Tiada ujian yang lebih berat apabila diuji dengan kehilangan orang tersayang. Pergi yang tiada ganti lagi.
Dalam perkembangan terkini, nahas melibatkan 9 ahli keluarga, difahamkan suami dan ayah kepada anak-anak yang meninggal dunia ini tidak akan dapat menghadiri majlis pengkebumian kerana perlu menjalani kuarantin selepas empat dari anaknya termasuk bayi 10 bulan disahkan positif Covid-19.
Dalam laporan Harian Metro sebentar tadi, jenazah sembilan sekeluarga yang terkorban dalam kemalangan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) USJ, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) menghala ke Shah Alam, tengah malam tadi, akan dikebumikan esok.
Adik kepada Allahyarham Norul Naziah Buyong, Nurul Atika, 33, berkata, urusan pengebumian semua jenazah dijangka dilakukan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, di sini. “Lima daripada mereka termasuk Norul Naziah, 37, dijangka dikebumikan dalam satu liang lahad.
Ads
“Sementara, empat lagi termasuk bayi berusia 10 bulan akan dikebumikan secara berasingan apabila didapati positif Covid-19 selepas ujian saringan dilakukan pihak hospital,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik, Hospital Shah Alam, hari ini.
Katanya, jenazah akan disolatkan di sebuah surau di Seksyen 17 dan ahli keluarga akan menguruskannya secepat mungkin yang dijangka sebelum Zuhur.
Ads
Kesedihan ditanggung oleh Abdul Mahit, suami dan bapa kepada 8 anak ini yang dijemput illahi sekelip mata hanya Allah yang tahu.9 sekeluarga termasuk seorang pomen meninggal selepas diseret treler besar ini. Bunyi dentuman kuat berlaku menurut beberapa saksi kejadian
Sementara itu, jenazah seorang lagi mangsa kemalangan, Mohamad Rahimi Rolex, 27, dijangka dikebumikan di tanah perkuburan sama, malam ini.
Difahamkan, hasil saringan ke atas jenazah Allahyarham mendapati negatif Covid-19.
Ads
Terdahulu, media melaporkan Norul Naziah dan lapan anaknya iaitu Razarul Amin Abd Razak, 17; Razatul Aliah, 16; Puteri Hidayah Abd Razak, 12; Muhamad Aizat Syazwan, 10; Muhamad Rolkaizat Rezky, 9; Muhamad Hidayat Hakimie, 7; Puteri Nur Ain Syalwana, 3; dan Muhammad Raid Fathi yang berusia 10 bulan.
Kejadian berlaku ketika keluarga itu bersama suami dan bapa, Abdul Razak Majit, 50, dalam perjalanan pulang ke rumah di Padang Jawa, Klang selepas menghadiri majlis kenduri kahwin saudara di Melaka.
Bagaimanapun, anak lelaki mangsa yang berusia 14 tahun terselamat kerana tidak mengikuti keluarga berkenaan. Masa yang sama, dirinya dijaga oleh adik arwah.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Cinta itu sangat indah. Cinta itu satu pemberian dari Tuhan kepada setiap insan yang berhak untuk merasai kenikmatannya. Apatah lagi jika cinta itu datang dari ikatan yang halal dan diredai Allah.
Seperti perkongsian dari Da’i Wan Dazrin di laman sosial Instagram tentang kisah cintanya dengan isteri tersayang.
Menurut sebelum ini dia tertanya-tanya apa yang menyebabkan isteri tersayang menyukai dirinya.
Adakah kerana disebabkan rupa paras atau ilmunya. Dan ternyata jawapan diperoleh dirai isteri tersayang menjadikan dia tidak akan berpaling mencari wanita lain.
Tambahnya lagi ketika di zaman belajar, dia memang tidak bercakap dengan Muslimat. Ini kerana dia yang terlalu sibuk dengan urusan mencari ilmu agama.
Dan sepanjang 8 tahun itu isterinya masih setia menunggu walaupun status ketika itu ibarat ‘tergantung sepi. Namun itulah yang dikatakan kalau sudah jodoh tidak ke mana.
Dan apabila sudah sah bergelar suami isteri, Dai Wan dan isteri kini melayari hidup bahagia sambil berkasih sayang dan diharapkan hubungan ini berkekakan hingga ke jannah.
