“Tak Sempurna Tak Pe Janji Rajin” – Netizen Doakan Lisa Surihani Terus Istiqamah Sahut Cabaran #dudukrumahchallenge

Share

Sebenarnya banyak pekara bermanfaat boleh dilakukan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sehingga hujung bulan ini.

Salah satunya adalah dengan memperbanyakakkan amal ibadah dengan mengaji Al-Quran. Amalan ini turut dilakukan oleh pelakon, pengacara Lisa Surihani yang menyahut cabaran #dudukrumahchallenge dengan membaca ayat suci Al-Quran.

Ternyata seluruh ahli keluarga serta rakan-rakan memberi galakan padanya walaupun tahu bacaan yang dialunkan belum cukup sempurna.

Dalam postingnya sebelum ini di laman sosial Instagram Lisa turut berdoa agar Allah merahmati mereka dengan Al-Quran dan memberi ingatan apa yang terlupa serta ajarkan apa yang tidak diketahui.

#dudukrumahchallenge kerana bacaan ku tk sempurna. But my dear sisters (the khadijahs) and friends keep encouraging. Dia galakkan. “Daripada tk buat langsung, Lisa?” Moga istiqomah.

“Dgn doa, Ya Allah, rahmatilah kami dgn Al-Quran, Jadikan lah ia sebagai pemimpin, cahaya, petunjuk dan rahmat. Ya Allah, Ingatlah kami pada apa yang terlupa, ajarkanlah apa yang tidak diketahui.

“Kurniakanlah kami dapat membacanya siang dan malam. Jadikan ia perisai kami, wahai Tuhan semesta alam.

ARTIKEL BERKAITAN: “Hilang Orang Tersayang Sebelum Ramadan” – Mufti Menk

Ternyata perkongsiannya mendapat maklum balas positif dari warganet dan masing-masing mendoakan dia kekal istiqamah dan diberi kesejahteraan buat pelakon kesayangan mereka ini.

Tidak kurang yang memberitahu usaha murni dilakukan oleh Lisa ini menyuntik inspirasi untuk mereka melakukan aktiviti sama sepanjang tempoh PKP ini di rumah.

fouziahgous Beautiful sister. Ya kita sama2 usahakan. اَلْحَمْدُلِلّهِ dari day one dapat baca 2/3jam sekurangnya dgn waktu yg cukup luang dirumah
along_fitri Bacaan xsempurna xpe jnji rajin..in shaa Allah sama2 kita perbaik
ijaja_zafriThe beautiful part during a partial lockdown, we’re more closer to Allah swt. Alhamdulillah. #dudukrumahchallenge good job lisa
shique_ashikinMoga istiqamah.. sama2 kita perbaiki diri.. let’s do this @lisasurihani
salizajnh Proud of you. Keep on going without fail. It will be your very best friend later.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM Lisa Surihani
IKLAN