Seperti yang kita tahu, virus COVID-19 ini bermula di wilayah Wuhan China. Negara China antara yang terjejas teruk akibat pandemik koronavirus yang sangat merbahaya ini.
Namun hari ini kita boleh lihat bandar Wuhan tidak lagi mencatat kes baru COVID-19 dalam masa 24 jam buat pertama kali sejak melaporkan kes pertama pada bulan Disember.
Jika sebelum ini, wabak berkenaan telah menjangkiti lebih 250 ribu orang di seluruh dunia dan membunuh lebih dari 11 ribu orang.
Dan kini tular sebuah video memaparkan sekumpulan petugas perubatan daripada pelbagai dareah di China sudah mula pulang meninggalkan Wuhan untuk ke tempat asal masing-masing dan bertemu keluarga.
Ads
Namun begitu paling menyedihkan apabila ketika kenderaan yang membawa semua kakitangan perubatan yang bertugas di Wuhan pulang ke daerah masing-masing, dilihat orang awam melambai dan mengucapkan terima kasih kepada semua petugas.
Jika diperhatikan, sepanjang perjalan orang awam mengiringi kepulangan para petugas yang sebelum ini bertungkus lumus merawat dan cuba membendung wabak berkenaan.
Ads
Ternya petugas ini juga turut mengalirkan air mata Melihat jasa mereka menabur bakti dikenang oleh masyarakat di sana.
Malah terpancar sinar kegembiraan di wajah mereka kerana akhirnya dapat pulang ke rumah bertemu keluarga masing-masing setelah lama terpisah demi tugas.
Ads
Jumaat lalu Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata bahawa pusat gempa asal di China mengenai wabak ini berkata tiada laporan kes baru dicatatkan.
Dan senario ini memberi harapan seluruh dunia untuk memerangi pandemik virus yang meragut ribuan nyawa seluruh dunia.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Biasa kita mendengar perkataan Qarin. Malah mungkin terkeliru mengenainya, apa fungsinya dan lain lagi. Di sebalik kekeliruan ini, dipetik artikel dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dinyatakan apakah Qarin yang ada pada setiap manusia.
Ia berdasarkan soalan ditanya oleh seorang pembaca.
Apakah maksud hadith ini?
Daripada Abdillah bin Mas’ud RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
مَا مِنْكُمْ مِنْ أَحَدٍ، إِلَّا وَقَدْ وُكِّلَ بِهِ قَرِينُهُ مِنَ الْجِنِّ قَالُوا: وَإِيَّاكَ؟ يَا رَسُولَ اللهِ قَالَ: وَإِيَّايَ، إِلَّا أَنَّ اللهَ أَعَانَنِي عَلَيْهِ فَأَسْلَمَ، فَلَا يَأْمُرُنِي إِلَّا بِخَيْرٍ Maksudnya: “Tidaklah setiap orang daripada kamu itu (yang lahir ke dunia) melainkan dia telah diutuskan bersamanya qarinnya (teman) daripada kalangan jin. Mereka (Sahabat) bertanya: Adakah kamu juga wahai Rasulullah SAW? Baginda SAW menjawab: Dan aku juga melainkan Allah telah membantuku daripada gangguannya maka aku terselamat dan tidaklah ia (qarin) mendorongku kecuali pada perkara kebaikan.” [Riwayat Muslim (2814)]
Jawapan: Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Setiap manusia yang lahir ke dunia ini akan ada bersamanya qarin daripada kalangan jin sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadith yang sahih. Tugas qarin ini adalah mendorong manusia untuk melakukan sesuatu perkara samada perkara tersebut baik atau sebaliknya. Antara dalil yang membuktikan bahawa qarin ini wujud adalah:
Firman Allah SWT
وَقَالَ قَرِينُهُ هَـٰذَا مَا لَدَيَّ عَتِيدٌ
Maksudnya: “Dan berkatalah qarinnya yang sentiasa ada bersama-samanya: Inilah (Kitab catatan amal manusia) yang terletak di dalam jagaanku serta yang siap sedia (untuk dibicarakan).”( Qaaf:23)
Maksudnya: “Telah berkata qarinnya: Wahai Tuhan kami, aku tidak menyesatkannya tetapi sememangnya dia sendiri berada di dalam kesesatan yang jauh terpesong.”( Qaaf:27)
Imam al-Qurthubi (671 H) ketika menafsirkan ayat ini menyatakan bahawa yang dimaksudkan dengan qarin di dalam ayat pertama iaitu ayat ke 23 adalah malaikat yang diutuskan untuknnya menurut pendapat al-Hasan, Qatadah dan Dhahhak. Manakala, qarin di dalam ayat ke 27 adalah syaitan yang didatangkan oleh Allah SWT kepada hamba yang berdosa ini, di mana syaitan ini berlepas diri daripada perbuatannya (iaitu menyesatkan hamba ini) serta mendustakannya. [Lihat: Tafsir al-Qurthubi, 16-17/17]
Kedudukan Dan Makna Hadith
Hadith yang menceritakan berkaitan qarin ini merupakan hadith yang sahih dan ia diriwayatkan oleh Imam Muslim (261 H) di dalam sahihnya. Tambahan pula, hadith ini diletakkan di dalam kitab sifat Kiamat, Syurga dan Neraka.