Sebenarnya. Saya telah simpan ‘Video’ ini, betul2 sejak dari mula saya merancang utk menghasilkan cerita tntng kami berdua. Semua yg kenal saya sebagai penulis pasti tahu betapa saya tidak akn menulis melainkan saya sudah melalui ‘Fasa2’ yg saya nak tuliskan terlebih dahulu. Utk membuktikan saya menulis dgn pengalaman, dari bacaan pengalaman baru saya olah kpd penulisan. Seperti buku ‘Bertunang – One step closer’. Selepas saya bertunang barulah saya hasilkan ia. Mungkin kali ini telah tiba waktunya saya kongsikan sebuah buku perjalanan ‘Perkahwinan’ kami berdua.
Kpd semua yg sdg membaca, perhati jawapan @syahirah_zamzari kan? Ketika ditanya oleh Abg @fedtriyahya. Apa yg Syahirah suka tentang Da’i Wan? Rupa dia ke, ilmu dia ke? Saya, sewaktu ini, teringin benar ingin mengetahui sama. Ttpi jawapan dari dia buat saya terduduk dari dalam hati sendiri & tersenyum kagum. Ya, dia jawab, simple, tapi sgt ‘Meaningful’: ‘Segala pasal dia. Segalanya.’ Sebagai seorang suami yg sah, dari saat itu, saya berjanji pd diri & hati saya. Tidak akan ada wanita lain yg layak bertakhta di dlm hati ini melainkan dia seorg shj sbb dia benar2 menghargai saya.
Saya pernah tanya @syahirah_zamzari , apa yg membuatkan dia sanggup menunggu saya selama 8 tahun? Ya, benar. 8 tahun dia menanti jawapan saya. Jarang dapat berkomunikasi dgn saya. Sbb saya sombong. Saya tidak bercakap dgn ‘Muslimat’ di zaman pengajian agama Islam saya dulu. Saya sibuk dgn urusan memartabatkan diri dgn ilmu agama shj. Tp dia tunggu saya dgn sabar. Padahal sah2 tergantung sepi, tidak bertali- Haqiem Rusli. Ha٢. Tapi hebatnya, dia masih ‘Percaya’ dlm menunggu saya. Saya tanya kenapa? Mengapa rugikan masa sendiri mcm tu?.
Dia jwb: Sbb Ayg percaya, Syg adalah yg terbaik utk ayg. She fought for it..
Dan jawapan itu akn sy semadikan dlm penulisan buku baru sy nanti, yg akn memaksa kalian utk menangis seperti mana sy mengalirkan air mata saat sy menaip intipati / isi bukunya kini. Nantikanlah. Nantikanlah. 20-1-2020. ‘Teaser’ pertama. Jam 9 malam. Semoga kalian jadi yg terawal mengetahui & memiliki ia nanti. إن شاء الله
‘Jangan lupa tanggungjawab kita sebagai pengundi.’ Dr Zulkifli ingatkan berdoa dan mohon petunjuk pilih pemimpin yang ‘terbaik’ kerana kita berhak memilih siapa untuk menjadi pemerintah kita kelak.
Bahang PRU ( Pilihanraya Umum) makin terasa apatah lagi di jalanraya banyak poster dan bendera parti masing-masing berdiri megah menanti saatnya siapa yang bakal menerajui negara. Ada di kalangan kita yang sedari merancang perjalanan untuk pulang mengundi di kampung halaman.
Paling penting siapa pun pilihan kita, jangan lupa tunaikan tanggunjawab kita sebagai pengundi seperti yang disarankan oleh Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri ini. Ikuti perkongsiannya,
Tanggungjawab kita sebagai pengundi
Sudah diketahui umum bahawa Pilihan Raya Umum ke-15 akan berlangsung pengundiannya pada 19 November ini.
Sekarang, semua parti politik dan calon menambahkan lagi kerancakan kempen Pilihan Raya dengan pelbagai seni dan cara termasuk rapat umum atau menggunakan media sosial moden untuk menyampaikan maklumat kepada khalayak pengundi.
Saya lafazkan alhamdulillah kerana setakat ini, masih lagi terkawal tanpa sebarang pertumpahan darah berlaku. Dan lebih menarik dari itu, terlalu banyak berita yang dipaparkan pertemuan calon-calon semasa berkempen di pasar, masjid, surau, atau tempat umum.
Rasa penghormatan antara satu sama lain dan bertegur sapa merupakan sejuzuk daripada tanda kematangan demokrasi berparlimen semasa berkempen diwujudkan dan diamalkan. Syabas semuanya.
