Penularan wabak COVID-19 yang semakin serius dan sangat membimbangkan bukan sahaja di Malaysia tetapi juga seluruh dunia.

Kebimbangan ini disuarakan oleh semua golongan termasuk alim ulamak yang yang turut memberikan pandangan mereka di laman Instagram berhubung pandemik yang berlaku.

“Ramai Akan Hilang Orang Tersayang Sebelum Ramadan” – Pendapat Dari Mufti Menk, Mira Filzah Minta Dekatkan Diri Dengan Tuhan

 

Perkara ini dikongsi oleh pelakon, pengacara Mira Filzah yang turut menyertakan posting oleh pendakwah terkenal dunia, Mufti Menk yang memberitahu wabak ini akan menyebabkan dunia kehilangan banyak keturunan generasi.

Bukan itu sahaja, malah jelas beliau yang merupakan Tokoh dari Zimbabwe berkata lebih ramai manusia akan meninggal dunia sebelum menjelang Ramadan ini.

IKLAN

Katanya lagi, dunia akan berubah sepenuhnya akibat wabak ini. Dia turut menggesa negara yang masih tidak menganggap wabak ini sebagai isu serius untuk melihat kesan yang berlaku kepada negara maju seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat yang kian lumpuh.

Dan bagaimana kesannya kepada negara dunia ketiga. Jelasnya, bersedia untuk lebih banyak kematian.

Dalam pada itu, Mufti Menk turut menjelaskan dia mengalami sakit tekak dan mengambil keputusan untuk tidak mengimamkan solat Jumaat atas alasan tidak mahu membahayakan umat Islam yang lain.

IKLAN

Malah, dia mengakui baru sahaja pulang dari Australia dan mula mengasingkan diri daripada keluarga kerana tidak mahu mereka turut berisiko terkena jangkitan, malah jelasnya, dia tidak menyapa kedua ibu bapa yang sudah lanjut usia untuk keselamatan mereka. Dan tidak menjejakkan kaki ke masjid kerana situasi semakin memburuk seluruh dunia.

“Saya melihat banyak negara masih tidak melihat ia satu isu yang besar dan serius. Jadi saya mahu memulakan langkah untuk mengumumkan kepada seluruh muslim di dunia, jangan pergi ke masjid.

“Saya tidak mahu berbicara sama ada masjid perlu ditutup atau tidak, ia hanya menyekat dahulu sementara kedatangan ke masjid. Negara saya baru sahaja mengumumkan kes pertama semalam namun saya percaya ramai yang sudah ada simpton jangkitan.

“Sama ada masjid masih dibuka atau tidak, jangan ke masjid terutama golongan tua dan kanak-kanak. Dan saya rasakan tidak masuk akal apabila kita diberitahu, hanya periksa jika ada simptom. Jujurnya, tiada simptom dan kita sudah terlambat apabila mengetahuinya. Saya sendiri merasakan sudah dijangkiti,” jelasnya lagi.

IKLAN

Tokoh Islam itu turut menyatakan pihak pengurusan jenazah perlu membuat persediaan untuk menerima lebih ramai kematian selepas ini. Saya percayakan Allah sepenuhnya, saya percaya kita akan mati. Orang berkata mengapa perlu menangguhkan solat di masjid, namun kita hanya menangguhkan buat sementara waktu untuk mengelakkan wabak ini.

“We’re going to lose a lot of generation, we’re going to lose a lot of our loved ones before Ramadhan. I have a feeling the whole world is gonna change completely, totally. We have to embrace this whole new way of looking at things” .
.
“I’m talking about the countries that have not yet taken it seriously. These are the first world countries (US, UK) who are saying “we cannot cope”, i really don’t want to see two to three weeks from now when the third world countries forget abt when not being able to cope, its going to be worst than we can imagine. Prepare for many more deaths” .
.
Something to ponder. Wallahu’alam. Takut, sedih, semua ada lepas tgk video ni. Bayangkan, orang yg berilmu agama tinggi bgtahu apa yg dia rasa, “prepare for more deaths”. Are we ready for that?! My dear 6M followers, please stay at home, muhasabah diri, dekatkan diri dgn Allah, banyakkan berdoa, agar semua akan reda dan jadi spt biasa. This is not something can vanish within 2 weeks time. It’s gonna be longer..  This time around, bukan setakat jaga kebersihan shj, tetapi jaga hubungan kita dgn Allah. We never know when is our turn. Lets do the best and have faith in Allah. #stayathome

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah) on

Ternyata perkongsian di laman Instagram Mira Filzah ini mendapat respon daripada netizen.

hana.sohor Thanks for sharing dear . All of us have to take the move. Jaga diri semua
adibah.hanim Allahuakbar…moga allah permudahkan segala urusan kita..
rayyanhaya May Allah bless you for sharing this @mfmirafilzah! With your influence, the message will reach many more in sha Allah
hakakbougasAllah,,, semoga kita semua diberi kekuatan menghadapi ujian ini dan semak in dekat denganNya.
liyanajmaluddin Semoga Allah ampunkan dosa kita dan terima amal ibadat kita semua. Amin.
iman_nabiela Kakak@mfmirafilzah pon..take care…thanks sbb share ilmu..moga ALLAH jauhkn kite dri wabak yg sdg melanda ini…AMIN
KREDIT FOTO: INSTAGRAM MIRA FILZAH & MUFTI MENK
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI