Kita sudah terbiasa menyebut Waalaikumussalam setiap kali kawan memaklumkan ada orang memberi salam kepada kita. Waalaikumussalam bermaksud “segala sejahtera ke atas kamu”.
Namun Waalaikumussalam ternyata bukanlah perkataan tepat cara menjawab salam yang disampaikan kepada kita sebaliknya ia perlu dijawab lain dan masa yang sama kita perlu tahu sama ada lelaki atau perempuan yang menyampaikan salam kepada kita.
Dari satu perkongsian di Tik Tok @hafiiz_hussin, Ustaz ini berkongsi cara menjawab salam yang betul setiap kali orang menyampaikan salam kepada kita.
Menurut Ustaz Hafiiz, kita kena tahu siapa yang menyampaikan salam kepada kita. Lelaki atau perempuan?
Kalau lelaki, kita seharusnya menjawab”Alaika Waalaihissalam” yang bermaksud Alaika (ke atasmu (lelaki) dan Waalaihissalam (dan ke atasnya salam sejahtera).
Ads
Katanya lagi, ramai yang menjawab Waalaikumussalam setiap kali orang berkirim salam namun cara menjawab itu salah (kurang tepat).
“Mungkin ramai yang tak tahukan cara yang sebetulnya kita nak jawab salam orang yang kirim salam pada kita,” katanya menambah kalau orang yang berkirim salam itu lelaki dan yang menyampaikan salam itu juga adalah lelaki, maka cara jawabnya ialah ”Alaika Waalaihissalam”.
Ads
“Tapi kalau yang menyampaikan itu adalah perempuan maka cara jawabnya adalah “Alaiki Waalaihissalam”. Alaiki bermaksud ke atasmu (perempuan) dan Alaihassalam (dan ke atasnya perempuan salam sejahtera)
“Bezanya pada “ka” bagi lelaki dan “ki” bagi perempuan.
Ads
Seterusnya kalau yang menyampaikan salam itu juga perempuan maka kata Ustaz Hafiiz cara jawabnya ialah “Alaiki Waalaihissalam”. Dan kalau yang berkirim salam itu adalah perempuan dan yang menyampaikan salam itu adalah lelaki maka cara jawabnya adalah “Alaika Waalaihassalam”.
“Jadi bezanya di sini adalah “Alaika” untuk lelaki dan “Alaiki” untuk perempuan. Dan kalau yang berkirim salam itu adalah lelaki akan jadi “Alaihissalam”. Kalau perempuan akan jadi “Alaihassalam”.
Bagaimana pun jawapan Waalaikumusalam itu tidaklah salah tapi ia merujuk kepada ramai.
Selawat ke atas Rasulullah SAW merupakan satu tuntutan di dalam agama. Ini kerana, di sana terdapat banyak kelebihan bagi orang yang sentiasa berselawat ke atas Nabi SAW sebagaimana yang dikhabarkan oleh Baginda SAW:
Daripada Abdullah bin ‘Amr RA, bahawa Nabi SAW bersabda:-
فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً صَلَّى الله عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا
Maksudnya: “Sesungguhnya barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah SWT akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat.” [Riwayat Muslim (384)].
Dalam pada itu, antara kelebihan orang berselawat ialah nama akan disebut di hadapan Rasulullah SAW. Bukan saja nama kita tapi juga nama mak ayah yang melahirkan, menjaga dan membesarkan kita.
Menurut Ustaz Don Daniyal Don bin Don Biyajid dalam ceramahnya berkongsi kebaikan selawat.
Jelasnya, salah satu cara kita nak berkebajikan dengan mak ayah kita, banyakkan baca selawat sebab Malaikat sebut nama mak bapa kita depan Nabi SAW.
