Setiap kali pulang ke rumah, kebiasaan kita memberi salam sebelum masuk untuk penghuni di dalamnya.
Tapi sebenarnya sekiranya rumah kita tiada penghuni pun adalah disunat untuk untuk kita meneruskan perbuatan memberi salam ini. Perkara ini dikongsi oleh Ustaz Azhar Idrus dalam satu hantaran beliau media sosial.
Disunatkan apakala hendak masuk ke rumah sendiri atau ke rumah orang dimulakan dengan memberi salam.
Jika masuk ke rumah sendiri maka salam tersebut bagi ahli keluarga kita dan jika rumah orang maka salam tersebut bagi tuan rumah.
Ads
Firman Allah Taala :
فَإِذَا دَخَلْتُم بُيُوتًا فَسَلِّمُوا عَلَى أَنفُسِكُمْ تَحِيَّةً مِّنْ عِندِ اللَّهِ مُبَارَكَةً طَيِّبَةً
Artinya : “Maka apabila kamu sekelian hendak masuk akan rumah-rumah hendaklah kamu sekelian memberi salam kepada penghuninya sebagai satu kehurmatan dari sisi Allah lagi diberkati serta kebaikkan.” (An-Nur : 61)
Jika pulang ke rumah ketika keluarga sudah tidur maka disunatkan tidak menguatkan ucapan salam supaya tidak mengganggu orang yang telah tidur.
Telah diriwayatkan dari Miqdad bin ‘Amr bin Al-Aswad r.a. katanya :
كان النَّبيُّ صلَّى اللهُ عليْهِ وسلَّمَ يَجئُ مِن اللَّيلِ فيُسلِّمُ تَسليمًا لا يُوقِظُ نائمًا ، ويُسْمِعُ اليَقظانَ
Artinya : “Adalah Nabi sollallahu alaihi wasallam datang pada waktu malam maka memberi salam akan salam yang tidak membangunkan orang yang tidur dan memperdengarkan orang yang jaga.” (Hadith riwayat Bukhari)
Ads
Berkata Imam Nawawi :
أما إذا سلم على أيقظ عندهم نيام فالسنة أن يخفض صوته بحيث يحصل سماع الأيقاظ ولا يستيقظ النيام
Artinya : “Ada pun jikalau hendak membei salam ke atas orang yang sedang jaga yang ada di sisi mereka yang sedang tidur maka disunatkan bahawa memperlahankan suaranya sekira-kira mendengarkan orang yang tidak tidur dan tidak sampai membangunkan yang sedang tidur.” (Kitab Al-Azkaar)
Sunat beri salam jika tiada penghuni
Dan jika di dalam rumahnya tidak ada penghuni maka disunatkan juga memberi salam atau mengucapkan السَّلَامُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللَّهِ الصَّالِحِينَ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ أَهْلَ البَيْتِ وَرَحْمَةُ اللَّهِ
Ads
Telah diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a. katanya :
إن لم يكن في البيت أحد فليقل : السَّلَامُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللَّهِ الصَّالِحِينَ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ أَهْلَ البَيْتِ وَرَحْمَةُ اللَّهِ
Ertinya : “Jika tiada seorang di dalam rumah maka hendaklah mengucapkan : السَّلَامُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللَّهِ الصَّالِحَِين السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ أَهْلَ البَيْتِ وَرَحْمَةُ اللَّهِ
Ertinya : Keselamatan atas kami dan atas sekelian hamba Allah yang solihin dan keselamatan atas kamu sekelian penghuni rumah dan rahmat Allah atas kamu sekelian.” (Tafsir Al-Baghawi)
Menular secara senyap dalam masyarakat, isu penyelewengan akidah melalui ajaran sesat sentiasa perlu dibendung.
Dalam hal ini orang ramai juga perlu didedahkan dengan ciri-ciri ajaran sesat supaya umat Islam tidak terjebak dalam kesesatan yang membawa kepada syirik.
Dikongsi oleh Majlis Agama Islam Selangor berikut adalah ciri-ciri ajaran sesat yang perlu diketahui orang ramai.
Antara ciri-ciri ajaran sesat tersebut ialah;
Sekiranya ada kumpulan yang cuba mendekati dengan fahaman dan ciri di atas segera elakkan.
Tidak dinafikan kalangan kita ramai yang mudah memberikan pujian terutama yang berkaitan dengan penampilan diri. Malah ada kala pujian yang diberikan itu agak keterlaluan.
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa terdapat larangan memberi pujian secara keterlaluan kerana ia bukan saja boleh memberi keburukan kepada orang yang memuji malah orang yang dipuji.
Secara asasnya, hukum asal memuji seseorang adalah harus dengan syarat pujian itu pada perkara yang benar dan bukannya dusta. Demikian juga pujian tersebut hendaklah dalam keadaan yang tidak mendatangkan fitnah kepada orang yang dipuji serta tidak menyebabkan insan tersebut berasa ‘ujub dan bermegah diri.
