Kebiasaannya tahun-tahun sebelumya di bulan Ramadan, Kota Suci Mekah akan menjadi tumpuan jemaah untuk menyambut Ramadan di sini.
Tetapi tahun ini sangat berbeza dek kerana wabak pandemik COVID-19. Kelihatannya Kota Mekah sangat sunyi, lengang dan sepi disebabkan larangan kerajaan Arab Saudi untuk menghalang sementara orang ramai dari memasuki Kota Madinah dan Mekah.
Ada hikmah di sebalik apa yang berlaku, apabila individu yang bekerja dan menetap di Tanah Suci diibratakan insan bertuah kerana dapat merasai beribadat dan berbuka puasa di hadapan Kaabah penuh ketenangan.
Dalam video di muat naik di laman Instagram Ilmfeed beberapa individu dilihat dapat merasai pengalaman tersebut. Tambah mengasyikkan berlatar belakangkan seruan azan pastinya menggamit kesyahduan yang sukar diungkap dengan kata-kata.
Ternyata perkongsian ini mendapat reaksi daripada warganet. Masing-masing turut terkesan melihat situasi yang berlaku dan menyatakan rasa rindu pada Tanah Suci.
saf.ski It would be a much more beautiful and exhilarating sight without that clock tower showing us the a sign of the hour. Nonetheless, very fortunate indeed mashaAllah
Ads
aaliya_eajaz MAA SHA ALLAH may Allah bless us to see this beautiful view soon and grant us to perform Umrah soon Aameen Aameen Aameen Sallallahu Alaa Muhammad Sallallahu alaihi WA sallam
aisha_binte_jaleel Subhanallah. I hope to be here next Ramadan. Inshallah
xboxwasmyidea These are mostly people working inside the haram. Its so sad to see it empty in ramadan
KASHOORGA: Semoga kita semua berpeluang lagi untuk menjejakkan kaki ke sana. Dan marilah berdoa agar ibadah haji dapat dilaksanakan tahun ini dengan sempurna.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Apa lah gunanya miliki rumah mewah bak istana andai malaikat Rahmat pun enggan menghampirinya. Harta yang ada tidak terasa nikmatnya; ada sahaja perkara perkara buruk menimpa pemiliknya.
Tak betah diduduk di rumah! Sepatutnya rumah itu laksana syurga di dunia, namun lain pula jadinya.
Ini semua kesan daripada tiada rahmat dan berkat Allah SWT.
Jika kita selami, rasa tidak ‘ngam’ ini, ia berpunca daripada tiadanya kunjungan malaikat Rahmat yang membawa berkat daripada Allah.
Sekarang tiba pula persoalan, bagaimana kita nak undang kehadiran malaikat Rahmat ini?
Sudah tentu kita inginkan kehidupan yang tenang, aman, damai, menguntungkan dan segala jenis kebaikan mengalir masuk ke rumah kita berkat kehadiran malaikat Rahmat.
Dalam tidak sedar, ada perbuatan kita menyebabkan malaikat Rahmat tidak sudi masuk ke rumah. Cuba nilai punca berikut dan atasinya segera.
Sesungguhnya menghubungkan silaturahim adalah wajib, manakala memutuskannya adalah satu dosa besar.
Anak-anak wajib berbuat baik kepada ibubapa tanpa syarat, perlu taat dan menghormati mereka. Jangan sesekali menderhaka dan mengguris hati mereka kerana ia adalah dosa besar.
Reda Allah terletak kepada reda ibubapa. Kita tidak mahu ibubapa membenci kita kerana jika ia terjadi Allah juga akan murka terhadap kita.
Anak-anak yatim adalah golongan yang wajib dilindungi dan dilimpahi dengan kasih sayang. Jangan sesekali kita cuba memakan dan menggunakan harta mereka.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Sebaik-baik rumah orang Islam ialah rumah yang tinggal di dalamnya anak yatim yang diberi layanan baik terhadapnya.
Dan seburuk-buruk rumah orang Islam ialah rumah yang tinggal di dalamnya anak yatim yang dianiaya.”
Kehadiran anjing di dalam rumah akan menjejaskan kebershan dan kesuciannya. Dibimbangi ada najis seperti air kencing dan jilatannya pada mana-mana bahagian rumah seperti lantai atau perabot.