“Ianya hadith sahih. Ini kerana ketika mana kita berselawat akan wujud seorang Malaikat sebelah Nabi SAW. Dia akan bagitahu kepada Nabi SAW “Wahai Rasulullah SAW, ada seorang daripada masjid Seberang Jaya (contoh), nama si fulan bin fulan (contoh) berselawat kepada kamu.
“Kerana kita selawat, nama ayah dan mak kita dimaklumkan di hadapan Baginda Nabi Rasulullah SAW, MasyaAllah,”katanya.
Justeru, marilah kita memperbanyakkan berselawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW bersesuaian dengan firman Allah SWT di dalam al-Quran:
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.”
Alangkah nikmatnya di waktu tengah hari yang mulanya panas kemudian turun hujan membasahi bumi. Terasa dingin suasana dapat menikmati titisan hujan yang membasahi bumi.
Jangan mengeluh ketika waktu hujan turun kerana inilah dua waktu terbaik dimakbulkan doa.
Jadi ambillah kesempatan dan peluang ini dengan menadah tangan memohon apa yang dihajati dari Allah SWT.
Hujan Itu Rahmat ALLAH
Dikatakan salah satu rahmat Allah ialah ketika hujan dimana DOA yang dimakbulkan oleh Allah s.w.t. apabila hamba²Nya berDOA..
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda; ” Berdoalah pada waktu mustajab iaitu sewaktu pasukan tentera bertempur, sewaktu mendirikan solat dan ketika hujan turun…(HR : Abu Dawud)
” Dua DOA yang TIDAK pernah diTOLAK iaitu DOA ketika AZAN dan DOA ketika waktu HUJAN.” (HR :Hakim)
” Dan Dialah yang meniupkan angin sebagai pembawa khabar gembira, mendahului kedatangan rahmatNya (hujan), sehingga apabila angin membawa awan mendung, Kami halakan ke suatu daerah yang tandus, lalu Kami turunkan hujan di daerah itu, maka Kami keluarkan dengan sebab hujan itu pelbagai jenis buah²an. Demikianlah Kami membangkitkan orang yang telah mati, mudah²an kamu mengambil pelajaran”…(QS : Al-A’raf : 57)
Ya Allah….betapa banyaknya nikmat HUJAN yang telah Engkau berikan…Alhamdulillah~
‘Haris sangat pentingkan adab & akhlak, tegur bila buat salah.’ Selepas setahun berkahwin, Neelofa kongsi tip rumah tangga. Ternyata banyak kemanisan dalam rumah tangga yang dikecapi figura ini.
Diam tak diam, sudah lebih setahun usia perkahwinan selebriti terkenal Neelofa dan suaminya, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz.
Malah, melengkapkan lagi kehidupan berumah tangga mereka dengan kehadiran cahaya mata sulung, Muhammad Bilal yang kini berusia lapan bulan.
Pastinya apa yang diharapkan dalam sebuah kehidupan antara suami dan isteri adalah suasana yang harmoni selain saling melengkapi antara satu sama lain sekali gus membawa ikatan yang dibina itu kekal selama-lamanya.
Bagi Neelofa, 33, atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor dia beruntung apabila mendapat suaminya yang sentiasa memberi tunjuk ajar, nasihat dan teguran buat dirinya dalam menjadi isteri dan Muslimah sejati.
“Saya bukan seorang yang semuanya perkara boleh buat dengan baik. Macam dengan suami pun kalau ada perkara yang tak sefahaman itu normal.
‘Jadi kita cuba perbaiki semula. Kita kena ada perasaan sebegitu tapi kalau kita sendiri yang macam nak kebahagiaan seorang saja sampai sudah tak ada titik pertemuan di tengah-tengah.
“Haris ini nampak saja macam itu tapi sekecil-kecil perkara pun dia memang sangat teliti. Contoh, cara saya duduk depan dia, cara saya jawab mesej dia. Dia sangat pentingkan adab dan akhlak. Kalau dalam mesyuarat, cara saya duduk, jawab soalan dia akan tegur. Dia kata kalau kita kurang ilmu dalam sesuatu perkara itu kita kena tunjuk adab dan akhlak yang baik.
