Apabila isteri bahagia dengan apa yang dilakukan, maka perasaan mereka akan tenang dan gembira. Selalulah menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama membantu meringankan tanggungjawab suami.
Apabila setiap pengorbanan yang dilakukan isteri dihargai oleh suami, pastinya hubungan itu akan menjadi lebih membahagiakan. Bertuahnya Norzie Pak Wan Chik. Begitu dihargai oleh suaminya, Aidid Marcello.
Berikut catatan ucapan hari lahir Aidid Marcello di laman Instagramnya buat isteri tercinta.
Nilah kekasih dunia akhirat saya. Nama dia @norziepwc Hati dia baik walaupun kadang2 dia cenghey macam singa. Dia selalu jaga aku, takut aku sakit. Dia amik berat pasai aku dan anak2. Dia pun penat kerja utk sama sara hidup.
Ads
Tapi… 2 minggu lagi dia dah x kerja dah. Dia amik keputusan utk focus besarkan anak, bukan besarkan saya… Alhamdulillah, minta2lah segala doa ditanah suci insyaAllah termakbul sebab kita kena percaya yg rezeki tu dariNYA. Lepas ni aku jadi manager dia.
Yang penting hari ni hari istimewa dia, walaupun tragedi semalam… sorang anak cabut gigi, sorang anak kena jahit 4 jarum hahahaha macam2 hal! Hampa doa-doakan dia yg baik2 ok?
Lastly, selamat hari lahir babyku cayang buchuk!!! Semoga terus menjadi isteri, mak dan anak yg solehah. Dah tu ja sepatah 2 kata saya
Kenangan terindah yang dikongsi bersama anak menantu dan cucu-cucu tersayang pastinya akan dikenang sampai bila-bila. Bagaikan pengantin baharu, pasangan Haji Sani dan Hajah Mala ‘disandingkan’ buat kali kedua sempena menyambut ulantahun perkahwinan mereka yang ke 50.
Foto-foto ‘majlis persandingan’ pasangan warga emas ini telah dimuatnaik oleh dimuat naik oleh jurufoto,Cpin Aidil
Lebih mengujakan, kaum keluarga juga sangat sporting memeriahkan sambutan ulang tahun perkahwinan pasangan bahagia ini yang boleh dikatakan sangat sweet. Lagaknya macam pasangan mempelai yang baharu berkahwin sahaja. Usia perkahwinan pasangan ini yang sudah mencecah ke angka 50 tahun sama sekali tidak memudarkan kasih sayang antara keduanya malah semakin utuh.
Buktinya, lihat sahaja aksi romantis pasangan ini membuatkan mereka kelihatan seperti pengantin baharu. Dengan bertemakan majlis persandingan dengan dihadiri ramai tetamu, ini sekitar foto ulang tahun perkahwinan yang ke-50 pasangan merpati dua sejoli ini.
Berikut kapsyen juru gambar yang bertanggungjawab merakamkan momen indah pasangan merpati dua sejoli ini. Tulis Cpin Aidil
BIAR GAMBAR BERBICARA
Moga kisah pasangan warga emas ini menjadi inpirasi buat pasangan suami isteri di luar sana terutama pasangan yang baharu melangkah ke alam perkahwinan.
Menutur sabar itu mudah, tetapi tidak semudah itu ia mampu melunturkan perasaan gundah dan negatif seseorang pada situasi yang dihadapinya terutama kepada yang masih buntu penyelesaian.
Bukan mudah untuk bersabar dan jauh lebih sukar untuk mempertahankan kesabaran. Jika dapat melepasi tahap sabar, maka sabar itu boleh menjadi penawar paling mujarab dalam menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi.
Dalam rumah tangga, syurga seorang isteri bergantung kepada reda suaminya. Namun dugaan paling besar buat seorang wanita ialah bersabar.
Jadi seorang isteri, hal yang amat kritikal bagi kita ialah suami. Kita – makhluk Allah yang sarat dengan emosi dan kadang terlalu menuruti kata hati, lalu memang satu hal yang menakutkan kalau ada kata-kata dan tindak tanduk kita yang melukai hati suami – sengaja atau tidak sengaja.
Rasulullah S.A.W sebut dengan jelas tentang perangai orang perempuan – saat berdepan dengan satu saja pun keburukan suami, si isteri boleh lupa dengan kebaikan suaminya yang lain. Perangai inilah yang paling banyak menjerumuskan perempuan ke neraka. Allah. betapa ngerinya!
Jadi seorang isteri, banyak-banyakkanlah minta maaf dari suami. Mungkin ada terkurang layanan kita, terkasar bahasa kita, terlajak berprasangka, tercerita tentang aibnya pada sesiapa.
RENDAHKAN HATI MEMOHON MAAF
Allah ya Allah, rendahkan hati kita untuk merayu kemaafan darinya. Jangan kita hanya nampak kelemahan dia tapi kita lupa kelemahan kita. Jangan kita sibuk besar-besarkan kesilapannya tapi kita pandang kecil kesilapan kita.
Pandang muka suami kita, siapa pun dia, itulah yang Allah dah pilihkan sebagai jodoh kita. Itulah lorong nikmat, itulah juga lorong ujian Allah buat kita.
Semua buruk baik dia boleh jadi asbab kebaikan untuk kita. Mungkin untuk tundukkan ego kita. Mungkin untuk Allah beri pahala melalui sabar kita. Mungkin untuk latih kita berdikari dan keluarkan potensi diri. Ada sebabnya. Pasti ada sebabnya!
Minta Allah jaga rumahtangga kita. Kalau ada hal tentangnya yang kita tidak suka, banyakkan berdoa pada Allah. Kita tidak boleh ubah suami kita, tapi Allah boleh. Minta dari Allah. Jaga hubungan kita dengan Allah agar mudah kita minta Allah jaga rumahtangga kita.
