Sejak dari kecil hingga hujung nya (dengan izinNya) kita menunaikan solat. Bermakna bertahun lamanya kita sujud kepadaNya.

Sujud adalah salah satu daripada rukun sah solat. Salah melakukannya, maka tidak sah lah solat kita. Bayangkan jika selama ini rupanya ada tertib yang salah kita lakukan.

Artikel berkaitan:Subhanallah, Diingatkan Baca 3 Doa Ini Ketika Sujud Terakhir Dalam Solat. Manfaatnya Sangat Luar Biasa!

Artikel berkaitan: Takkan Lupa Doa Buatmu Mak, Dalam Setiap Sujud Rahsia Kejayaan DS Siti Nurhaliza, Sangat Menjaga Hubungan Dengan Ibunya

Kita ikuti perkongsian sangat bermanfaat oleh Mohd Ibrahim dalam entri facebooknya tentang salah satu rukun sah solat ini.

Salah Cara Sujud, Dibimbangi Solat Bertahun Lama Allah Tak Terima
Sekadar gambar hiasan. Sumber foto Google

 

Ketika sujud adalah tempat yang paling dekat antara seorang hamba dengan Allah. Perbanyaklah doa, mintalah apapun yang kita inginkan, mintalah syurga, perlindungan dari azab neraka, ilmu yang bermanfaat, amal yang soleh, iman yang kukuh dan hal-hal lain seumpamanya itu.

Atau mintalah rumah yang berkah, pasangan yang menenteramkan hati, anak-anak yang soleh, kenderaan, atau hal lain yang kita inginkan untuk kebaikan agama mahupun dunia kita.

Sesungguhnya doa merupakan Ibadah sekalipun kita berdoa untuk meminta kebaikan perkara dunia kita.

Dan Tuhanmu berfirman:
“Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu.”
(Al-Mu’min 60)

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-KU.” (Al-Baqarah Ayat 186)

Masih ramai umat Islam yang tidak betul atau tidak memenuhi kehendak rukun sujud. Jika kita ke masjid atau di mana-mana tempat solat didapati terdapat mereka yang tidak bersujud dengan betul. Terutama pada kedudukan jari kaki mereka.

Tidak kira usia tua atau muda kesalahan ini masih berlaku. Berhati-hatilah dengan rukun-rukun solat kerana dibimbangi solat yang kita lakukan bertahun-tahun rupanya tidak sah dan tidak diterima pahalanya oleh Allah akibat kejahilan kita dalam melaksanakan ibadat sembahyang dengan betul.

Salah Cara Sujud, Dibimbangi Solat Bertahun Lama Allah Tak Terima
Ajarkan anak cara sujud yang betul dari awal lagi.

Oleh itu, sentiasalah belajar dan menghadiri kuliah-kuliah atau majlis ilmu.
Jangan kita hanya belajar melalui “ikut-ikut” atau “tengok-tengok” sedangkan orang yang kita “ikut” itu belum tentu betul caranya.

Bergurulah dengan mereka yang alim dan janganlah kita lebih rela menghabiskan masa menonton rancangan hiburan daripada belajar Agama di masjid. “Sesungguhnya penyesalan di akhirat nanti tidak akan berguna”.

Sabda Rasulullah SAW:
“Aku diperintahkan supaya sujud di atas tujuh tulang (yakni tujuh anggota) iaitu; dahi –baginda menunjukkan dengan tangannya ke atas hidungnya-, dua tangan, dua lutut dan jari-jari dari dua kaki ..” (Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Ibnu ‘Abbas r.a. )

Cara sujud yang betul:

Ia mestilah dilakukan dengan tujuh anggota badan.

Dahi: Di dalam mazhab Syafie, dahi mesti ditekan di tempat sujud, diletakkan sebetulnya dan menekan dahi di tempat sujud telah termasuk di dalam syarat sah sujud

Hujung jari kaki: Kedudukan hujung jari kaki cara meletakkan hujung jari kaki ialah dengan melipat hujung jari kaki kita semasa sujud.

Minimum ialah dengan satu jari kaki yang betul kedudukannya. jika jari kaki tidak dillipat, tidak diletakkan dengan betul, solat kita boleh batal kerana ia merupakan anggota wajib.

Bagi mereka yang boleh meletakkan jari kaki dengan betul, hendaklah melakukannya dan bagi mereka yang mungkin sudah berusia dan sukar melipat jari kaki, lakukanlah sekadar kemampuan.

Hidung: Di dalam mazhab syafie, makruh hukumnya jika kita sujud dalam keadaan tidak merapatkan hidung di tempat sujud. Justeru itu, pastikan kita  meletakkan atau merapatkan hidung di tempat sujud.

Ini berdasarkan hadis yg menyuruh kita bersujud di atas 7 anggota.

Kedudukan muka: Di dalam hadis Nabi SAW yang menyebut bahawa baginda meletakkan wajahnya di antara kedua-dua tangannya semasa sujud (abu daud).

Tangan: Merenggangkan tangan semasa sujud. Di dalam hadis Bukhari Muslim bahawa Nabi Muhammad SAW merenggangkan kedua belah tangannya daripada sisinya atau rusuknya lambungnya sehingga kelihatan putih ketiak baginda.

Mengangkat siku: Ada hadis riwayat muslim bahawa nabi memerintahkan meletakkan kedua telapak tangan dan mengangkat siku.

Merapatkan jari: Di dalam hadis al-Baihaqi bahawa Nabi Muhammad SAW apabila rukuk, baginda membuka/merenggangkan jarinya dan apabila sujud baginda merapatkan jarinya.

Kashoorga: Semoga sahaja perkongsian ini dapat menjelaskan serba ringkas tentang cara betul saat bersujud dalam solat. Namun begitu, adalah disarankan agar ilmu solat ini dapat dipelajari secara berdepan dengan guru agama agar lebih jelas lagi caranya.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI