Mungkin inikah yang terbaik buat dirinya. Pesakit barah tulang, Mohd Shafuan Norazhar, 20, meninggal dunia di Wad Onkologi dan Radioterapi Hospital Kuala Lumpur (HKL), 8.47 malam tadi.

Mohd Shafuan yang dulunya merupakan seorang pelajar aktif dalam sukan disahkan menghidap barah tulang. Kisahnya mendapat perhatian daripada pelbagai media.

KELUARGA REDHA

Allahyarham yang juga anak kedua daripada tiga beradik menghembuskan nafas terakhir di sisi ayahnya, Norazhar Hussin, 48, ibu, Salmie Shafie, 48, ahli keluarga dan rakannya.

Tamatlah Sudah Deritamu, Pesakit Kanser Tulang, Shafuan Meninggal Dunia

Norazhar berkata, dia reda dengan pemergian Mohd Shafuan dan berterima kasih kepada semua yang mendoakan anaknya selain memberi sokongan moral serta bantuan wang ringgit.

KEADAAN KRITIKAL SELEPAS KEMOTERAPI

IKLAN

“Keadaannya agak kritikal selepas selesai menjalani rawatan kemoterapi malam tadi dan semakin membimbangkan apabila berlaku pendarahan di bahagian ketumbuhan.

Tamatlah Sudah Deritamu, Pesakit Kanser Tulang, Shafuan Meninggal Dunia

“Doktor sudah melakukan yang terbaik, namun Allah S.W.T lebih menyayanginya. Sebagai bapa, saya sedih tetapi reda dengan pemergiannya.

“Selepas semuanya selesai, jenazah anak saya akan dibawa ke kampung halaman kami di Jelebu, Negeri Sembilan untuk dikebumikan,” katanya.

IKLAN

Kisah penderitaan Shafuan turut mendapat perhatian daripada penyanyi Awi Rafael. Malah Awi juga sering mengikuti perkembangan remaja tersebut. Namun selepas mendapat perkhabaran sedih, Awi sempat menzahirkan ucapan takziah buat keluarga Shafuan di IG miliknya.


Tulis Awie: Adik Shafuan, selamat tinggal. Semoga Allah melindungi kamu. Kami dah cuba buat yg terbaik, semoga Kamu lebih indah bersamaNya disana. Itu yg terindah… kpd kawan2 yg nk menderma kpd ibu bapanya.. DM awi ok


https://www.instagram.com/p/Bwj98K2h_jh/?utm_source=ig_web_copy_link

IKLAN

Mohd Shafuan disahkan menghidap barah tulang sejak Januari tahun lalu. Penyakit itu memaksa Mohd Shafuan menjalani rawatan kemoterapi pada Julai hingga November tahun lalu dan ia berhasil apabila saiz ketumbuhan yang ada semakin mengecil.

Namun, ketumbuhan itu kembali membesar pada Januari tahun ini menyebabkan Mohd Shafuan dimasukkan semula ke HKL bagi menjalani rawatan sesi kemoterapi kedua.

Al-Fatihah buat keluarga Mohd Shafuan.

Sumber kredit: Harian Metro dan Awi Rafael

VIDEO KASHOORGA:

https://www.youtube.com/watch?v=FnUqOumlMTQ&t=45s

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI