Saban hari, kita membaca kes-kes kematian dan pemergian orang di sekeliling kita. Sama ada ia melibatkan diri kita, ipar duai kita, jiran tetangga mahupun sesama muslim. Masa yang sama, kita juga mungkin berat mulut untuk mengucapkan salam takziah pada keluarga diuji kesusahan atau kematian atas alasan, kita tidak mengenalinya atau tidak pernah bertemunya langsung. Kata orang tiada kena mengena pun.
Namun tahukah, walau kita tidak mengenali ahli keluarga yang dilanda ujian itu, rebutlah untuk ucapkan salam takziah buat mereka yang dilanda musibah ini. Ini kerana, hukum mengucapkan takziah adalah sunat yang dituntut.
Tahukah dengan hanya mengucapkan Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un ("(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh suatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali) saat kita mendengar berita kematian atau ujian itu, Allah akan pakaikan kita pakaian kemuliaan di hari akhirat kelak.
Ads
Ini berdasarkan satu hadis diriwayatkan Abu ‘Umarah r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak ada seorang mukmin yang mengucapkan takziah kepada saudaranya disebabkan suatu musibah melainkan Allah SWT akan memakaikannya dengan pakaian kemuliaan pada hari kiamat kelak.”(Riwayat Ibn Majah – 1601)
Takziah dari sudut bahasa merujuk kepada: “Memberikan ketenangan kepada keluarga si mati dan menggalakkan mereka untuk bersabar dengan jaminan pahala (terhadap perbuatan itu) serta mendoakan jenazah si mati yang beragama Islam dan juga doa kepada mereka yang ditimpa musibah.”
Ads
Masa yang sama juga, ucapan takziah kepada individu yang kita kenal atau tidak kenal itu adalah dengan cara menyuruhnya supaya bersabar menghadapi ujian kala itu. Seperti ucapan ‘semoga Allah memberikan ganjaran yang besar kepada kamu’ dan seumpamanya.” (Rujuk Hasyiyah Al-Sindi ‘ala Ibn Majah – 1/486)
Ads
Ucapan sebegitu menepati anjuran Rasulullah SAW seperti yang disebutkan dalam riwayat daripada Usamah bin Zaid r.a berikut bahawa Baginda SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya bagi Allah SWT apa yang Dia ambil dan milik-Nya jualah apa yang Dia berikan. Semuanya ada ajal (tempoh masa) yang tertentu di sisi-Nya. Perintahkanlah dia (perempuan itu) untuk bersabar, nescaya kamu akan mendapat ganjaran.” (Riwayat Al-Bukhari – 7377).
Jadi jangan berat mulut menyampaikan ucapan takziah walau pada individu tidak kita kenali.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Jika minggu sebelumnya, seorang ulama besar, Al-Allamah Syeikh Muhammad Al-Mukhtar bin Muhammad al-Amin Al-Shanqiti, telah pergi meninggalkan kita.
Dan hari ini seorang lagi ulama yang telah dijemput Illahi. Ulama besar, Syaikh Amin Al Harory, Almarhum Rahimahumullah yang terlalu banyak sumbangannya kepada Islam.
Berita sedih ini dikongsi oleh Pu Rahmat dalam laman sosial Instagramnya. Menurut Pu Rahmat, Almarhum seorang Alim dalam Bidang Tafseer dan kehilangannya begitu dirasai.
Tambahnya lagi sebelum ini beberapa kali pihak komunis cuba untuk membunuh Almarhum tetapi gagal. Dan hari ini kita berdukacita atas kehilangannya.
