Sebelum ini viral kisah perkahwinan antara peserta program Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan dengan isterinya Hana Azraa kerana dalam masa sama terpaksa melepaskan isteri pertamanya yang sedang mengandung ketika itu.
Namun rupanya perkahwinan dibina tidak bertahan lama. Semalam Hana Azraa mendedahkan bahawa dia sudahpun berpisah dengan PU Abu.
Perkara ini dikongsi di laman Instagram miiknya bagi menjelaskan segala spekulasi mengenai status hubungannya dengan PU Abu.
Dia memberitahu penjelasan ini adalah bagi menerangkam segala tanya tanya serta spekulasi untuk mengelakkan manipulasi daripada mana-mana pihak.
Ads
Menurut Hana mereka kini tidak lagi tinggal sebumbung dan bukan lagi suami isteri. Dia juga turut memohon supaya segala isu berkaitan PU Abu ditanyakan terus kepada empunya badan termasuk hubungan bekas suaminya dengan mana-mana wanita lain.
Dalam pada itu, Hana yang jugaa nama sebenarnya Nurhannah Azra Mohd Zakir turut enggan membuka mulut mengenai punca sebenar perpisahan mereka sebaliknya menganggap apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Mei tahun lalu dan dikurniakan cahaya mata bernama MUhammad Uwais Al-Mateen pada 1 Februari.
Ads
Berkahwin pada Mei lalu dan dikurniakan seorang anak.
Baiklah. Terlalu lama menjadi teka teki. Dan banyak pihak mempersoalkan dan bertanya mengenai status Hana. Dan pelbagai spekulasi & manipulasi terutamanya telah dibuat dari beberapa pihak.
Disini, Hana perjelaskan khas untuk semua supaya tiada lagi tanda tanya & sebarang spekulasi serta manipulasi dari mana mana pihak.
Pertama sekali, benar Hana dan Abu sufyan sudah tidak mempunyai apa apa hubungan. Kami tidak lagi tinggal sebumbung. & kami bukan lagi suami isteri. Andai keluar dari mulut beliau bahawa kami masih suami isteri, saya tak tahu kenapa kerana apa yang pasti dia tahu apa yang berlaku dan setiap perkataan yang di ucap keluar dari mulut beliau.
Ads
Kedua nya, berhenti bertanyakan pada Hana soal hubungan Abu Sufyan dengan mana mana wanita. Sama ada wanita itu berstatus isteri beliau atau pun tidak, sila terus bertanyakan pada tuan empunya badan. Tolong ya.
Jika ada persoalan terus saja bertanya pada PU Abu.
Hana yakin, ramai dikalangan followers Hana pernah nampak dengan mata & kepala sendiri. Kalau tidak, tak adalah soalan soalan jerat di tuju pada Hana. Jadi, Hana minta tolong berhenti kaitkan apa apa isu berkaitan mereka dengan Hana. Antara mereka berdua bukanlah urusan saya.
Kenapa, mengapa, bila, bagaimana tentang berakhirnya urusan rumahtangga kami maaf Hana tak akan bercerita. Cukup semua tahu dan harap nya sesetengah pihak berhenti provoke di DM
Apa pun yang terjadi, semoga ada hikmah yang terbaik untuk kita semua. In shaa Allah. Hana yakin ada hikmah buat Hana & anak anak terutamanya. Terima Kasih. & apa pun Hana ingin memohon maaf pada semua dari awal, sehinggalah perkenalan kita pada hari ini. Stay at home & stay safe everyone
Yakin ada hikmah.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Menjadi suri rumah bukanlah mudah pada zaman hari ini. Ibu-ibu perlu ada kemahiran tinggi kerana cabaran dilalui hari ini tidak sama dengan zaman mak ayah kita dahulu khususnya dari segi kewangan.
Tidak timbul istilah suri rumah kerana isteri yang berkorban segala-galanya bagi memastikan ruang lingkup rumah sempurna kerana para ibu inilah yang mentadbir dan mengasuh serta menguruskan rumah. Isteri digelar dalam Bahasa Arab sebagai rabbatul bayt memberi maksud tuan atau pengurus rumah.
Hebatnya seorang suri rumah itu hingga ia menjadi inspirasi kepada anak-anaknya sendiri yang berasa kagum dengan cara ibunya menguruskan rumah. Malah ibu yang punya banyak masa di rumah akan lebih rapat dengan anak-anaknya berbanding ibu bekerja.
Seorang guru, Fathanah Nasir berkongsi di akaun twitternya @fathanahnasir tentang cita-cita seorang anak muridnya darjah 2 selepas terinspirasi melihat kehebatan ibunya boleh jadi macam-macam walau duduk di rumah.
