghargai pengorbanan isteri. Ucapkanlah terima kasih kepada isteri ya.
Setiap hari tugas isteri bermula dengan memasak hidangan sahur. Kemudian menyempurnakan anak dan menyiapkan kerja rumah yang lain misalnya mengemas dan membasuh pakaian. Jika isteri bekerja, dia mulai keluar rumah dan menyiapkan kerja di pejabat.
Isteri selalunya akan mulai memasak juadah berbuka selepas Asar. Bagi isteri yang bekerja pula, dia mulai merencanakan apa yang hendak dihidangkan sebagai juadah berbuka.
Jika tidak larat ataupun tidak berkesempatan untuk memasak kerana tersangkut dalam kesesakan jalan raya, maka isteri akan singgah ke bazar Ramadan. Asalkan ada sesuatu untuk dimakan pada waktu berbuka puasa.
Isteri juga selalunya lebih peka dengan jadual anak. Ambil anak di taska atau rumah pengasuh.
Justeru tugas isteri pada bulan Ramadan bukannya semakin berkurangan, malah semakin bertambah. Belum termasuk lagi memikirkan baju raya untuk satu keluarga.
Justeru tidak salah jika suami menghargai dan memberikan sesuatu yang istimewa untuk isteri sebagai tanda penghargaan.
3 CARA MUDAH HARGAI ISTERI PADA BULAN RAMADAN
1) Belikan juadah berbuka puasa yang isteri suka. Misalnya isteri suka kek keju. Carikanlah kek keju yang sedap dan bawa pulang untuk dimakan ketika berbuka puasa. Senang sahaja kan?
2) Ajak isteri beli baju baru atau tudung baru. Ajak tanpa perlu isteri yang mulakan. Pasti ajakan anda itu disambut dengan senyuman.
3) Berikan duit raya sebagai nafkah tambahan untuk isteri.
VIDEO KASHOORGA:
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Kita memang sangat digalakkan untuk membaca Al-Quran dan paling bagus sekiranya memahami maksud dan terjemahan dalam kitab suci ini.
Jadi untuk memastikan pembacaan atau cara mengaji Al-Quran ini lebih menyeronokkan, apa kata anda melakukan coding pada kitab suci ini agar lebih memahami satu-satu maksud ayatnya
Malah jika ada kemusykilan atau persoalan, seseorang itu boleh merujuknya. Bukan itu sahaja, doa juga boleh dirujuk dengan mencarinya melalui coding.
Cara ini memang sangat menyeronokkan dan membuatkan seseotang itu lebih tertarik untuk terus membaca quran dengan penuh minat.
Perkongsian dari wanita ini Aisya Humaira Harun yang membuat coding menggunakan sticker berwarna dan nota bagi memudahkan dirinya untuk merujuk bacaan tertentu.
Coding Terjemahan Al Quran ———————————————-
Sebelum ini sticker berbeza warna saja yang digunakan dan kini saya upgrade sedikit. Sticker berwarna dan ditanda sekali dengan ‘nota’.
Idea untuk coding terjemahan Al Quran sebegini saya peroleh daripada Puan Ayesha melalui perkongsian beliau dalam rancangan Nona di TV 3 beberapa bulan lalu.
Saya ambil sedikit masa untuk ‘transform’ terjemahan ini dan MasyaAllah hasilnya membuatkan saya rasa lebih ‘attach’ dengan ayat ayat cinta ini. Suka tengok warna warni. Ditambah pula lebih mudah untuk dirujuk kembali. Alhamdulillah
Ini cara saya coding. Sticker berwarna beserta ‘nota’ dibahagikan kepada ;
+ Hijau untuk ayat ayat yang memberi peringatan. Peringatan untuk melakukan kebaikan dan larangan melakukan keburukan serta azab pedih untuk hambaNya yang ingkar.
+ Pink untuk ayat ayat yang memberi motivasi, semangat, khabar gembira serta nikmat nikmat yang Allah telah janjikan.
+ Biru untuk ayat ayat pilihan saya iaitu ayat yang saya rasa sangat suka dibaca berulang ulang kalau boleh setiap hari.
+ Kuning untuk ayat ayat yang menunjukkan hukum hakam dalam Islam.
+ Oren untuk doa doa pilihan. Terlalu banyak doa doa yang terdapat di dalam Al Quran dan semestinya untuk kita amalkan dalam kehidupan kita.
+ Kuning gelap untuk ayat ayat yang menceritakan tentang sirah, kisah kisah para Nabi dan Rasul.
… dan senarai ini akan terus bertambah dari semasa ke semasa, InsyaAllah.