Imam al-Nawawi (676 H) berkata perkataan “فَأَسْلَمَ” dengan membaca huruf mim dengan baris depan atau dengan baris atas dan kedua riwayat ini adalah masyhur. Barangsiapa yang membacanya dengan baris depan, maknanya adalah Nabi SAW terselamat daripada keburukan dan fitnah qarin Baginda SAW.
Adapun yang membaca dengan baris atas pula, maknanya adalah qarin tersebut telah masuk Islam dan beriman dengan tidak mendorong Nabi SAW melainkan pada perkara yang baik sahaja. Para ulama’ berselisih pendapat dalam menentukan mana yang lebih tepat antara kedua ini. Menurut al-Khattabi (388 H) yang sahih dan dipilih adalah dengan baris depan.
Selain itu, al-Qadhi ‘Iyadh (544 H) mengsahihkan baris atas dan itu adalah dipilih (pilihan al-Qadhi dan al-Nawawi) berdasarkan Sabda Nabi SAW “maka tidaklah ia (qarin) mendorongku kecuali pada perkara kebaikan.” Para ulama’ juga berselisih pendapat pada riwayat yang dibaca dengan baris atas, dikatakan “أَسْلَمَ” dengan makna berserah diri (اسْتَسْلَمَ) dan tunduk (kepada Islam). Telah datang riwayat seperti ini selain daripada Sahih Muslim dengan “فَاسْتَسْلَمَ”.
Dikatakan juga maknanya adalah qarin tersebut menjadi muslim yang beriman dan ini adalah yang zahir. Telah berkata al-Qadhi bahawa ketahuilah umat ini telah bersepakat akan kemaksuman (terpeliharanya) Nabi SAW daripada syaitan pada jasadnya, lintasannya dan lidahnya. Pada hadith ini juga terdapat isyarat agar berhati-hati dengan fitnah, waswas dan kesesatan (menyesatkan manusia) qarin ini. Untuk itu, kita perlulah menjauhi perkara ini semampu kita. [Lihat: al-Minhaj Syarah Sahih Muslim, 157-158/17] Antara ulama’ yang mengatakan bahawa qarin Rasulullah SAW masuk kepada Islam adalah Imam al-Suyuthi (911 H) di dalam kitabnya ketika meletakkan hadith ini di dalam bab Pengkhususan Nabi SAW dengan islamnya qarin Baginda SAW. [Lihat: al-Khasais al-Kubra, 323/2] Selain itu juga, Imam Ibn Hajar al-Haitami (974 H) juga menyatakan yang dimaksudkan dengan “فَأَسْلَمَ” adalah masuk kepada Islam dan ini merupakan pengkhususan bagi Nabi SAW. [Lihat: al-Fatawa al-Hadithiyyah, 52/1]
Kami cenderung kepada pendapat yang dipegang oleh al-Qadhi dan juga al-Nawawi bahawa qarin Rasulullah SAW masuk kepada Islam. Ini merupakan khususiyyah (pengkhususan) Nabi SAW yang tidak ada pada orang lain. Di samping itu juga, qarin itu adalah jin sebagaimana dinyatakan di dalam hadith dan jin ini ada yang baik dan ada yang jahat. Ini berdasarkan firman Allah SWT:
Maksudnya: “Dan bahawa sesungguhnya (memang maklum) ada di antara kita golongan yang baik keadaannya dan ada di antara kita yang lain daripada itu.”( al-Jin:11)
Penutup
Kesimpulannya, para ulama’ berbeza pandangan dalam dalam memahami lafaz “فَأَسْلَمَ” ini kepada dua pendapat sebagaimana yang kami nyatakan di atas. Walaupun begitu, kita sebagai seorang muslim yang mengaku beriman kepada Allah SWT agar sentiasa berhati-hati dengan dorongan qarin (syaitan) ini. Ini kerana, antara tugas qarin ini adalah menghasut manusia dan mendorong mereka melakukan kejahatan. Untuk itu, kita dituntut untuk sentiasa berlindung daripada hasutan dan bisikan syaitan dengan memperbanyakkan isti’azah atau mengucapkan “أعوذ بالله من الشيطان الرجيم” sebagaiman yang dianjurkan dan diajar oleh Rasulullah SAW. Hal ni juga, disebutkan melalui firman Allah SWT:
Maksudnya: “Daripada kejahatan pembisik (penghasut) yang timbul tenggelam, yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, (iaitu pembisik dan penghasut) daripada kalangan jin dan manusia.”( al-Nas:4-6)
Akhirnya, semoga Allah SWT sentiasa memelihara dan memberi kekuatan kepada kita agar dapat mengawal diri yang lemah ini daripada segala hasutan dan bisikan syaitan yang direjam serta mengurniakan kepada kita semua pengakhiran hidup yang baik. Amin. Wallahua’lam
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
‘Walaupun suri rumah, sentiasa murah rezeki.’ Ini amalan mak dari muda hingga hujung usia. Dari kecil wanita ini melihat apa yang maknya lakukan dari soal ibadat dan juga kebaikan.