Telah pergi meninggalkan kita seorang Ulama besar bernama Syaikh Amin Al Harory. Terlalu banyak sumbangan Almarhum Rahimahumullah kepada Islam. Kita telah kehilangan seorang yang Alim dalam Bidang Tafseer. Komunis beberapa kali cuba membunuh Almarhum dan gagal. Hari ini kita berduka cita atas kehilangan ini. Innalillahi wainna ilaihi rajiun. Ya Allah ampuni Almarhum dan Rahmati Al marhum
Dalam pada itu perkongsian yang disertai gambar Almarhum turut mendapat perhatian warganet. Dalam satu pertanyaan ditanyakan kepada PU Rahmat, kenapa ada tumbuhan pada serban Almarhum.
Menjawab pertanyaan itu, PU Rahmat berkata, pokok yang ada di atas serban Armarhum adalah pokok raihan. Almarhum Syaikh memang suka pokok berkenaan dan merupakan pewangi.
Dalam pada itu, kehilangan ulamak besar ini juga turut meninggalkan kesan dan rata-rata netizen berkongsi pandangan bahawa kehilangan Almarhum yang cukup besar buat seluruh umat Islam seluruh dunia.
dinlolet Alfatihah buat arwah…kehilangan buat seluruh umat Islam dunia
ticermai Innalillah hiwaiina ilaihirojiun..semoga Allah tempatkn Almarhum di dlm golongan hambaNya yg dicintai dn diredhai.
salmah_azmi Aamiin……yaAllah…ampunilah Almarhum serta hamba ini yg kerdil serta seluruh umat islam ini….al fatihah
mohamadsyabab ilmu Allah diangkat dgn mematikan para2 ulama,,innalillahiwainnailayhirojiun
Mendengar keluh kesah dan kekecewaan terhadap doa yang tidak dikabulkan Allah bukanlah perkara asing lagi. Ada sahaja sahabat atau orang sekeliling kita yang tertanya mengapa doanya tidak termakbul walaupun telah dipanjatkan pada waktu mustajab.
Bagi menjawab persoalan ini, elok kita baca terus kupasan daripada ustaz Mohd Masri Mohd Ramli yang acapkali ditanya tentang hal ini.
Saya sering mengulangi mesej yang sama setiap hari Jumaat. Iaitu kelebihan berdoa di hari Jumaat, terutamanya selepas waktu Asar.
Satu hari, saya mendapat satu komen yang bertalu-talu. Asalnya saya menyangka dia ingin bertanya apakah tips untuk doa lebih mustajab.
Tetapi penghujungnya, dia menzahirkan putus asa kerana sudah banyak kali berdoa pada waktu yang mustajab yang disebutkan dalam hadis-hadis yang sahih, akan tetapi doanya tetap belum diterima.
Di sini saya kongsikan sedikit jawapan kepada kita semua yang menghadapi masalah yang sama.
Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri daripada menyembahKu akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan yang hina [Ghafir 40: 60]
Dan apabila hamba-hamba Ku bertanya kepada mu tentang Aku, maka [jawablah], bahawa Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kepada Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi [segala perintah] Ku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. [Al-Baqarah 2:186]
2. Kekuatan doa itu banyak bergantung kepada sangkaan kita kepada Allah
Abu Hurairah r.a meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seseorang daripada kalian berkata: Ya Allah ampuni aku jika engkau mahu. Ya Allah rahmati aku jika engkau mahu. Hendaklah bersungguh-sungguh dalam berdoa. Sesungguhnya tiada siapa dapat memaksa Allah. [Sahih al-Bukhari, Kitab ad-Da’awat, hadis no: 5891]
Abu Hurairah r.a meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda:
Akan dijawab doa salah seorang daripada kalian selagi mana dia tidak tergesa-gesa, iaitu dengan berkata: Aku telah berdoa, tetapi tidak dimakbulkan. [Sahih al-Bukhari, Kitab ad-Da’awat, hadis no: 5892]
3. Apa yang kita sangka baik dalam diri kita boleh jadi hakikatnya tidak baik. Jadi Allah menggantikan dengan yang lebih baik
Abu Sa’id al-Khudri r.a meriwayatkan Nabi SAW bersabda: Tidaklah seorang Muslim berdoa dengan doa yang tidak mengandungi dosa dan memutuskan silaturahim, kecuali Allah akan memberikan kepadanya salah satu daripada tiga perkara berikut:
(1) Akan disegerakan doanya itu, (2) ditangguhkan ke hari Akhirat, (3) dijauhkan keburukan semisalnya daripada orang yang berdoa.