Masya-Allah, indahnya kesudahan hidup seorang isteri andai dia mati dalam keadaan mendapat redha seorang suami. Indahnya janji Allah bahawa isteri yang diredhai suaminya boleh masuk syurga dari mana-mana pintu yang disukainya. Indah sangat, kawan-kawan! Tidak teringin ke kita untuk mendapatkannya?
NIAT JADI ISTERI YANG TERBAIK
Hari ini, ayuh simpan niat untuk jadi isteri yang lebih baik daripada semalam. Simpan hasrat untuk cuba dan kemudian cuba. Allah pandang usaha kita. Allah pasti beri ganjaran walau pun pada sekecil-kecil usaha kita. Inshaa-Allah.
Ayuh tutup aurat kita serapat mungkin agar kita bakal menjadi ketua bidadari untuk suami kita di syurga kelak. Lindungi walau sehelai rambut. Litupi walau hanya tapak kaki yang kita rasa hanya berada di bawah tapi ia yang bakal menentukan ke syurga kah kita.
Ya Allah,
Jadikanlah isteri yang membaca ingatan ini sebagai isteri menyejukkan hati suami mereka ya Allah. Aamiin. Sumber kredit: Majlis Ilmu
WEBINAR JODOH 💖: SUAMI KIRIMAN ILAHI
✨Jom Sis semua yang masih single terutamanya sejenis yang pemalu! Kita belajar ilmu menjemput jodoh💘
Dengan ilmu menjemput jodoh, Sis akan..
✅ Tak tertanya-tanya lagi “Dimana atau ada ke bakal imamku❓❓” 🤷🏽♀
✅ Jelas ✨ dan yakin 💪🏻 dengan langkah-langkah mudah ikhtiar mencari jodoh 💘 (Tip: Islam itu Mudah dan Indah)
✅ Akan dijauhi heartbreak 💔 dan lelaki yang tak serius 👻
Yang sudah berstatus ‘Dimiliki’, ambillah manfaat ilmu ini untuk memudahkan dan percepatkan lagi jodoh Sis 💞
Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula rumah tangga. Perkahwinan adalah satu perkongsian hidup antara seorang lelaki dan wanita yang telah bersetuju untuk hidup bersama. Apabila sudah lama hidup bersama maka sudah tentulah banyak ‘perubahan-perubahan’ yang akan berlaku. Di sinilah terletaknya toleransi antara pasangan suami isteri.
Perkongsian Mohd Fhais dilaman Facebooknya tentang perkahwinan ada benarnya. Itulah yang dinamakan realiti.
Orang kahwin mana yang tak ada masalah. Semua bermasalah. Tapi tak bermaksud dah berkahwin tak boleh enjoy. Malah lepas kahwinlah kena banyak enjoy, baru bahagia!
Pejam celik dah masuk 6 tahun usia rumahtangga saya dan isteri. Mula berdua sekarang dah berempat.
BANYAK YANG BERUBAH
Banyak sangat perubahan dah berlaku. Baik buruk perubahan itu semua di telan. Suka atau tak tetap kena telan. Inilah kehidupan berumahtangga.
Sekarang dah tak sama macam dulu:
1. Masa mula kahwin dulu tak boleh cakap sebarangan. Walaupun typo kat whatsapp, mudah curiga. Boleh buat merajuk 2-3 hari. Sensetif ya amat.
Sekarang dah lain. Trust tu lebih kuat. Pergi kerja jauh sampai ke negara orang pun dia tak curiga. Nak trust kuat, jangan sesekali buat onak, sekali buat sampai ke tua dia tak percaya.
2. Kalau dulu masing-masing jaga badan. Maintain pakai baju saiz m. Tapi sekarang asal nampak makanan, semua di bedal. Itu sebab saiz baju dah bertukar xl. Suami badan berisi tandanya bahagia. Betul ke??
Tapi badan je berisi tapi poket tak berisi pun tak boleh bahagia juga. Kena lah rajin usaha.
3. Dulu setiap masa nak meseg tanya buat apa tu. Kalau boleh setiap minit nak tahu status terkini. Kadang rasa annoying pun ada.
Tapi sekarang tak ada dah nak meseg-meseg. Call terus je. Itu pun kalau ada emergency baru nak call. Rasa rindu pula nak meseg sweet-sweet.?
4. Dulu cepat gelabah. Masalah kecil pun nak haru biru. Ingat lagi masa rania kecil, dia menangis je, dah jerit-jerit panggil isteri. Punyalah gelabah tak tahu nak buat apa masa tu.
JADIKAN KITA KUAT
Tapi sekarang dah kental. Nak mandi anak, cebuk berak, bagi anak makan semua dah teror. Siap boleh bagi isteri rehat lagi kat rumah. Bukan kena Queen Control ye tapi dah boleh Control Ego sendiri.
Itulah maksud perkahwinan, semua akan berubah. Berubah lebih baik, atau lebih buruk. Pilihan pada kita sendiri.
Perkahwinan sepatutnya menjadikan kita lebih kuat. Setiap dugaan dan masalah yang di tempuh sepanjang perkahwinan adalah untuk menjadikan kita manusia yang lebih kuat.
Bak kata Prof. Muhaya,
“Kena ENJOY dengan masalah, sebab masalah itulah yang akan buat kita jadi lebih kuat!”
Perkahwinan adalah ujian. Ujian kejujuran, ketahanan dan kepimpinan. Lulus ujian ini jambatan menuju kebahagiaan menanti kita.
Sumber kredit: FB: Mohd Fhais
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?