Alhamdulillah
Selain daripada bacaan sendiri, input yang ditanda di dalam terjemahan ini banyak diperoleh dengan hadir ke seminar atau program program ibrah Al Quran.
Sungguh, kembara mendalami Al Quran ini sangat indah. Boleh jadi tak sedar masa yang berlalu apabila kita mula membelek Al Quran beserta dengan terjemahan ini. Bila sudah mula menanda, lagi lah lemas dalam lautan ayat ayat yang sangat istimewa itu.
Kalian cubalah ya, ambil sedikit masa untuknya.
Moga kita semua terus dipilih Allah untuk merasa nikmat dalam menghayati Al Quran. Diberi peluang untuk mentadabbur setiap ayat seterusnya mengamalkanya dalam kehidupan kita, InsyaAllah.
Aisya Harun Masih berusaha untuk bercinta dengan Al Quran
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Hari ini untuk ke Makkah menunaikan ibadah umrah dan haji tidak sesusah mana. Malah kemudahan pengangkutan secara terus ke Madinah dan Makkah juga sudah tersedia. Sebagai tempat paling agung dan tenang, setiap umat islam yang pernah menjejakkan kaki ke bumi barakah ini pasti merindui suasana beribadah di Tanah Suci Makkah ini.
Namun berbeza dengan apa dilalui oleh nenek moyang kita dahulu yang perlu bersusah payah mengharungi cabaran termasuk terdedah pada bahaya rompakan sebelum sampai ke Makkah dan Madinah. Bacalah pengalaman dikongsikan oleh Haji Abdul Majid, pegawai haji Tanah Melayu yang ditulis semula oleh Hasanuddin Yusof, Maktab Penyelidikan Tamadun Alam Melayu dan Islam. Dikongsikan di fb Ali Russia, untuk tatapan kita semua.
Kapal Haji 1924
Cerita
Haji Abdul Majid bin Zainuddin, Pegawai Haji Tanah Melayu yang pertama telah mencatatkan pengalamannya menunaikan haji pada tahun 1924. Antara catatan beliau yang menarik adalah seperti berikut:-
• Kos menunaikan haji sekitar 500 hingga 600 Ringgit Malaya.
• Jemaah haji akan bertolak / mula belayar pada bulan Rejab iaitu lima bulan sebelum bulan Haji (Zulhijjah)
• Sebelum berangkat menunaikan haji, kenduri doa selamat akan diadakan oleh orang yang ingin menunaikan haji.
• Ada dua pelabuhan untuk berangkat ke Mekah iaitu Singapura dan Pulau Pinang
• Pelayaran dari Tanah Melayu ke Mekah mengambil masa antara 13 hingga 17 hari.
• Sebelum kapal sampai ke pelabuhan Jeddah, kapal akan singgah di Pulau Camaran yang terletak sekitar 500 batu dari pelabuhan Jeddah terlebih dahulu untuk dikuarantinkan. Semua jemaah mesti mandi dengan air garam dan mereka mesti mencuci pakaian mereka dengan wap pembasmi kuman.
• Kapal laut hanya akan berlabuh sekitar 5 batu dari pelabuhan kerana pelabuhan Jeddah banyak batu karang.
• Dari kapal laut, jemaah haji akan menaiki perahu Arab yang dinamakan sebagai Dhow bersama semua barangan mereka menuju ke pelantar pelabuhan Jeddah.
• Jemaah haji akan dipimpin oleh seseorang yang dinamakan sebagai Syeikh Haji yang mana bertindak sebagai mutawif dan pembimbing.
• Sampai di pelabuhan, barangan mereka akan diperiksa oleh kastam dan seterusnya mereka akan membawa barang mereka ke atas kereta keldai lalu di bawa ke rumah tumpangan yang telah disediakan.
• Kota Jeddah kotor, berdebu dan sempit serta banyak nyamuk dan lalat.
• Di situ ada telaga besar sebagai sumber air dan air di Jeddah tidak sebaik air di kampung-kampung Melayu.
• Jemaah haji tidak boleh tinggal di Jeddah lebih dari dua hari.
• Sebelum bertolak ke Mekah, jemah haji telah siap memakai ihram. Perjalanan dari Jeddah ke Mekah mengambil masa dua hari dengan menaiki unta. Seekor unta dinaiki oleh dua orang jemaah.
• Jemaah haji Tanah Melayu akan singgah bermalam di sebuah tempat yang bernama Bahra. Di sini terdapat orang-orang Arab Badwi yang menjual kayu api. Setiap jemaah akan memasak sendiri nasi dan lauk yang mereka bawa dari tanah air
• Masalah besar yang dihadapi oleh jemaah haji Tanah Melayu ialah bekalan air mereka sering dicuri oleh orang Arab ketika mereka bermalam. Ini menyebabkan mereka kehausan dalam perjalanan ke Mekah.