Kongsinya :-
Saya tertarik dengan cita-cita salah seorang murid saya (Tahun 2). Sedang rakan yang lain mahu bergelar guru, polis, askar dia pula mahu bergelar seorang surir umah yang berpendidikan. Saya tanya kenapa? Lalu dia menjawab…
“Bila saya jadi suri rumah yang berpendidikan maka saya mampu jadi semua yang dicita-citakan rakan lain. Saya boleh jadi guru, saya boleh jadi doktor, boleh jadi chef, saya boleh jadi security. Terdetik dalam hati Ya Allah macam mana anak seusia ini mampu berfikir sedemikian?
“Bila saya tanya lagi, dari mana datangnya mimpi dan cita-cita itu? Dia jawab dari ibu dia. Dia puji kehebatan ibu dia yang mampu urus dia dan adik beradik termasuk ayahnya dengan bermacam pekerjaan dalam satu masa.
“Katanya Ibu yang gerak awal pagi ke sekolah, ibu yang gerak ayah kerja, ibu buatkan sahur, ibu periksa keadaan suhu badan kami, ibu semak kerja sekolah dan lain-lain. Ibu cakap kena belajar rajin-rajin boleh jadi macam ayah tapi saya nak jadi macam ibu!
“Tambahnya lagi, saya percaya cita-cita ini cita-cita yang baik sebab ibu kata kalau buat perkara yang baik Allah sayang.
Dari jawapan murid ini saya teringat dengan petikan buku Memori Bukan Memoir dari Dr. Maszlee Malik yang mengambil kata dari Eleanor Roosevelt:-
“masa depan adalah milik mereka yang percaya kepada keindahan mimpi mereka”.
Kata Dr Maszlee dalam penulisannya:-
“Bermimpilah! Percayalah dengan keindahan mimpi dan aspirasi kita, pelajari daripada orang lain tentang cara melakukan sesuatu dan terus melakukan apa sahaja yg diperlukan untuk menjadikan semua yang kita impikan satu kenyataan. Apa pun cita-cita dan mimpi mereka, sebagai pendidik kita bantu realisasikannya. Beri tunjuk ajar, ilmu dan pendidikan yang cukup dan baik. Semoga mereka membesar dengan penuh ilmu di dada.
Tambah guru ini lagi, dirinya memang tidak mahu mendedahkan privasi anak muridnya saat ditanya oleh pengikutnya. Cukuplah dirinya dan guru-guru saja yang tahu. Ini kerana katanya, ini antara sebab saya tak dedahkan identiti si murid utk jaga privasi dan elak berlaku sindiran terhadapnya. Usia 8 tahun, hidup zaman digital boleh jadi pengaruh itu datang dari pemerhatian terhadap sekeliling (drama, youtube dan lain-lain). Impian dia boleh berubah dari semasa ke semasa,” kongsinya.
Ya, tugas ibu itu sangat mulia dan anak-anak hebat juga lahir dari seorang ibu yang mampu menjadikan ibunya idola mereka sendiri.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Ini baru pertama kali terjadi. Seorang pelajar Malaysia diberikan keistimewaan untuk dikebumikan berhampiran makam para auliak di Mesir. Husnul Khatimah kah ini? Apakah amalannya sehingga ‘diraikan’ sebegitu rupa? Meninggal jauh dari ahli keluarga.
Andai kita tahu rahsia kematian insan tersayang, pasti kita tidak akan melepaskannya pergi jauh dari mata. Bukan tidak menerima takdir ajal, tetapi biarlah pemergian ke negara abadi itu dikelilingi ahli keluarga dan teman rapat lain. Namun, siapalah kita untuk mengaturkan apa yang telah tertulis di Luh Mahfuz.
Begitulah kisahnya tentang perkongsian seorang pelajar Malaysia, Ahmad Sobir yang menuntut di Al-Azhar Universiti, Kaherah, Mesir. Menerusi entri di akaun facebooknya yang cukup terkesan dengan pemergian seorang mahasiswi seuniversitinya iaitu Huda Shulaudin. ramai yang mendoakannya agar mendapat kematian Husnul Khatimah
Difahamkan, Huda telah meninggal dunia sehari selepas kembali dari bercuti di kampung halamannya di Pasir Mas, Kelantan selama 6 bulan bermula peghujung September 2020 lalu. Kita ikuti perkongsian Ahmad Sobir ini.
Terpanggil untuk menulis. Kematian kali ini sungguh istimewa bagi semua, bagai dibaratkan sepasang ibu bapa melepaskan anak pergi menghadap Syurga. Itulah yang terpapar daripada kisahnya begitu halus Allah atur.
Indah tak terkata. Terkejut pun ada, hingga kata kata terakhir adalah macam tak percaya. Apabila baru sehari kembali berpijak langkah untuk meneruskan baki pengajiannya di Mesir.