Riwayat Imam Al-Bukhari menyatakan, Abi Talhah mendengar baginda Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Tidak akan masuk malaikat ke dalam rumah yang ada di dalamnya anjing dan tidak pula masuk ke dalam rumah yang ada di dalamnya patung.”
Sebarang acara yang tidak diisi dengan zikir seperti bertasbih, bertahmid, bertakbir dan tidak diisi ucapan selawat dan salam ke atas junjungan Nabi SAW perlu dihentikan.
Ini disifatkan sebagai kelalaian, kerugian dan penyesalan disebabkan hilangnya kebajikan, tidak mendapat apa-apa ganjaran atau pahala. Malaikan Rahmat akan menjauh dan syaitan pula akan menghampiri.
Rasulullah SAW pernah bersabda, “Tidaklah satu kaum duduk dalam satu majlis di mana mereka tidak berzikir kepada Allah SWT melainkan ditimpakan ke atas mereka pengurangan pahala.” (Riwayat Al-Imam Ahmad)
Ini melambangkan keperibadian yang muflis. Penghuni yang suka mencaci, memaki sesama saudara Islamnya, mengeji sebarang kejadian alam, penyakit dan banyak lagi.
Tiada satu perkataan yang baik pun keluar daripada mulutnya. Kita patut menjaga lisan,berkata perkara yang baik-baik sahaja agar malaikat Rahmat sudi menghampiri rumah kita.
Golongan yang dimaksudkan ialah orang yang terbabit dengan arak dan rasuah, orang yang merubah ciptaan Allah seperti membuat tatu pada tubuh badan, mencukur atau menipis bulu kening, lelaki yang menyerupai perempuan dan perempuan yang menyerupai lelaki.
Sebenarna amat mudah untuk kita mengundang malaikat Rahmat datang dengan cara mengelakkan perkara-perkara yang dilarang dalam agama. Semoga dengan perkongsian ini, kita dapat perbetulkan apa yang salah selama ini.
Hebatnya penangan raja buah pada musim ini sehingga ia telah tular dan menjadi kegilaan ramai.
Setiap kali tiba musim durian, pasti ramai orang akan membelinya dan kadang-kadang ada yang akan membuat jamuan dan pesta memakan durian.
BAU DURIAN DI BAWA KE DALAM SOLAT
Tahukah anda, buah durian yang sudah tua dan terlalu masak mengandungi alkohol. Disebabkan itulah, jika dimakan secara berlebihan, ia boleh memabukkan, malah boleh muntah kerana panas dari dalam.
Namun, menurut pandangan ulama’ seperti Mufti Indonesia, Imam Abu Hanifah dan ramai lagi, ia bukanlah alkohol yang sampai kepada hukum haram.
Menurut Imam Abu Hanifah lagi, hukum memakan durian adalah berbalik kepada hukum asal, iaitu harus dan tidak haram.
Hal ini kerana, segala jenis buah dan juga jus buah yang tidak diproses seperti arak, iaitu diperam selama tiga hari atau lebih adalah halal untuk dimakan.
Namun, perlu diingatkan untuk tidak berlebihan kerana bimbang boleh mengundang mudarat.
Hal ini ada disebut melalui firman Allah dalam kalamnya yang berbunyi:
“Dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.”
(Surah Al-A’raf, 7:31)
Malah, tidak dapat disangkal lagi bahawa terdapat banyak kebaikan dan khasiat yang akan diperoleh jika kita memakan buah durian. Hal ini telah didasari oleh beberapa buah kajian saintifik yang telah dilakukan oleh pakar-pakar pemakanan mengenai keunikan durian.
Buah durian yang dikatakan mengandungi vitamin A, C, E, B1, B2, kalsium, protein, serat, karbohidrat, kalium dan fosforus dikatakan baik untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Malah, antioksidan yang terkandung di dalam durian tersebut boleh mencegah dan menghilangkan jerawat.
Ia juga mengandungi tryptophan yang berfungsi untuk menenangkan fikiran dan tubuh serta boleh mengubati penyakit imsonia. Vitamin B-6 yang juga terkandung di dalam buah durian mampu menghasilkan serotonin yang berfungsi untuk mencegah tekanan secara semulajadi.