• Apabila sampai di Mekah, mereka akan menunaikan umrah terlebih dahulu yang dinamakan di kalangan orang Melayu sebagai ‘haji kecil’.
• Sumber air di Mekah jauh lebih bersih dari Jeddah kerana terdapat air yang dialirkan dari pergunungan Taif ke Mekah melalui terusan Zubaidah.
• Di sekeliling Kaabah, terdapat empat buah pondok iaitu tempat imam-imam bagi keempat-empat mazhab iaitu Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali.
• Pada satu dan dua Ramadan, jemaah haji Tanah Melayu akan berangkat ke Madinah bagi menziarahi masjid dan makam Nabi SAW.
• Selepas menunaikan tawaf wida’, jemaah haji Tanah Melayu akan menaiki unta untuk menuju ke Madinah.
• Jalan dari Mekah ke Madinah ada dua yang pertama dinamakan sebagai Jalan Sultan dan yang kedua dinamakan sebagai Jalan Ghir.
• Jika jemaah haji melalui Jalan Sultan, maka mereka akan singgah di 11 buah perhentian untuk berehat iaitu Wadi Fatimah, Asfan, Dof, Qadimah, Rabigh, Mastura, Bir Syaikh, Bir Hassan, Bir Khalas, Bir Abbas dan Bir Darwish.
• Jemaah haji hanya akan melakukan perjalanan pada waktu malam kerana mengelak cuaca yang panas. Perjalanan setiap hari bermula sekitar pukul 4 petang dan singgah berhenti pada pukul 4 pagi.
• Sepanjang dalam perjalanan, jemaah haji tidak dibenarkan mengambil air telaga kerana telaga-telaga adalah milik puak-puak Arab Badwi. Maka mereka terpaksa membeli air-air yang dijual oleh Arab Badwi yang mana air-air itu dibawa dengan bekas kulit kambing.
• Walau bagaimanapun, di Wadi Fatimah terdapat saluran air semulajadi. Maka di sinilah rombongan jemaah haji berpeluang untuk mandi dan membasuh baju dengan percuma.
• Disebabkan perjalanan dilakukan pada waktu malam, rombongan jemaah haji terdedah dengan bahaya rompakan dan peras ugut dari puak-puak Badwi. Ramai jemah haji yang dirompak dan diperas ugut. Ada yang ditahan selama beberapa hari yang menyebabkan mereka tiba di Madinah lebih dari 13 malam. Malah ada yang dibunuh.
• Jemaah haji penulis sendiri ditahan di Bir Abbas selama 9 hari.
• Semasa zaman pemerintahan Khalifah Uthmaniyah, perkara ini tidak berlaku kerana setiap rombongan jemaah haji akan diiringi oleh tentera-tentera Uthmaniyah.
Nota Kaki
Ada banyak lagi catatan yang menarik yang dikongsikan oleh Haji Abdul Majid terutamanya tentang peristiwa haji.
Setakat ini dulu perkongsian saya buat kali ini. Jika ada waktu, saya akan kongsikan lanjutan catatan kisah mengerjakan haji oleh Haji Abdul Majid ini.
Betapa mujahadahnya nenek moyang kita dulu mengerjakan haji. Itu belum lagi diceritakan tentang kesusahan semasa dalam pelayaran sehingga menyebabkan ramai yang meninggal dunia.
Hasanuddin Yusof Maktab Penyelidikan Tamadun Alam Melayu dan Islam. Psst : Semuga Allah Taala memilih kita untuk datang ke rumah NYA….amin
WEBINAR JODOH 💖: SUAMI KIRIMAN ILAHI
✨Jom Sis semua yang masih single terutamanya sejenis yang pemalu! Kita belajar ilmu menjemput jodoh💘
Dengan ilmu menjemput jodoh, Sis akan..
✅ Tak tertanya-tanya lagi “Dimana atau ada ke bakal imamku❓❓” 🤷🏽♀
✅ Jelas ✨ dan yakin 💪🏻 dengan langkah-langkah mudah ikhtiar mencari jodoh 💘 (Tip: Islam itu Mudah dan Indah)
✅ Akan dijauhi heartbreak 💔 dan lelaki yang tak serius 👻
Yang sudah berstatus ‘Dimiliki’, ambillah manfaat ilmu ini untuk memudahkan dan percepatkan lagi jodoh Sis 💞