--:--
--
--

Imsak

--:--

Subuh

--:--

Zohor

--:--

Asar

--:--

Maghrib

--:--

Isyak

--:--
Waktu Solat di:
--

WAKTU IFTAR MALAYSIA

Ramadan - Ramadan 1446 H
Imsak

Imsak -

--:--
Berbuka

Berbuka -

--:--
* "Allow" lokasi untuk ketepatan
Ads

Tegur Secara Berhemah, Bukan Jadi Keyboard Warrior Di Media Sosial

Dalam dunia digital yang semakin maju, sesiapa sahaja boleh membentuk versi diri yang diinginkan melalui platform masing-masing. 

Namun dalam keterbukaan media sosial hari ini, ramai pula yang berani menjadi “hakim” di alam maya dengan menghakimi orang lain secara terbuka, khususnya di ruangan komen.

Sememangnya, konsep amar makruf nahi mungkar iaitu mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran sangat dituntut dalam Islam. 

Namun begitu, teguran yang dibuat mestilah dilakukan dengan adab, hikmah dan niat yang betul. Bukan semua teguran yang nampak “berani” itu sebenarnya membawa kebaikan.

Sebab itu, apabila tangan terasa begitu mudah mahu menaip komen untuk menegur orang lain di media sosial, tanyalah semula kepada diri sendiri. Adakah cara teguran itu benar? Adakah kita benar-benar mahu orang itu berubah ke arah kebaikan atau sebenarnya kita sekadar mahu dilihat lebih alim, lebih betul dan lebih baik daripada orang lain?

Hakikatnya, ada perbezaan besar antara menegur dengan berhemah dan menegur sehingga menjatuhkan air muka seseorang. 

BACA JUGA: Hukum ‘Spill The Tea’ Dalam Islam, Bila Berkongsi Cerita Bertukar Jadi Dosa

Ruangan komen ialah ruang terbuka yang boleh dibaca oleh sesiapa sahaja. Malah, apa yang ditulis di situ boleh mengundang perdebatan panjang, cemuhan dan pelbagai reaksi yang tidak terkawal.

Ads

Atas sebab itu, menegur secara peribadi adalah lebih baik. Jika benar ingin membantu seseorang berubah, tegurlah melalui mesej peribadi atau direct message (DM). 

Cara ini lebih tertutup, lebih beradab dan hanya melibatkan pihak yang berkaitan. Ia juga lebih menjaga maruah individu tersebut berbanding menegur secara terbuka di hadapan orang ramai.

Teguran secara peribadi bukan sahaja lebih lembut, malah dapat mengelakkan timbulnya komen-komen susulan yang tidak diingini. Dalam pada masa yang sama, ia membantu menjaga nama baik orang yang ditegur dan mengurangkan risiko fitnah serta salah faham.

Walau bagaimanapun, cara menegur juga sangat penting. Islam mengajar umatnya supaya menggunakan pendekatan qawlan layyina, iaitu tutur kata yang lemah lembut dan beradab. Prinsip ini menekankan kepentingan menjaga bahasa serta memilih kata-kata yang tidak menyakitkan hati.

Ads

Allah SWT berfirman dalam Surah Taha ayat 44 :

Maksudnya: “Maka hendaklah kamu berkata kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan dia beringat atau takut.”

Betapa indahnya ajaran ini, sehinggakan Nabi Musa AS sendiri diperintahkan untuk berbicara dengan lemah lembut kepada Firaun yang terkenal dengan kezaliman dan kesombongannya. 

Jika kepada Firaun pun diperintahkan sedemikian, apatah lagi sesama manusia biasa seperti kita.

Oleh itu, elakkan menggunakan bahasa sindiran, sarkastik atau kata-kata kasar ketika menegur. 

Ads

Bahasa yang keras hanya akan membuatkan orang lebih terluka, defensif dan sukar menerima nasihat. Teguran yang baik bukan hanya dari sudut isi, tetapi juga indah dari sudut cara penyampaian.

Dalam pada masa yang sama, tidak semua perkara perlu diulas dan ditegur secara terbuka. Ada isu yang sangat kecil, namun apabila disentuh secara berlebihan di media sosial, ia boleh menjadi besar dan akhirnya menimbulkan fitnah. Kadang-kadang, diam juga adalah satu bentuk kebijaksanaan.

Sebagai pengguna media sosial, kita perlu sentiasa ingat bahawa setiap apa yang dilakukan akan dihitung di sisi Allah SWT. 

Bukan sahaja percakapan, bahkan jari yang menaip di telefon juga akan menjadi saksi. Malaikat di kiri dan kanan tetap mencatat setiap perkataan, komen dan reaksi yang kita tinggalkan.

Justeru, jadikanlah media sosial sebagai medan untuk menambah pahala, bukan tempat mengumpul dosa. Gunakan platform yang ada untuk menyebarkan kebaikan, bukan untuk memalukan orang lain. 

Menegur itu memang mulia, tetapi hanya akan bernilai jika dibuat dengan ikhlas, beradab dan penuh hikmah.

++Untuk berita dan artikel terkini. Jangan lupa ikuti kami di media sosial rasmi kashoorga, InstagramFacebook & TikTok

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download sekarang ya?

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Inspirasi Lain

Hukum ‘Spill The Tea’ Dalam Islam, Bila Berkongsi Cerita Bertukar...

Apakah hukum spill the tea dalam Islam? Ketahui bahaya membuka aib, larangan mengumpat dan cara menjaga maruah menurut ajaran Islam.