Hal ini adalah berdasarkan ucapan-ucapan para Rasul kepada Rasulullah S.A.W semasa peristiwa mi’raj baginda ke sidrat al-muntaha: مَرْحَبًا بِالأَخِ الصَّالِحِ وَالنَّبِيِّ الصَّالِحِ
Maksudnya: Selamat datang kepada saudara yang soleh dan juga Nabi yang soleh. Riwayat al-Bukhari (3393)
Daripada hadis ini, Imam al-Nawawi Rahimahullah menyatakan bahawa:
Maksudnya: Dan pada hadis ini terdapatnya keharusan untuk memuji seseorang secara berhadapan, sekiranya dia berasa aman dari perasaan ‘ujub dan selamat bagi orang lain daripada sebab-sebab yang boleh mendatangkan fitnah. Lihat al-Minhaj Syarah Sahih Muslim, Al-Nawawi (2/357).
Kenyataan Imam al-Nawawi di atas dikuatkan lagi dengan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Bakrah R.anh bahawa seorang lelaki telah memuji seorang lelaki yang lain di sisi Nabi S.A.W. Lalu Rasulullah S.A.W bersabda:
Maksudnya: Celaka kamu. Kamu telah memotong leher sahabatmu, kamu telah memotong leher sahabat kamu. Sekiranya salah seorang daripada kamu semua ingin memuji sahabatnya sekalipun, hendaklah dia mengucapkan “aku menyangka fulan sedemikian dan Allah S.W.T lah sebenar yang menghitungnya, dan aku sama sekali tidak memuji seseorangpun mengatasi Allah S.W.T”. Riwayat Muslim (3000)
Fekah yang ditunjukkan oleh Imam al-Nawawi Rahimahullah apabila mensyarahkan hadis ini adalah, beliau meletakkan tajuk bab ini sebagai: Bab larangan memuji, sekiranya ia berlaku secara berlebihan serta ditakuti berlakunya fitnah ke atas diri orang yang dipuji.
Larangan memuji secara berlebihan ini terdapat padanya beberapa hikmah. Imam al-Ghazali Rahimahullah menyebutkan bahawa terdapat enam kerosakan yang akan masuk ke dalam pujian terhadap seseorang.
Empat keburukan itu kepada orang yang memuji, manakala dua lagi kepada orang yang dipuji. Kami ringkaskan keenam-enam kerosakan itu dengan sedikit olahan seperti berikut:
Keburukan Kepada Orang Yang Memuji
Pertama: Seseorang yang memuji itu boleh menyebabkan dia melampau dalam melontarkan pujian, lalu ia akan berakhir dengan pembohongan. Ini biasanya berlaku dalam pujian kepada pemerintah ataupun kepada seseorang terhadap sesuatu yang dia tidak miliki.
Kedua: Pujian juga kadangkala boleh membawa kepada sifat riya’ dengan cara dia menzahirkan kecintaan kepada orang yang dipuji, sedangkan hakikatnya adalah sebaliknya. Maka jadilah dia sebagai seorang yang riya’ lagi munafik.
Ketiga: Pujian juga boleh berlaku dalam keadaan pemuji tidak mengenal pasti keadaan sebenar orang yang dipuji. Terutamanya pada sifat-sifat yang mutlak seperti warak, zuhud, bertakwa, dan seumpamanya kerana kesemuanya ini tidaklah boleh dilihat melalui mata kepala.
Keempat: Melalui pujian juga boleh menyebabkan orang yang zalim dan fasiq berasa gembira tatkala dipuji. Sedangkan hal ini tidak boleh kerana keduanya ini sekiranya dipuji sudah pastilah akan kekal berterusan dalam kefasikan dan kezaliman mereka.
Keburukan Kepada Orang Yang Dipuji
Pertama: Melalui pujian, boleh menyebabkan seseorang itu berasa takbur dan ‘ujub terhadap diri sendiri. Yang mana kedua sifat ini boleh menghancurkan diri seseorang. Kedua: Seseorang yang dipuji, akan merasa gembira dan merasa cukup dan berpuas hati dengan apa yang sudah ada pada dirinya. Maka sesiapa yang merasa kagum dengan diri sendiri, akan berkuranglah kesungguhannya dalam beramal. Ini kerana, orang yang bersungguh dalam amalan ini adalah mereka yang merasakan diri mereka penuh kekurangan.
Namun, perlu juga dijelaskan di sini bahawa Imam al-Ghazali apabila menyebutkan beberapa perkara di atas ini beliau berkata:
Maksudnya: Adapun sesekiranya seseorang itu berasa selamat daripada beberapa keburukan di atas ini, sama ada pada yang memuji atau dipuji, maka tidak ada masalah pada pujian bahkan boleh jadi ia dituntut untuk melakukannya. Lihat Ihya’ Ulum al-Din, al-Ghazali (3/233).
Kesimpulan
Akhir kalam, kami berpandangan bahawa hukum asal memuji itu adalah harus. Ini kerana, boleh jadi pujian seseorang itu berlaku kerana dia melihat orang yang dipuji adalah dari kalangan orang soleh yang banyak melakukan amal ibadah, maka hal ini disifatkan sebagai ‘aajil busyhra mu’min’ (berita gembira segera buat orang beriman). Namun, jauhi dan elakkanlah pujian yang dusta serta boleh menyebabkan fitnah berlaku kepada diri orang yang dipuji dan sifat ‘ujub berlaku pada dirinya. Semoga Allah S.W.T memberikan kefahaman yang tepat kepada kita dalam beragama. Ameen.
Dek sakit tekak atau tekak berasa gatal ketika solat kita terpaksa berdehem untuk meneruskan bacaan.
Mungkin juga ada yang sengaja berdehem bila rakan di sebelah kita berbual dengan kuat sewaktu sedang solat bagai petanda supaya memperlahankan suara.
Apa pun perlu diketahui bahawa antara perkara yang membatalkan solat ialah berkata-kata dengan sengaja dan masuk dalam hukum berkata-kata itu ialah mengeluarkan suara seperti dengan berdehem.
Demikian penjelasan penceramah terkenal Ustaz Azhar Idrus mengenai hukum berdehem ketika solat.
Dalam hal ini orang berdehem dengan sengaja menurut pendapat yang sahih jika berbunyi dua huruf maka batal solatnya.
Berkata Imam Nawawi :
وأما التنحنح فحاصل المنقول فيه ثلاثة أوجه الصحيح الذى قطع به المصنف والاكثرون ان بان منه حرفان بطلت صلاته والا فلا والثانى لا تبطل وان بان حرفان قال الرافعي وحكى هذا عن نص الشافعي والثالث ان كان فمه مطبقا لم تبطل مطلقا والا فان بان حرفان بطلت والا فلا وبهذا قطع المتولي وحيث ابطلنا بالتنحنح فهو ان كان مختارا بلا حاجة فان كان مغلوبا لم تبطل قطعا ولو تعذرت قراءة الفاتحة الا بالتنحنح فيتنحنح ولا يضره لانه معذور وان أمكنته القراءة وتعذر الجهر الا بالتنحنح فليس بعذر علي أصح الوجهين لانه ليس بواجب
Ertinya : “Dan ada pun berdehem maka kesimpulannya yang dinaqal padanya tiga pendapat dan pendapat yang sahih yang telah diputuskan dengannya oleh pengarang (Imam As-Syairazi) dan kebanyakkan ulamak apabila nyata bunyi dua huruf nescaya batal solatnya dan jika tidak nyata dua huruf maka tidak batal.
Dan pendapat yang kedua tidak batal sekalipun nyata dua huruf telah berkata Ar-Rafie dan telah menghikayatkan ini dari nas Imam Syafie.
Dan pendapat yang ketiga jika adalah mulutnya tertutup nescaya tidak batal sama sekali dan jika terbuka dan nyata dua huruf batal dan jika tidak nyata dua huruf maka tidak batal. Dan dengan ini telah memutuskan oleh Al-Mutawali.
Dan sekira-kira kami kata batal sebab berdehem itu yaitu jika dengan ikhtiar tanpa hajat. Maka jika terpaksa berdehem nescaya tidak batal sama sekali.
Dan jikalau uzur oleh membaca fatihah melainkan dengan berdehem maka berdehem tidak memudaratkan kerana sungguhnya ia yang diuzurkan. Dan jika dia boleh baca fatihah cuma uzur hendak kuatkan suara melainkan dengan berdehem maka berdehem bukanlah uzur atas pendapat yang paling sahih dari dua pendapat kerana menguatkan suara bukanlah yang wajib.” (Kitab Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab)
Sengaja berdehem yang mengeluarkan bunyi dua huruf adalah membatalkan solat.
Jika tidak dapat membaca yang wajib seperti fatihah melainkan dengan berdehem maka berdehem ketika ini tidak membatalkan solat.
Jika berdehem kerana hendak membaca yang sunat maka ia membatalkan solat menurut pendapat yang paling sahih.
Berkata Ad-Dimyathi :
وخرج بقولي لغير تعذر قراءة واجبة، ما إذا ظهر حرفان في تنحنح لتعذر قراءة مسنونة، كالسورة أو القنوت أو الجهر بالفاتحة، فتبطل
Ertinya : “Dan keluar dengan kataku bagi selain teruzur membaca yang wajib barang yang apabila nyata dua haraf pada berdehem kerana uzur membaca yang sunat seperti membaca surah atau qunut atau menguatkan bacaan fatihah maka solatnya batal.” (Kitab I’anah At-Talibin)
Yakni jika terpaksa berdehem kerana hendak membaca yang wajib seperti fatihah maka solatnya tidak batal dan jika berdehem kerana membaca yang sunat seperti doa iftitah misalnya maka solatnya batal.
Kekayaan bukan sekadar harta dunia, tetapi amanah daripada Allah yang perlu diurus dengan adil, penuh kasih sayang dan berlandaskan iman. Demikian antara perkara bakal...