Para sahabat bertanya: Oleh kerana itu, kami perlu banyak berdoa? Baginda menjawab: Allah, pemberianNya lebih banyak [Musnad Ahmad, Musnad Abu Sa’id al-Khudri, hadis no: 10921
4. Boleh jadi ada perbuatan-perbuatan haram kita yang membuatkan doa kita kurang berkesan
Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah SAW bersabda: Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Allah itu Baik, dan tidak menerima kecuali sesuatu yang baik jua. Sesungguhnya Allah menyuruh orang beriman dengan apa yang pernah disuruh kepada para rasul.
Allah berfirman: Wahai para rasul. Makanlah daripada makanan yang baik-baik. Lakukanlah amal soleh. Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kalian lakukan. [Al-Mukminun: 51].
Firman Allah lagi: Wahai orang beriman, makanlah daripada makanan yang baik yang telah kami kurniakan kepada kalian. [Al-Baqarah : 172]
Kemudian baginda menyebutkan tentang seorang lelaki yang bermusafir jauh. Keadaanya kusut masai dan diselaputi debu.
Dia menadah tangannya ke langit dan menyebut ‘ Wahai Tuhan, wahai Tuhan’, sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram. Lalu bagaimana mahu diterima (doanya) disebabkan keadaannya itu? [Sahih Muslim, Kitab az-Zakat, hadis no: 1692]
Doa dan memohon perlindungan Allah itu umpama pedang. Pedang bergantung kepada orang yang menghunusnya, bukan sekadar kepada ketajaman bilahnya.
Apabila pedang itu pedang yang sempurna tanpa kecacatan. Lengan yang memegangnya pula lengan yang kuat.
Tiada pula perkara yang menghalang. Maka pedang itu berhasil mencederakan musuhnya.
Apabila hilang salah satu daripada tiga perkara ini, maka hilanglah keberkesanan senjata itu.
Begitu jugalah doa seandainya doa itu sendiri doa yang tidak elok. Atau orang yang berdoa itu tidak menggabungkan hati dan lisannya ketika berdoa. Atau apabila terdapat penghalang daripada terkabulnya doa, maka kesan doa itu tidak diperolehi. [Al-Jawab Al-Kafi]
Wallahua’lam.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Baru saja ditayangkan Ahad lalu, nampaknya drama bersiri Stay Away From Me sudah menjadi kontroversi. Ini berikutan ia ditayangkan di secara ekslusif di aplikasi temu janji gay, Blued dan penstriman video.
Lebih menakutkan, pihak produksi langsung tidak menyatakan “story board” kepada pelakon utamanya, Danish Iskandar yang masih di bawah umur, 17 tahun.
Dalam pada itu, Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM) menerusi laporan media bersedia untuk merujuk kes tersebut kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membolehkan sisatan dilakukan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad berkata, hal ini kerana perkara tersebut bertentangan dengan norma dan budaya rakyat Malaysia. “Ia norma rakyat Malaysia yang tidak beretika. Semua agama tidak boleh menerima konsep berkenaan gay ini,” katanya.
Tambahnya, jika perkara tersebut berlaku di mana-mana negeri, jabatan agama negeri berkenaan akan diminta memanggil pelakon terbabit untuk mendapatkan kepastian. “Jakim hanya penyelaras saja, tidak ada bidang kuasa untuk menghukum kerana ia terletak kepada pihak berkuasa agama negeri,” katanya.
