Dalam dunia yang menuju semakin menuju ke penghujungnya ditambah ujian wabak penyakit Covid-19 yang mengakibatkan ribuan sudah meninggal dunia, sudah pasti kita mahukan pengakhiran yang baik dalam kehidupan kita.
Justeru itu, semakin ramai yang “mencari” ilmu-ilmu sebagai bekalan di akhirat kelak di mana menuntut ilmu diperlukan oleh manusia untuk mencapai kebaikan di dunia mahu pun di akhirat.
Firman Allah SWT dalam surah al-Taubah yang bermaksud: “Tidak sepatutnya bagi mukminin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya ” (Surah al-Taubah ayat 122) dan sabda Nabi SAW: “Menuntut ilmu itu wajib bagi setiap kaum muslimin” (Hadis riwayat al-Imam Ibnu Majjah).
Berdasarkan dalil-dalil yang disebutkan, maka jelas tuntutan mencari ilmu itu adalah wajib bagi seluruh umat Islam baik muslimin mahupun muslimat.
Dalam pada itu, dari satu perkongsian ilmu oleh Al-Fadhil Tuan Guru Syeikh Zainul Asri Haji Mohamad Romli yang merupakan Mudir Pusat Pengajian Darul Hadis, Yayasan Paksi Kedah mengenai “doa mahal” iaitu doa agar sempat bertaubat sebelum mati.
Ads
Jelas Tuan Guru Tuan Guru Syeikh Zainul Asri, doa ini diajarkan oleh gurunya dan sejak itu dirinya tidak pernah terlupa untuk membacanya.
Doanya juga amat ringkas dan boleh kita amalkan bersama-sama.
Ads
Doanya berbunyi begini:-
Allahummarzuqna qoblal mauti taubah
(Wahai tuhan tolong rezeki pada kami, sebelum kami mati kami sempat bertaubat).
Ads
Wa’indal mauti syahadah
(Ketika kami mati kami mendapat kesyahidan)
Waba’dal mauti jannatan wana’ima
(Selepas kami mati, kami mendapat syurga dan nikmat syurgaMu)
Bacalah doa selepas solat dan boleh juga sebelum kita melelapkan mata. Semoga kita semua meninggal dalam khusnul khotimah. Aamiin. Sumber : Tik Tok Kasturi_878
Khabar gembira buat wanita haid, kejar amalan ini di 10 malam terakhir Ramadan. Biarpun datang bulan, ada caranya wanita menambah pahala di bulan puasa ini.
Allahuakbar, ramai yang sedih mengadu kerana kedatangan haid pada malam 10 Ramadan terakhir ini, adakah masih boleh meraih Lailatul Qadar? Adakah boleh lagi merebut peluang-peluang Ramadan yang ada?
Ikuti perkongsian Ustazah Asma’ Harun ini dan jangan ketinggalan untuk mengejar pahala.
Sahabat, tak salah untuk sedih.. tapi jangan sampai lupa bahawa apa yang Allah SWT berikan adalah yang terbaik menurutNya untuk kita, pasti ada 10001 hikmah disebalik apa yang diciptakan. Insyallah.
Fitrah bagi seorang wanita jika kedatangan haid.
Saidatina Aisyah r.a. juga pernah menangis kerana kedatangan haid sewaktu ingin mengerjakan haji. Rasulullah SAW menenangkan hati Aisyah dengan berkata,
Maksudnya:
“Sesungguhnya ini adalah perkara yang telah Allah tetapkan bagi kaum wanita dari anak cucu Adam. Lakukanlah apa yang dilakukan oleh orang-orang yang haji, kecuali tawaf di Kaabah.”
[HR Bukhari]
Wanita yang berada dalam keadaan haid semasa Ramadan tidak perlu bersedih, kerana ini adalah ketetapan daripada Allah SWT. Tidak boleh berpuasa bukanlah bermaksud semua ibadah semasa Ramadan tidak dapat dilakukan. Sebenarnya, masih banyak amalan yang boleh diamalkan oleh para wanita yang didatangi haid dalam bulan Ramadan.
Amalan wanita haid semasa ramadan:
1. Memperbanyakkan doa dan zikir.
Firman Allah SWT:
Maksudnya: “Wahai orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepada-Nya di waktu pagi dan petang.”
[Surah al-Ahzab: 41-42]
Maksudnya: Ingatlah Aku, nescaya Aku akan mengingatimu, dan bersyukurlah kamu kepada-Ku dan janganlah kamu kufur.
[Surah al-Baqarah: 152]
2. Mendengar alunan al-quran.
Ketika sedang didatangi haid, para wanita masih boleh mendengarkan alunan ayat-ayat suci al-Quran. Disebutkan di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah r.a.:
Maksudnya: “Nabi Muhammad SAW meletakkan kepalanya di pangkuanku saat aku sedang haid, dan ia membaca al-Quran.”