Hijab & Solat, Antara Tuntutan Agama Dan Kehendak Diri
Menginsafi apa yang akan berlaku, makanya sebagai pengundi, saya mengesyorkan kepada diri saya, keluarga saya, bahkan masyarakat supaya kita mengambil kecaknaan dan prihatin berkenaan isu ini.
Dalam masa yang sama, hendaklah kita melaksanakan tugasan kita untuk mengundi pada hari yang telah ditetapkan. Ini merupakan tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia yang mesti kita tunaikan.
Keduanya, perlu kepada kita sentiasa mengambil maklum ilmu dan juga kefahaman terhadap manifesto yang dibentangkan kepada kita kerana sesebuah parti atau calon akan melaksanakan dengan sebaik mungkin berdasarkan tekad dan iltizam jika diberi kemenangan untuk melaksanakan manifestonya.
Ketiga, kita diajar untuk berdoa, beristikharah (mohon petunjuk dari Allah melalui solat dan doa sebagaimana riwayat yang sahih) dan beristisyarah (mohon nasihat dan pandangan dari yang mengetahui).
Keempat, antara doa yang sepatutnya kita lazimi pada saat ini ada tiga doa, iaitu:
اللَّهُمَّ وَلِّ أُمُوْرَنَا خِيَارَنَا ، وَلَا تُوَلِّ أُمُوْرَنَا شِرَارَنَا
Maksudnya: “Ya Allah! Lantiklah untuk urusan kami (pemerintahan) orang-orang yang terbaik di kalangan kami. Janganlah Engkau lantik untuk urusan kami orang-orang yang terburuk di kalangan kami.” (Lihat Ibtihalat wa Da’awat oleh Dr Yusuf al-Qaradhawi, hlm. 68)
اللَّهُمَّ اجْعَل وِلَايَتَنَا فِيْمَنْ خَافَكَ وَاتَّقَاكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِين
Maksudnya: “Ya Allah! Jadikanlah kuasa wilayah kami pada orang yang takut kepada-Mu dan bertakwa kepada-Mu, wahai Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.” (Lihat Nafahat al-Minbar al-Makki, 1/137)
اللَّهُمَّ لَا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا بِذُنُوْبِنَا مَنْ لَا يَخَافُكَ فِيْنَا وَلَا يَرْحَمُنَا
Maksudnya: “Ya Allah! Janganlah Engkau jadikan pemimpin kami – disebabkan dosa-dosa kami – orang yang tidak takut kepada-Mu dan tidak mempunyai belas kasihan kepada kami.” (Lihat al Mustadrak ‘ala Majmu’ Fatawa, 3/108)
Fudhail bin ‘Iyadh Rahimahullah pernah berkata:
لَوْ أَنَّ لِي دَعْوَةً مُسْتَجَابَةً مَا صَيَّرْتُهَا اِلَّا فِي الاِمَامِ
Maksudnya: “Seandainya aku memiliki doa yang mustajab, aku akan tujukan doa tersebut pada pemimpinku.”
Kemudian ditanya kepada Fudhail, “Kenapa begitu?” Lantas jawabnya: “Jika aku tujukan doa tersebut pada diriku sahaja, maka itu hanya bermanfaat untukku. Namun jika aku tujukan untuk pemimpinku, maka rakyat dan negara akan mendapat manfaat dan kebaikan secara umum.” (Lihat Hilyah al-Auliya’, 8/77)
‘Dulu Bapa Angkat, Sekarang Suami’
Pilih Pemimpin ‘Terbaik’
Semoga peringatan ini akan membawa kepada kebaikan kepada pemimpin yang dipilih nanti. Kita mengharapkan negara kita akan menjadi negara yang aman sentosa, makmur dan rakyatnya sentiasa dilimpahi keberkatan dari Ilahi. Amin.
Kashoorga : Pilihlah pemimpin yang anda percaya dan yakin.
Mungkin ada sebahagian kita kurang kenal siapakah Bacharuddin Jusuf Habibie atau nama popularnya BJ Habibie. Beliau merupakan Presiden ketiga Indonesia menggantikan Presiden Suharto pada Mac 1998. Sosok tubuhnya kecil namun, kepintarannya dan kegenesiuannya tidak boleh dipertikai.
Beliau yang dikenali sebagai Mr. Crack kerana kegeniusannya dalam bidang penerbangan memang sangat dikagumi di Jerman, negara di mana dia melanjutkan pelajaran.