Hasilnya hidup ibunya sentiasa murah rezeki hingga di hari kematiannya pun ramai yan bersedekah untuknya. Memang murah betul rezeki maknya.
Ramai wanita bekerjaya hadap dilema ini kala terfikir untuk berhenti. Selama ini saban bulan ada duit gaji sendiri, tapi bila hendak berhenti kerja… risau semacam kalau tak ada duit atau suami tak mahu bagi duit.
Kita jadi lupa yang rezeki itu datangnya daripada Allah SWT. Ikuti perkongsian Puan Nurlia Mohd Nor ini dan hadam baik-baik apa yang disampaikan.
Ada masa kita yang bergelar surirumah, yang tak bekerja ini terfikir macam mana cara nak murah rezeki. Nak Allah beri rasa cukup, nak Allah beri rasa tenang tanpa fikirkan soal wang dan sebagainya. Menjadi surirumah sepenuh masa bermakna kita tiada pendapatan.
Tarik nafas. Tenangkan diri. Sedikit sebanyak saya cuba mengimbau rutin yang Mak pernah buat dulu semasa hidupnya. Ya, saya harus akui rezeki Mak memang murah.
Bayangkan waktu Mak sudah meninggal pun orang hulur wang di hari pengkebumian pun banyak. Bukan sedikit yang bagi. Orang ini hulur RM800, kemudian orang ini hulur RM400, orang ni hulur RM500.
Itu belum lagi ramai yang bagi RM100 dan sebagainya. Memang dari mak hidup sampailah Mak meninggal, memang Mak tak pernah menyusahkan.
Apa yang Mak buat?
1) Jaga solat.
Kalau sesiapa yang mengenali Mak atau selalu mengikuti kisah saya menjaga Mak dulu mesti tahu rutin harian Mak. Setiap kali solat 5 waktu 15 hingga 30 minit sebelum masuk waktu Mak dah stand by dengan telekung.
Mak sentiasa menanti waktu solat. Bukan sudah azan baru nak ambil wuduk. Mak sangat menjaga solat di awal waktu. Bila solat kita jaga, jangan bimbang, urusan kita yang lain Allah permudahkan.
Sampai di hujung usianya waktu Mak sakit, bila tersedar dari tidur perkara utama yang dia tanya berulang kali,
“Waktu solat dah masuk ke?”
Ya, itulah Mak.
2) Mak akan tunaikan solat sunat setiap kali solat 5 waktu. Mak solat memang lama. 30 minit sudah tentu. Siap pakej solat sunat dan zikir selepas solat. Solat sunat Dhuha juga adalah aktiviti yang Mak akan buat biasanya dalam pukul 9 pagi.
3) Saya masih ingat. Selepas balik dari menunaikan haji, Mak beli tasbih berbentuk besi bulat. Kalau takde buat apa, waktu bersantai di ruang tamu, tasbih itulah yang jadi peneman.
Mulut Mak terkumat kamit membaca zikir sambil jari kanan menekan button di tasbih tersebut.
4) Meraikan tetamu. Mak cukup pantang kalau tetamu datang tak dijamu apa- apa. Kalau ikutkan Mak, posmen datang, orang TNB datang check meter pun kalau boleh dia nak jamu. Hehehe.
Mak cukup susah hati kalau tiba- tiba orang datang waktu itu makanan habis atau tiada. Nak juga jamu orang, biskut 4 segi dengan air teh pun tetap mak akan hidangkan.
Pernah sekali posmen datang hantar komputer di rumah. Kebetulan waktu tu ada kuih muih. Sakan mak siap bancuh teh susu. Kenyanglah abang posmen tu. Hahaha.
5) Tidak berkira terutama dengan anak, cucu. Mak dan Abah pernah menjaga cucu-cucu. Eloklah ada peneman, penghibur Abah dan Mak di kampung. Ada 2 orang cucu yang Mak, Abah jaga sampailah dorang habis form 5.
Sekarang kedua-duanya sudah menamatkan pelajaran di universiti dan sudah pun bekerja. Mungkin berkat menjaga cucu dengan ikhlas adalah satu asbab Mak dimurahkan rezeki. Oh ya, Mak dan Abah juga ada bawa bersama adik-adik mereka tinggal bersama.