[HR Bukhari]
Bolehkah membaca zikir harian, doa amalan dan surah-surah lazim semasa haid?
– Ulama tidak melarang wanita dalam haid membaca zikir sama ada yang dipetik daripada sebahagian kecil ayat al-Quran atau hadis Nabi Muhammad SAW seperti surah al-Fatihah, ayat kursi dan tiga Qul.
– Dibolehkan juga untuk membaca al-Quran bagi wanita yang menghafaz al-Quran sebagai kemudahan supaya tidak terlupa serta dibolehkan juga untuk tujuan belajar dan mengajar al-Quran.
Antara contoh doa yang boleh diamalkan adalah seperti:
a. Doa Kebaikan Di Dunia dan Akhirat.
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Maksudnya:
“Ya Allah, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia, kurniakanlah juga kepada kami kebaikan di akhirat dan lindungilah kami dari azab neraka.”- [Surah al-Baqarah: 201]
Maksudnya:
“Wahai Tuhan kami, kami telah menzalimi diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, pasti kami termasuk orang-orang yang rugi.”
[Surah al-A’raf: 23]
c. Doa Agar Diri Dan Keturunan Rajin Mendirikan Solat.
Maksudnya: “Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat, wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa ini.”
[Surah Ibrahim: 40]
Antara contoh zikir yang boleh diamalkan adalah seperti:
a. Zikir Taubat.
Maksudnya:
“Aku memohon ampun kepada Allah Yang Maha Agung, tiada Tuhan selain Dia Yang Maha Hidup dan Memelihara (kehidupan), dan aku bertaubat kepada-Nya.”
b. Zikir Fatimah.
سُبْحَانَ الله، الْحَمْدُ لِلَّه، اللهُ أَكْبَر
Maksudnya: “Maha Suci Allah, Segala puji bagi Allah, Allah Maha Besar.”
c. Zikir Pemberat Timbangan.
سُبْحَانَ اللَّهِ وبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ
Maksudnya: “Maha Suci Allah dan pujian bagi-Nya, Maha Suci Allah yang Maha Agung.”
Antara contoh surah lazim adalah:
a. Surah yang berada pada juzuk 30 bermula Surah Ad-Dhuha hingga al-Ikhlas
b. Misalnya Surah al-Insyirah, al-Kafirun, al-Kautsar, al-Masad, al-Falaq, an-Nas dan lain-lain.
3. Memperbanyakkan selawat.
Daripada Abdullah bin ‘Amr r.a., bahawa Nabi SAW bersabda:
فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً صَلَّى الله عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا
Maksudnya: “Sesungguhnya barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah SWT akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat.”
[HR Muslim]
4. Mempelajari ilmu agama.
Nabi Muhammad SAW bersabda:
وَمَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ
Maksudnya: “Siapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan mudahkan baginya jalan menuju syurga.”
[HR Muslim]
5. Melazimi sedekah.
Wanita yang haid masih boleh melakukan sedekah di bulan Ramadan.
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar r.a.:
يَا مَعْشَرَ النِّسَاءِ تَصَدَّقْنَ وَأَكْثِرْنَ الْاِسْتِغْفَارَ ، فَإِنِّـيْ رَأَيْتُكُنَّ أَكْثَرَ أَهْلِ النَّارِ
Maksudnya:
“Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar. Kerana, aku melihat kaum wanitalah yang paling banyak menjadi penghuni neraka.”
[HR Muslim]
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.anhuma:
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدَ النَّاسِ بِالْخَيْرِ وَكَانَ أَجْوَدُ مَا يَكُونُ فِي رَمَضَانَ حِينَ يَلْقَاهُ جِبْرِيلُ وَكَانَ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام يَلْقَاهُ كُلَّ لَيْلَةٍ فِي رَمَضَانَ حَتَّى يَنْسَلِخَ يَعْرِضُ عَلَيْهِ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْقُرْآنَ فَإِذَا لَقِيَهُ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام كَانَ أَجْوَدَ بِالْخَيْرِ مِنْ الرِّيحِ الْمُرْسَلَةِ
Maksudnya:
“Nabi SAW merupakan orang yang paling pemurah dengan kebaikan dan sifat pemurahnya semakin memuncak dalam bulan Ramadan, ketika Jibril menemui Baginda.
Jibril a.s. menemui Baginda setiap malam di bulan Ramadan sehinggalah selesai Nabi Muhammad SAW memperdengarkan al-Quran kepadanya. Ketika Jibril a.s. datang, Baginda memberikan kebaikan melebihi angin mursalah (yang bertiup atau yang dikirimkan).”
[HR Bukhari]
6. Memberi makan kepada orang yang berpuasa.
Amalan mudah bagi seorang wanita adalah menyediakan juadah berbuka buat orang yang berpuasa.
Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Zaid bin Khalid al-Juhani r.a.:
مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا
Maksudnya: “Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa dia akan mendapat pahala yang sama dengan orang yang berpuasa dalam keadaan pahala orang tersebut tidak berkurangan sedikit pun.”
[HR Tirmizi, hadis sahih]
Apa jua kebaikan seperti melakukan tugas harian, menguruskan rumah tangga, bekerja mencari rezeki dan sebagainya yang dilakukan semata-mata kerana Allah SWT dianggap sebagai satu ibadah. Ibadah yang sempurna akan diberi ganjaran hikmah dan pahala. Insya-Allah.
Sesungguhnya, wanita yang didatangi haid semasa Ramadan tidak terkecuali dalam merebut pahala. Usahakan melazimi amalan-amalan yang disebutkan di atas supaya kita tidak terlepas daripada merasai kemanisan beribadah di bulan Ramadan yang mulia.
Kebiasaannya ramai yang membaca surah Yaasin pada hari Khamis malam Jumaat untuk memohon keberkatan.
Tetapi dalam masa Perintah Kawala Pergerakan, kita sangat digalakkan untuk membacanya setiap masa bagi memohon kepada Allah melindungi negara kita.
Dan bagi mengisi masa terluang sepanjang PKP ini, beberapa rakan artis turut menganjurkan #ngajichallenge di rumah masing-masing secara di alam maya.
Cabaran ini telah disahut untuk dua pelakon wanita yang cantik, Uyaina Arshad dan juga Mira Filzah. Mereka dilihat mengaji secara online dan memberi cabaran kepada rakan lain untuk membacanya juga.
Cabaran ini disambut baik oleh rakan yang telah ditag nama di laman sosial masing-masing. Malah netizen turut boleh mendengar suara mereka mengaji surah Yaasin ini.
Bagi kedua-dua arts ini, Uyaina terlebih dahulu mengaji dan kemudian meletakkan nama Mira Filzah untuk meneruskan bacaan.
Ternyata sikap mereka berdua ini amat dipuji warganet. Mereka dilihat membuat amal ibadah tanpa menganggu urusan orang lain. Malah rata-rata warganet memuji kesedapan suara kedua-duanya.
Thank you Kak @lizaali27 for initiating this beautiful challenge. Ni Yana sambung surah Yassin ayat 11-20 ✨ Dan Yana challenge @mfmirafilzah untuk sambung ayat 21-30 pulak
Selain Netflix & TikTok, korang jangan lupa baca Quran & terjemahannya jugak okay? Stay safe, everyone!
Namun jangan sesekali memperlakukan isteri sesuka hati. Mereka hanyalah insan biasa yang juga ada hati dan perasaan.
Jika mereka penat, suruhlah dia berehat dan kalau tengah marah, redakan dengan memeluknya erat.
Perkongsian ini sangat menyentuh hati dan boleh dijadikan panduan dalam melayari hidup berumah tangga.
Kalau kita nampak isteri kita tengah naik marah, tengah membebel, tengah merapu, tengah menjerit, tengah naik angin…..
Tak payah buat benda lain. Jangan tanya. Jangan tegur. Jangan tazkirah. Lebih-lebih lagi, jangan marah dia semula.
Ambil apa saja yang ada di tangan dia, letakkan di tepi. Pimpin tangan dia, bawa di satu sudut. Peluk dia kuat-kuat. Tak payah cakap. Tak perlu pujuk. Cukup dengan peluk.
Dia mungkin menjerit dan marah. Nampak macam tenaga dia banyak sangat. Tapi saat itu sebenarnya dia berada di takah emosi yang paling lemah.
Kalau ada orang peluk dia waktu ni…. Dia boleh menangis teresak-esak. Dia boleh mengadu tersedu-sedu.
Tobat lahum. Dia taknak jadi begitu.
Dia nak jadi anak yang baik. Dia nak jadi isteri yang solehah. Dia nak jadi ibu paling sempurna di dunia.
Pelukan itu cukup membuatkan dia faham bahawa suami memahami.
Isteri bukan terlahir sebagai orang yang marah-marah dan suka marah. Kalau dia memang jenis baran, dari dulu pun suami takkan berkenan.
Bukan dia dari awal kenal pun jenis yang kokak kepala pekerja kedai kalau makanan lambat sampai. Tidak.
Jangan biarkan dia sendirian memujuk rasa. Perjalanan rumahtangga adalah perjalanan syurga. Tapi perjalanan ini tak semudah yang kita semua sangka. Sokonglah dia sepenuh jiwa.
Hong Leong Islamic Bank memperkenalkan halatuju baharu berasaskan prinsip Syariah, memfokuskan pengurusan kekayaan holistik dan nilai berteraskan amanah. Ketahui lima tonggak utama dan inisiatif terkini HLISB.