Namun kepintaran jurutera aeronautikal ini sebenarnya mempunyai cerita menarik yang perlu kita ingat dan semestinya amalkan kerana BJ Habibie sendiri adalah bukti akan kebesaran Allah SWT sang Pencipta. Baca petikan cerita ringkas tentang bagaimana BJ Habibie muncul sebagai ‘manusia sains’ yang genius.
Ada seorang pelajar lelaki, Habibie namanya. Beliau pelajar terbaik dari asia. Beliau dihantar ke sebuah universiti di Jerman. Di universiti Jerman ini, beliau sentiasa dapat tempat ketiga. Tidak pernah dapat tempat pertama. Peliknya, kedudukan pertama dan kedua adalah daripada bangsa Yahudi.
Beliau tertanya-tanya, “Kenapa aku tak mampu kalahkan mereka berdua? Sedangkan aku ini pelajar terbaik dari Asia? Apa rahsia mereka berdua hingga menjadi pelajar paling pintar?”
Habibie mencari jalan bagaimana mahu mengorek rahsia mereka berdua. Habibie pun berkawan dengan yahudi berdua itu. Habibie memberitahu mereka berdua “Aku mahu tumpang kamu berdua ke asrama, boleh?”
Mereka benarkan. Minit demi minit, jam demi jam silih berganti. Habibi memerhati kelakuan mereka. Dari pagi sampai malam beliau bersabar. Tetapi tiada apa-apa perkara pelik yang kedua-dua Yahudi ini lakukan.
Tiba waktu malam, mereka tidur. Habibie turut tidur dalam mood tertanya-tanya. Tiba-tiba, jam 2 pagi, pada 1/3 malam akhir, Habibie tersedar. Habibi lihat kedua-dua yahudi ini bangun, mandi, bersihkan diri.
Kemudian mereka membuka sebuah buku. Mereka membacanya dengan penuh asyik. Habibie bangun dari tempat tidur, dekati kedua-dua pemuda Yahudi itu. Terkejut Yahudi itu dan segera menyorokkan buku yang dibaca. “Apa yang kamu baca?” “Tiada apa-apa.”
Habibi tak puas hati, lalu mendesak kedua-dua yahudi itu perlihatkan buku yang dibaca. Akhirnya mereka tunjukkan buku yang dibaca itu. Terkejut Habibi, buku itu adalah Al-Quran!
“Kenapa kamu membaca al-Quran?” “Kami baca kerana kami percaya di dalamnya penuh dengan ilmu. Ketika kami baca pada 1/3 malam akhir, sel-sel otak kami terangsang. Ketika itu, otak kami akan berada pada tahap terbaik,” jelas salah seorang pemuda Yahudi itu.
“Kerana itulah kami menjadi orang pintar dan cerdik. Kamu umat Islam tinggalkan Al-quran, kerana itulah kamu menjadi sebodoh-bodoh umat.”
“Jika kamu umat Islam berpegang pada al-Quran, nescaya kamu akan menjadi sebijak-bijak manusia, bahkan lagi hebat daripada kami bangsa Yahudi.”
Terdiam Habibi. Tiada kata-kata nak diluahkan kerana saat itu berasa seperti baru tersentak dari lamunan. Menangis Habibie kerana kata-kata Yahudi tersebut.
Selepas kejadian tersebut, Habibi jadikan membaca al-Quran sebagai rutin. Beliau bangun malam, mandi, bersihkan diri, tahajjud dan membaca Al-Quran. Selepas itu, setiap kali peperiksaan, beliau akan mendapat tempat pertama.
Akhirnya, beliau menjadi pakar kapal terbang dan digelar “MR Crack”, kerana geniusnya beliau dalam bidang penerbangan Ketika berusia 32 tahun, beliau mencipta “crack progression theory” @ “Teori Habibie.” Dan mungkin atas faktor kecerdsan otaknya jugalah, beliau menjadi Presiden ke-3 Indonesia
Kashoorga : Apa yang kita rasa sekarang? Lahir sebagai Islam tetapi jarang membaca al-Quran? Sedekahkan surah umul kitab Al-Fatihah buat BJ Habibie
Hukum ubat kuat menurut Ustaz Azhar Idrus adalah harus jika digunakan untuk tujuan kesihatan dan nafkah batin, dengan syarat produk halal, selamat serta tidak memudaratkan pengguna.