Dalam pada itu, pakar motivasi, Akhi Fairuz Al Jengkawi dalam perkongsianya di fbnya memaklumkan, hal ini menyalahi undang-undang kerana pelakonnya kanak-kanak dan masih di bawah umur.
Berikut adalah perkongsian darinya.
Viral isu ni di Tiktok. Kemudian, meratalah kisahnya disebarkan di laman berita-berita online.
2. Maka, tularlah nama pelakon ini, Danish Iskandar, berusia 17 tahun. Beliau membintangi siri bertemakan gay berjudul Stay Away From Me.
3. Netizen di Tiktok mula membawang pasal si Danish ni. Ada yang mempersoalkan kecenderungan seksualnya dan bertanya kau bottom ke top. Then Danish jawab dia tetap lelaki sejati.
4. Danish menambah, masa awal ditawarkan untuk menjayakan siri ini, jalan cerita tak terlalu jelas, storyboard pun tak ada babak-babak sensasi jantan sesama jantan.
5. Namun, segalanya berubah bila di hujung-hujung penggambaran. Pihak produksi mula menyuruh beliau melakonkan scene romantik sesama jantina.
6. Beliau habaq, dia tak dapat nak tarik diri sebab proses penggambaran dah hampir selesai. Jadi, kena buat juga.
7. Untuk pengetahuan anda, series ni bukan ditayangkan di stesen tv, tetapi ia ditayangkan secara ekslusif di aplikasi temu janji gay dan penstriman video.
8. Aplikasi apa tu tak dinyatakan. Ada banyak tempat mereka berkumpul seperti Grindr, Tindr, Blued dan lain-lain. Untuk aplikasi penstriman video juga tidak dinyatakan. Ada banyak apps seperti itu zaman sekarang ni.
9. Jadi, izikan saya mengulas dari beberapa sudut.
9.1. Si Danish ni baru berusia 17 tahun. Dalam undang-undang di Malaysia, beliau masih lagi dalam kategori kanak-kanak. (Definisi kanak-kanak, Seksyen 2, Akta Kanak-kanak)
9.2. Jadi, perbuatan pengarah, penerbit dan krew penerbitan jelas-jelas melanggar Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (berhubungan pornografi kanak-kanak dan pengantunan seksual).
9.3. Apa yang berlaku kepada beliau tu jelas-jelas melanggar akta kanak-kanak sedia ada; Danish diminta melakukan aksi intim dan babak romantik sesama jantina.
9.4. Saya harap pihak yang berautoriti bersuaralah! Bertindaklah! Menteri Komunikasi dan Multimedia. SKMM. Menteri Agama. Menteri Wanita. JAKIM. Semualah yang ada kuasa dalam ini negara.
10. Untuk pengetahuan tuan puan juga, aplikasi pencarian pasangan sesama jenis ni ada banyak sangat. Nak cari kenalan setempat pun mudah, hanya klik search people nearby.
11. Di twitter, terlalu banyak dark side acc yang terang-terang mempromosi kelompok ini. Mereka diikuti puluhan ribu pengguna twitter yang lain tanpa mengenal profesion, suami orang, pelajar sekolah dan lain-lain.
12. Didiklah anak seawal mungkin agar tak bermula bibit-bibit sebegini.
13. Educate anak tentang private part, sentuhan selamat, sentuhan tak selamat, sentuhan tak selesa, realiti kehidupan di asrama, cakna dengan perubahan anak selepas akil baligh (terutama anak lelaki), berbual dengan anak berkaitan ancaman mereka di internet; pornografi, sexual grooming dan lain-lain.
14. Kita tak nak generasi selepas ini berbangga dengan dosa maksiat yang dilakukan. Wallahualam.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Hong Leong Islamic Bank memperkenalkan halatuju baharu berasaskan prinsip Syariah, memfokuskan pengurusan kekayaan holistik dan nilai berteraskan amanah. Ketahui lima tonggak utama dan inisiatif terkini HLISB.