--:--
--
--

Imsak

--:--

Subuh

--:--

Zohor

--:--

Asar

--:--

Maghrib

--:--

Isyak

--:--
Waktu Solat di:
--

WAKTU IFTAR MALAYSIA

Ramadan - Ramadan 1446 H
Imsak

Imsak -

--:--
Berbuka

Berbuka -

--:--
* "Allow" lokasi untuk ketepatan
Ads

Tak Mampu Buat Amalan Besar, Mulakan Dengan Amalan Kecil

Dalam kesibukan hidup seharian, ada masanya kita merasa sukar untuk melakukan ibadah yang besar pahalanya. Kadangkala, kerana terlalu sibuk dengan urusan kerja, keluarga dan tanggungjawab harian, kita mula rasa diri tidak mampu untuk melakukan amalan-amalan besar seperti yang diimpikan.

Contohnya, ada yang masih berusaha untuk menunaikan solat fardu lima waktu pada awal waktu. Ada juga yang terlalu sibuk bekerja sehingga jarang dapat pulang menjenguk ibu bapa di kampung. Keadaan ini kadangkala membuatkan seseorang rasa serba kekurangan dalam beramal.

Namun begitu, jangan sesekali berputus asa. Jika belum mampu melakukan amalan yang besar, mulakan dahulu dengan amalan yang kecil. 

Amalan kecil yang dilakukan secara berterusan mampu menjadi latihan kepada diri dan motivasi untuk kita melangkah kepada amalan yang lebih besar pada masa akan datang.

BACA JUGA: Selalu Tangguh Buat Kerja, Ini Cara Islam Ajar Disiplin Urus Masa

Ketika menjalani aktiviti harian, biasakan lidah dengan zikir. Ucapkan tasbih, tahmid dan takbir walaupun ringkas. 

Jika berasa gembira atau menerima nikmat tertentu, jangan lupa mengucapkan syukur kepada Allah SWT. 

Ads

Amalan yang nampak mudah ini sebenarnya sangat besar nilainya jika dilakukan dengan hati yang ikhlas.

Selain itu, sambil berjalan atau melakukan kerja, kita juga boleh memperbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Bukan sahaja besar ganjarannya, malah hati juga akan terasa lebih tenang dan lapang.

Antara amalan paling mudah yang boleh dilakukan ialah dengan memberi senyuman kepada orang lain. Dalam Islam, senyuman juga dianggap sebagai satu sedekah.

Tak Mampu Buat Amalan Besar, Mulakan Dengan Amalan Kecil

 Walaupun kecil, ia mampu memberi kegembiraan dan aura positif kepada orang di sekeliling kita.

Ads

Begitu juga dengan memberi salam terlebih dahulu. Ia mungkin nampak remeh, tetapi amalan ini sangat baik untuk membina ukhuwah dan menunjukkan akhlak yang mulia. 

Apabila tiba di tempat kerja atau bertemu sesiapa sahaja, tidak salah untuk kita memulakan dengan ucapan salam sebagai tanda mesra dan kasih sayang sesama insan.

Jangan pernah merasakan diri terlalu kerdil hanya kerana baru mampu melakukan amalan-amalan kecil. Setiap kebaikan yang dilakukan, walau sekecil mana sekalipun, tetap akan dihitung di sisi Allah SWT. 

Firman Allah SWT dalam Surah al-Zalzalah ayat 7:

Ads

Maksudnya: Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya) !

Bahkan, langkah kecil itulah yang menunjukkan usaha dalam diri untuk berubah menjadi insan yang lebih baik.

Tidak semua orang mampu melakukan amalan besar pada setiap masa. Namun, amalan kecil yang istiqamah boleh menjadi asbab datangnya keberkatan hidup daripada Allah SWT. 

Yang paling penting, kita tidak pernah mengalah dalam mencari rahmat dan redha-Nya, walaupun langkah yang dimulakan itu hanya sekecil-kecil usaha.

Kesimpulannya, jangan pandang remeh amalan kecil. Boleh jadi amalan yang nampak sederhana itulah yang menjadi sebab hidup kita lebih tenang dan semakin dekat dengan Allah SWT. Mulakanlah dengan apa yang termampu, kerana setiap langkah kecil menuju kebaikan pasti bernilai di sisi-Nya.

++Untuk berita dan artikel terkini. Jangan lupa ikuti kami di media sosial rasmi kashoorga, InstagramFacebook & TikTok

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download sekarang ya?

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Inspirasi Lain

Selalu Tangguh Buat Kerja, Ini Cara Islam Ajar Disiplin Urus Masa

Pelajari kepentingan pengurusan masa dalam Islam dan cara berkesan untuk elak sikap bertangguh agar hidup lebih teratur, tenang dan diberkati.