Akhir sekali, ia diyakini boleh mengawal keseimbangan gula dalam darah sehingga kadar gula menjadi normal.
Walau bagaimanapun, ia tidak digalakkan dimakan oleh golongan yang mempunyai penyakit diabetis dalam jumlah yang banyak kerana ia mengandungi karbohidrat yang tinggi dalam bentuk glokosa dan fruktosa, menurut Dr Zubaidi.
Sebenarnya, banyak lagi khasiat dan manfaat durian yang diperoleh oleh para penggemar durian sehingga ia diiktiraf sebagai buah paling sedap oleh peminat durian yang fanatik.
Walau bagaimanapun, pengambilannya perlu dielakkan sebelum ingin menunaikan solat, sama ada berjemaah atau tidak.
Hal ini kerana, baunya yang boleh menganggu kekhusyukan sesiapa sahaja dalam solat. Bukankah Allah telah berpesan bahawa, apabila solat, kita perlu meletakkan dunia dan isinya di luar agar tidak mengganggu ibadah kita.
Mafhum: “Dan berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya.” (Surah Al-Mu’minun, 23:1-2)
Malah, dalam sebuah hadis nabi juga ada disebut bahawa mereka yang memakan benda-benda yang sangat kuat baunya perlulah dibersihkan mulutnya terlebih dahulu sebelum bersolat.
Maksud: “Siapa memakan bawang putih atau bawang, maka jarakkanlah mereka daripada kamu atau jarakkanlah daripada masjid kami.” (Hadis Riwayat Bukhari)
Menurut tafsir Al-Allam Syarh ‘Umdatul Ahkam, makruh hukumnya memakan benda-benda yang berbau jika ingin solat selepasnya. Ia bukan sahaja untuk mengelakkan daripada jemaah lain tidak terganggu, malah malaikat dan makhluk lain di dalam masjid juga.
Oleh itu, muslim dinasihatkan untuk mengelakkan diri daripada memakan durian atau makanan lain yang berbau seperti petai, bawang dan sebagainya sebelum menunaikan solat untuk mengelakkan daripada mulut yang berbau.
Inisiatif lain ialah dengan membersihkan mulut untuk menghilangkan bau seperti bersugi atau menggosok gigi dengan bersih.
Hal ini adalah untuk menjaga kesucian dan maruah diri sendiri selain memberi keselesaan kepada jemaah lain juga.
KESIMPULAN
Makan durian secara beramai-ramai adalah tidak salah, malah digalakkan untuk membantu mengeratkan silaturahim. Namun, jika dimakan secara berlebihan dan sehingga mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri atau jemaah lain, ia perlulah dielakkan.
Islam tidak melarang umatnya untuk merasa nikmat dunia, namun perlu berjaga-jaga agar tidak merosakkan ibadah diri sendiri dan orang lain.
Dalam perjuanganmenentang wabak koronavirus yang telah mengorbankan banyak nyawa ini kita perlu saling bantu membantu, berganding bahu dan saling mengingati antara satu sama lain.
Jika kita sama-sama saling melakukan apa yang disuruh, insyaAllah negara akan bebas dengan penyebaran wabak COVID-19 ini.
Selain kempen duduk di rumah, penjarakan sosial serta menjaga kebersihan diri yang digerakkan kerajaan, kita juga sebagai umat Islam boleh mengamalkan beberapa amalan sunat yang bagus sebagai kekuatan diri dalam menghadapi musibah Allah ini.
Dalam satu perkongsian oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di twitter, beliau menyeru agar umat Islam untuk berpuasa sunat pada hari Isnin dan Khamis.
Beliau juga turut menggalakkan juga semua masjid dan surau untuk mengalunkan bacaan Al-Quran sebelum dan selepas azan.
Dalam pada itu alim ulamak ini juga turut memberi pesan dengan semoga segala ikhtiar yang dilakukan, ibadah serta doa sebagai hamba-Nya, kita semua akan dilindungi dan dijauhi daripada wabak COVID-19 ini. Hanya kepada Allah kita berserah.
Semoga kita semua mengambil langkah segera dengan pesanan yang diberikan ini. Dan segala usaha kita lakukan beserta tawakkal, semoga Tuhan merahmati segala yang dilakukan.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?