“Dia akan tegur bila dah tak ada orang. Manisnya di situ. Dia juga tak jemu menegur, kalau saya memang dah penat nak buat macam itu. Benda yang sama dia boleh tegur saya berpuluh-puluh kali. Jadi saya pun jadi lebih peka selepas itu,” katanya.
Menurut Neelofa yang juga usahawan berjaya dengan jenama Naelofar dan beberapa rangkaian perniagaan lain berkata, selepas bersalin dan melalui fasa baharu sebagai ibu, kehidupannya juga sedikit sebanyak berubah.
Jika dahulu dia dilihat sebagai seorang wanita yang padat jadual harian dengan kerjaya dan komitmen perniagaan, tapi kini berubah mengikut situasi semasa dirinya.
“Saya tak rasa hidup saya terlalu sempurna, sebab mesti ada kurang di mana-mana. Tapi nak banding dulu dan sekarang saya rasa sekarang lebih tenang, hati saya macam penuh sebab ada anak dan suami yang boleh teman walaupun tak terlalu rancak tapi saya rasa dapat rezeki yang cukup.
“Saya tak adalah bekerja sekuat dulu. Banyak masa di rumah. Menjadi ‘lady boss’ itu dah banyak berkurang. Kalau urusan kerja, saya banyak serahkan kepada Haris. Kadang-kadang ada beberapa perkara juga yang saya perlu terbabit sebab kalau projek itu perlu ada orang pimpin. Tapi apa saya boleh cakap, saya bukanlah orang yang sama seperti sebelum ini,” katanya.
Pada masa sama, Neelofa bersyukur diberikan perjalanan kehidupan yang seimbang baik daripada segi kehidupan peribadi mahupun kerjaya.
“Saya rasa ramai yang cemburu perjalanan hidup saya. Banyak orang yang mungkin terlalu awal kahwin atau lewat dapat anak. Saya rasa syukur, alhamdulillah, Allah bagi perjalanan hidup saya yang agak seimbang.
“Sekarang ni dah banyak masa di rumah, saya rasa berpuas hati dengan apa yang saya buat dulu. Kalau dulu saya berikan sepenuhnya dan buat sikit-sikit saja mesti sekarang saya masih nak lagi. Saya tak rasa terlambat pun dengan apa yang saya dapat sekarang. Kawan saya yang dah kahwin empat tahun lepas dan dah ada anak saya rasa macam boleh ikut jejak dia.
“Alhamdulillah saya gembira sekarang ini dan saya nak jadi hamba Allah yang bersyukur lebih. Saya pernah cakap yang Haris mengajar saya banyak perkara mengenai kesyukuran.
‘Dia antara manusia yang banyak mengajar saya untuk menjadi seorang yang lebih bersyukur. Kadang-kadang saya terlepas pandang dan dia selalu ingatkan. Kalau saya macam tertekan dan sedih dia akan cakap dan bagi nasihat kepada saya,” katanya.
Neelofa juga berkongsi yang suaminya seorang sentiasa memberi ruang untuknya melakukan dalam apa juga perkara.
“Kalau suami saya keras dan saya juga keras ia akan menjadi susah. Sebetulnya suami kena ke depan dan saya perlu di samping mengikuti langkahnya barulah akan dapat harmoni.
“Haris jenis yang selalu bagi ruang dan dia bukan jenis yang perlu ikut dia saja. Dia bagi kebebasan untuk saya bernafas sikit. Saya tak rasa tekanan dan rasa macam diri sendiri saja. Jadi di situ manisnya,” katanya.
Hong Leong Islamic Bank memperkenalkan halatuju baharu berasaskan prinsip Syariah, memfokuskan pengurusan kekayaan holistik dan nilai berteraskan amanah. Ketahui lima tonggak utama dan inisiatif terkini HLISB.