Untuk Yang ‘Single’ Baca Ayat 36 Surah Yasin, Doa Pengasih Temu Jodoh. Amalkan Je Secara Istiqamah!

Share

Memang banyak kelebihan membaca Surah Yasin. Bacaan Surah Yasin tidak hanya terhad untuk dibaca setiap malam Jumaat.

Artikel Berkaitan: Isteri Tengah Mengandung, Selain Puasa Sunat Suami Elok Amalkanlah Surah Al-Fatihah, Luqman, Yasin, Yusuf & An Nahl

Tetapi juga di baca untuk majlis tahlil, kenduri doa selamat, majlis mohon restu untuk pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR, SPM sahaja tetapi lebih daripada itu.

Sabda Rasulullah SAW:

“Setiap sesuatu ada jantungnya dan jantung Al-Quran ialah Yasin. Barangsiapa membaca Yasin, Allah tuliskan untuknya pahala membaca Al-Quran sepuluh kali ganda” (Riwayat Al-Tirmizi)

Artikel Berkaitan: “Nak Dapat Jodoh Yang Baik, Jangan Lupa Berdoa Dapat Mertua Yang Baik Juga” – Pesan Ustazah Isfadiah

Ibni Abbas r.a berkata:

“Sesiapa membaca Yasin di waktu pagi diberikan untuknya kemudahan hari itu sampai ke petang dan sesiapa membacanya di awal malam, diberikan untuknya kemudahan malam itu sampai ke pagi” (Riwayat Al-Darimi)

Dan buat mereka yang masih mencari jodoh pula, boleh juga amalkan Surah Yasin, ayat 36. Ayat ini juga turut dikenali sebagai doa pengasih.

Jika diamalkan secara konsisten, Insya-Allah akan dikurniakan jodoh yang baik dan mampu bimbing kita ke jalan soleh.

IKLAN