Cuma waktu itu saya tiada lagi, ada yang saya masih kecil. Yang saya tahu ada 2,3 orang adik abah yang tinggal bersama waktu mereka bersekolah menengah.
Dan ada seorang adik perempuan Mak umur sebaya Long, yang Abah dan Mak jaga sehingga darjah 6. Selepas darjah 6 mak saudara tu menyambung pelajaran di MRSM Seremban.
6) Bersedekah. Ini habit yang Mak suka buat. Pelik sebab Mak tak ada pun income, tapi dia suka memberi. Bila cucu- cucu datang ziarah, waktu dorang nak balik Mak akan sibuk masuk bilik cari dompet.
Mesti nak hulur jugak. Dan bila suka memberi Allah balas semula. Adik-adik mak, anak murid abah kalau datang ziarah mesti akan hulur pada Mak. Dorang bagi bukan sikit.
7) Berjimat cermat dan hidup secara sederhana. Kalau kita perhatikan mak-mak kita zaman dulu sangat pandai berjimat cermat. Dapat duit beli lauk dan barang dapur mereka pandai gunakan dengan sebaik mungkin.
Malah, ada lagi lebihan dan mereka simpan. Sebab itu tak perlu hairan kenapa mereka boleh menyimpan duit. Ada masa saya pun pelik bila memikirkan. Mak tak bekerja, tapi macam mana Mak boleh menyimpan dalam tabung haji sampai jumlahnya 5 angka.
Ada masa kita tercari-cari formula bagaimana hendak Allah bagi rasa cukup, nak Allah permudahkan rezeki. Sebenarnya ada tip simple yang boleh kita buat dan jadikan habit. Yang penting ikhlas, jadikan ianya sebagai habit dan terus istiqamah.
Allah sudah tetapkan rezeki untuk setiap dari kita. Apa yang penting kena bersyukur dan hargai segala nikmat yang Allah dah beri. Ianya takkan terhitung..
Al fatihah Mak
Kashoorga : Semoga Allah permudahkan urusan kita untuk bergelarseoran isteri dan juga ibu.
Melihat sesuatu yang luar biasa, ramai antara kita suka berkongsinya di media sosial. Adakalanya kita mahu lebih ramai tahu akan kejadian yang berlaku tanpa menyedari kejadian itu tidak tepat dan boleh mengundang kegusaran kepada ramai orang.
Begitu halnya dengan sebuah video yang tular di media sosial apabila diperlihatkan salji turun di bumi Makkah sekaligus dikaitkan dunia sudah semakin ke penghujungnya. Isu ini sama seperti di Tabuk, Arab Saudi yang turun salji dan ia fenomena biasa namun dikaitkan dengan dunia sudah akhir zaman.
Bahkan antara tanda-tanda kiamat berdasarkan hadis riwayat Muslim, Ibn Hibban dan lain-lain bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Tidak berlaku kiamat sehingga Tanah Arab kembali menjadi bumi yang menghijau dan sungai-sungai"..
Namun kadang kala tidak semua berita boleh dikongsi sehingga kini mendapat kesahihannya. Kerana kadang-kala kejadian itu bukan berlaku di lokasi dinyatakan sebaliknya tempat lain.
Hal inilah yang berlaku di media sosial di mana individu ini memperlihatkan salji turun di Makkah dan memaklumkan ini adalah salah satu tanda-tanda kiamat besar, semoga kita termasuk ke dalam golongan orang beriman yang selamat di jalan Allah SWT. Aamiin, kongsinya.
Di sebalik isu ini, yang dengan jelas memperlihatkan kawasan masjid diliputi salji hingga ada mulai mempercayainya, ada individu yang berada di bumi Makkah memaklumkan, tiada sebarang salji turun di bumi baroqah ini.
“Tak pasti jangan kongsi,” tulisnya.
Dan lebih tepat kejadian salji turun ini memang benar berlaku tapi bukan di Mekah sebaliknya di Masjid Arridho, Iran dan hal ini maklumkan oleh satu perkongsian kerana kawannya berbangsa Iran.
Bahkan ada invidu berkongsi berkongsi “janganlah buat video berunsurkan fitnah. Sempat lagi nak delete. Ini bukan di Mekah atau Madinah. Aku hari-hari tengok live Mekah di Youtube. Tak ada salji pun..
“Allahuakbar, baru tadi mak hantar gambar di Mekah masa umrah tak ada pula salji. Kat mana sebenarnya ni, tanyanya.
Apa yang pasti, dunia sudah tua dan ada banyak tanda-tanda kiamat kecil sudah muncul. Namun bila terjadinya kiamat itu terjadi semuanya atas kekuasaan Allah. Walallahualam..