“Jangan Tanya Kenapa Masih ‘Single’, Doakan Saya Cepat Ditemukan Jodoh Yang Baik-Baik”

Share

Diam tak diam nampaknya tinggal seminggu sahaja lagi kita akan menghadapi tahun baru, 2020. Jika murah rezeki, bukan sahaja gaji bertambah, tetapi juga usia kita.

Namun yang menjadi masih igauan adalah apabila ramai akan bertanya ‘bila nak kahwin’ terutama bagi yang masih ‘single’.

Walaupun mulut tersenyum menjawab pertanyaan ‘makcik-makcik bawang’ tetap soalan itu terkesan juga dalam kotak fikiran.

Kalau boleh tidak mahu bertemu mereka terutama pada musim perayaan kerana itulah soalan yang akan ditanyakan nanti.

Gambar sekadar hiasan.

Tolong akak acik !! tolong akak !

Terkejut dapat panggilan dari seorang kenalan, menjerit -jerit ketika telefon.

Sabar kak, istigfar ingat Allah, balasku.

Raya nak dekat acik, akak tak sanggup orang panggil andartu.Kenapalah tuhan tak jumpakan jodoh akak. penuh dengan keluh kesah katanya pada aku.

Ingat Allah kak,biarkan mereka berbicara. Nanti dah penat mereka akan berhenti. Semua orang nak berumahtangga, semua orang mahu miliki pasangan masing-masing tetapi itulah ujian yang Allah hadirkan itu berbeza-beza kak.

Biarlah orang nak kata tentang akak, yang penting jaga solat, berdoa dan yakin Allah. Biar dibilang andartu daru tersalah pilih. Kerana terdesak terima siapa sahaja, kalau baik alhamdulilah kalau yang kaki pukul, kaki kikis, penagih dadah macam mana ?

Orang nak kata apa, biarkan mereka. Paling penting kita ada pendapatan sendiri tak susahkan orang, cari kebahgiaan kita sendiri dulu. Ada duit pergi travel, ada lebih lagi pergi buat umrah. Minta doa depan kaabah lebih baik dari tertekan kata orang.

Biar lambat asal jangan salah pilih jodoh. Biar lambat tapi kita bahagia bersama-sama dia. Kita saja yang faham diri kita.

Paling penting jangan putus asa dan jangan sangsi dengan Allah.

Cari ilmu Allah, baiki diri kita dulu, lengkapi dengan ilmu agama. Jika dah jumpa jodoh nanti kita dah bersedia segenap ruang.

Gambar sekadar hiasan.

Kalau kita hidup kerana cakap-cakap manusia, sampai mati pun mereka tak pernah akan puas hati.Tapi kalau kita redha semua benda itu adalah terbaik dari Allah, kita pasti insaAllah semuanya akan baik-baik sahaja walau pandangan manusia tak baik.

Bersedia untuk raya akan datang ini dengan soalan bila nak kawin ?

Alhamdulilah acik dah ready, apa pun balaslah dengan suara dan nada yang slow, bahasa yang sopan dan beradab. Mereka cuma ambil berat tentang kita.

Jawapan siap-siap:

-Doakan saya, semoga Allah permudahkan soal jodoh saya.
-Mak cik/pak cik tolong saya carikan mana tahu ada jodoh.
– InshaAllah, tahun depan tarikh,masa, tempat belum tetap lagi. Doakan ye.
-Allah sedang uji saya dalam soal jodoh, Saya usaha selebihnya saya serah pada Allah.

Ok ? jawap elok-elok minta mereka doakan. Mana tahu doa dia di angkat Allah ? Siapa tahu..

SUMBER: JODOH ITU RAHSIA ALLAH

IKLAN