Dia disahkan meninggal dunia. Selepas mengadu sedikit sesak nafas. Mungkin itulah ajalnya. Namun bagi ibu bapa sudah pasti merelakan perpisahan itu dibaratkan melepaskan anak mereka untuk ke Syurga. Syurga ilmu. Syurga mujahadah.
Setelah hampir 6 bulan bersama cuti di Malaysia. Rindu sudah pasti sedikit terubat setelah 2 tahun tidak balik ke Malaysia. Melepaskan anaknya di airport baru ini mungkin amat mengujakan. Gembira sudah pastinya. Anak nak sambung pengajiannya. Nak jadi alimah.
Tapi itulah janji Allah saat ajal sudah tiba. Allah menjemputnya dengan sangat teliti. Ibarat menyambut kedatangan jasad arwah dengan sangat baik. Disemadikan di bumi Para Ambi’ak. Malah paling istimewa arwah dikembumikan di sekitar maqam para auliyak. Masyaallah.
Apa yang dilihat, amalan arwah sangat luar biasa. Amalan Sunatnya dia jaga rapi. Apatahlagi amalan wajib sudah semestinya lebih lagi.
Melalui pengalaman kami bermusafir ke Kelantan selepas berkaurantin di Hotel Ibis KL. Sepanjang perjalanan itu saya diberi kesempatan berada di seat sebaris dengan arwah. Dia duduk ‘double seat’
Saya seat single ditengah dikosongkan untuk sosial distancing. Apa yang dilihat amalannya sungguh menakjubkan.
1) Melazimi Ratib Al-Haddad. 2) Suka berqasidah sepanjang perjalanan. 3) Tasbih sentiasa ditangan. Paling terkejut apabila tahu dari status cerita kawan kawannya, arwah merupakan seorang yang sangat suka LAZIMI TAHAJJUD. Jarang miss. 4) Suka berdamping dengan al-Quran. 5) Solat awal waktu berjemaah di Surau Wisma.
Maka tidak dinafikan pemergiannya ada satu rahmat kepada keluarganya. Mendapat sinar gembira anaknya dimasukkan ke Syurga.
Itulah yang disebutkan oleh Rasulullah;
من عاش على الشيء مات عليه Siapa yang hidup di atas sesuatu kebaikan, matinya di atas kebaikan yang dia suka lakukan.
وكفى بالموت واعظة Cukuplah kematian itu pengajaran kepada kita.
من خرج في طالب العلم كان في سبيل الله حتى يرجع Sesiapa yang keluar dalam menuntut ilmu maka dia berada dalam jalan Allah sehingga dia pulang.
من أحب الشيء بعث عليه Sesiapa yang menyukai sesuatu dia akan dibangkitkan dengan kesukaannya.
عليكم بقيام الليل فإنه من دأب صالحين من قبلكم Wajib(sunat muaakad) ke atas kamu berqiamullail. Sesungguhnya Qiamullail itu jejak langkah orang soleh sebelum kamu.
Kata ulamak, siapa yang suka berkhidmat untuk agama dan apa yang kita suka itulah kita akan mati. Kita akan mati dimana kita suka berulang alik. Kalau berulang alik ke masjid ditengah tengah tu kita akan mati. Kalau ke tempat mengaji begitulah juga.
Begitulah kisah Sahabat Nabi SAW, Saidaina Umar mati dibunuh ketika solat. Saidina Othman, mati ketika membaca Al-Quran. Kerana amalan yang paling mereka suka buat itulah membentuk kematian yang mereka ukir. Bukti kematiannya dicemburui ramai.
Meninggal di pagi Jumaat. Dikebumikan di sekitar maqam auliyak yang mana tidak pernah lagi pelajar Malaysia di kebumikan di situ. Meninggal semasa berkelana sedang bermusafir mencari ilmu di bumi Ambi’ak.
Berdasarkan hadis Nabi,
مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَمُوْتُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أَو لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ إلَّا وَقَاهُ اللَّهُ فِتْنَةَ القَبْرِ
“Tidak ada seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau malam Jumaat melainkan dibebaskan oleh Allah SWT daripada fitnah (azab) kubur”.
“Barangsiapa yang mati pada malam Jumaat atau hari Jumaat akan dibebaskan daripada azab kubur dan akan datang di hari Kiamat dan padanya tanda sebagai seorang yang syahid”.
Siapa yang menyaksikan kematian di depan mata dan mengambilnya sebagai pengajaran dalam meneruskan kehidupan dirinya dan mengamalkan kebaikan yang disebutkan merekalah golongan yang beruntung.
Namun bagi siapa yang tahu kematian itu bakal tiba,tapi hanya sekadar tahu tidak berfikir untuk berubah jadi baik. Maka dia adalah orang yang paling bodoh sekali.
Kerana disebutkan dalam Hadis, “Orang yang cerdik adalah yang melawan nafsunya dan beramal untuk kehidupan setelah kematian, sedangkan orang bodoh adalah yang mengikuti hawa nafsunya dan berangan kepada Allah dengan pelbagai angan-angan.”
إنا لله وإنا إليه راجعون
Entrinya juga mendapat komen-komen yang bagus dan harum daripada sahabat dan kenalan arwah antaranya;
Kashoorga : Mati itu pasti. carilah kematian Husnul Khatimah kerana itu adalah sebaik-baik kematian.
Foto : Dari Facebook Ahmad Sobir
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
‘Dulu dah puas bergaya.’ Sudah tiba masanya berhijrah, jadi hamba Allah yang lebih baik. Benarlah dalam hidup kita, sampai satu masa kita akan rasa puas dan cukuplah apa yang telah berlalu.
Kini biarlah segalanya menjadi lebih baik, seperti mana yang dilalui oleh pelakon ini dalam mengenakan hijab.
Jika nak diikutkan sudah lama pelakon, Datin Almy Nadia, 36, berhasrat untuk berhijab seperti yang dituntut agama Islam.
Namun, hatinya berbelah bahagi kerana bimbang jika sudah berhijab, suaminya berpaling kepada wanita lain.
Bagaimanapun, kata Almy, selepas berbincang dengan suami yang juga pelakon, Datuk Fizz Fairuz, 43, dia nekad berhijab kerana Allah SWT pada Jun tahun lalu.
“Saya mula berubah secara perlahan-lahan bermula dari segi pakaian.
“Selain memakai baju yang longgar, saya juga mula memakai selendang untuk menutup rambut ketika di luar rumah.
“Saya juga mula berhijab sepenuhnya ketika mengambil anak di sekolah yang berhampiran Masjid Wilayah dan seterusnya ketika terbabit dalam program Majalah Keluarga di Legoland pada tahun lalu,” katanya.
Mengenai penerimaan suaminya pula, kata Almy, Fizz tidak menghalang hasratnya untuk berhijab itu.
“Fizz cuma bertanya adakah saya benar-benar sudah bersedia berhijab dan dia juga meminta saya betulkan niat berhijrah kerana Allah dan bukan paksaan darinya atau ahli keluarga.
“Ahli keluarga saya dan mentua semuanya berhijab dan mereka juga sangat menyokong penghijrahan ini.
“Terus terang saya juga sudah puas bergaya dengan pelbagai fesyen baju dan rambut ketika zaman anak dara dan bentuk badan langsing dulu dan kini sampai masanya untuk saya berhijrah menjadi isteri, ibu dan hamba Allah yang lebih baik,” katanya.
Berkongsi aktivitinya pada bulan Ramadan, kata Almy, masanya banyak dihabiskan untuk menguruskan empat anaknya yang masih kecil di rumah.
“Saya sibuk menguruskan anak-anak di rumah kerana anak yang bongsu, Nur Afrina Aishah masih menyusu badan.
“Saya juga mewajibkan dua anak, Nur Afrina Ariana, 8 dan Nur Afrina Aurora, 7 untuk berpuasa penuh.
“Cuma Nur Afrina Ayra, 5, yang belajar berpuasa pada Sabtu dan Ahad kerana dia belajar di sekolah cina,” katanya.
Pada masa sama, kata Almy, dia juga bagi hadiah untuk menggalakkan anak-anaknya berpuasa penuh, contohnya hadiah mainan pada Ramadan tahun lalu.
“Sebelum ini kami bawa anak-anak menunaikan solat Tarawih berjemaah di masjid, tetapi bila ada anak kecil yang masih menyusu badan, kami hanya buat ibadah di rumah,” katanya.
Sementara itu, kata Almy, Fizz juga memperlahankan aktiviti seninya pada bulan Ramadan kerana mahu menjalani ibadah puasa bersama anak-anak.
“Saya bersyukur kerana dikurniakan suami yang ‘family man’ seperti Fizz. Dia lebih suka berbuka dan bersahur dari air tangan isterinya di rumah.
“Saya juga akan memasak juadah berbuka mengikut permintaan suami dan anak-anak,” katanya yang mendirikan rumah tangga bersama Fizz pada 26 April 2014.
Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan empat anak perempuan iaitu Nur Afrina Ariana, 8, Nur Afrina Aurora 7, Nur Afrina Ayra, 5, Nur Afrina Aishah, satu tahun empat bulan dan anak angkat Nur Afrina Darwisyah, 14.